Sunday 27 February 2011

Belanja kengkawan kat tempat kerja....

Devil choco cake
puff sardin

Tak sempat nak celoteh panjang-panjang...bb dah marah nak tido!

Happy Birthday Rissa Nadia


Kejadian dah lama berlaku...tapi baru berkesempatan nak update dekat Blog...Tanggal 15 febuary 2011, genaplah usia Icha yang ke lima tahun...semoga anakanda dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki...kejap jer Icha dah 5 tahun...menandakan maknyer pun dah makin tue!

Black Forest Cake...ermmm, seronok sangat-sangat sebab kek Black Forest aku ni sangat menjadi seperti yang jual kat Bakery tu...lalalalala.

Actually nak buat kek yang ada karekter, aku nak buatkan kek princess seperti yang pernah aku buat untuk dia 2 tahun lepas...tapi tuan punya badan tak nak sebab malu ngan kawan-kawan katanya, dia nak kek yang ada flower atau buah-buahan sahaja...mamanya yang terlebih excited ni terpaksa ler akur jer dengan permintaan tuan puteri...pas tu, masa aku sibuk-sibuk mendeko kek ni, besday girl datang wat lawatan follow up progress...pas tu dia cakap kat aku macam ni.."errmmm, ok ler mama.... Icha nak kek princess lah", boleh gitu!!!

Terlajak perahu boleh ler di undur, terlajak kata mana bole nak suka-suka hati nak tukar-tukar kan...so, dengan rasminya kek besday Icha tahun ni ialah Kek Black Forest yang dipenuhi dengan ceri ni...

lolli chocolate tu ialah jajan utk kawan-kawan dia yang hadir pada hari tersebut, mula-mula nak buat coklat yang berkaler-kaler...tapi masa tak mengizinkan, cuma itu jer yang termampu aku buat, jajan yang lain cuma tunjuk jer kat Giant...,Kebetulan Birthday Icha tu jatuh pada hari Selasa bersamaan 12 rabiulawal, iaitu cuti umum aku pun buat ler jamuan serba ringkas...jemputan tak ramai...cuma jiran sebelah menyebelah rumah, jiran depan rumah dan jiran sebelah taman perumahan aku...4 keluarga semuanya!Antara menu express yang terhidang...Scallop ayam(mydin mari), passembor, mee goreng dan donut....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar!

Berbalik kepada cerita Kek Black Forest aku tadi...aku adun 2 adunan kek span coklat.resipinya dah banyak kali letak kat blog ni Lapisan di antara 2 kek tersebut aku letak dengan black cherry filling(blueberry filling pun ok) kemudian aku lepa dengan non dairy whip cream. Permukaan atas kek juga begitu..aku letak black cherry filling dulu sebelum aku lepa keseluruhan permukaan kek dengan non dairy whip cream...
Bila dah siap , terasa macam besar sangat pulak kek tu..tengok jer lah gambar masa Icha tiup lilin kat atas...errmmmm, aku agak-agak dlm 3-4 kilo gak saiz berat kek ni...sib baik habis, bila tetamu dah balik tinggal kat kami anak beranak 1/4 bahagian kek jer...esok pagi nyer selesai semua kek tersebut di ngap!!

Tuesday 15 February 2011

Lauk pauk...


Kari ikan tenggiri Ayam goreng berempah

Lauk minggu lepas.... sekali dengan sambal sotong...

Devil Choc cake





Idea kombinasi cream cheese dan chocolate yang sememangnya yummy...tapi sayang sekali keknya tak berapa kick pada aku, hasil kek yang agak kering dan sedikit keras...errrmmm atau aku yang buat kesilapan??...next time nk guna resipi kek coklat yang lain...

C & P dr blog kak Nor ganu kiter
sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8"

Sambal Sotong


Resipi campak-campak jer...

sotong
cili kisar
bawang besar(potong 4 atau 6 ~ menegak)
air asam jawa
serai- di titik
garam dan gula

tumis cili hingga agak garing(lama skit atas dapur dgn api yg sederhana), masukkan sotong...kacau2, masukkan air asam dan bawang dan serai...kacau2, sesuaikan rasa garam dan gula...siap!

Saturday 12 February 2011

Chilled Mango Cheesecake

Kes teruja tengok cheesecake terposing kat DTS CMG, so aku pun terus pi shopping beli manggo ...cheesecake ni senang jer tapi aku susahkan diri aku dengan menambah sana sini serba sedikit seperti tambahan susunan buah mangga kat atas tu then aku lapiskan dengan lapisan agar2 di bahagian atas sekali..mango emulco mmg lama dah ada dlm simpanan, so aku letak skit bg wangi...bahan lain aku tiru sebijik2....

next time aku nk letak gula lebih skit sbb aku rasa cheesecake ni kurang manis sbb aku guna icing sugar...lagi satu, air suam yg 125ml tu aku rasa next time aku nk kurangkan kpd 60-70ml jer sbb mcm lembik sket

resepi ni aku kopipes dr blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie aku guna biskut digestive
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk