Tuesday 23 September 2008

Sayur Campur

Kak Azah dah komplen blog aku tak hapdet2 beberapa hari nih..ampoooonnn

sayur

Sayur campur ni aku buat minggu lepas..

semua ramuan sukahati jer...

yr desire vege
onion, garlic
oyster sauce
2 tbls mushroom soup
chicken fillet(potong kiub)
1/2 cup water

** tumis bawang , masukkan ayam..goreng skit.
masukkan sayur, masukkan air dan oyster sauce
last skali masukkan mushroom soup, kacau rata.
siap!!

Kad Raya Kak Lin


Dapat kad raya ni daripada kak Lin TQVM di atas ingatan kaklin pada diriku...terharu sangat!

Tag dari Nas

Kena tag plak daripada Nas kegworth...
sibuk-sibuk pun layan jugak ler...kang merajuk plak Nas jenuh plak aku nak kena pujuk...ekekek

meh ler tgk apa yang Nas nak tanya kat aku...

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Sama macam Nas, duk di perantauan ni aku bersyukur ada gak sepasang baju raya tahun ni aku buat masa kami pulang bercuti baru-baru ni...kali ni kami pilih warna hijau daun pandan.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Orang Negeri Sembilan biasanya di hari raya Lemang dan rendanglah juadah yang spesel ...
kalau dapat Tapai pulut best gak!!
Kat sini tak merasalah lemang buluh, lemang dlm aluminium foil jerlah!
tapai..tak reti nak buat maaaa, ragi pun aku tak kenal.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Batang buruk is number one in my heart, tapi tak tau buat...ehehe, sejak duk di perantauan ni, berjaya gak aku buat batang buruk sendiri guna kulit popia..best sesgt!!!

aku suka buat kuih raya tapi tak suka makan..kalau kat kampung dulu, aku biasa buat sampai 10-15 jenis cookies then tersadai jer kat dalam balang..parent aku ler yang tulun abiskan sikit-sikit, kadang-kadang sampai raya haji pun duk ada lagi...ekekek


4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Sama macam Nas,...beberapa tahun ni tak memberi ataupun terima duit raya...budaya duit raya tak di amalkan kat UK ..
Masa kecik-kecik dulu biasanya aku dapat kumpul sampai RM150, pemberian saudara mara

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Kat Sheffield ni, malam Raya biasanya kami buat tadbir raya rumah ke rumah memakmurkan budaya orang Malaysia di UK...kalau raya jatuh pada hari biasa(weekdays), malam raya kami simple jer sebab pada hari raya keesokkannya aktiviti harian tetap diteruskan seperti biasa..raya sakan kami adalah pada hujung minggu sejak pagi hingga lewat malam (kadang-kadang sampai pukul 2 am)...open house pulak tiap kali hujung minggu selama sebulan syawal.

wokeh...dah buat homework!!

Saturday 20 September 2008

Onion Bhaji

onion bhaji

Boleh dikatakan hari- hari buat cekodok Pakistan nih...senang sangat!!

Bahan

1 labu bawang besar- hiris kasar
1 biji kentang saiz kecil- hiris seperti potato chip sepanjang 1 inci tetapi nipis-nipis.
1/2 sudu kecil garam
8-9 sudu besar tepung kacang kuda(Gram Flour)
segenggam daun koriander- di hiris, kalau suka banyak tambah lagi.
air secukupnya (anggaran 4-5 sudu besar)
Minyak untuk menggoreng(deep fry)

Bancuhkan tepung kacang kuda, garam dan air hingga rata.
Masukkan bawang, kentang dan daun koriander.Gaul rata
Panaskan minyak, goreng onion bhaji hingga kekuningan..
angkat dan ngapppp!!! nyum..nyum

Wednesday 17 September 2008

Gift

Daripada Nas


Daripada SuhanaDaripada Kak Azah~ kad raya dah Duit raya, wow!! manyak tu RM1000..boleh beli baju raya.

Dapat tiga-tiga pemberian ni daripada kawan kawan maya, Terima kasih yang tak terhingga..lately memang agak sibuk sikit, rasanya ada lagi pemberian daripada kawan-kawan yang belum di tempelkan di sini..insyallah kena selongkar letak kat mana dulu sebab dah lupa sapa yang bermurah hati memberi kat raya dan anugerah. Sementara tu tempek tiga ni dulu sementara ingat nih, Terima kasih banyak-banyak...aku terima kad raya pertama daripada Nas, TQ kerana ingat kat aku...!!

Tuesday 16 September 2008

Cik Mek Molek

cikmek

Buat minggu lepas...tak pernah makan pun sebelum ni, tapi dengar cerita daripada mek kelate di pagi hari membuat aku teringin nak mencuba..semua yang dia cakap aku rekod dalam kepala, so inilah hasilnya. Sedap, aku suka kuih ni, tapi aku sorang jer yang makan..yang lain tak jeling pun..puas jugak aku nak mengabiskan sorang-sorang. Petang sebelum berbuka tu rasa mcm nak share ngan jiran-jiran, tapi tak confident sebab takut rasanya tah hapa-hapa!!! Kuih ni variasi kuih keria, siapa-siapa yang suka makan kuih keria mesti suka makan Cik Mek

2 biji keledek ( 1 biji saiz 2x penumbuk masing-masing)
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng

Keledek di rebus hingga empuk, dan lecek.
gaulkan keledek bersama tepung dan garam
ambil doh sebesar bola pingpong, bulat-bulatkan dan kemudian leperkan..letak gula di tengah-tengah sebagai inti, "seal"kan doh bentuk membulat dan sedikit runcing di bahagian hujungnya(seperti dalam gambar).
Goreng dengan minyak yang banyak

** cara aku..sambil bentukkan doh, sambil menggoreng

Sunday 14 September 2008

Mee Hailam

meehailam


mee hailam sempoi..cuma letak daging dan telur

Kuih Cara

Untitled-1

tayang gambar jer..resipi dah pernah letak sblm nih

Sunday 7 September 2008

Murtabak Ayam

Collage52

Buat semalam untuk hidangan majlis berbuka puasa(pot Luck) di rumah kakpah sherry

Resipi kulit murtabak aku guna resipi roti canai JoAyee(mekarmewangi.blogspot)...dan intinya sukahati aku sahaja...eheheheh

Kulit Murtabak

550gm tepung gandum
3 sudu besar susu pekat manis
sedikit garam
1 sudu besar mentega
1 biji telur
250gm air(bergantung kepada kualiti tepung aku guna 236gm air sahaja, just nice untuk buat kulit murtabak)

Cara

Campurkan air, susu pekat manis, garam, telur dan butter dalam satu bekas..kacau sebatikan.
campurkan ke dalam tepung, uli 10 minit. rehatkan doh selama 5-10 minit.
Ulang proses selama 3 kali menguli. (aku campak dalam breadmaker jer, pas tu waktu menguli tu aku kurangkan kepada 7 minit )
Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian sama saiz, kalau nak kecil skit bahagikan kepada 18 bahagian.
Lumurkan dengan butter setiap satu. Perap sekurang-kurangnya 3jam.

Inti

ini resipi campak!. di bawah ni aku tulis anggaran sahaja...tapi memang tak cukup untuk cover semua 18 biji murtabak...kalian kena tambah sendiri eksss, agak-agak ler!

1 cawan ayam cincang
1 ulas bawag putih- tumbuk
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
1 biji kentang saiz kecil- cincang(optional)
sedikit minyak
2 biji telur
1/2 cawan air
1 labu bawang besar- cincang

Cara

Gaulkan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam bersama ayam cincang - ketepikan
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau..masukkan ayam cincang. goreng hingga ayam separuh masak, masukkan kentang. kacau...
masukkan air, sebatikan. tunggu hingga kentang empuk dan air kering.
angkat, biarkan sejuk.( suam-suam kuku pun bole daaa)

masukkan telur ke dalam inti tadi bersama bawang cincang, kacau sebati.

Penyediaan Murtabak(khas untuk yang bukan pro)

Panaskan kuali dengan minyak yang sedikit dan api yang kecil.
Sedianan dulang/ pinggan besar, lumurkan dengan minyak di atas pinggan.
ambil sebiji doh roti canai, leper-leperkan di atas permukaan pinggan yang berminyak tadi dengan menggunakan tapak tangan senipis yang boleh.
Kemudian tarik tepi-tepi doh roti canai perlahan-lahan untuk mendapatkan permukaan yang nipis dan rata, pastikan jangan koyak.(dah jadi kulit mertabak)
Letak inti di tengah-tengahnya, dan lipat kulit murtabak tadi menutupi inti( macam lipat kain, inti ada di dalam).
Terlangkupkan pinggan sambil tangan yang satu lagi menadah murtabak yang baru siap di lipat tadi, terus masukkan ke dalam kuali..goreng dengan api yang kecil, pastikan bahagian dalam inti betul-betul masak..

** faham kaa?? bab meng"explain" mmg aku fail sket...ehhe

Jeruk Bawang

Tak pernah makan, kalau di Malaysia bila beli murtabak aku abaikan jer jeruk bawang ni...rasa pun tak pernah. Bila dah sampai UK ni, Inchik HB suh buat terpaksalah aku buat...aku buat mengikut pengamatan Inchik hb, melalui apa yang dia rasa. Bila aku tgk dia makan berselera jer..kira pas ler tuh...ekeke

1 labu bawang besar, hiris nipis
sedikit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
sedikit pewarna merah

gaulkan jer semua...

Putu Bambu/Putu Piring

Suka sangat dengan kuih putu piring nih, tiap kali ke Pasar malam memang tak pernh lupa nak beli...kali ni aku cuba buat sendiri, hasilnya tak menjadi...menciii!!! rupa dah ada, tapi texturenya agak kering skit macam makan hampas kelapa!! nak kena alter resipi dulu..kalu menjadi baru aku tempek resipi keyyy!!!


Collage53

Puding Buih

Collage51

Cheese & Onion Pasty ((lagi))

Pasty lagi...kesukaan familyku
kali ni buat kecil-kecil sket, hari tu hb komplen sebab pasty beso-beso
Kali ni aku bakar dengan suhu 200C..tak sampai 30min dah masak.

Collage48

resipi dah ada kat sini

Wednesday 3 September 2008

Perhatian


Perhatian untuk kawan-kawan blog...untuk sementara waktu ini, mamavogue tak berdaya untuk post entry-entry baru secara consistent di sebabkan perkara-perkara yang tidak dapat di elakkan. Sibuk sikit kebelakangan ini, namun cuma bersifat sementara sahaja, ikut musim...kesian tau!! nak pi jamban pun kena buat appointment..banyak sangat xtvt sejak kebelakangan ini bermula selepas sahur hinggalah ke dinihari..


opsss...lupa pulak, aku terima award ni daripada Katak_ayu(lin) dengan Sanyaleeya(saya)..terharu sungguh...thanks sebab ingat kat aku ni.Kali ni aku pulak anugerahkan kat member-member lain. so, 5 orang yang jadi pilihan kali ni utk amik award di atas pentas ialah...

1. Shafidah
2. Ruhil
3. Mat Gebus
4. Nita
5. suhana

lepas-lepas ni sapa yang bertanggungjawab dapat award ni sila edarkan pada yang lain yang belum terima eksss...

Monday 1 September 2008

Kudap-kudapan

Menu berbuka puasa ni kalau tak ada kudap-kudapan rasa macam tak lengkap jer...sekurang-kurangnya ada buah-buahan seperti buah kurma atau kuih muih, lepas berbuka dan solat marghrib nak jugak mengunyah sesuatu kannn...mulanya aku nak buat mertabak, tapi bila fikir nak menguli tepung ler..nak siapkan inti ler...bla..bla, isskkk tak rajin plak!

Sempat juga aku relek-relek goyang kaki sambil pi jalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain mencari idea...akhirnya aku terpana kat blog Masz_73, lama dah simpan angan-angan nak buat puff paratha ni, tapi asyik tak lengkap bahan-bahan..aku selalu abaikan hingga terlupa.

Orang kata kalau nak seribu daya kan...paratha mmg tak ada dalam lemari doraemon aku, apa lagi petang tu jugak kul 6.30pm aku keluar pi cari paratha, sib baik ada jual kat Tinsley ni. Balik dari kedai terus buat inti karipap(aku buh chicken minced)..kleng tung..kleng tang... kat dapur macam tengah menyamun takut tak cukup masa punya hal...huhuhu.

akhirnya siap jugak puff paratha aku 5 minit sebelum waktu berbuka...ekekek

Collage50

cuma perlukan

readymade frozen plain paratha(suggestion di Malaysia- Jenama Kawan, Di UK Jenama Shana)
inti karipap/sardin/ apa-apa jer yang kita suka
garfu
kuning telur

cara

sekeping paratha di potong 2 sama besar
ambil satu bahagian, letak inti karipap, lipat paratha
dan sealkan dengan cara menekan bahagian tepi dengan garfu
kelar-kelar sedikit permukaan puff dengan hujung pisau tajam
sapukan dengan kuning telur di permukaan yang dah di kelar tadi.
bakar 180C sehingga kekuning-kuningan/hingga masak

Juadah berbuka 1 Ramadhan

Bulan puasa ni tak bagus makan pedas-pedas, pembuka tirai bulan Ramadhan kali ini serba sederhana aku mulakan dengan Sup tulang rusuk bersama nasi putih..noktah!

Collage49

Resipi campak-campak...aku rebus tulang dengan api yang tersangat kecil sejak pukul 4pm..(tanpa pressure cooker), bersama hirisan halia dan sup bunjut untuk tulang. bila dah empuk aku campakkan jer 1 biji pelaga,1 sudu kecil rempah kari daging,1-2 biji kentang, tomato dan celery..renih lagi.

Dah agak-agak nak makan, aku panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis, hirisan bawang putih dan bawang merah hingga agak garing..lepas tu campakkan jer dalam sup sekali dengan minyaknya...
siap!!
hidangkan bersama hirisan daun bawang. Kat sini tak ada daun sup, kalu ada dah lama aku campak kat dalam sup nih..ekekek.

hari ini kami berbuka pukul 8pm...
tahun depan mungkin lagi syahdu...time berbuka puasa selewat pukul 9pm!

Apam Mekar lagi..

Tak puas hati, buat sekali lagi...ekkeke

Collage47

kali ni baru mekar...