Friday 30 October 2009

Kek Lapis Mawarku

Kek Lapis ni resepinya aku ambil dari buku resipi Pn Rabiah Amit jilid 2

Puas hati dapat buat kek ni, sengehhhh jer sampai ke telinga...tapi, kalau tak jadi sure hangin rasa mcm nk bakar jer apa-apa yang ada kat depan mata kan...
alhamdulillah sib baik semua brg2 aku selamat...muahahah!...

Rasa tak jauh beza mcm kek lapis yang lain, cuma kali ni letak rempah kuih sket di lapisan atas dah bawah...Aku tertarik nak buat kek ni sebab teringin nk cuba lalui cabaran masa nak menyusun pattern kat dalam Kek tu jer...((saja carik pasal)).

Photobucket

Photobucket

Bahan A (inti)

9 biji kuning telur
5 bii putih telur
250gm gula kastor(aku cuma guna 150gm jer)
200gm tepung hongkong/tepung gandum
1 sudu makan ovallete
75gm air sejuk

Bahan B(Inti)
450gm mentega
3 sudu besar susu pekat manis

1 botol jem untuk melapis(aku guna jem aprikot less sugar)
pewarna merah,hijau dan kuning


Bahan untuk melapis bawah dan atas kek

Bahan A

7 oz tepung hongkong
9 biji kuning telo
5 biji putih telo
9oz gula kastor(aku guna 5 oz sahaja)
1 sudu besar ovallete
2 sudu teh rempah kuih
75ml air sejuk

Bahan B

450gm Mentega
3 sudu besar susu pekat manis

Cara(inti/bahagian berpattern)

~Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
~Pukul bahan B hingga kembang dan putih
~satukan kedua2 bahan A dan B, gaul sebati

bahagikan kepada 2 bahagian...
a)
1 daripada nya dibahagi kepada 2 bahagian lagi... (warnakan satu bahagian dengan merah dan satu bahagian lagi dengan warna kuning)
b)
1 bahagian lagi diwarnakan dengan warna hijau.

~Bakar bahagian (a) berselang seli warna selapis demi selapis di dalam loyang 8"x8" hingga habis... anggaran setiap lapis sebanyak 3-4 sudu besar adunan~ sejukkan.

~Bakar bahagian (b) selapis demi selapis di dalam loyang 8"x8" hingga habis..setiap lapis dalam anggaran 3-4 sudu besar adunan~sejukkan.

Potong memanjang bersaiz 3/4 "x 8" kesemua bahagian (a) dan bahagian (b)...dan kemudian potong setiap satu menjadi 3 segi...((guna acuan pemotong yang khas adalah lebih mudah).

Susun dan cantumkan mengikut pattern seperti dalam gambar, setiap sambungan di cantumkan dengan menggunakan jem sebagai agen pelekat...




Photobucket

baru keluar dari oven...panasss

Photobucket

lepas keluarkan dari loyang...masih suam lagi...

Photobucket

tak sabar nak tengok hasilnya.., ku potong jua, walaupun masih suam-suam kuku...

Cara membuat lapisan atas dan bawah

Pukul bahan A hingga kembang
Pukul bahan B hingga kembang
satukan kedua-dua bahan A dan B
bahagikan kepada 2 bahagian...

~bahagian pertama~ bakar selapis demi selapis sebanyak 5 lapis, ((anggaran 3-4 sudu besar adunan utk setiap lapisan). dalam loyang 8"x8".
sapukan jem di permukaan atas lapisan ke 5, susun kek Inti di atasnya(susu rapat)..

setiap bahagian yang di cantum hendaklah di sapu dengan jem.

Sapu lagi permukaan atas inti dengan jem sebelum meneruskan 5 lapisan di bahagian atas kek pula...

Photobucket

yang ni lebih inti ada 2 ketul yang tak muat di susun dalam loyang 8"x8" tu...aku roll kan. Ok menjadi, tapi sambungannya tak berapa mampat, so ada rongga kat tengah...tak per, lenkali try lagi!

Monday 26 October 2009

Kuih Tepung Bungkus

Seronoknya dapat daun pisang ni...Kali ni aku buat kuih tepung bungkus tapi dalam keadaan bahan yang serba kekurangan...ada org panggil kuih ni dengan nama "2 dara sebilik", eh, betul ker??? klasik nama tu, hihhi.

Kurang kick tepung bungkus aku ni sebab aku guna inti kacang merah,kalau ikut tekak aku... guna inti kelapa muda lebih yummy...

Resipi ni di ambil daripada Blog Jurnal Rasa kepunyaan Zaliana...Thanks sbb share resipi ni...

di bawah ini resipi asalnya...

**Kepala Santan
1 biji kelapa parut(ambil 3 cawan santan)
1 cawan tepun beras
sedikit garam

>>campur santan dan tepung beras serta garam, kacau sebati hingga pekat dan naik wap.

**Doh tepung pulut
1 cawan tepung pulut
air secukupnya

>>uli hingga menjadi doh lembut, bulat2kan sama jumlah dengan bebola inti

**Inti
2 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka
1 sb tepung pulut
air

>>Masak air dan gula hingga larut, masukkan kelapa parut,
masak sampai pekat, taburkan tepung pulut, gaul hingga mesra~sejukkan.
Bulat2kan ikut saiz yang disukai...sama banyak dengan bebola doh tepung pulut

**daun pisang yang telah di layur dan di bersihkan

Cara2nya

Ambil sebiji bebola tepung pulut, leperkan dan letak inti kelapa di dlmnya~ lakukan hingga selesai semuanya.

Ambil sehelai daun pisang, letakkan sesudu adunan tepung beras di atas daun pisang tersebut, diikuti dengan 2 biji bebola tepung pulut dan inti tadi dan kemudian adunan tepung beras semula... lipat kemas.

Cara lipatanya juga simple sahaja((nk terangkan x reti, tgk kat gambar mungkin bole faham))...
kukus hingga masak(5-10 minit ).

Home Made Pizza



Aktiviti bula puasa aritu...lama kan, ehehheh...

Ryan asyik komplen sbb mkn pizza frozen jer..katanya pada hari tersebut dia nak makan pizza buatan tangan mama jugak...maka aku pun merajinkan diri untuk membuat ala-ala Hawaiian Chicken Pizza, susun atur toppingnya anak2 yang buat sementara aku siapkan juadah berbuka yang lain...

Seperti biasa, pizza ni toppingnya aku letak white sauce selain tomato sauce ayam,nenas dan Mozarellah cheese...resipi dah ada dalam page yang sebelumnya.

Thursday 22 October 2009

Birthday kek

Baru nak terrajin sket nak upload gambo, broadband plak lembab! adeyyy, memang saja jer tau x nak sokong aku dlm usaha murni aku nak membersihkan sawang2 ni...cehh!!

Namun demi kawan2 aku yang kat sini....
Sekali lagi kek birthday setelah sekian lama aku berselimut dalam kepongpong batu!





Hasil macam biasa ler...tetap maintain comot :))
kek Coklat dengan Butter Icing dan sedikit fondant, Nama tuan punya kek terpaksa dirahsiakan.