Sunday 31 August 2008

Shepperd pie

Dah lama peram resipi ni...dekat 2 tahun..ekekek
amik dari MyResipi...

Collage46

** inti
250gm minced beef
100gm mushroom
1 labu bawang besar
2 sudu besar mushroom cream
sayur-sayur lain ikut suka seperti mixed vege,brokoli atau coliflower

**topping
Mashed potato
Mozarella cheese

**cara
Goreng bawang hingga layu, masukkan minced beef, goreng hingga kering.
masukkan cream mushroom, cendawan dan sayur lain..biarkan sekejap.
angkat dan masukkan ke dalam caserole, ratakan.
tutup atasnya dengan mashed potato...lebih mudah jika menggunakan muncung nozzle.
taburkan dengan mozarella cheese.
bakar 200C hingga cheese melt shepperd pie kekuning-kuningan

Apam Mekar

apam mekarku yang kureng mekar...tunggu next version !!!

Collage45

250gm gula
2 biji telur
1 sk esen vanilla
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sk ovelate
pewarna ikut suka
paper cup secukupnya

** panaskan kukusan, bungkus penutup dengan kain utk elak air menitis ke atas apam ketika mengukus.
pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu.
masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
masukkan tepung berselang seli dengan susu sambil di pukul hingga gebu.
bahagikan adunan ikut warna (2 warna).
masukkan setiap satu bahagian ke dalam piping bag atau plastik yang telah di potong muncungnya.
picitkan adunan ke dalam paper cup, selang seli ikut warna.
kukus selama 10-15 min

Saturday 30 August 2008

Award

dapat award ni kali ke dua daripada masz_73, thanks a lot sebab ingat kat aku...terharu sungguh!!! sorry lambat amik award ni sebab 2-3 hari ni malasss yang amat nak belek blog...huhuhu
award yang ini pulak aku terima daripada blog IzzIzwa, thanks a lot izz coz sudi menganugerahkan award ni kepada aku walaupun kita baru jer kenal, comei sungguh award ni warna pink, aku suka warna pink...masih lagi terharu...sob...sob

so aku nak sharelah kepada kawan-kawan yang lain...sila lah ambil yer, terimalah walaupun dah dapat sebelum ni...

1. Anese FP
2. Hanasyakirah
3.Sanyaleeya
4.Hertiny
5.Aziemas
6.Masz-73



Thursday 28 August 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Sempena menjelangnya bulan yang penuh dengan keberkatan ini saya/mamavogue ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini..Jika ada salah silap saya sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja haraplah sudi memaafkan...

kat bawah ni kopipes daripada lanjutan email kawan-kawan...marilah kita sama-sama jadikan panduan...

Salam Syaaban - Ramadhan buat semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya terutama makan dan minum.

Saya juga telah memaafkan kalian dan telah menghalalkan segalanya.

Didoakan agar kalian mendapat 'puasa mabrur' bermula tahun ini dan selamanya.

Nak tunggu kad raya baru nak bermaafan takut terlambat…..bermaafan hendaklah dilakukan setiap detik sesama manusia lebih-lebih lagi dengan Allah Taala.

Amin….

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Bismillahirohmannirrohim.

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikindan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dlmnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelumberbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10hari pertama mulanya rahmat, 10hari kedua,pengampunan dan 10hari terakhir, bebas dar iapi neraka.

Amalan2 di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dpt bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pd malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramall solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah dimasjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yg panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi org yg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

Jeruk oh jeruk

Collage43

Jeruk halia Resipi Yani@myresipi

200ml cuka
70gm gula---aku tambah xtra-xtra
sedikit garam
halia muda--tak jumpa halia muda, aku pakai halia biasa jer

** celur halia dengan air panas mendidih, toskan airnya
larutkan cuka bersama gula dan garam
masukkan halia tadi dalam campuran cuka
peram selama 2-3 hari
sedap, rasanya macam asam halia color merah yg jual di kedai tuh

Collage44

yang ni jeruk mangga...teknik yang sama

Putu Mayam

putumayam

Putu ayam..aku pernah buat sekali dulu tolong mak masa bulan puasa...long....long time ago, rasanya time aku sekolah rendah darjah 6 kot..errrmmmm, lama tu dah 20 tahun..tapi sentiasa ingat sampai sekarang sebab saat yang paling aku suka sekali kerana kami sama-sama berpadu tenaga explore buat putu mayam nih.

Kalau di Malaysia terap putu mayam ni atas daun pisang lepas tu kukus...kat UK ni aku terap atas baking paper jer, sapu minyak sket.

Buatnya mudah jer, cuma perlukan tepung beras,secubit garam dan air panas..gaul sampai boleh di uli. Kat UK ni ada lain macam skit tepung berasnya...masa nak tekan putu mayam keluar dari acuan maruku tu ,ada macam rasa nak terkucil..putu mayam tu tak keluar-keluar dari muncung acuan sehabis tenaga aku tekan, itu pun dah kasi lembikkan aduan...susahnya mangggg aiiii,mungkin jenis tepungnya atau acuan maruku aku kureng power.. sib baik buat skit jer...untuk testing.

Rasa tetap marveles. sama macam beli kat moto mamak jual putu mayam tuh
makan dengan kelapa yang di ubuh sedikit garam dan gula merah atau gula perang

Tuesday 26 August 2008

Kek Pisang Berlapis

Collage42

resipi himpunan mak aku sejak sekitar 70-80an....
tunggu mamavogue free baru letak resipi

Masak Lemak Labu...Resipi Belasahan

Collage41

Nasi Goreng Kerabu

Collage40

Thursday 21 August 2008

Tart Gulung

Collage33

ada dua resipi yang aku suka setakat ini..kedua-duanya hampir sama, cuma resipi 1 ada minyak sapi.2-2 resipi ni aku dah cuba.
Aku cuma buat 1/4 adunan sahaja...

Resipi 1

Tart Nenas Minyak sapi-Koleksi Resipi Dapur Ogy

Inti(Jem nenas)

2 biji nenas
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
pewarna kuning

**parut nenas , masukkan dalam periuk bersama pewarna kuning,gula pasir dan gula merah. masak hingga kering.

Pastri

2 cawan mentega
1/2 cawan minyak sapi
2 sudu makan gula
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
600gm tepung gandum(ikut kelembutan)

Cara

Kacau mentega, minyak sapi, gula dan kuning telurhngga kembang
masukkan tepung sedikit-sedikit, uli hingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan tepung, ikut keperluan)
Rehatkan selama 10-20 min
tekan adunan dalam acuan kuih sempret, letak jem dan gulungkan.
Sapu kuning telur di atasnya.
bakar 180C selama 10-15 min(hingga masak)


Resipi 2

Tart Gulung - Resipi Zaliana

Jem Nenas - bulat-bulatkan saiz kecil
300-340gm tepung gandum
40gm tepung jagung
250gm mentega
1 biji kuning telur
40gm gula icing

Cara campurkan mentega , gula icing dan kuning telur. kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh(tepung boleh di tambah atau di kurangkan ikut kesesuaian). Masukkan ke dalam acuan sempret, letak jem dan gulungkan.
sapukan kuning telur di atasnya..

Wednesday 20 August 2008

Puteri Ayu

Collage25

Bahan(19 biji)

1 biji telur gred A
80gm gula halus
80ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
*90gm tepung gandum}} satukan dan ayak
*1/2 camca teh tepung Ubi}}satukan dan ayak
1/2 camca teh ovallate
**1 cawan kelapa parut} gaul rata
**1 camca besar tepung jagung} gaul rata

Cara
-Sapu acuan kuih dengan sedikit minyak dan masukkan 1 camca teh kelapa parut tadi, tekan padatkannya..ketepikan
-Putar rata gula dengan ovallate , masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes pandan, gaul rata.
-Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis, gaul sebati.
-Sudukan ke dalam acuan yang ada kelapa tadi, kukus selama 10-15 min- sejukkan.

Puding Tauhu

ubah suai mengikut apa yang ada dalam simpanan....aku guna agar-agar powder, sukatan pun aku dah ubah suai, Laici tak ada, so aku tukar dengan fruit coktail..ampunnn!!! kepada empunya resipi
Resipi di bawah adalah resipi asalnya(kopipes jer)..TQ, kak Nor_67 berkongsi resipi.

Collage23


Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.

Tart Nenas/Tart Gulung

Masih mencari resipi yang kena dengan anak tekak aku....

Collage24

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu orang Rembau...

Collage22

Tuesday 19 August 2008

Jacket Potato

Aritu jalan-jalan ke car boot sale...singgah ke gerai mat salleh, makan jacket potato ni...lepas tu, balik rumah esoknya aku try lah pulak buat eksperiment..., lepas ni tak perlu nak beli lagi, mahal siotttt sebijik sampai GBP2.50, tapi toppingnya tinggi woooo, macam-macam topping boleh pilih...dah macam tak makan potato,macam ratah lauk jer rupanya...Meh try buat jacket potato ngan tuna...

jacketpotato


kalian cuma perlukan

Kentang yang saiz besar (besar skit dari penumbuk korang dah orait)
tuna dalam tin
Mayonise & black pepper
jagung dalam tin
Cheese(aku pakai mozarella cheese)
salad (optional)

caranya

Kentang di balut dengan aluminium foil, bakar anggaran 180C selama1 jam(try cucuk ngan lidi, kalu dah empuk tu, bole kuarkan dari oven.

Masa tengah bakar kentang tu, readykan siap-siap tuna yang di gaul dengan mayonise dan sedikit black pepper dan masukkan dalam fridge

Buka tin jagung dan sagat cheese.

Sebaik saja kentang kuar dari oven, belah 4 kentang tuh(tapi jgn sampai ke dasar ), lenyek-lenyek sket isi kentang tu dengan garfu. trus taburkan cheese(so cheese tu akan melt kat atas kentang tu)..ikut suka nak banyak mana. Letak Tuna di atas cheese dan akhir sekali taburlah jagung dalam tin , kalau suka letak salad di bahagian paling atas ...

Terus ngap masa panas-panas, dah sejuk tak rasa kelazatannya...kombinasi kentang yang panas berasap, dengan tuna yang sejuk memang syioookkkk!!!

Kuih Tiram

Bahang nak sambut puasa dan Hari Raya dah mula terasa...dah dekat setahun gak aku peram resipi ni dalam waiting list, kali ni baru berkesempatan nak cuba, sedap buat kudap-kudapan masa tengok TV atau chatting...ahaksss

Terima kasih kepada Shamen yang sudi kongsi resipi ni..

tiram

click sini untuk resipi

Udang Goreng Butter

Udang Goreng butter biasa jer, cuma aku tambah telur jurai-juraimnkat atas dia...idea dari Cik Puan Almari Resipi.

Collage19


Udang tu ikut suka aku jer... marinate dengan garam , kunyit, rempah kari sket dan lada hitam...goreng agak2 macam nak garing-garing , pas tu buh ler bawang, goreng bagi layu-layu sket bawang tu. Siap....

Pas tu pukul sebiji telur, panaskan kuali dengan minyak...masukkan telur dalam bekas acuan roti jala, then jurai2kan telur dalam kuali yang dah panas tu, angkat dan toskan telor(aku lap dengan paper towel)...dah siap,Taburkan atas udang tadi.. boleh makan!!!

Monday 18 August 2008

Taugeh Celur

Collage20

Kopipes daripada Myresipi.com..TQ kepada tuan punya resipi>>che'Iza
  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Donut

Buat lah resipi yang pelik-pelik dan canggih macam mana pun...namun, cucur bawang dan donut jugak yang menjadi pilihan familiku...cesss!!

Collage21

Award

Dapat bear ni daripada AlongRoz..TQ very much to along yang baik hati, lama dah(2-3 hari) amik dari blog AlongRoz... sekarang baru berkesempatan nak gantung..TQ sekali lagi.

Untuk kengkawan yang belum dapat lagi bear ni,jangan segan-segan silalah amik kat ruah mamavogue, ada banyak lagi stok...


Thursday 14 August 2008

Agar-agar Santan

Agar-agar santan yang ibu- ibu kita pernah buat..cuma di beri wajah baru. minggu lepas pergi kenduri rumah kawan-kawan di sini (Ruhil Haryati), salah seorang dari tetamu(PN Hasmah) yang menghadiri kenduri tu bawak se talam agar-agar ni...cantik bangeett agar-agarnya,part agar-agar santan tu di potong dadu, cantik jer terapung kat bahagian atas..manakala yang perisa gula merah tu di bahagian bawah.. rasanya pun sedap. Bila aku tanya buat macam mana..dia kata "alah..agar-agar santan biasa jer", aku assume sama ler macam agar-agar santan yang aku biasa buat..setengah adunan aku buh santan dan gula, biarkan beku kemudian aku potong dadu, kecil-kecil..Setengah adunan lagi aku letak gula merah, tuangkan dalam talam kemudian aku masukkan agar-agar santan yang sudah di dadu tadi..
Tapi, sedih betul lah agar- agar santan tu tak terapung pun...missi aku kali ni kira gagallah, nnti nak berguru betul-betul dengan cik puan Hasmah ni mcm mana agar-agar santan dia tu terapung di permukaan.

Collage18


yang ini resipi aku...

Bahan-bahan

5gm serbuk agar-agar
100ml air
500ml santan
4 sudu besar gula
sedikit garam

Cara:

Masak air , masukkan serbuk agar-agar dan gula, biarkan gula hancur. Masukkan santan dan garam. Tunggu mendidih. hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak merwap. tutup api, biarkan agak-agak suam.Masukkan ke dalam bekas, sementara belum beku selalulah di kacau supaya santan dan airnya tidak terbahagi dua..nanti tak cantik pulak rupa agar-agar nya. biarkan beku.
bila dah beku, potong dadu kecil-kecil, ikut suka kita nak potong macam mana lah..tak dosa pun..ekekeke. ketepikan.

Bahan-bahan

60gm gula merah
2 sudu besar gula
600ml air
5gm serbuk agar-agar

Cara-

Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar..biarkan larut.Masukkan gula merah dan gula pasir, biarkan mendidih dan gula larut, angkat dan masukkan ke dalam loyang. Taburkan kiub agar-agar santan yang sudah diketepikan tadi. Biarkan beku.

Jelatah

Kalau makan nasi minyak tak ada jelatah macam tak lengkap jer...


Collage17

Nasi Minyak

Baru-baru ni aku telefon ke kampung, sembang ngan mak aku.. mak aku pun buka cerita

"...bla..bla..blaa..si polan tu bla..bla..bla nak buat kenduri..bla..bla anak pompuan dia..bla..si anu..bla..bla..buat kenduri..bla..bla nak bertunang...besan di Kelantan bla..bla nak kenduri..bla..bla..
"

semuanya kisah kenduri sana sini..maklum lah dah nak cuti sekolah khabarnya di Malaysia. Aku jadi rindu nak makan nasi kenduri...teringin sangat nak makan nasi ada kismis, ada gajus dan badam..huhuhu, nak buat Biryani karam CMG aku tak rajin..Nasib baik ter rajin plak nak buat nasi minyak nih..

Collage16

Bahan

4 pot beras basmathi (rendam 1/2 jam dan toskan)
4 1/4 pot air
1/4 pot susu cair
1/2 labu bawang besar- hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
1/2 inci halia-hiris halus
sedikit cengkih, bunga lawang, biji pelaga, kulit kayu manis
2 sudu minyak sapi - aku tak buh..tak ada stok
2 sudu butter
kismis
sedikit biji gajus
sedikit kepingan badam
bawang goreng
sedikit kiub pati ayam

Cara
Panaskan minyak sapi bersama butter, tumis cengkih dan kawan-kawannya hingga naik bau
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan beras , gaul sebati.. biar seminit.
masukkan air, susu cair dan kuib pati ayam., perasakan garamnya..masak nasi seperti biasa.
apabila nasi hampir masak bolehlah masukkan kismis, gajus dan kepingan badam..sedia untuk di ngappppp...

Wednesday 13 August 2008

Ayam Panggang Berseri

Resipi Kak ummi, macam terliur tengok ayam panggang kak ummie tertenggek jer atas pinggan..so, aku pun cuba ler buat 1/2 ekor saja...makan dengan nasi mnyak, dalca dan jelatah(lately teringin nak makan nasi kenduri,...huhuhu)..tapi, apasal rupa ayam panggang aku tak sama macam ayam panggang kak ummi?...anyway,yummy..yummy..

panggang

Kopipes jer...

Bahan:-
1 ekor ayam - dibelah 4 atau 8
6 tangkai daun ketumbar - kisar
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu kecil jus limau
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar madu
2 cm halia - kisar
Garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan toskan. Perapkan ayam dengan semua bahan selama setengah jam. (*ummi masak sebentar ayam bersama bahan perap dalam kuali dengan api perlahan) Bila setengah masak baru ummi bakar). Sediakan alluminium foil dan letak ayam serta lebihan bahan perap. (tak perlu tutup foil). Bakar pada suhu 180 deg Celcius selama 35 - 40 minit. Balikkan ayam bila separuh waktu memasak dan pastikan ayam masak seeloknya.

Bubur Jagung

Bubur Jagung campak...ikut apa yang ada dalam almari doraemon. Bahan-bahan senang jer, jagung(aku pakai yang dalam ti), gula secukup rasa,santan dan sagoo..lelap mata pun boleh buat, tak ada yang luar biasa..

bubur

Mee Goreng

Mee Goreng untuk breakfast..2 hari lepas aku beli egg noodles kat Tesco, semalam baru bercadang nak goreng. Semasa nak menggoreng baru terperasan egg noodles tu dah expired, adeeehhh...macam dah terasa kat tekak ni, bahan-bahan nak goreng mee pun semua dah tersedia. Nasib baiklah ada spagethi kat dalam almari doraemon..dapat jugak ler aku makan mee goreng. Resipi biasa-biasa saja. Korang masak pun lagi sedap, layan gambar jer lah ekss

mee

Tuesday 12 August 2008

Cheese and Onion Pasty

Selama ni tiap kali jalan-jalan window shopping, mesti singgah ke Gregg Bakery, di situ ada cheese and Onion yang tersangattttt lah lazatnya...kali ini aku try buat sendiri, masa shopping barang dapur hari sabtu lepas, selepas ku telek...kubelek maka aku terjumpalah pastry dough yang dah siap di roll...so aku dapat idea nk try buat sendiri. Daripada pengamatan aku, kalu aku bagi cheese and onion pasty kat Gregg 5*, makanya hasil eksperimen olahan aku kali ni aku bagi 4*(perasannn...huhuhu)...anak-anak aku suka bangettt.

Collage15



Bahan

100gm cheese( cheddar/parmesan/mozarella)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 labu bawang besar(cincang)
1 cawan(250ml) susu segar
puff pastry secukupnya

Cara


Inti

Panaskan butter,
tumis bawang cincang hingga naik bau
masukkan tepung gandum..goreng 1 minit.
masukkan susu segar, kacau hingga mendidih dan pekat
masukkan cheese, kacau lai hingga cheese cair.
sejukkan.

Penyediaan pasty

-Sapukan baking tray dengan butter, gelek puff pastry setebal agak-agak dalam 1/2cm, potong ikut bentuk dan saiz kesukaan masing-masing..
-**Ambil 2 keping saiz yang sama, satu daripadanya letakkan dalam baking tray, bubuh inti di atasnya. Tutup di bahagian atas dengan sekeping lagi doh puff pastry, kelim bahagian tepi
dengan menekat menggunakan garfu.
-**Kelar di bahagian atasnya dengan hujung pisau yang tajam,untuk hasilkan pattern sukahati masing-masing. ulang proses ** hingga habis
-Bakar dengan suhu 180C selama 30/40min- bergantung kepada oven masing-masing.
kalau nak dapatkan permukaan pasty yang cantik berkilat, sapulah dengan susu segar...(aku tak sempat buat, sebab dah selamat masuk dalam oven baru teringat...)

Monday 11 August 2008

Death by Chocolate cake

Khas untuk chocolate lover...memang betul-betul terangkat makan kek nih, ala-ala makan kek chocolate indulgence di Secret Recipe.Aku buat 1/2 adunan daripada resipi di bawah. Terima kasih kepada empunya resipi mrsdayat@myresipi.
Deko kek kali ini agak kurang kemas, dan tidak rata (salah teknikal beb). Kena cuba lagi next time...

Collage14

Resipi aku kopipes jer dari Myresipi...

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

Chocolate moist cake

Resipi Zalisa@myresipi
sedap resipi nih, tak rugi mencuba..Aku tolong buatkan untuk Ruhil semalam sempena birthday anaknya Daniell yang ke 3 tahun..

coklat

kopipes jer....

  • Bahan A
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 tsp soda bikabonat
  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 11/2 cwn air
  • Bahan C
  • 11/4 butter
  • 2 cwn gula halus
  • TOPPING
  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
  9. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
  12. Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.

Sunday 10 August 2008

Bahulu

Happy sangat bila berjaya menghasilkan kuih bahulu dari tangan sendiri...perasaannya sangat berbeza bila berjaya menghasilkan kuih-kuih moden dengan kuih tradisional seperti bahulu nih.. huhuhu...ada sket lain macam jer rasanya, kepuasan yang sempurna.

Kenapa eksss?... mungkin kerana banyak nostalgia yang akan terungkap.Aku rasa dekat dengan Tanah air, adat resam dan budaya masyarakat kita... Kalau zaman kecik-kecik dulu nak makan kuih bahulu ni kena tunggu musim raya barulah jumpa, sekarang dah tak perlu lagi...kalau rasa nak makan pegi jer kedai, yang jual panas-panas pun ada.

Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah ler cuba tolong mak buat kuih bahulu nih, tapi sekerat jalan jer sebab tak larat nak pukul telur kat dalam pasu..resipi plak kira cupak dengan gantang. Adunan penuh satu pasu, bakar dengan dapur kayu ..jenuh dari pagi sampai lah ke petang buat kuih bahulu. Hasilnya memang lumayan...biasanya akan dapat lebih daripada 2 tin biskut dulu-dulu yang besar tu, korang ingat tak?..tin biskut yang ada cermin kat salah satu sisinya. Perghhhh, puas makan..selain bawak balik sebagai buah tangan ke kampung, dan jamu tetamu yang datang berhari raya selebihnya boleh simpan untuk Hari Raya haji...weiiiiii...rindu betul dengan kenangan lama tuh...

Collage11

Talam Suji

Ambil resipi ni daripada buku resipi MIL aku...aku buat 1/2 adunan daripada resipi di bawah

Collage12

Lapisan Bawah

Bahan:-
2 cawan tepung suji
6 cawan santan cair
1 cawan gula
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara:-

Kacau semua bahan dengan api perlahan hingga naik wap kemudian masukkan dalam loyang , kukus selama 10 minit. Selepas masak,kelar-kelarkan permukaan atasnya dengan garfu

Lapisan Atas

Bahan:-

1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
sedikit serbuk koko
sedikit garam

Cara:-

Kacau bahan atas sehingga naik wap, tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Kukus hingga masak (25min)

Toy Baru

Nak tayang toy baru...ehehehe, selama ni pakai scale cap ayam jer. Tapi, kali ni pun aku beli scale cap ayam jugak tapi ada skeeeeeettt upgrade(orang dah ke bulan aku baru merangkak-rangkak..huhuhu)..dah lama mengidam, tapi rasa kudukut duit nak beli. Kali ni ku pejamkan mata jer...

Collage13

Saturday 9 August 2008

Award

Dapat Award ni daripada chef yang menjadi igauan seantero Blogger Cik Mat Gebu, Toche...toche kerana ingat ko kat akak yang ala-ala budak hingusan dalam bidang masak-memasak nih..Lepas ni meh datang rumah akak belanja makan...ehehehe


Strawberry dwi coklat

Dah lama teringin nak mencuba makanan favorite CT Nurhaliza nih, rasa biasa-biasa saja...lebih kurang jer...mat salleh makan strawberry dengan coklat, sama lah macam orang melayu makan jambu cicah gula, kicap dan letak skit cili api...(lagi terangkat!!!)

Idea kombinasi 2 jenis coklat ni aku ambil daripada chef diva kita, Pn Norzailiana Nordin

Collage10

Ayam BBQ ala madu

Kesukaan anak-anak, bila time blank tak ada idea nak masak apa...yang inilah menjadi pilihan, senang!!

Collage9

Marble Trio

Resipi Ah Mat Gebu

lagi sekali, bab nak melapis marble tu macam blum pas lagi...(resipi blum sempat taip lagi...-tinjau jer kat blog mat gebu)

marble

Thursday 7 August 2008

Kek Marble

Resipi kak Jun@myresipi
Lembut , gebusss...halus...mulusss
Tapi bab nak melapis belang-belang tu belum pass lagi.
Tq for the resipi..kopipes jer nih

marble

  • 5 biji telur
  • 150gm tepung Hong Kong (guna tepung gandum pon ok)
  • 125gm gula
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 125gm butter-cairkan n sejukkan
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula, tepung n baking powder dan ovalette pada kelajuan tinggi selama 10min.
  2. Masukkan susu pekat, esen n butter. kacau rata, bahagi pada 4 bahagian dan letak color. (jun bagi 2 je..)
  3. Ambik 1-2 sudu adunan warna asal ditengah loyang yg dgris n dialas.
  4. Kemudian letak warna lain diatasnya..berselang-seli dgn warna yg lain..buat hingga habis.
  5. Bakar selama 40-50min.
marble

Lepas di potong...

Home Made Burger

Collage7

Resipi...

Bun dan Daging Burger

Collage8

Resipi Yani@myresipi..resipi di atas selepas aku adjust sket

Tuesday 5 August 2008

Kek Lapis Mami Jarum

Collage5

Buat minggu lepas, Resipi ni aku ambil daripada Blog Bro Rozzan, dah lama dah aku peram resipi nih, sekarang baru berkesempatan mencubanya..adunan ni banyak giller..kalau tin 8 inci memang tak berapa muat... lapisan perasa coklat yang bahagian atas tu aku dah leburkan semua, (tak sangka lebih daripada 1/2 tin cake tuh) ...play safe..., aku terpaksa kurangkan design kat tengah-tengah tuh untuk balancekan design kek lapis nih,sebab tu ler nampak color-color kat tengah tu ciputtt jer...

Lebihan adunan kolor-kolor tu aku bakar kat dalam tin swissroll...aku letak jem blackcurrant kat permukaan atasnya dan kemudia aku gulung...maka, jadilah Mami Jarum Roll. Tak sangka pulak lebih sedap...

Saturday 2 August 2008

Kuih Cara Manis

Tak ada resipi yang specifik, resipi campak-campak jer...rasanya semua dah tau resipi nih, kat tenet pun berlambak...bahan-bahannya telur, air daun pandan, tepung gandum, santan ,garam secukupnya, gula untuk inti di tengah-tengah dan pewarna hijau jika perlu...

cara

Jus Celeri & Epal hijau

Sesuai untuk menurunkan darah tinggi bagi mereka yang berpotensi nak kena penyakit darah tinggi

jus

Bahan

4 tangkai batang celery
sebiji epal hijau
gula secukup rasa
1 cawan air

Cara
Blend semua bahan di atas, tapis dan sedia untuk di minum

Cold Pasta Salad

Tiba-tiba teringin nak makan Salad Pasta Sejuk..selak-selak dalam tenet, aku jumpa macam-macam resipi..tapi aku teringin nak makan pasta seperti yang aku pernah makan kat dalam flight (Emirates) dulu...macam best jer!! so aku pun gunakan kepakaran deria rasa aku meng'adjust' resipi yang sedia ada yang boleh disesuaikan dengah selera aku...meh ler kita cuba.. Kebanyakkan cold Pasta menggunakan salad cream, tapi aku tak berapa suka sangat salad cream di sini, pada aku salad cream yang di jual di sini tersangatlah masamnya...so, aku adjust sendiri ...meh ler tengok apa yang aku adjust!

cold pasta


Bahan:
1 cawan pasta- Rebus dan sejukkan
3 sudu besar mayonise
1 sudu besar lemon jus
1 sudu besar olive oil
garam secukup rasa
1/2 camca teh parsley
1 sudu besar gula
beberapa tangkai daun salad lectuce- hiris nipis(salad yg macam kobis tu ler, yg best makan ngan Nasi Ayam tuh..)
1/2 biji bawang besar- hiris nipis
kapsicum- potong dadu/hiris(ikut suka)
10 ekor Udang saiz kecil - (optional)celur dengan air panas, kopek kulitnya

Cara:

Gaulkan semua bahan hingga rata, sejukkan dalam peti ais beberapa jam. Sedia untuk di makan

Silken Tofu(Tauhu Jepun/Tauhu telur)

Resipi dah ada kat dalam blog ini...
klik sini


silkentofu