Wednesday 29 December 2010

Mee Kari

Tuesday 21 December 2010

Fruit Cake Kak Hamsini


amik resipi ni kat blog kak Hamsini , bahan-bahan pun tak banyak dan cara pembuatannya pun senang...Aku kukus selama 4jam, dan aku balut dengan fondant icing, satu lagi projek utk hantaran pertunangan adik aku minggu lepas...first time balut kek buah dgn fondant.., sblm balut tu sapu seluruh permukaan kek ngan apricot glaze .mencabar jugak, hasilnya deconya so-so jer mana leh lawan geng2 yg dah pro...

Kak Ham...mintak Izin C&P yer...

Kek Buah Kukus

Bahan2


1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*


4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.


2.Panaskan pengukus


3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.


4.Masukkan ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser.


5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je


6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.


Selamat mencuba....

Monday 20 December 2010

Coklat oh Coklat

Salam semua...seperti yang dijanjikan,
Sebelum tu biar aku berterus terang dulu, sejujurnya aku mmg tak pernah mendapat pendidikan formal dlm bidang masak memasak ni, semuanya explore sendiri dan hasil dpd bertanya kawan2 dan orang2 yang shopping kt kedai baking...ngeeee. Aku buat kesmpulan sendiri mcm ni ler buat coklat...sapa-sapa yang ada info yg lebih baik di alu-alukan utk berkongsi di sini supaya kita sama-sama dapat manfaat...
Ni adalah cookng chocolate...murah jer, just utk wat deco, actually kalau pakai white choclate compound lg sedap, then letak favour dan pewarna yg kita suka...tapi aku tak pakai sbb tak der jual packet kecik..so aku guna cooking chocolate jer..

yang ni chocolate compound...rasa sebijik mcm coklat cadbury @ coklat berjenama yg lain tapi harga jauh lebih murah, depa pun guna coklat compound mcm ni gak utk wat coklat pemes tu.
step pertama/ layer satu...cairkan coklat mngikut design yang kita nak. Nak cairkan coklat mesti guna kaedah bouble boiler iaitu:-
di atas dapur gas dgn api kecil, letakkan periuk yg berisi air (kurang dr 1/2 periuk), tenggekkan bkas tahan panas yg lain di dlm periuk tersebut,masukkan coklat...bontot bekas tu cecahkan skit kt air tu..biarkan coklat cair, then masukkan dlm piping bag..sedia dgunakn utk mendeco coklat..hati2 sbb coklat panas.
layer 1~ dah siap first layer, keraskan kt dlm fridge sekejap
layer 1~ dah keras, kuarkan dr fridge, masukkan 2nd layer jika ada, fridge kan...then 3rd layer frdge kan...dan seterusnya...
bila dah siap design bahagian yg kolor2 tu, step seterusnya ialah cairkan milk choholate compound, bubuh dlm acuan 1/4 @ 1/2 penuh acuan..fridge kan lg, masukkan inti yg kita suka...gambar di atas, aku sudukan inti peanut butter dan letak almond...kita bole letak kismis, hazel nut, jelly, ais-cream wafer dan sebagainya.
yang ni aku letak cereal rice crispy... pas siap letak inti , sudukan memenuhi acuan dengan coklat compound lagi...then masukkan semula ke dlm fridge 5 minit then bole lah dikeluarkan dari acuan...sedia utk di nikmati...

taaaraaa, dah siap!yg ni aku buat utk buah tangan sempena pertunangan adik aku...

Sunday 5 December 2010

Sugar Cookies( fancy cookies)

Lama dah peram resipi ni(hampirn 2 tahun jugak...huhhuu), keinginan nak buat dah lama baru sekarang dapat di relisasikan...kat Malaysia terkenal dengan panggilan Fancy Cookies, tapi kalau nak cari kat ruangan pakcik google kena ler taip"sugar cookies" baru ler boleh tengok bermacam2 jenis resipi sugar cookies dan macam-macam design yang best-best...ini frst time melukis atas cookies, kekok rasanya...next time boleh cuba agi(ntah bla agaknya...hehehe). aku buat 1/2 dpd sukatan adunan di bawah.


Bahan

6 cwn tepung
3 sk baking powder
2 cwn butter
2 cwn gula
2 biji telur
2 sk vanilla
1 sk garam

~pukul butter dan gula hngga berkrim, masukkan telur dan vanilla.
~ campurkan semua bahan kering.
~Masukkan bahan kering ke dalam adunan butter.
~kepalkan adunan, balut dengan plastik cling dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1-2jam atau semalaman.
~roll hingga ketebalan lebih kurang 1/4", terap mengikut bentuk kesukaan masing-masing.
~Bakar selama 8-10 min, sejukkan cookies.

Royal Icing

2 biji putih telur, bersaiz besar
2sk jus lemon
3 cwn(330gm)gula icing

pukul telur bersama jus lemon hingga kental.
Dengan kelajuan mixer yang minimum masukkan gula icing sedikit demi sedikit hingga sebati dan halus,sedia digunakan terus atau pindahkan royal icing ke dalam bekas kedab udara.

Melukis di atas cookies ~
masukkan royal icing mengikut warna kesukaan ke dalam piping bag, potong sedikit dibhgn hujung piping bag .Sedia digunakan untuk melukis cookies.

Lukis outline di atas cookies menggunakan royal icing mengikut image yang kita inginkan, biarkan kering seketika sebelum sebelum mewarna dibahagian dalam outline menggunakan royal icing dari warna yang sama atau berbeza...keringkan, siap!

Ayam Golek Madu

Buat ayam golek ni minggu lepas untuk makan dengan Nasi Ayam Ipoh, resipi diambil dari Majalah SAJI dec 2010...masa memasak aku ubah suai sedikit. Memang sedap, aku rekomen pada sapa-sapa yang nak cuba tengoklah di bhgn dada ayam golek aku tu dah kena kidnap sikit, huhuhu, yummmm...yummmm.

Ayam golek aku ni tak letak bijan sbb malas nk selongkar lemari ajaib aku nk carik bijan...

Bahan

1 ekor ayam
45ml madu
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit bijan~ disangai

Bahan A~ cincang(aku blend )
5 ulas bawang puth
3cm halia
2 labu bawang besar
4 batang serai

Bahan B
60ml sos cili
45ml sos tomato
45ml sos tiram

Cara:
-Satukan bahan A dan B, kacau rata, masukkan sebahagian madu, garam dan lada sulah sebatikan dan lumurkan pada ayam. perap semalaman di dalam peti sejuk.
-keesokkannya, keluarkan ayam seketika dan kemudian bakar di dalam oven bersuhu 150C-200C selama 1jam 30 min hingga 2 jam(hingga masak).
- Selepa ayam masak, keluarkan dari oven, sapukan dengan sebahagian madu tadi dan taburkan dengan bijan...sedia untuk dihidangkan!!