Sunday 28 November 2010

Chocolate Cuppies with fondant deco


Sebelum Make over

Selepas


Yummm..yummmm...Mad about pink!! Sekarang ni warna pink sangat-sangat menjadi pujaan hati ku...tengok ler cuppies ku ini, terserlah ke Shabby chic nyerrr kan, I like!!

Satu lagi eksperiment cuppies untuk hantaran pertunangan...aku tersangatlah happy dengan hasilnya, tapi ada skit2 yang kecil-kecik yang perlu di alter. Fondant putih yang menutupi cup cake tu pada asalnya nak buat permukaan yang berteksture, tetapi disebabkan cup yang aku pilih kali ni bercorak polka dot putih atas dasar pink so aku rasa sudah cukup dan tak perlu terlalu sarat....

Resipi ulangan, di cedok dari MyR...aku pernah buat sebelum ni, tapi kali ni aku rasa lebih berjaya daripada hasil sebelum ni..texture cake sangat halus, gebu dan lembut.kurang manis...mungkin aku guna Icing sugar... First time membaking selepas balik dari UK, lama dah bercuti...lebih kurang setahun wooo!!!
A.

1 1/4 cwn tepung gandum(aku guna tepung super fine blue key)
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

B.
2 biji telur
1 biji kuning telur
3/4 cawan air

C.
157gm butter(aku guna jenama SCS)
1 cawan gula halus(aku guna gula icing)

Cara

1. Campur semua bahan A, ayak dan ketepikan
2. Campurkan semua bahan B, kocakkan sedikit
3. Pukul bahan C hingga kembang.
4.Bila bahan C dah kembang...perlahankan speed mixer, masukkan bahan A dan B sedikit demi sedikit berselang seli ke dalam adunan hingga habis. sebatikan.
5. Tuangkan ke dalam adunan 10" atau cup kertas.
6. Bakar 180C/1 jam @ hingga masak...kalau guna cup kertas jgn tunggu sampai sejam, agak2 dah masak boleh angkat>< 30min-45 min

kalau nak coklat topping>>>>>

125gm coklat masakan
68ml whipping cream
5 gm butter

1 .cairkan coklat, guna kaedah double boiler.
2. didihkan whipping cream dlm periuk, tutup api dapur.
3. Masukkan coklat, pukul sedikit hingga pekat.
masukkan butter, biarkan sejuk sebelum di letakkan di atas kek.

Thursday 25 November 2010

Oven dan Coklat


Salam Sayang...bertemu kembali di arena blogger ni...Rinduuuu serindu, rindunyaaaaaaaaaaaa..!!!ahahaha.

Sedar-sedar rupanya cuti sekolah dah selesai seminggu, ada lebih kurang lima minggu lagi nak aku lalui...kalau setakat duduk nganga jer sepanjang cuti sekolah ni tak best jugakkan...sure kehidupanku sangat-sangat membosankan!! masa ni ler aku termangu tak tau nak wat apa, ada jer benda-benda yang aku nak selongkar kat dapur tu...setakat nak masak biasa2 ni dah malas, aku dah bosan...aku nak sesuatu kelainan, maksudnya aku nk life membaking seperti suatu ketika dulu di UK...ehehehhe, ngada-ngada kan...kan..kan.

Nak membaking tak der oven, sedih kan....konon-konon, orang kata alang-alang nak beli oven biar ler beli yg high end, teringin nak pakai Zanussi yang harga ribu riban tu...tgh kumpul-kumpul duit tiba-tiba aku derhaka, pi beli baju...kasut...make up...jam tangan...duit simpanan aku yang tak berapa nak ada tu rata balik , macam tu ler dari bulan ke sebulan. tak pasal-pasal skrg ni Jam tangan jer dah ada 5pasang...cukup utk 5 hari bekerja wokehhh!!

Sekarang aku dah insaf dan sedar diri.....akhirnya aku berjaya kecek poket inchik hubby belikan oven kecik satu tak kisah ler kalau bukan dari jenama Zanussi sekali pun...hureyyyyyy!!! jadi ler buat lepas gian ^____^....TQ dear!!

Hari ni aku buat cekelat...dah mcm tsunami pulak, satu fenomena baru kebelakangan ni, tiap kali pi kedai baking(kedai Yummie) masing2(pelanggan) berebut2 membeli brg2 buat cekelat ni, aku pun tak nak ketinggallan lah kalau macam tu...hehehehe
Amacam?? ok tak??? testing utk buat hantaran pertunangan adinda bongsu aku mid of dec...

Macam Homemade chocolate yang pernah aku buat sebelum ni...click dekat SWEET, kat situ cari homemade chocolate....Maklum ler kan, dah ada kat Malaya, this time aku guna chocolate compound , white chocolate dan strawberry chocolate....godak-godak jer!..yang penting ada acuan yang cun dan color combination yang kelasss, mmg "fool proof ler" sure jadi nyerrr....you all bole tinggalkan msg kalau nak step by step yang detail key!