Wednesday 23 July 2008

Cream Puff

Resipi yang di cedok daripada koleksi Yani@myresipi

Resipi...

DSC_1186

DSC_1185

Monday 21 July 2008

Donut

Jom makan donut... Resipi Yani@myresipi


DSC_1194


Bahan

200gm tepung roti
20gm gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20gm butter
minyak masak untuk menggoreng
gula untuk dusting/gula caster/icing

Cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough..tunggu hingga breadmaker siap menguli.
Uli doh dengan tangan, buangkan anginnya.
taburkan tepung di atas papan canai, canai dough dan terap menjadi bentuk donut
biarkan sekejap, hingga adunan naik dua kali ganda, dan permukaan donut licin/gebu.
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuning-kuningan.
Taburkan gula.

kali ni mamavogue ubah selera, try buat donut macam kat donkin donut tuh...menggunakan white chocolate dengan chocolate rice...

Lasagne

5 julai lepas Birthday anakanda sulung aku Ryan Ikmal, atas permintaan birthday boy aku buatkan untuk dia Lasagne ni..itupun beberapa hari selepas birthdaynya, maklum ler masa tu aku sibuk berpindah, nak buatkan kek Birthday untuk dia pun tak sempat, cuma beli jer...Kesian dia!!

Resipi ini yang biasa aku buat, filling ikut selera aku... Biasanya ada filling tuna, bayam, mushroom, ayam, daging atau apa-apa saja yang kita suka...letak jer, kita yang buat dia kannnn!!! kali ni aku buat menggunakan filling bolognese (ala..yg sos spagethi tu ler), daging kisar aku gantikan dengan ayam. Filling ni tak perlu letak garam pun tak apa sebab white sauce dan cheese dah cukup masin, kalau nak letak jugak kena hati-hati dan jangan overdose!!!

white sos biasanya aku buat sendiri(ada dalam resipi yang lepas) kali ni aku beli jer yang dah siap dalam botol....kes nak jimat masa.

DSC_1180

Bahan

kepingan lasagne secukupnya
Kuah spagethi ayam - (pekat)
white sauce(sos putih)
Mozarella cheese
cheddar cheese
Oregano atau mixed herb

Cara

Lanser caserol yang berbentuk segi empat dengan sedikit butter.
*Susun kepingan lasagne(satu lapisan) di dasar caserol.
*Letakkan kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kepingan lasagne tadi.
*Letakkan pula sos putih di atas kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kuah tadi
*Taburkan campuran mozarella dan cheddar cheese di atasnya
Ulang proses (*) hingga selesai, taburkan di bahagian atas sekali dengan cheese menutupi semua permukaan, jangan lupa taburkan oregano atau mixed herb.

Kes kalau terlebih rajin, boleh lah try buat white sause sendiri....


White sauce/Sos putih

Bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter

1 1/2 cawan susu
segenggam parutan cheddar/mozarella cheese

Cara
-Panaskan butter dalam periuk
-Masukkan tepung , biarkan seketika~ sentiasa di kacau agar tidak hangus

-Masukkan susu, kacau hingga adunan pekat.
-Campurkan cheese, kacau sebati hingga cheese larut.
-sejukkan

Thursday 3 July 2008

Orange Muffin

Tengok gambo dulu eksss

Orgmuffin

Tau fu fah

Belajar dari Nita Tinsley...memang berbaloiii!!!

nak resipi? klik sini


taufufah

Air Soya

Tengah dalam mood berpindah rumah...tengok-tengok gambar dulu eksss, nak kemas dapur jap!!!


soybean