Wednesday 9 April 2008

Kuih Cara Berlauk

elo kawan-kawan...alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami semula ke Woodhouse , 17 jun 2008 pukul 3pm semalam(waktu Malaysia 1opm), seronok tak terkata bila sampai semula ke rumah kami...rindu sangat!!

Anyway, buat masa ni sibuk sgt mengemas barang2, sekarang ni rumah macam tongkang pecah!!!

letih ler, nak berehat dulu....

Jom cuci-cuci mata tengok kuih Cara berlauk yang MIL aku buat nih....



Tuesday 8 April 2008

Manggo Jelly







Bahan
10gm serbuk jelly(konyakku)
isi buah mangga yang di kisar bersama 50ml air(daripada sebiji buah mangga)
900ml air
150gm gula
secubit garam
1 sudu teh esen mangga(optional)

Cara
Didihkan air bersama gula
Masukkan serbuk jelly dan secubit garam
Masukkan esen mangga(optional)
Akhir sekali masukkan buah mangga kisar, didihkan seketika dan tutup api
Masukkan ke dalam acuan kesukaan, biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais.
Bolehlah di hidangkan.
Resipi yang di cedok daripada http://www.myresipi.com/

Kek Lapis Strawberry Coklat



Bahan


10 biji telur

500gm butter

250 gm tepung HongKong(gandum aje pun ok)

100gm gula kastor

200gm Horlick

1 tin pendek susu pekat manis

1 sudu esen vanilla

1 1/2 sudu besar ovallate

1 botol kecil(25ml) strawberry emulco

50gm serbuk koko


Cara



  • Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan ovallate

  • masukkan telur satu persatu, pukul lagi

  • masukkan susu pekat manis, horlick dan esen vanilla~ gaul rata

  • Masukkan tepung dan gaul sebati

  • Bahagikan kepada 2 bahagian :-

a) bahagian pertama campurkan dengan strawberry emulco


b) bahagian kedua di campurkan dengan serbuk koko



  • Bahagikan adunan koko kepada 2 bahagian sama banyak :-

a) satu bahagian untuk lapisan atas (adunan koko A)


b) satu bahagian untuk lapisan bawah(adunan koko B)



  • Alas loyang kek bersaiz 8"x 8"x 2.5" dengan kertas baking, sapukan mentega di bahagian dasarnya.

  • Ambil 3-4 sudu besar daripada adunan koko A, ratakan atas loyang. Bakar dengan api oven bahagian atas dan bawah dengan suhu 180C selama 5 minit atau hingga kek masak.
  • **Ambil lagi 3-4 sudu besar adunan koko A, tambah ke atas lapisan pertama kek tadi dan bakar dengan api oven bahagian atas sahaja selama 3 minit atau hingga masak dengan suhu 250c.
  • Ulang proses ** hingga adunan koko A habis.
  • Ikuti dengan lapisan adunan strawberry Emulco hingga habis(sama seperti proses **)
  • Dan diakhiri dengan lapisan koko B hingga habis.
  • siap..!!!