Friday 27 June 2008

Okara cookies

Lepas proses membuat home made tofu, aku tak tau nak buat apa dengan okara tersebut nak di buang sayang...Semasa jalan-jalan ke rumah seorang hamba allah (lupa pulak namanya) aku terjumpa resipi ini.. sedap okara cookies ni, just nice dan tidak terlalu manis, baunya haru semerbak semasa membakar!!!
Aku buat 2 adunan

Photobucket

Bahan

50 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
50gm okara kering
30gm gula halus
50gm butter

Cara
-Goreng 120gm/130gm okara tanpa minyak hingga garing, kisar halus.
-Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum,tepung jagung dan okara
kering, gaul hingga sebati.
-Bagi 2 bahagian,Roll memanjang setiap satu(ala-ala keropok lekor)
-Masukkan ke dalam fridge selama 30 minit. Potong bulat setebal 1 cm.
-Bakar dengan suhu 160C selama 10-15 minit atau hingga masak..

Homemade tofu

Cubaan pertama yang membuahkan hasil..Berkat Jasa baik Nita mendermakan aku 2 kilo kacang soya dan sebungkus gypsum.

homemade tofu

Photobucket

Cara yang paling senang menghasilkan tofu

Bahan

400gm kacang soya - Rendam semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam, selepas rendam, berat kacang soya akan menjadi 800gm.
1/2 cawan air panas
2 1/2 sudu kecil epsom/gymsum/lemon juice

Cara
-Kisar kacang soya hingga halus, perah menggunakan kain cotton/kasa bersih ambil 2 liter
airnya.
-Masak air soya hingga mendidih, tutup api.
-Bancuh Gypsum bersama 1/2 cawan air panas masukkan ke dalam air soya yang masih panas.
-Kacau satu arah(ikut arah jam) hingga air soya berubah menjadi seakan-akan air susu basi.
-Tapis serdak air soya dengan menggunakan kain cotton/kasa bersih, buangkan airnya(jangan di
perah, biarkan air tersejat sendiri).
-Serdak soya tadi di biarkan di dalam kain cotton/kasa, perkemas lipatan kain penapis .
-Himpitkan dengan apa-apa pemberat supaya serdak-serdak soya mampat seperti dulang kecil yang di tindih batu atau dihimpit dengan botol yang berisi air.
-Biarkan selama 20-30 minit, bolehlah di potong dan dan di gunakan..

Tuesday 24 June 2008

Dadih Strawberry

dadih

Resipi Minami (20 bekas kecil)

Bahan

500ml air(aku guna juice strawberry)
500ml susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu besar serbuk agar-agar
1 sudu besar strawberry imulco
secubit garam

Cara

masak air bersama gula sampai hancur
masukkan susu, serbuk agar-agar , strawberry imulco dan garam... kacau sebati
tapis dan simpan di dalam bekas-bekas kecil, biarkan sejuk.

Kek Lapis

Yang ni pun aku tak berapa sure...kek lapis Nirwana ker Purnama, nnti aku edit semula nama dan resipinya. kek lapis yang ini memang kena dengan selera anak tekak aku, menggunakan coklat rice dan mix fruit...sedap banget!

keklapis

Monday 23 June 2008

Kek Lapis Dwi Pandan

Sedap kek nih...

pandan

Kek Lapis Seri Balas

Kali ini aku sudah tersilap teknik semasa memotong inti kek tersebut, corak seri balasnya kureng mengancam...setelah ku telek dan ku belek..aku dah dapat mengesan di mana silapnya kek seribalas ku ini tak menjadi...Lain kali aku akan cuba lagi untuk menebus kesilapan, aku memang betul-betul tak puas hati..

seribalas

Kek Lapis Bollywood

Cubaan pertama menghasilkan kek Lapis bercorak.Terkial-kial juga menggunakan pemotong khas..sebab tak ada manual cara-cara menggunakan alat tersebut, fuhhh!!memang mencabar, tapi alhamdulillah berjaya walaupun susun aturnya kurang kemas..

bollywood

Kek Lapis Pudina

pudina

Kek Lapis Purnama

Resipi Rabiah Amit
citrawarna

Nama sebenarnya ialah kek lapis Purnama, di dalam gambar ni dah tak boleh nak edit ...harap maklum.

Resipinya:-

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200gm gula halus- boleh dikurangkan
150gm tepung hong kong(tepung pau)/tepung superfine
1 sudu makan ovelette

Bahan B
450gm mentega
1/2 tin susu pekat manis(tin pendek)

Bahan C
1 tin kecil seri kaya
100gm nestum
pewarna hijau(pandan paste), kuning, coklat dan oren
Perasa pisang, perasa kopi dan perasa oren

Cara:
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang
2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang
3. Satukan adunan A dan B, gaul sebati.
4. Masukkan seri kaya dan nestum. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian:

a) 1 bahagian diwarnakan hijau(pandan paste)
b) 1 bahagian diwarnakan kuning dan masukkan perasa pisang.
c) 1 bahagian masukkan coklat dan masukkan perasa kopi.(saya cuma masukkan melted cooking chocolate , tanpa letak peerisa kopi)
d) 1 bahagian diwarnakan oren dan masukkan perasa oren.

5. sediakan acuan 8"1/2 x 8" 1/2 x 4" dan alas dengan baking paper, tuang 5-6 sudu besar adunan hijau ke dalam acuan dan ratakan dengan sudu kemudian bakar dengan menggunakan api grill di dalam oven bersuhu 250C selama 3 minit atau hingga permukaan atas kek kekuning-kuningan.

6. Ulang langkah 5 hingga selesai mengikut urutan warna seperti dalam gambar di atas , bakar selapis demi selapis.
7. Setelah selesai semua lapisan, tukar mode oven dari "grill" kepada mode "baking" bersuhu 180C dan bakar kek selama 5 minit.
8. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk di dalam acuan.

Friday 20 June 2008

Wantan


wantan11

Bahan

Kulit wantan secukupnya
1 keping tauhu
2 biji telur
daun bawang secukupnya-hiris halus
1 tangkai cili merah- cincang
1 biji bawang besar-cincang
udang - di cincang(optional)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara
-Goreng tauhu hingga kekuningan- carik-carik hancurkan sedikit
-Pecahkan telur, masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali kulit Wantan, kacau sebati (ala-ala telur dadar)
-Panaskan minyak,
-Ambil sehelai kulit wantan, letak inti telur di tengah-tengah dan cantumkan hingga menjadi seperti di dalam gambar, goreng dengan api yang kecil.
-Hidangkan bersama sos cili

wantanbyk

Thursday 19 June 2008

Agar-agar Lapis Pelangi


Resipi menarik daripada brother Rozzan. Aku buat sedikit pengubahsuaian mengikut kesesuaian bahan-bahan di dalam simpanan.

**Penggunaan santan aku gantikan dengan susu cair
**Bahagian atas setiap satu lapisan hendaklah di kelar sedikit dengan menggunakan pisau tajam sebelum ditambah dengan lapisan warna yang seterusnya untuk mengelakkan lapisan tertanggal antara satu sama lain.

Contoh lapisan di atas:

Lapisan 1 : Agar-agar tanpa warna
Lapisan 2 : Agar-agar putih susu
Lapisan 3 : Agar-agar merah strawbery emulco
Lapisan 4 : Agar-agar merah strawbery emulco bersusu
Lapisan 5 : Agar-agar berkoko
Lapisan 6 : Agar-agar koko bersusu

**Ulang hingga habis**

Bingka Sawit

Alkisah masa di kampung aku....kebetulan masa aku balik kampung, ada lah aku jumpa 20-30 ulas buah sawit ni kat dapur , mak aku bawak balik dari kebun..so, aku pun buat lah eksperiment kuih bingka...taraaaa...inilah hasilnya!!




Bahan


1 cawan gula

20 ulas biji kelapa sawit(rebus sampai empuk )

1 cawan air suam

2 cawan tepung gandum

450ml air( boleh ganti dengan santan cair jika suka)

3 biji telur

1/2 sudu teh garam

bijan secukupnya



Cara

Ulas buah sawit yang telah di rebus empuk hendaklah di ramas dengan 1 cawan air suam..perah sabutnya ambil patinya sebanyak satu cawan, lakukan ketika masih panas kerana bila dah sejuk minyak dan lemak pada sabut sawit akan membeku.

gaul semua bahan di atas kecuali bijan, tapis atau kisar adunan tadi.
grease loyang dengan butter, tuang adunan ke dalam loyang. Bakar hingga masak.(suhu ikut suka ati, aku pakai oven lama jer)

Tuesday 17 June 2008

Cuci mata lagi..