Friday 28 November 2008

Ayam Golek sukahatiku

Collage69

layan gambar lagik..

Wednesday 26 November 2008

Kobis Gulung

kobisglg

Resipi Kak Ringo@ Hani yang duk kat jepun nuuu...aku rasa ini mungkin makan orang Jepun, sedap ngko!! Aku makan gitu jer , nak buat pun senang. Aku peram resipi ni dah hampir 2 tahun, kali ni baru sampai seru nak buat...Thanks pada empunya resipi.

Resipi kejap2 lagi ler, aku nk pi mandi jap..ahakksss
kalau nak cepat pi cari kat myresipi nu, aku pun korek dari situ gak

Tuesday 25 November 2008

Shredded Cheddar Cheese Cake

Collage70

Gambar yang pertama tu amik waktu malam, so gambar nampak macam bidadari sket sebab ada sinar-sinar pantulan cahaya lampu..Gambar yang ke 2 tu yang original amik kat tepi tingkap..

Malam tadi tempek gambar jer..
skrg ni baru nak letak resipi

Resipi kek ni aku ambil daripada Rumah s_shamen kat ostolia nuuu...kek ni memang merbelesss, texture dalam kek sangat gebu..permukaan kek pun cantik dan licin jer macam pipi pengantin yang dah kena tempek dengan bedak..tak merekah, kalau ada pun tersangatlah minimum. Pendek kata hasilnya sangat menggumbirakan hatiku, aku boleh bagi 5*.

Aku rekomen sgt-sgt pada sapa-sapa yang teringin nak cuba...thanks bebanyak kepada shamen kerana sudi share resipi nih.

Kek ni aku buat pada hari Jumaat lepas untuk menghadiri makan-makan di rumah kawan hb di Manchester(gambar atas)pada hari sabtu... memang mendapat pujian, dan ramai yang suka. Kembang ler montot ni kejap dek pujian-pujian tuh...ahakkkksss. Aku pun sempat rasa sepotong jer, nak ambil lebih- lebih seganlah pulakkan ehehehe ..macam buruk siku plak.

So, balik dari Manchester aku terus buat lagi 1/2 adunan untuk kami sefamily(gambar ke dua). Kali ni makanlah sampai terduduk...ngeh..ngeh..ngeh. Kebetulan pada hari ahad tu ada tetamu dari Bradford datang ke rumah aku, aku jamu kek ni jer sebagai desert.

(A)Bahan Kek

6 biji kuning telur
6 biji putih telur
75gm mentega(cairkan)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallet
1 sudu teh esen vanilla.

Cara

Ayak Tepung gandum, tepung jagung dan baking powder bersama.
Grease loyang 8 inci, alat dengan baking paper.
Panaskan oven 150C
Pukul putih telur dengan sebahagian gula hingga kental(bertanduk)
Dalam bekas lain pukul kuning telur dengan baki gula bersama ovallate hingga kembang.
Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur,masukkan esen vanilla.. gaul rata.
Masukkan air sejuk dan tepung berselang seli, kaup balik rata.
Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau rata.
bakar selama 35-40 minit. Biarkan beberapa minit di dalam loyang.
keluarkan dari loyang kek, sejukkan di atas redai kek.


(B)Bahan(butter cream)

250gm mentega(suhu bilik)
250gm shortening(vegetable fat)- suhu bilik
1 tin susu pekat manis~ kalau tak cukup manis boleh tambah lagi

Cara

Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu.

(C) Cheddar cheese secukupnya- di parut

(D) Penyediaan kek

Belah dua kek yang sudah sejuk secara melintang. Di atas kek board,Sandwichkan kek tadi dengan meletakkan buttercream di tengah-tengah diantara 2 bahagian kek yang di potong.

Sapu menutupi seluruh permukaan kek dengan baki buttercream.
Taburkan parutan cheddar cheese menutupi keseluruhan kek. Siap!!!

Sunday 23 November 2008

Blueberry cuppies

Resipi ni belasahan jer, saja nak perhabiskan blueberry filling..aku guna resipi vanilla cuppies
resipi kakjun...

Collage68

Best No Bake cheesecake again

Selalu buat kek ni, memang favourite aku..kali ni buatkan untuk seorang kawan khas untuk birthday isteri terchenta, buat suka-suki jer bukan niat berbisness...

resipi boleh rujuk kat sini..

Collage67

Permukaan atas kek aku hiaskan dengan homemade blueberry filling, keliling kek aku sapu dengan whipping cream..

Bahan

250gm blueberry
1 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar jus lemon
30gm tepung jagung

** satukan semua bahan di atas, renih dengan api yang kecil hingga pekat dan berkilat, selalu di kacau agar tidak melekat.
kalau nak filling cantik jer kat atas cheesecake dan tidak sememeh bolehlah di campurkan dengan 1/2 sudu teh serbuk agar-agar...(optional)

Award


Award dari CMG TQ very much..tak perasan pun CMG bagi award nih, kebetulan merayap ke rumah dia kejap tadi masa CMG tengah syiok tido(siap mengigau lagik) aku nampak canteeeekk jer award ni tergantung, pas tu ada nama aku plak kat situ...aku terus jer amik, blum bagi tau kat tuan rumah sebab tak sampai hati nak kejutkan.. pas tu sedey plak tengok muka seposen dia yang tgh mimpi sambil peluk KA mixer...ampooonnn!!

bukan sebarang ambik, ada syaratnya jugak...meh tengok apa syaratnya:-

  1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
  2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
  3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
  4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu

senang jer kan syaratnya..errrmmm sapa pulak aku nak bagi nih??

1. Ruhil Ketoombar
2. Ana Batu Pahat
3. Ana Suhana
4. Edazman7376
5. Aziemas
6. Sinarrasul
7. Zie Teratak Lestary
8. Masz_73

alamak...terlebih sudahhh!! sapa yang tak tersenarai pun leh datang amik, kalau tak cukup leh copy lagi...ehehehe

Layan Tag

Layan tag ler pulakkan..kebetulan dah lama aku tak layan menda alah nih, tah macam mana kena denda ngan si Ana Batu Pahat nih, kesalahan aku kat dia sebab masuk rumah dia ikut pintu belakang pas tu pulak tak bawak karipap...kirkirkir

Ikutkan jer lah, kang kalau tak layan merajuk plak si Ana kat aku susah pulak nak pujuk kannn

syaratnya...

1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3 - Post that picture with NO editing.
4 - Post these instructions with your picture.
5 - Tag 5 people to do this.tengok lah muka haku, gambo ni memang fresh "dari katil ke PC"...muahahahahh, tak ada touch up-touch up..cuma buh tudung jer... tak senonohkan..kihkihkih

rasanya tak yah ler nak tag kat orang lain kot sebabnya sumer dah kena...

Wednesday 19 November 2008

Puding Horlick

Ada balance horlick masa buat kek lapis aritu, aku buat puding ni...sedap puding ni lemak-lemak manis..Tapi aritu ada kesilapan teknik skit. Lepas jer masak aku trus buh ke dalam acuan. hasilnya lepas dah beku pudingku terbahagi kepada 2 lapis so rupanya dah tak cantik..sepatutnya aritu aku kacau dulu...biarkan suam-suam baru masukkan ke dalam acuan. Satu adunan puding dapat byk juga, anggaran dalam 2 loyang biasa. Aku buh dalam 1 loyang besar dan acuan-acuan yang kecik2. Sib baik dlm acuan yang kecik-kecik tu menjadi.. dari segi rasa memang marvelous...

horlick

Bahan-bahan ( 4 - 6 org )

  • sebungkus agar2 yg besar
  • 6 cwn air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan horlick
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  2. dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
  3. masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
  4. setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
  5. akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Apam Eno

Masuk ni dah 3 kali buat apam Eno, selama ni tak pernah pas buat apam tak kiralah apam apa skalipun...setelah ku telek dan kubelek, ku korek-korek..baru ku dapat rahsia apam yang marbeles... selama ni mana ku tahu rupanya nak kukus apam pun kena kukus dengan api yang kuat, barulah apam cantik dan merekah-rekah. Korang sumer mesti dah tau mende ni kan..haku sorang jer yang tinggal keretapi...huhuhu

Resipi ni aku ambil dari MyR, oleh kak Zara Klate..itu pun aku yg request 2 tahun lepas, tahun ni baru menjadi apam haku walaupun tak ler merekah sgt, cuma senyum-senyum malu jer ..aku tetap puas hati....muhahahhaa

Collage66

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yeast
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Sunday 16 November 2008

Birthday Cake

Sempena birthday hb yang ke 'tut' pada 12hb nov yang lalu

Temanya ialah "budak Sekolah", dah memang hb ku itu budak skolah lagi kannn so mmg seswai sesgt dengan tema tu..ngeh..ngeh....Kek ni kombinasi buttercream dengan fondant. Kek kat dalam tu aku guna coklat kek dari resipi "death by chocolate cake", resipi Nanee hamid sebab resipi kek tu simple , lembut dan lembab aku suka..

Collage65

Fondant

First time cuba-cuba....alhamdulillah menjadi, tapi blum khatam lagi ahakssss!!!

Aku guna resipi SL,

Masa aku buat aritu ada sedikit kekeliruan ler, bukan silap sapa-sapa cuma aku yang tak baca dan fahamkan resipi betul-betul...lepas dah siap, dah uli gebu-gebu gitu fondant ni aku amik skit buat main-main..(bunga kat dlm gambar) yang lebihnya aku balut dalam cling film, pas tu aku masukkan dalam bekas kedap udara kemudian aku simpan dalam fridge.

Kuar dari fridge ,manggg aiii fondant aku jadi keras macam batu, nak terkuchilll aku menguli semula..Dalam keterkuchilan aku tu dapat jugaklah aku buat shape kolar baju ,poket dan tie untuk deko kek birthday hb, kira orait ler kan..

Sepatutnya tak payah letak kat dalam fridge, biarkan jer kat suhu bilik ...huhuhu. Anyway aku anggap ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran..lenkali tobat aku tak masukkan fondant dlm fridge!

fondant

750 gm gula icing - diayak
10 gm gelatin
3 sudu besar air
1 sudu teh shortening - dicairkan
1 sudu teh gliserin
3 sudu teh liquid glucose

Cara membuatnya:
- Masakkan gelatin dengan air sehingga gelatin larut sepenuhnya.
- Masukkan gliserin dan liquid glucose dan kacau. Pas tu masukkan shortening
- Terus angkat dari api dan kacau hingga sebati.
- Masukkan gula icing ke dalam adunan tadi dan kacau.
- Teruskan menguli sehingga ia menjadi doh dan tidak melekit.
- Jika lembik, tambah gula icing dan jika keras, boleh tambah air atau shortening.
- Simpan doh dalam zipper bag dan letak dalam container.
- Sebaiknya biarkan doh sehingga lebih 12 jam.

Black Forest Again

**Buat untuk kawan-kawan..

black

Honey Dew Juice

honey

Berkenalan ngan air ni masa zaman jadi student kampus..huhuhu, windu!

Bahan

Sepotong buah honey dew
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
secawan air

** blend kesemua bahan, tapis airnya..yummy!! letas ais sket, marbeles!!!

Monday 10 November 2008

Black Forest Cake

Amik resipi dari Allrecipe.com
tengok gambar lagik

Collage58

Bahan-bahan

265gm tepung gandum
400gm gula
65gm cocoa powder
7gm baking powder
3 gm baking soda
5 gm garam
3 biji telur
235ml susu segar
120ml minyak masak
15ml esen vanila

Filling

1 tin 'cherry in juice' (mcm buah laici dlm tin)
100gm gula
15gm tepung jagung
5 ml esen vanilla

Topping
710ml whipping cream
40gm gula icing

Cara



Filling ~ campurkan buah ceri dan juicenya sekali bersama gula dan tepung jagung ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil hingga pekat. Hendaklah sentiasa di kacau. Apabila dah pekat, masukkan esen vanilla gaul sebati. sejukkan.(boleh juga disediakan sehari sblm kejadian)

Panaskan oven 175C, grease tin kek berukuran 9inci. alas dasarnya dengan kertas kek.

Kek ~ (A) Dalam sebuah mangkuk, satukan tepung, gula, cocoa powder, baking powder , baking soda dan garam, sebatikan.

(B)Dalam sebuah bekas yang lain, campurkan telur, susu, minyak dan esen vanilla, pukul sebati.
Satukan A dan B, pukul hingga sebati(sahaja).

Masukkan adunan ke dalam tin kek yang telah di sediakan. Bakar selama 35min atau hingga masak.

Setelah masak, keluarkan daripada oven dan biarkan kek di dalam tin selama 10min sebelum di keluarkan daripada di letak di atas redai kek...sejukkan.

Setelah kek betul-betul sejuk belah kek secara melintang sebanyak keping..2 keping pun ok jugak!
Letak kek lapisan pertama (dasar) di atas kek board, sapukan di atas kek tadi dengan whipping cream kemudian letakkan filling di atas whipping cream dan diikuti dengan kek lapisan ke dua. Ulang proses yang sama di atas kek lapisan ke dua tadi dan di akhiri dengan menutup filling dengan kek lapisan ke tiga(bahagian atas sekali). Baki whipping cream, sapukan keseluruhan permukaan kek, hias mengikut kesukaan masing-masing. Baki filling tadi bolehlah di letakkan di permukaan kek sebagai hiasan.

Whipping cream ~ pukul whipping cream dengan gula icing dengan menggunakan mixer elektrik dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk.


Faham ka? kalau pening tanya tau!

Chocolate Ball

chocoball

Senang jer nak buat nih, Actually pernah tengok kat blog kak Jun kalau tak silap...Tapi yang ini tak ikut resipi mana-mana pun...aku buat sukahati aku jer!

Kek coklat yang agak-agak dah tak ada sapa yang berkenan di rumah anda
atau kek coklat reject yang bantat gitu!
Sedikit butter
Cooking chocolate secukupnya dan shortening
Chocolate rice secukupnya.
paper cup

Hancurkan kek tadi, letakkan sedikit butter kepal-kepalkan menjadi bulat.
Cairkan cooking coklat bersama sedikit shortening.
Celup kek coklat tadi ke dalam coklat yang dicairkan kemudian golekkan di atas chocolate rice.
Letakkan di dalam paper cup..dah siap!

Nasi Biryani

n

Ikut resipi kat belakang pack rempah Biryani Faizah jer...
tengok gambar dulu lah ekss

Daging Biryani

biryani

Resipi aku selongkar di Almari Resipi

Bahan

1 kg kambing
5 sudu minyak sapi
2 sudu minyak bawang goreng
4 sudu rempah biryani
2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu tomato puree
2 biji tomato
1 cekak daun ketumbar
5 biji cili hijau/merah
3-4 sudu madu
garam dan gula secukupnya
bawang goreng

Cara
Kisar semua bahan kecuali Daging,madu, garam , gula dan bawang goreng.
Masukkan semua bahan kisar dan sedikit air bersama daging ke dalam periuk, masak dengan api yg sederhana hingga daging empuk dan kuah agak-agak pekat...kalau daging belum empuk, tetapi kuah sudah memekat bolehlah tambah sedikit lagi air.
Jika sekiranya daging biryani nampak kering dan kurang berminyak, tambahkan sedikit lagi minyak bawang goreng.
Perasakan dengan madu, garam dan gula.
Akhir sekali taburkan dengan bawang goreng, siap!

sedapnya di makan dengan nasi biryani....yum..yum

Friday 7 November 2008

Ikan Kembung Kukus

kembung

Bersihkan ikan, lumurkan dengan garam kemudian kukus sehingga masak..Makan dengan Air asam ketika panas-panas, terangkat gitu!! selama ni tak pernah buat sendiri pun, masa di Malaysia dulu Kantin sekolah tempat aku mengajar tu ada lah jual lauk nih. Memang aku akan book awal-awal kat pakcik kantin tu supaya simpankan untuk aku lauk ni, kalau tak pesan memang tak merasa...waduhh, rindu plak lauk ni dari air tangan makcik kantin !

Resipi untuk Nas Kegworth(Putu Bambu)

Actually aku tak rekomen resipi ni sebab aku dah try buat 2 kali namun...Kali pertama memang hampehh, kali kedua aku buat semalam(Gambar) kira ok ler skit tapi masih hampa. Oleh kerana permintaan orang mengidam, aku tak sampai hati untuk menolak...Tapi biasanya orang mengidam ni tahap kreativitinya dan semangat wajanya memang tinggikan, sanggup buat apa saja untuk melunaskan apa yang dihajati...Bak kata pepatah, tak dapat Gading.. tanduk berguna juga...ahaksss

Pesanan buat Nas,

Inilah resipinya yang aku dah cuba..so pandai-pandailah mengadjustnya, kalau eksperiment Nas berjaya jgn lupa bagi tau dan tempek kat Blog..kalau senang-senang nanti boleh aku try pulak. Lagi satu jangan tiru bulat-bulat sangat resipi nih, kalau rasa kurang logik tu pandai2lah ubah sendiri..kalau ikut resipi di bawah aku dah adjust sukatan airnya, tapi kalau rasa agak kering lagi tambahlah airnya.
Teknik yang aku guna pakai remekin masa bulan puasa yang lepas rasanya tak praktikal sebab wap air kukusan tak sampai pada putu bambu especially bahagian dasar putu bambu..cubalah teknik lain pulak, semalam aku cuma tempek2 jer adunan tu atas baking paper/kalau ada daun pisang lagi best kot..!! Good Luck Nas, kalau tuan hamba berjaya maka bolehlah hamba tumpang sekaki...ekekkeke


PUTU BAMBU

Bahanbahan :
180 gram tepung beras(goreng tanpa minyak)
160ml air
1/2 sudu tehgaram
½ cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
Buluh bergaris pusat 8cm atau acuan bulat.


Cara :

Renjiskan sedikit garam ke atas tepung, masukkan air dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan 1/2 cawankelapaparutdangaulrata.
Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan.
Masukkan sedikit gula merah/melaka

Kukus
selama 10 minit,
atau hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday 5 November 2008

Roti sosej

buat untuk kesekian kalinya


roti


Resipi di sini

Pistachio Mousse

Dah lama buat, baru sekarang rasa nak tempek kat sini..
2 minggu lepas tiba-tiba teringin nak makan pistachio mousse ni .. Pertama kali makan masa aku balik Malaysia 4 bulan lepas ketika menaiki pesawat Emirates, penerbangan pergi dan balik aku disajikan dengan mousse ni..tiba-tiba saja aku "tersuka" dengan benda alah nih, terbayang-bayang lagi rasanya yang yummy tuh..Aku cuba surf resipi ni kat tenet, resipi yang aku dapat ni ala-ala lebih kuranglah rasa dia macam yang aku makan kat dalam flight aritu walaupun tak sama..anyway aku masih lagi mencari, rasa tak puas hati plak, dari segi rupa tu dah ada. Siapa tau meh ler kongsi resipi.


pistachio

1 cawan whipping cream
2 sudu madu
segenggam kacang pistachio(panggang dan di cincang)
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau
** sedikit kacang pistachio cincang utk hiasan

Pukul whipping cream hingga bertanduk, masukkan madu dan kacau sebati.
masukkan esen vanilla dan pewarna hijau, gaul rata.
Bubuh dalam bekas-bekas kecil, taburkan pistachio cincang di atasnya.
Masukkan ke dalam freezer untuk 1 jam sebelum di makan.

Tuesday 4 November 2008

Lempeng/ pancake

Salam...
Tuan rumah baru balik!!
sementara nak masak makanan yang vogue, makan lempeng dulu eks, tuan rumah nak mengemas...kain baju berbakul-bakul nak kena cuci, ahaksss!!!

pancake

Pancake mamavogue

1 1/2 cawan tepung gandum
400ml susu segar
1/2 sudu baking soda
1 biji telur
3 sudu besar gula
secubit garam
sedikit butter cair

Gaulkan semua bahan-bahan, hingga dapat adunan yang smooth(tapis jika perlu/ atau blend jer).
Panaskan minyak dalam kuantiti yang sedikit( cicah skit minyak kat tisu, pas tu sapu kat pan yang dah panas), Guna nonstick pan lagi senang. Ambil sesenduk batter, bubuh dalam pan biar hingga ke coklatan kemudian balikkan seperti biasa. Hidangkan dengan madu, ais krim atau whipping cream...umphhh, sedap!! tapi anak aku makan togel jer pun sodap!