Monday 25 May 2009

Kek Barbie

Kek Birthday utk bestfriend Icha, as a gift...
Happy Birthday Yaya(3 yo, 24 May)...

Photobucket

Photobucket

ada skit rajin kali ni...buat sketches dulu, dengan harapan hasilnya nnti lebih kemas dan teliti sbb ada perancangan awal.

Aku masak dulu ,bg mkn org dlm rumah ni makan kenyang-kenyang, layan dulu apa sahaja permintaan, lepas tu segala permintaan tak akan di layan sebab mama nk deco kek dengan amannnn, pintu dapur akan di kunci...muahahah

Photobucket

hasilnya...masih below my expectation :(( ------------>>>masalahnya ialah tahap kesabaran aku tak consistent, bila datang mood rakus tu mula ler terpalit sana dan sini...

Isi dalam
kek coklat lembab
skirt barbie ---->>kek span coklat

Luar tu sapu dengan butter icing, kali ni aku letak goden syrup ganti gula icing untuk dapatkan texture yang elastik...kalau nak sedap letak whipping cream skit...

sambungan skirt barbie dengan kek untuk base(pentas) tu aku cucuk dengan lidi satay di tengah-tengahnya untuk kekal kan kedudukannya supaya tak rebah...

skirt barbie tu tak guna acuan, aku buat kek macam biasa, then potong2 dan sambung ikut ketinggian yang aku nak, gamnye ialah buttercream...pas tu trim ikut bentuk skirt dengan pisau bergerigi

*(saiz skirt dengan saiz badan barbie kena ikut propotion, kalau tak nampak mcm barbie cacat)...

**teringin sgt nk deco kek mcm kat bakery tu..kemas dan cantik, tapi bila eksss??

Sunday 24 May 2009

Nasi Kerabu

kerabu

Buat hari jumaat lepas...kuah Tumis budu dan sambal kelapa tu aku buat sehari sebelum nak ngap, kuah tumis tu yang paling mencabar skit nak buat...selama ni kalau aku buat tak pernah terbit minyaknya, kali ni alhamdulillah berjaya!...makan dengan ayam goreng dan sambal belacan, yummm..yummm!

Nasi Kerabu kuning---->> Beras, serbuk kunyit, serai dititik...masak nasi macam biasa, tapi lebihkan skit airnya supaya nasik lebih lembut....

Sayur Kerabu

Taugeh
kobis
daun salad
timun
serai
daun kesum

Ayam Goreng berempah- Bawang besar, bawang putih, halia, sedikit serbuk kari, garam.

Sambal Kelapa- kelapa parut, lada hitam, bawang besar, halia, garam dan gula secukup rasa
**kisar bawang dan halia, masukkan ke dlm kelapa parut goreng tanpa
minyak hingga berderai dan kekuning2an kemudia kisar halus tapi jgn
sampai keluar minyak...gaulkan dengan isi ikan.
ikan kembung panggang- ambil isinya, kisar/tumbuk halus- gaul dengan
kelapa...

Tumis Budu- Santan, bawang merah, halia, budu/belacan,cili kisar, serai,air asam jawa, gula
merah, garam..Renehkan santan dulu hingga keluar minyak, masukkan bahan2
lain, renih lagi hingga pekat.

Sambal Belacan
Keropok Ikan

Friday 22 May 2009

Daging Kandar

Photobucket

Resipi Kakasma kat MyR
aku pakai tulang kambing...sedap!
gambar ni aku amik masa mkn mlm...tgh mkn2 tiba2 teringat gambo lauk daging kandar ni blum snap...hihihi

Nasi Ayam

Photobucket

Almond Cookies

Orang lain belum terasa bahangnya...tapi aku dah terasa dulu...muahahahah

Photobucket

simple dan best...cookies ni bertahan kurang dari 24jam jer kat rumah aku...habis licin!!

kat rumah aku mmg biasanya ada stok2 cookies utk cemil-cemilan ni...kalau kat Malaysia biasanya aku beli jer...kat sini kena ler buat sendiri :((... Kes lama dah x makan cookies since raya tahun lepas...sbb tu ler skali hadap jer...:)

resipi nnti dulu...aku tgh mood nk membebel jer skrg ni...!

Nasi Dagang dan Gulai Ayam Darat

Photobucket

Aritu masa cik hb pi kedai oriental, aku suh dia beli beras wangi Jasmin barang sekilo dua...saja nk buat campur2 nak amik aroma jer...tapi cik hb aku ni sudah tersilap beli, dia pi beli beras nasi dangang...lama dah aku peram beras ni...so aritu tergerak hati nk wat nasi dagang....ni ler rupa org Neghori buat nasi dagang...blum pas lagik...eheheh.
Aku ikut resipi kak Alma di MyR...Ayam gulai daat ni mmg best, tapi aku buat tercair sket...

Sayur Kobis

Sayur kobis kuning dengan telur...aku letak ler bijik sawi sket...tapi jgn tanya sbb apa aku letak biji sawi...sebab aku ikut-ikut org jer...ehehheh

Photobucket

Serawa Pisang + Jagung

Kes terliur tgk dak IKA punyer pengat...so aku buat guna 3 sisir pisang dengan setin jagung dan biji sagoo((puas hati aku))...actually ni kalu kedua aku buat serawa ni dalam masa 3 hari...eheheheh
kali ni aku buat untuk bawa ke rumah kawan yang buat kenduri arwah untuk arwah bapanya..((alfatihah))

Photobucket

Tuesday 19 May 2009

Ayam Masala

Photobucket

Ayam Masala ni aku belajar dari seorang kawan kat sini...ala-ala masa sembang kosong jer, tak ada pen dan kertas...

senang jer buatnya...macam kita masak kari ayam..cuma ada sedikit jer perbezaannya.

1 ekor ayam
2 ulas bawang putih-kisar
1 labu bawang merah - kisar
3 biji tomato-potong dadu
1 cawan santan
1 1/2 sudu rempah Garam Malsala
kulit kayu manis,bunga lawang
secekak daun koriander-mayang halus
garam

panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah dipotong ikut saiz kesukaan. biarkan beberapa minit sambil di kacau, masukkan rempah Garam Masala..biarkan seketika.
masukkan tomato, gaul rata..biarkan 1-2 minit.
masukkan santan, biarkan mendidih.
bila dah mendidih, kecilkan sedikit api...renih hingga ayam lembut dan kuah sedikit pekat.
sesuaikan rasa garam...
agak-agak dah pekat, taburkan daun koriander tadi, kacau sebati dan bolehlah ditutup apinya.

**kalau kat Myr pun ada gak resipi ayam masala...aku rasa skit lebih kurang jer...

Nasi Lubenon

Photobucket

Senang jer nak masak nasi ni....
sumber-Myresipi

2 cawan beras
1/2 cawan vermicelli(patah-patahkan)
3 cawan air
4 sudu makan butter
1 sudu teh garam

Panaskan butter dalam periuk, goreng vercimilli hingga garing dan keperangan.
masukkan beras, air dan garam...tanak nasi macam biasa.

**aku guna soon biasa, lepas nasi ni dah masak tak soon tu mcm tak berapa kelihatan...so, dalam kuali yang lain aku goreng soon hingga kekuningan, toskan minyaknya dan tabur kat atas nasi tadi...tapi hasilnya mcm menjemukan pulak....ermmmm, aku bagi 2.5 star!

Friday 15 May 2009

Kari Ikan Masin dengan Nenas

Photobucket

Maruku Bijan

Photobucket


Sumber: Kak fida, MyResipi...TQ

Buat kudap-kudap geget-geget masa tgk TV...Tapi, jangan ler imagine mcm maruku mamak tu sebab maruku ni ialah maruku BIJAN...rasanya ada skit beza daripada maruku Deepavalli rasanya sangat light!

Bahan
300gm tepung beras
300gm tepung pulut
185 mentega
25gm jintan putih
100gm bijan
1sk serbuk lada putih
1-2 sk serbuk cili
750ml air dicampur dengan 1sk garam
minyak masak secukupnya(goreng dgn minyak yg banyak)
acuan maruku bentuk bintang

Cara
Dalam sebuah bekas, gaul rata kedua2 jenis tepun bersama mentega, jintan putih, serbuk lada putih dan serbuk cili hingga menjadi seperti breadcrumb.
buat lubang di tengah-tengah, tuangkan air bergaram tadi sedikit-sedikit sambil diuli menjadi adunan doh yang lembut dan tidak melekat serta mudah ditekan melalui acuan maruku....tak perlu habiskan air tadi jika adunan dah lembut.
Panaskan minyak,Bubuh adunan ke dalam acuan maruku dan tekan ke dalam kuali...goreng hingga kekuning-kuningan.

**anda boleh buat bentuk lingkaran bulat(mcm ubat nyamuk) atau bebas macam yang aku buat ni...
aku try jugak nk buat macam lingkaran ubat nyamuk tu, tapi apa kan daya tangan ku tak skolah ...aku fail!!

BBQ

Photobucket

Ayam BBQ dan Ayam tandoori

Photobucket

Satay

Brownie

Photobucket

Actually Brownie biasa jer, tapi since aku letak hazelnut, maka jadi lah Hazelnut Brownie

Resipi ni aku ambil dari blog SL yang pemes kat Pasir gudang tu....TQ coz share resipi ni, mmg best sangat..!

250gm butter
1 1/2 cawan gula
1 sk esen vanila
4 biji telur
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder
1 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
1 cawan hazelnut cincang/choped mixed nut((di sangai/panggang))- tinggalkan sedikit utk hiasan

Cara
-Panaskan oven, greasekan loyang, letak baking paper.
-Cairkan butter dgn kaedah double boiling, bila dah cair pindahkan butter ke dalam bekas yang
lebih besar(boleh muat adunan)
-Masukkan gula dan vanila esen.
-Masukkan telur sebiji-sebiji...pastikan setiap kali sebiji telur dimasukkan ke dalam adunan,
pukul sebati dengan menggunakan sudu/senduk kayu.
-Masukkan serbuk koko, pukul sebati.
-Masukkan tepung, baking powder dan garam, pukul sebati.
-Campurkan kacang hazel, gaul sebati.
-Masukkan ke dalam loyang,
-Bakar selama 30 min atau hingga brownie mula lekang dari dinding loyang.
-Sejukkan, letak ganache di atas brownie dan taburkan kacang hazel cincang atau chocolate rice
di atasnya jika suka...

** resipi Ganache boleh diikut resipi ganache kek coklat

Black Pepper Beef

Photobucket

Rojak Buah

Photobucket

Swiss Roll

Photobucket

Ambil di Myresipi...

6 biji telur
4oz gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar Ovalette
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung- aku ganti dgn fresh milk
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco/pewarna

masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali mentega cair dan pewarna/coklat emulco.
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga gebu (5-7 min)
masukkan mentega air kacau rata dengan sudip kayu.
Asingkan adunan(3 sudu besar) ke dalam bekas lain dan campurkan coklat emulco/pewarna. kacau rata dan masukkan ke dalam piping bag.
Greasekan loyang, dengan butter, alaskan dengan kertas baking. Letakkan adunan.
BAkar selama 20 min dengan suhu 170C

Kerabu Soon

Photobucket

Yang ni pun ikut sukahati jer. Sumber rujukan adalah daripada resipi kerabu soon di Myresipi pas tu tambah tokok tambah skit2 ikut apa yang ada kat dalam Peti ais...

Kerabu Taugeh

Photobucket

Campur-campur ikut suka...kalau ada sotong lagi umpphhh!

Taugeh celur sedikit
belacan
bawang hiris
serai hiris
udang, rebus skit dan potong kecil
kerisik
cili api
perahan lemon
garam