Tuesday 27 November 2007

Pancakes KakNis


Tiap hari, breakfast adalah perkara yang paling memeningkan kepala aku...Susah tul nak suruh Icha makan bekfes...bagi roti tak nak, cekodok pun dia tak mau, burger pun dia tak pandang.. nak masak mee hoon setakat aku ngan Icha jer alahai maleh pulak makcik...penat2 aku masak dia tak mau makan....lagi makcik hangin kan!!!...Malam tadi aku jalan ke dapur kakNis, so dengan sengajanya aku cilok resipi kakNis

alhamdulillah makan ler jugak si kecik tu sekeping cicah dengan madu, selebihnya mak dia sapu bersih!!! ngeh...ngeh...ngeh

Masalavadei


Garing di luar, lembut di dalam....yummy...yummy!!!

Bahan

1 1/2 cawan kacang dhal ~ rendam semalaman
1/2 biji bawang besar di cincang
2 biji telur~ pukul sedikit
1 sudu teh garam halus
4-5 tangkai cili api dihiris nipis
Daun kari(optional)
minyak untuk menggoreng(kaedah deep fry)

Cara

-Toskan kacang dhal, kisar menggunakan blender cili tanpa menggunakan air.(tak perlu terlalu lumat)
-masukkan bawang ,telur, garam dan cili api. Gaul sebati.
-Panaskan minyak. goreng daun kari untuk mendapatkan aroma yang mengiurkannnn!!!
-Bentukkan masalavadei satu persatu dan terus masukkan ke dalam kuali panas tadi .
-Goreng hingga kekuning-kuningan~ boleh lah di ngap!!!

Tuesday 20 November 2007

Silken Tofu dan Daun Bawang

Gambar tak berapa Vogue, juadah makan malam kami semalam..Resipi asal daripada Shafidah Shamen, tapi aku sesuaikan ikut apa yang ada kat dalam peti esss rumah aku

Bahan

1 Paket silken tofu
3 tangkai daun bawang ~ potong saiz 1-1 1/2 inci
1/2 biji kapsikum ~ potong ikut suka
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit soon ~ direndam
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kisap pekat
1 sudu teh minyak bijan
! sudu kecil tepung jagung, bancuh bersama 2 sudu besar air
minyak untuk menggoreng dan menumis
garam jika perlu


Cara

-Potong silken tofu ikut selera memasing, goreng cara deep fry dengan minyak yang panas.
-Angkat dan ketepikan.
-Tumbuk bawang merah dan bawang putih together-gether
-Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis bawang hingga wangi.
-Masukkan air biarkan mendidih
-Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat.
-Masukkan daun bawang dan kapsikum
_Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung
-Masukkan soon~ kacau
-Masukkan pula tofu yang telah di goreng
-sesuaikan rasa, kacau-kacau rata.
-Terus ngap...enak di makan panas-panas

Nugget Ayam

Resipi yani

Nasi Goreng Tuna

Leka buat benda-benda sunat (kes mendeko kek), aku hampir terlupa yang wajib..hubby nak balik kejap lagi...so,jalan selamat buat nasi goreng jer lah, cepat dan sedap!!!

Bahan

Nasi secukupnya~ anggaran 3 orang makan
3-4 tangkai sayur sawi di potong-potong~ sayur campur pun ok
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar~ nak pedas tambah lagi
1 tin tuna
2 biji telur
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara

-Kisar bawang putih dan bawang merah
-Panaskan api dan tumis bawang tadi bersama cili kisar hingga wangi.
-masukkan tuna, kacau
-Masukkan pula air asam jawa.
-Masukkan sos tiram
-Masukkan telur , kacau ~ biarkan seketika
-Masukkan sayur sawi, kacau lagi
-Masukkan nasi, gaul rata dan sesuaikan rasa biar bahan tumis betul-betul sebati dengan nasi
-Bolehlah dihidangkan

Red Velvet Cake



Tengok Resipi

Akhirnya....



menjadi jugak chapati aku....

Bahan

500gm tepung chapati
250gm air
garam
1 sudu besar minyak masak


Cara

-Masukkan semua bahan , uli hingga menjadi doh yang lembut
-Bahagikan kepada 10-12 bahagian, bulat-bulatkan dan lumurkan dengan sedikit minyak lagi
(sedikit saja >< 1/2 sudu teh untuk setiap doh kecil)
-Panaskan pan leper
-Canai doh menjadi nipis, masukkan ke dalam pan, sapu minyak sedikit-sedikit jika perlu
-Balik-balikkan hingga masak
-Sedapnya makan dengan kari daging

Sunday 18 November 2007

Kerabu Epal Hijau


Idea asal daripada seorang kawan di Perlis, Fiza a.k.a Gaban...thanks Gaban for the resipi

Bahan

sebiji epal hijau
1/2 biji lobak merah
1 biji tomato
sejemput??(anggaran 10-15 ekor) udang kering/ikan bilis ~ disangai
1/2 inci belacan ~ dibakar
3 ulas bawang kecil ~ dimayang halus
10 tangkai cili api ~ hiris nipis
segenggam kacang tanah ~ goreng tanpa minyak
5 tangkai daun koriander ~ dimayang halus
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis
1 sudu besar sos ikan (optional)
garam dam gula secukup rasa
Cara

-Epal di racik memanjang, jangan terlalu nipis kerana epal mudah lembik.
-Lobak merah di racik memanjang , potong nipis
-Tomato di potong memanjang/potong kiub( ikut suka)
-Kacang tanah di tumbuk kasar
-Timbuk udang kering yang telah disangai bersama belacan yang telah dibakar
-Masukkan semua bahan di dalam satu bekas
-Gaul semua bahan di atas, sesuaikan rasa masam, masin dan manis
-mmmm...mak mertua lalu pun tak perasan!!!

Pulut Durian

Jalan-jalan ke kedai Oriental, jumpa durian frozen...maka jadi lah pulut durian . Di Malaysia aku tak pernah teringin pun nak makan pulut durian, kalau ada orang hidangkan pun tak rasa nak cuit...tapi, bila dah jadi perantau ni aku tercari-cari dan termimpi-mimpi pulak. Resipi pulut durian ikut suka hati aku...hantam sajala labu!!!!

Saturday 17 November 2007

Nasi Butter Mama Vogue


Variasi Nasi Minyak

Bahan

3 pot beras basmathi
1/2 biji kapsikum~ potong kecil, dadu
50gm butter
1 biji bawang besar~ cincang
segenggam kismis hitam
air secukupnya
garam


Cara

-Rendam beras selama 1/2 jam, toskan.
-Panaskan butter dengan api kecil supaya butter tidak hangus.
-Tumis bawang besar hingga kekuning-kuningan.
-Masukkan kapsikum yang telah dipotong dadu.
-Masukkan beras basmathi, gaul sebati dengan berhati-hati supaya beras tidak patah.
-Masukkan air secukupnya (>< 4 1/2 pot air)
-masak nasi seperti biasa .
-Bila nasi sudah kering taburkan kismis, tutup periuk...biarkan seketika sebelum di hidangkan
-Sedapnya di makan bersama kebab-e-koobideh

Kebab -e-koobideh


Resipi ni aku ambil daripada Resipi.net
Bahan-bahan:

500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat

2 biji bawang besar, dipotong dadu

1 labu bawang putih ~ kisar halus

1 biji telur, dipukul terlebih dulu

4 biji tomato, sederhana besar

Garam secukup rasa

10g lada hitam, dicincang kasar

1 camca kecil serbuk kunyit


Cara membuatnya:


1. Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata.
2. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.

3. Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab ( aku guna pencucuk sate jer). Cucuk selang seli daging dengan tomato.

4. Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.

5. Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.


* bakar jangan terlalu garing, sebab daging akan menjadi keras

Laksa Thai


Sedap...sekali makan kalu tak 3 mangkuk tak sah!!

tengok resipi

Roti canai Unne!!!!


Siap!!!!
Tengok resipi

Wednesday 14 November 2007

Banana Muffin


Tak plan pun nak buat muffin, petang-petang tadi selongkar-selongkar harta karun kat dapur tu, aku jumpa 6 biji pisang yang dah hampir nak dihukum buang. Plan asal nak buat kek pisang, tapi...masa jalan-jalan kat web aku jumpa ler resipi ni...Muffin yang mudah dan sedap...orang putih kata 100% "fool -proof", aku yang merangkak-rangkak buat muffin ni pun leh lulus ujian!!! lembut dan lembab ...aku tambah mixed nut dengan oat skit nak bagi lebih meriah....lalalalala

Bahan

4 biji pisang saiz besar ~ dilenyek

1/2 cawan gula

1 biji telur ~ dipukul sedikit

1/3 cawan butter ~dicairkan

1 sk baking soda

1 sk baking powder

1/2 sk garam

1 1/2 tepung gandum

50gm mixed nut atau badam ~ cincang & dipanggang

1/3 cawan oat

Cara

-Greasekan tin muffin dengan sedikit butter, panaskan oven 160C.
-Masukkan pisang, telur, gula dan butter ke dalam sebuah bekas, gaul rata dan ketepikan.
-Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking soda, baking powder,garam, oat dan mixed nut dan gaul sebati.
-Satukan kesemua bahan basah dan kering tadi, gaul rata. Jangan terlalu di kacau!
-Sudukan ke dalam cup kertas 3/4 penuh.
-Bakar ><20 minit atau sehingga masak.

Tuesday 13 November 2007

Kek Birthday hancusss

sedey tul la...smlm birthday bb besar aku, aku punya la bersemangat buat kek birthday untuk dia, maklum ler 1st time nk buat untuk dia...sejak awal-awal lagi aku dah berangan nak mendeko macam mana kat atas kek tu, rupanya angan-angan ku itu pelesu belaka...eeeee tak sukanya aku tgk kek tu!!!! tapi aku tempek jugak kat sini untuk rujukan diri aku sendiri sebagai perkara yang perlu aku elakkan selepas ni!!!


nak ambil gambar pun dah tak semangat...konon2nya kek coklat tema "Hadiah", icing kaler kuning, ala-ala cacing kerawit tu konon2 corak/kain lace yang membalut kotak hadiah....eeeeerrrrkkk tak berkenan tul aku!!! ampunnnnn bang!


asalnya ada bunga putih kuning kat tengah-tengah tu, mata aku ni macam gatal jer tgk tak ada warna merah, so...dengan tak sedar dirinya aku pun buh icing kaler merah skit sana-sini, pas tu tiba-tiba bunga putih kuning tu mcm terpenyek di hempah ngan icing merah... sebabnya whipping cream yang aku pukul tak cukup kental.....waaaaaa, bertambah hodoh ler rupanya!!! so aku touch up balik dengan buah grape yang kebetulan ada balance kt dlm fridge....waaaaaa apa hal kek cekelat ada buah grape, sama ler macam gulai masak lomak cili api bersama strawberry!!!!


Blueberry Muffin

Aku mmg fail kalau buat muffin, muffin yang aku buat biasanya bantat...ada juga masa bakar naik tinggi lepas keluar dari oven semua tersungkur menyembah bumi.....sedih betul masa tu, dah lama aku merajuk daripada buat muffin...tapi semalam aku cuba lagi, 1/2 adunan saja!!!

Bahan

3 cwn tepung

3/4 cwn gula

1 1/2 sb baking powder

3/4 sk garam

2 telur gred A, pukul sedikit

1 1/2 cawan buttermilk

6 sudu besar unsalted butter ~ lembutkan

1 1/2 sk vanilla extract

1 1/2 cwn. Blueberries ~gaul dengan sedikit tepung

2 sb gula utk di tabur atas muffin

Cara

Panaskan oven 350F, grease muffin pan

Dalam satu bekas, masukkan semua bahan kering, buat satu lubang di tengah-tengah.
Dalam bekas lain, satukan semua bahan liquid kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas bahan kering tadi ~ di tengah-tengah yang telah di lubangkan tadi.
Gaul rata, jangan terlalu di kacau, adunan agak kental so jgn risau!!
Masukkan blueberry, gaul sedikit.
Masukkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, taburkan gula di atasnya
Bakar selama 20-22 minit atau hingga masak, jangan overbake




Saturday 10 November 2007

Cendol


Satay mama vogue


Sempena nak meraikan hari special *ehem-ehem* hari isnin ni, aku rancang nak buat satay, tapi faham-faham jer lah kalau hari isnin semua orang busy...anak aku Ryan pun akan pergi trip hari isnin tu nanti, mesti diaorang letih dan tak ada mood nak layan !!! so, atas persetujuan ahli family aku awalkan sikit acara makan satay pada hari ini, Sabtu.
Resipi satay aku dapat daripada mak lang aku...rasanya dah hampir 15 tahun aku guna resipi tu, tiap kali Hari Raya mesti kena buat!!! ringkas saja resipinya...semenjak dua menjak ni aku dah rojakkan resipi maklang aku ni dengan resipi kawan-kawan yang aku ada...((((ampuuuunnnn maklang))))... selama ni aku tak da sukatan tertentu untuk ramuan satay~ ala-ala resipi campak-campak gitu!!!

Bahan

2 ekor ayam ~ saiz kecil
*6 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*3 batang serai
*1 inci kunyit hidup/2 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar madu
1 1/2 sudu besar ketumbar ~ sangai**
1 sudu besar jintan manis~ sangai**
1/2 sudu besar jintan putih~ sangai**
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
garam dan gula secukupnya

bahan lain: bamboo skewer secukupnya ( rendam dalam air semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam supaya lidi tak mudah terbakar ketika membakar satay)
~ minyak kuah kacang, serai yang dititik: untuk di sapu ketika membakar satay

Cara

-Kisar bahan *
-kisar bahan ** menggunakan pengisar kering.
-Lapah ayam, ambil dagingnya sahaja, potong kecil-kecil, cuci dan toskan airnya.
-Gaulkan ayam bersama semua bahan-bahan di atas (kecuali pencucuk satay....ahakkksss)
-Perap selama 2 jam, cucuk ayam pada lidi satay...
-Seelok-eloknya simpan di dalam peti sejuk semalaman, biarkan terendam di dalam lebihan
bahan perap.
-Bakar sambil percikkan minyak kuah kacang
-Hidangkan bersama nasi impit , timun, bawang dan kuah kacang...


**Jika tak mahu disangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih ok ajer tak jadi masalah...tapi pada pendapat aku kalau di sangai baunya lebih harum!

Nasi Impit


Bila ghairah mencuba dan buat pelbagai eksperimen memasak makanan yang rumit-rumit, kadang-kadang kita lupa macam mana nak buat makanan yang senang-senang ni. Lebih-lebih lagi senang nak dapat bekalan yang segera di pasaraya...
Meh ler kita buat nasi impit sendiri, Aku belajar buat nasi impit ni lapan tahun dulu selepas aku berkahwin daripada mak aku...maknanya sejak lapan tahun itu aku memang tak pernah beli nasi impit segera....

Bahan

1 pot beras
3 pot air
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
daun pandan

Cara

-Basuh beras, masukkan semua bahan dalam periuk dan masaklah nasi macam biasa
menggunakan rice cooker ataupun cara manual.
-Bila nasi sudah benar-benar masak, buangkan daun pandan.
-Ketika masih panas , masukkan nasi ke dalam plastik tahan panas atau loyang,
padat-padatkan/tekan-tekankan nasi tadi supaya tiada ruang-ruang udara di dalamnya dan
ratakan.
-Biarkan sejuk sedikit sebelum di masukkan di dalam fridge.
-Bila sudah betul-betul sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kuah kacang dan
rendang ayam...mmm sodap!!!

Tuesday 6 November 2007

KEK LAPIS Hanieliza



Jalan-jalan ke dapur Hanieliza, aku terjumpa resipi ini, Antara kek lapis yang mudah dan jumlah telur yang sedikit(mungkin juga 1/2 adunan)...rasanya boleh tahan , tapi aku kurangkan 25% jumlah gulanya....saiz kek lagak kecil sedikit <> 5"x5" loyang kek, kali ini aku gunakan prune....lepas dah faham teknik pembuatan kek lapis belajar daripada sifu pah_sherry, aku makin syiokkkk buat kek lapis ahakkkkkssss...TQ kakpah!!!

BAHAN

Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B
6 biji telurSEJUK gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula hanlus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

CARA

1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan ringan bersama ovalate..
2. Masukkan bahan A
dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis.



Lagi Info Rujukan

Jalan-jalan di alam cyber, terjumpa ler substitution ni, alhamdulillah bole gak aku buat rujukan time-time blur...

Ingredient Substitution List


• 1 teaspoon baking powder = ¼ teaspoon baking soda plus ½ cup buttermilk or ¼ teaspoon baking soda plus 5/8 teaspoon cream of tartar

• 1 cup sifted cake flour = 7/8 cup sifted all-purpose flour or 1 cup all-purpose flour minus 1-2 tablespoons

• 1 cup self-rising flour = 1 cup sifted all-purpose flour plus 1½ teaspoons baking powder and ½ teaspoon salt

• 1 cup all-purpose flour = 1 cup whole wheat flour

• 1 cup honey = 1 to 1¼ cups sugar plus ¼ cup liquid

• 2 large eggs = 3 small eggs

• 1 medium egg = 2 egg yolks plus 1 tablespoon water (for baking)

• 1 medium egg = 2 egg yolks (in custards or cream fillings)

• 1 ounce unsweetened chocolate = 1 square or 3 tablespoons unsweetened cocoa powder plus 1 tablespoon butter or margarine

• 6 squares or 6 ounces semisweet chocolate, melted = 1 cup semisweet chocolate chips, melted

• 1 tablespoon cornstarch (as thickening) = 2 tablespoons flour or 2 teaspoons quick tapioca or 2 egg yolks

• 1 teaspoon lemon juice = ½ teaspoon vinegar

• 1 tablespoon fresh herbs = ½ to 1 teaspoon dried herbs

• 1 small garlic clove = 1/8 teaspoon garlic powder

• 1 pound fresh mushrooms = 3 ounces dried or 6 ounces canned

• 1 cup whipping cream, whipped = 2 cups thawed whipped topping

• 1 cup whipping cream as liquid = 1/3 cup melted butter plus ¾ cup milk

• 1 cup light cream = 3 tablespoons melted butter plus ¾ cup milk

• 1 cup ricotta cheese = 1 cup cottage cheese, liquid drained

• 1 cup buttermilk = 1 cup plain yogurt, stirred, or 1 tablespoon lemon juice stirred into milk to make 1 cup; let stand 5 minutes to make soured milk for baking only (never use sour milk that's been in the fridge too long; it's actually spoiled)

• 1 cup whole milk = 2 teaspoons melted butter plus 1 cup fat-free milk (or water) or equal parts evaporated milk and water or 1 cup nonfat dry milk plus 2 teaspoons melted butter

• 1 cup sour cream = 3 tablespoons melted butter stirred into 7/8 cup buttermilk, soured milk or plain yogurt

• 1 cup sour cream = 1 cup plain yogurt (but it will taste less rich from the missing fat)

• Pecans = walnuts, almonds or hazelnuts

• Chunky peanut butter = creamy peanut butter (or grind roasted peanuts in a blender with a little peanut oil)

• 1 cup bread crumbs = ¾ cup cracker crumbs

• 1 cup butter = 1 cup margarine or 7/8 cup vegetable oil or 7/8 cup butter-flavored shortening

• 1 pound lard = 2 cups shortening

• 1 cup sugar (in baking bread) = 1 cup honey plus a pinch of baking soda

• 1 cup sugar (in baking) = 7/8 cup honey plus a pinch of baking soda

• 1 cup sugar (in main dishes) = ¾ cup honey

• 1 cup brown sugar = 1 cup white sugar plus 2 tablespoons molasses

• 1 cup molasses (in baking) = 1 cup sugar (omit baking soda; use baking powder)

• ½ cup dry red wine or white wine = 2 tablespoons sherry or port

• ¾ cup maple syrup = ¾ cup maple-flavored syrup, corn syrup or 1 cup sugar and increase liquid in recipe by 3 tablespoons

• 1 teaspoon pumpkin pie spice = ¼ teaspoon nutmeg, ¼ teaspoon ginger, ½ teaspoon cinnamon

• 1 pound tomatoes = 3 medium or ¾ cup sauce (6 ounces) or ¼ cup paste (2 ounces)

• 8 ounces tomato sauce = 2/3 cup water plus 1/3 cup tomato paste

• 3 cups tomato juice = 2½ cups water plus 6 ounces tomato paste plus ¾ teaspoon salt, dash of sugar

• 1 large marshmallow = 10 mini (dust off cornstarch from their surfaces or it might overload a recipe)

• 1 cup granulated sugar = 1¾ cups powdered sugar for uses other than baking

• ¼ teaspoon powdered ginger = 1 teaspoon chopped fresh or 2 teaspoon minced crystallized

• 1 head fresh dill = 2 teaspoons dill seed

• 1 tablespoon grated fresh horseradish = 2 tablespoons bottled

• 1 teaspoon lemon juice = ½ teaspoon vinegar

• 1 teaspoon dry mustard = 1 tablespoon prepared mustard or ½ teaspoon mustard seeds

• 1 /4 cup rum = 1 teaspoon rum extract plus liquid to make ¼ cup

• 1 teaspoon vanilla extract = 1 inch vanilla bean, split and simmered in liquid of recipe

• 1 cup wine = 13 tablespoons water, 3 tablespoons lemon juice and 1 tablespoon sugar or a little less than 1 cup apple juice plus lemon juice

• 1 cup dry bread crumbs = 3 to 4 slices bread, torn and blenderized

• 1 cup sweetened condensed milk = 1 cup plus 2 tablespoons dry milk powder plus ½ cup warm water plus ¾ cup sugar and dissolve

• ½ teaspoon cream of tartar = 1½ teaspoons lemon juice or vinegar

• 1 tablespoon maple sugar = 1 tablespoon granulated sugar plus a dash of maple extract

Sunday 4 November 2007

Pizza simple Mama Vogue

Semalam hb belanja makan Pizza....! 1 medium saiz pizza, 10-15 ketul potato wedges saiz kecil dan 4 gelas air...Pizzanya,.sekadar sedikit taburan capsikum, beberapa ulas mushroom dan beberapa keping bawang kemudian di salut dengan mozarella cheese, simply delicious!! Pada aku memang dah cukup sedap, roti basenya yang sangat nipis dah cheesenya tidak terlalu banyak menjadikan pizza tersebut tidak menjemukan tapi harganya GBP 16.00 menjulingkan bijik mata aku.....Perut aku meminta pizza lagi dan lagi, balik rumah aku masih tak puas hati....

Daripada pengamatan mata, deria rasa, ketidakpuasan hati dan sedikit pengalaman yang aku ada ...aku telah berjaya menghasilkan pizza klon daripada Pizza hut......kwang...kwang...kwang!!!


Doh Pizza

Bahan doh
1 cawan air
1 sudu besar butter yang dicairkan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 3/4 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis kering

Bahan topping
campuran mozarella cheese dan cheddar cheese
oregano/mixed herb
sos putih
tomato puree
kapsikum ~ potong kiub
bawang~di hiris
ayam/daging/udang/tuna atau apa sahaja yang menjadi peberet!!!~ masakkan dahulu sebelum di tabur di atas pizza
Cara

-Masukkan semua bahan ikut turutan senarai di atas ke dalam breadmaker, pilih setting dough
dan tunggu proses selesai.
-Doh yang telah siap di keluarkan daripada breadmaker, tumbuk-tumbuk sedikit.
-Bahagikan kepada 3 bahagian, setiap satu dicanai membentuk bulat... buat nipis-nipis( lagi
nipis lagi best) dan letakkan di atas pizza pan(((( faham ker?))))~ biarkan seketika supaya ia
mengembang sedikit dan permukaannya menjadi agak licin.
-Setelah doh kembang, sapukan tomato puree di atas seluruh permukaan base pizza~ jangan
terlalu banyak, sapuan nipis sahaja.
-Sapukan pula sos putih di atasnya lagi~ yang ni lagi banyak lagi sedap!!!
-Tabur ayam/daging/udang atau lain-lain mengikut kesukaan.
-Letakkan taburan kapsikum diatasnya
-Taburkan pula campuran mozarella & cheddar cheese menutupi ayam/daging/udang dan
kapsikum tadi
-Jangan lupa letakkan oregano/mixed herb
-Akhir sekali taburkan hirisan bawang di atasnya
-Bakar pizza denga suhu 200c hingga masak

Macammana nak buat sos putih mama vogue?
Bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter

1 1/2 cawan susu
segenggam parutan cheddar/mozarella cheese
Cara
-Panaskan butter dalam periuk
-Masukkan tepung , biarkan seketika~ sentiasa di kacau agar tidak hangus
-Masukkan susu, kacau hingga adunan pekat.
-Campurkan cheese, kacau sebati hingga cheese larut.
-sejukkan


Friday 2 November 2007

Info

Tambah satu lagi ilmu hari ni

Cake
flour has a 6-8% protein content and is made from soft wheat flour. It is chlorinated to further break down the strength of the gluten and is smooth and velvety in texture. Good for making cakes (especially white cakes and biscuits) and cookies where a tender and delicate texture is desired. To substitute cake flour for all-purpose flour use 1 cup plus 2 tablespoons cake flour for every cup of all-purpose flour. Make your own - one cup sifted cake flour can be substituted with 3/4 cup (84 grams) sifted bleached all-purpose flour plus 2 tablespoons (15 grams) cornstarch.

Kari Daging Mama Vogue


Masakan kegemaran HB...

Bahan

300gm daging ~ potong kiub
4 biji bawang besar ~ cincang
3 biji tomato ~ potong kiub
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cawan air
1/2 cawan yogurt ~ pukul sedikit
2 sudu besar rempah kari
secekak daun koriander
minyak sapi untuk menumis


Cara

-Panaskan minyak sapi(boleh dicampurkan dengan minyak masak)
-Tumis bawang besar hingga kekuning-kuningan
-Masukkan daging, kacau sebentar selama 2-3 minit. Biar danging mengecut.
-masukkan buah tomato, biarkan layu
-Bawang putih dan halia di tumbuk jadikan paste, masukkan ke dalam daging
-Masukkan 2 sudu besar rempah kari, gaul sebati selama 2-3 minit.
-Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih.
-Kecilkan air dan tutup periuk, renihkan sehingga daging empuk dan kuah agak
pekat.
-Jika sekiranya kuah sudah pekat, tapi daging masih tidak empuk bolehlah di tambah 1/2 cawan
air lagi dan renih lagi.
-Bila daging sudah empuk masukkan yogurt, renih hingga terbit minyak. Bolehlah di tutup api.
-Taburkan daun koriander yang telah di mayang ~ hidangkan.

Thursday 1 November 2007

Cucur Jagung


Bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung~ aku guna jagung dalam tin
1 biji bawang besar~ hiris nipis
1 tangkai daun bawang~dihiris
1 tangkai daun sup/calery~dihiris
segenggam udang basah saiz kecil ~ di cincang
cili merah~dihiris
garam secukup rasa
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca kecil minyak masak
air secukupnya
1 mangkuk minyak masak untuk menggoreng

Cara

-Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak masak untuk menggoreng, gaul sebati.
pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
-Panaskan kuali, sudukan adunan ke dalam kuali ~ guna tangan pun boleh.
-Goreng hingga kekuning-kuningan.
-Sedap dimakan bersama sos cili sempoi

Kek Lapis Batik Sutera Lagi

Kek lapis siap!!!!!
Enjoy betul buat kek lapis, bila dah siap tak sabar nak potong tengok hasilnya

Menu hari ini

Nasi Ayam bersama sos cili sempoi...

Sos Cili Sempoi


Resipi campak-campak...selama ni aku tak pernah sukat, tapi kali ni aku cuba !!!
sedap dimakan bersama tauhu sumbat, keropok lekor,popia goreng mahupun nasi ayam

Bahan

1/2 cawan cili kering blend
2 ulas bawang putih~ blend
1/2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar tepung jagung(opional) ~ bancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukupnya

Cara

-Renihkan cili kisar, bawang putih, garam dan air seketika dengan api kecil selama lebih
kurang 5-10 minit.
-Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih.
-Perasakan dengan gula.
-Masukkan tepung jagung, kacau hingga agak-agak pekat.

Kuih Lapis Pandan


Lately aku terrrr rajin sket bab lapis melapis ni , malam tadi aku try ler resipi Dari Dapur Kaknis

Sebabkan terlebey rajin, konon- konon nak hasilkan lapisan yang halus-halus tapi akhirnya langsung tak nampak lapisan!!!! cehhh, loteh tul acik!!! Kalau aku buat lapisan kuning- hijau mungkin boley nampak itu lapis!!!...

Tak ada salahnya pada resipi kaknis tu, Resipi ni memang kelassss...cukup serba serbi!!! cuma aku jer yang silap teknik....anyway tak per la ,sekurang-kurangnya aku belajar daripada kesilapan.

Bahan-bahan

A
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam

B
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau

C
1/2 cawan air

Cara

-Gaul semua bahan A, tapiskan.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
-Masukkan jus pandan dan pewarna hijau ke dalam bahagian 1
-Tambah 1/2 cawan air ke dalam bahagian kedua untuk mendapatkan kecairan yang sama
dengan bahagian 1
-Panaskan kukusan, sapu minyak pada loyang
-Kukus selapis demi selapis adunan berselang seli warna.

Jus Strawberry


Bahan

20 biji buah strawberry saiz sederhana
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
5 sudu besar gula
ais secukupnya
Cara

Blendkan kesemua bahan kecuali ais..bolehlah di hidangkan!!

Ikan masin oh ikan masin

Makanan favorite hb, sejak aku kawin dengan dia aku pun dah tersuka pulak makan ikan masin stail macam ni...

Ikan masin Talang di goreng garing bersama bawang, ala - ala makanan orang berpantang selepas bersalin...rasa-rasa ikan masin meresap ke dalam bawang, hidangkan bersama-sama minyak gorengan ikan masin tadi lepas tu makan nasi panas-panas....ummmmpppphhh sodap!!!