Monday 30 March 2009

Mix Vege Bread

Photobucket

Dah 3-4 kali buat roti ni...rupanya blum pernah letak resipi ni kat blog lagi...

Resipi ni aku ambil dari MyR...oleh kak DianA(blogger resipiDiana)

Sedap,rasanya sama seperti yang biasa aku beli kat Baker Cottage di Serdang....

Maaf kak Diana, aku kopipes jer ni...mmg sedap!

Cuma aku derhaka skit jer...guna tepung roti sahaja, sayur pun tak letak sbb anak2 tak suka, aku ganti dengan sweet corn, bread improver tak letak...susu tepung aku ganti dengan 250ml fresh milk, sukatan 250ml air aku abaikan...eheheh ... (alhamdulillah menjadi juga)

resipi kat bawah ni adalah resipi asal Kak D.

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

  • Bahan A
  • 440 gram tepung roti/ high protein flour
  • 60 gram tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver
  • 4 sudu teh (1 paket) yis kering
  • Bahan B
  • 250 ml air
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • Bahan C
  • 80 gram shortening
  • Untuk Inti Sayur Campuran
  • sayur campur
  • crabstick, disiat-siat
  • mayonnaise

Cara-cara

  1. Mixedvegebread1-letakhotdog
    Canai doh empat persegi dan letakkan hotdog dihujung doh.
  2. Mixedvegebread2-gulunghotdog
    Kemudian gulung doh yang mengandungi hotdog.
  3. Mixedvegebread5-lebihmudahpotongdan
    Letakkan gulungan roti hotdog diatas loyang dan mula bentukkan roti. Menggunakan gunting potong serong 45 darjah. Setiap kali gunting tolak doh yang telah digunting kekanan dan kekiri berselang seli sehingga habis.
  4. Mixedvegebread6-3rdtrybentukkan
    Beginilah hasil roti yang telah dibentukkan.
  5. Mixedvegebread8-walaaarotiyangdiben
    Roti yang telah dibentukkan.
  6. Mixedvegebread9-rotisetelahdiperap
    Roti yang telah diperap dan hendak dibakar.
  7. Mixedvegebread10-chilliandmayonaise
    Sos cili dan mayonnaise yang D sediakan didalam beg plastik supaya mudah untuk paipkan diatas roti.
  8. Mixedvegebread11-pipesoscilidanmayo
    Bila roti telah 3/4 masak taburkan atasnya dengan mixed vegetables dan bakar selama 3 minit. Kemudian paipkan sos cili dan mayonnaise dan bakar lagi selama 3 minit.
  9. Untuk Inti Sayur Campuran - Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
  10. Untuk sos cili, D gunakan sos cili Maggi yang D bancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.
  11. Cara menyediakan Doh Roti
  12. Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
  13. Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  14. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
  15. Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  16. Bahagikan doh kepada 70 gram untuk membuat Mixed Vegetable Bread. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
  17. Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  18. Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
  19. Bakar hingga masak.
  20. Nota: Boleh juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.

Sambal Goreng Kering Berapi

Ikan Bilis dan cili api....

Photobucket

5-6 tangkai cili api( bole tambah atau kurangkan)
segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula

goreng ikan bilis hingga garing- ketepikan
kisar bawang, garam dan cili api
panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga garing...lama2 skit kat atas api dgn api kecil.
masukkan air asam jawa...goreng lagi hingga kering.
perasakan gula dan sesuaikan rasa garam.
last sekali masukkan ikan bilis...tutup api, gaul sebati ikan bilis dan sambal cili api...

**tahan lama...pedas berapi, boleh menitiskan air mata...muahahahah

Lemon Juice

Sesekali matahari dan keluar ni, mula lah tekak terasa nak minum yang segar-segar...sejak kebelakangan ni aku suka plak yang masam2(ehem...ehem, tak ada makna tau!!)...so, arini buat Lemon juice! simple jer mcm orange juice...

Photobucket

500ml air masak
1 biji lemon saiz sederhana
4-5 sudu besar gula

** buang kulit lemon, amik isi shj...blend skali ngan air dan gula...siap!!

Friday 27 March 2009

10th Anniversary

Pejam celik dah 10 tahun kawin....kejap jer rupanya 10 tahun nih.
maka terciptalah decorasi kek coklat yang penuh dengan kasih sayang ni...muahahhaha.
Permukaan atas tu tempek dengan Marzipan lebih aritu (kek Barbie)

Photobucket

aku ikut resipi Kek Coklat Kukus MyR..kalau tak silap resipi hana.

kek coklat ni sedap kat tekak aku sebab :-

- tak pakai soda bicar
-moist sangat, macam makan coklat
-tak berapa manis.
-kukus atau bakar sama jer sedapnya

Bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
250ml susu perisa coklat
2 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan minyak masak
sedikit esen vanilla

pukul telur, butter dan gula hingga kembang, titiskan esen vanilla, pukul lagi hingga gebu.
Ayak tepung gandum bersama koko dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi..kaup balik.
masukkan susu coklat, susu pekat manis dan minyak, gaul sebati.
masukkan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit...kalau nk tahan lama, kukus ler lebih masa...

** aku buat 11/2 adunan di atas sbb kek ni kalau satu adunan comel sgt.

Ganache

1 cawan whipping cream(250ml)
250gm cooking chocolate
1 sudu besar golden syrup
1 sudu besar butter/shortening

cairkan coklat dgn kaedah double boiler, masukkan shortening/butter.
bila coklat dah cair, masukkan whipping cream.
akhir sekali masukkan golden syrup...sebatikan...

***kek yg telah di sejukkan, letakkan di atas redai kek. Bahagian bawah redai kek tersebut tadahkan dengan bekas besar seperti loyang atau besin kecil. Curahkan adunan ganache tadi ke atas kek, ratakan cepat2 supaya rata keseluruhan bahagian kek, jgn terlalu di sapu atau di kacau untuk mendapatkan permukaan coating yang licin...biarkan lebihan ganache turun menitik ke dalam loyang tadahan tadi...sejukkan kek sebelum dipindahkan ke atas kek board. lepas tu boleh lah di deko....

Yang ni kaedah bakar di oven...

Photobucket

Try deko kt cuppies dulu baru buat kat atas kek yg beso...first time deko kek dengan buttercream roses...yeay, berjaya!!

Photobucket

Wednesday 25 March 2009

Rojak Mee

Rojak pasembor simple...

Photobucket

masing-masing ada style masing-masing dalam menyediakan rojak ni...
ini cara aku buat rojak...senang jer, ikut apa yang ada kat dalam peti sejuk...

biasanya aku akan sediakan:-

cucur bawang(tepung gandum, daun kucai,taugeh,bawang, garam, serbuk kunyit)
telur rebus
timun potong panjang(style batang mencis)
daun salad
sengkuang
tauhu
mee kuning
Kuah Passembor

** kali ni nak letak resipi kuah passembor yang aku selalu buat, aku ambil resipi Kak nis yang duk kat singapore tu...then aku alter skit ikut apa yang ada.

3 ulas bawang merah- kisar halus
2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan kacang tanah-goreng tanpa minyak, kisar kering
2 sudu besar bijan-goreng tanpa minyak
2 sudu besar air asam jawa
1 biji kentang saiz sederhana- buang kulit dan rebus hingga empuk, kisar halus dengan sedikit air.
1/2 cawan air
Sedikit Gula merah (2-3 sudu besar)
gula pasir secukup rasa(kalau dah cukup manis tak payah buh)
garam
minyak untuk menumis.

Tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan serbuk cili. goreng lagi(1 min)
masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air. didihkan
masukkan ubi kentang kisar, didihkan
masukkan gula merah
perasakan garam dan sesuaikan rasa gula.
masukkan kacang tanah yang telah di kisar tadi...didihkan dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan bijan...tinggalkan sedikit bijan tadi untuk tabur di atas kuah ketika dihidangkan!

Tuesday 24 March 2009

Happy Birthday

Malam ni gantung periuk...ada celebration untuk tuan tanah!

Photobucket

Friday 20 March 2009

Black Cherry Cheese Tart

Photobucket

Basic Almond Soft Nougat

Ekxperiment gatal tangan petang semalam...

Photobucket

Strawberry n fresh cream

Layan tekak anak-anak

Photobucket

Sandwich Ayam

Photobucket

senang dan simple...breakfast pagi tadi.

tomata-potong dadu
daun salad kesukaan, potong kecil
ayam goreng lebih smlm(aku pakai ayam goreng tempura)- potong kecil dan nipis
2-3 sudu besar mayonise
serbuk lada hitam (optional)
sos cili dah mayonise untuk hiasan(optional

gaul semuanya ...sapukan pada roti kesukaan, kali ni aku buh kat white sandwich baquetes dan roti sandwich biasa. Kalu pakai croissant pun sedap!!

Shepperd pie

Kali ni buat saiz comel2...kesukaan Ryan ni.
smlm dia kata kat aku, "yr shepperd pie is the best in the world"...ekekek

Photobucket

Mee Segera Hailam

Celur mee segera, jgn lama2 sgt...kalu lembik tak sedap dah. pas tu buat kuah mee hailam. Masa nak makan baru curahkan kuah...yummy!! pada aku best daripada guna mee kuning...pas tu pulak mkn dengan cili jeruk...perghhhh!!

Photobucket

Sunday 15 March 2009

Bun Kacang Merah

Photobucket

Acar Rampai

Teringat lauk kenduri..rindunyaaaa!!!
Acar rampai ni sedap di makan dengan nasi minyak, dan lauk pauk kenduri...

Photobucket

1 batang Timun
1 batang Carrot
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 bawang besar di belah 4
2 ulas bawang putih di belah 2
sedikit halia
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil bijan- goreng sedikit
sedikit serbuk kunyit
2-3 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Timun di buang bahagian tengahnya-potong memanjang
Carrot, cili merah dan cili hijau-potong memanjang
panaskan 3 sudu besar minyak masak,
Masukkan biji sawi, biarkan 1 minit sambil di kacau.
tumis bawang besar, bawang putih dan halia
masukkan cili,serbuk kunyit dan cuka, kacau
masukkan timun dan carrot...kacau cepat2 dan terus perasakan
garam dan gula...masukkan bijan.
Terus angkat dan hidangkan, jgn lama-lama atas api..
kalu sayur layu sgt dah jd tak best!

Puding Jagung

Photobucket

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
1 liter susu segar
sedikit garam
5 sudu besar gula
1/2 tin cream corn dlm tin *kalu guna jagung 'corn kernel' , blend kasar.

Campurkan semua bahan kecuali jagung, kacau hingga larut. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk, masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung, kacau lagi 5 minit.
tutup api, tuang ke dalam bekas/loyang dan sejukkan.

Ayam Golek

Photobucket

Oven Baru

Oven baru...ehhehe
tapi bukan aku yang punya,
landlord bagi aku pakai selama aku tinggal kat rumah dia jer..
Oven ni ler yang bertanggungjawab merentungkan projek baking aku semenjak 2 menjak ni...
tapi skrg ni dah ok skit, semenjak bekerja 3-4 kali seminggu ni...
nampak jer comel...tapi dalam, omputih kata deep inside!
aku rasa leh masuk muat-muat loyang 12"x12"...
tak ada ler oven fan turbo dah mcm kat rumah dulu...
tak kisah ler kan, janji oven ni sanggup layan kerenah baking aku sudah ler...
syukurrrr sgt2, kalu tidak ...rasa tak sempurna serba serbi.

Photobucket

Thursday 12 March 2009

Kek Lapis Pudina

Photobucket

Variasi daripada Resipi kek Lapis pandan yang diubah suai sedikit...
aku buat 1/2 adunan sahaja, sekadar nak melepaskan gian jer...eheheh

Bahan
10 biji telur
500gm butter
190gm gula halus
200gm horlick
1 tin susu pekat manis
250gm tepung gamdum
1 sudu besar ovalatte
1 sudu vanilla esen
1 sudu teh mint oil
warna kesukaan...(aku pilih warna biru dan kuning lemon)

Cara
-Pukul mentega dan gula hingga kembang
-Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
-Masukkan susu pekat manis, horlick dan esen vanilla, gaul rata.
-Masukkan tepung gandum, gaul sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dengan warna kuning lemon,manakala yang satu bahagian lagi dicampurkan dengan mint oil dan warna biru...
-Bakar selapis demi selapis berselang seli warnanya.(anggaran dalam 2-3 sudu makan setiap lapis, lagi nipis lagi cantik keknya.

*aku kurangkan sedikit jumlah gulanya

Roti Marble

Photobucket

Resipi Roti ni aku amik daripada MyR...
nampak cantik jer kan...tapi dalamnya mentah...waaaaaaaaa
sebab aku baru nk pecahkan dara oven baru...hua..hua.hua
dah kurangkan suhu, tapi masih lagi teramat panas...

sehari dua lepas projek roti marble ni aku buat ler project kek Chiffon
pun jadi rentung jugak...:(

tapi skrg masa aku tgh menaip entry ni, oven baru aku dah stabil sket...!

Muffin Pandan

Photobucket

Resipi amik kat rumah s_shameen..

2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur, pukul sedikit
3/4 cawansusu segar/buttermilk
1/2 cwn minyak jagung
1/2 sudu teh pandan paste
badam cincang secukupnya

**campur semua bahan hingga sebati...jgn terlebih gaul
masukkan dlm cup, tabur badam cincang di atasnya
bakar 180C selama 20 min

Meatball Bolognese

Photobucket

Try meatball bolognese plak...tapi hb aku prefer spagethi Bolognese yang biasa tu!
Ryan pulak suka giller ngan meatball bolognese ni....

bahan belasah jer...

1/2 kilo mince meat
2 keping Weetabix cereal (bole guna biskut cream cracker)-hancurkan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil parsley kering
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

**gaulkan semua, bulat2kan...goreng hingga masak

pas tu buat sos spagethi macam biasa tanpa letak daging cincang...bila kuah dah nk masak, leburkan jer meatball tu dlm periuk...siap!!!

Nasi Arab(Khabsa)

Photobucket

Resipi amik kat blog DianA
TQ for sharing the recipe
Aku kopipes jer dari blog beliau...
Bahan-bahannya
1 kg daging kambing, dibersihkan dan dipotong ikut suka
5 cawan air
5 sudu makan mentega

1 kg beras basmati, dibilas bersih direndam 15 minit dan ditoskan
1 liter air
3 biji bawang besar, didadu
5 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu makan tomato puri
2 biji tomato, didadu
1 batang (3 inci) kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 kelopak bunga lawang
3 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
hirisan badam, digoreng
kismis, digoreng
mentega secukupnya
minyak sapi secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan 5 sudu makan mentega dalam kuali. Kemudian goreng daging kambing sehingga bertukar warna. Kasi luarannya garing sedikit.
2. Kemudian panaskan periuk (D gunakan periuk rice cooker), masukkan secukupnya mentega dan minyak sapi. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan juga bawang putih dan bawang merah dan tumis sehingga ia layu dan bangkit baunya.
3. Masukkan pula tomato, tomato puree, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam. Dan tumis lagi sehingga baunya bangkit.
4. Kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi dan juga 5 cawan air. Dimasak sehingga daging kambingnya empuk. Jika daging belum empuk dan air kuahnya telah mula kering. Boleh tambahkan air lagi dan masak sehingga dagingnya empuk.
5. Bila daging telah empuk, tengok paras kuah yang ada. Jika ada dalam 1 cawan – 2 cawan boleh masukkan beras dan juga 1 liter air kedalam masakan. Biarkan airnya mendidih dan kering sedikit. Disini tengok nasinya jika masih keras dan beras lagi boleh tambahkan lagi sedikit air dan masak lagi sehingga airnya kering sedikit. Kemdian baru boleh alihkan ke rice cooker dan masak nasinya sehingga ia tanak.
6. Hidangkan nasi dengan taburan kismis dan badam yang telah digoreng.

Ayam Masak Kicap

Photobucket

Tuesday 10 March 2009

Jelly Cendol

Photobucket

Buat masa majlis makan-makan kat rumah aku...rasa kureng puas hati dengan hasilnya sebab part yang gula merah tu keras dan tak balance dengan part cendol ngan santan yang lembut dan mulus tuh...kena adjust lenkali...

Cold Pasta Salad coaktail

Photobucket

Belasah jer ni...tgk kat supermarket tu macam best jer

Pasta
salad lettuce
udang celur
tauhu ketam celur
mayonis
lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Croisant Sandwich

Photobucket

Croisant tu beli jer kat bakery..buh ler tuna,mayonis dan salad-salad skit untuk bekal anak ke sekolah.

Dulu masa mengandung anak sulung(tahun 2000), buat check up kat PPUM...lepas check up tu memang kebulur sebab tak makan sejak pagi. Biasa ler 7.30am amik no giliran...kul 12pm blum tentu selesai buat check up.
Masa tu masih ada lagi Donkin donut kat car park tepi gate PPUM, ni ler menu yang selalu aku beli..kadang-kadang letak ayam...perghhhh memang best, lebih-lebih lagi masa tengah lapar giller!!!

Homemade Tauhu

Salam kawan-kawan...sorry lama menyepi!

Lepas balik dari German aritu liat betul rasa nk memblog lebih-lebih lagi oven tak ada.
Pas tu pulak sejak 2 menjak ni boleh dikatakan tiap minggu wat makan-makan kat rumah atas macam-macam sebab sama ada sengaja mahupun tidak sengaja....

Flickr pun dah expired, kena amik yang Flickr pro pulak...so aku abaikan jer!

Hujung minggu lepas baru sahaja jalan-jalan ke Hull...2 minggu lagi nak ke Aberdeen pulak dan selang seminggu lepas tu nak ke Disneyland. Ini semua alasan yang menjadikan aku bertambah liat dan penyakit M pun semakin membesar...

Ampunnnnn!!!

Mari ler layan gambo ni...

Homemade Tauhu

Photobucket

Photobucket

2 kilo soya, perah amik 10 liter airnya...dapat banyak jugak!, buat untuk ramuan Bee Hooh Sup Utara masa majlis kesyukuran dan majlis Birthday Icha 3 minggu lepas..Resipi dah ada.

Sunday 1 March 2009

Kek Barbie

Barbie1

Sentuhan pertama selimutkan kek dengan fondant...terketar2 tangan nak membuatnya, takut kalau tak jadi kan membazir namanya. alhamdulillah jadi juga walaupun tak berapa kemas. Dulu aku pernah memberanikan diri membuat kek dengan fondant ni, tapi cuma 20% daripada hiasan...tapi kali ni aku cuba lebihkan sedikit penggunaan fondant ni sebanyak 80%.

barbie2

Kek Birthday Icha...

Isi dalam ialah kek coklat kukus, aku salut dengan buttercream...kemudian aku selimutkan pula dengan marzipan yang aku beli ready made di supermarket...akhirnya aku hiaskan dengan fondant 2 warna iaitu pink dan putih lepas tu aku cuba gabungkan dengan sedikit buttercream supaya tidak nampak kaku yang juga daripada warna pink dan putih serta sedikit purple.

Memang mencabar membuat kek barbie ni untuk aku yang baru pertama kali mencuba...

Barbie3