Sunday 24 February 2008

Jalan-jalan

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Untuk makluman kepada Semua pengunjung blog yang sangat dihormati, Dapur mamavogue tak akan beroperasi dalam jangkamasa tertentu kerana bercuti.

Tika di saat in ada dua rasa yang sedang bermain-main di dalam kepala aku iaitu suka yang teramat sangat kerana akan bertemu keluarga...lalalalalala!!! dan rasa berat hati nak meninggalkan kalian, I'm gonna miss you guys....waaaaaaaa


Cucur Bawang, Kuah Passembor


Di Penang, Gerai-gerai menjual cucur udang(bawang) cara begini memang biasa. Kalau di sebelah selatan semenanjung, cucur udang/bawang di makan bersama kuah cili sos tapi disebelah utara biasanya dimakan bersama kuah kacang atau kuah passembor. Aku pun dah terbiasa buat cucur bawang/udang cara utara kerana peberet hb aku. Ala-ala Rojak tapi lebih simple..

Apa yang di perlukan

  • cucur bawang/udang- biasanya aku letak hirisan bawang, daun kucai, taugeh, tepung, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya(udang jika suka)
  • Hirisan daun salad dan timun- kalu ada taugeh pun best juga
  • kentang dan sosej- Bancuh tepung goreng pisang sedikit, celupkan kentang dan sosej dan goreng hingga kentang empuk dan sosej masak.
  • Tauhu-dihiris ikut suka
  • Telur rebus- Potong Baji
  • Kuah kacang biasa @ kuah passembor- Aku rekomen resipi di bawah, dah banyak kali aku buat memang ternyata ramai yang menggemari kuah passembor kakNismpb nih..kaknis, mamavogue mintak izan kopipes resipi kuah passembor key...ampooonnnn!!!
Kuah Passembor

Bahan

250 gm keledek, rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan lumat (cheq pakai FP, sonang naa)
200 gm kacang tanah, sanggar, kupas kulit dan tumbuk halus
5 batang lada kering (jika mahukan pedas lagi boleh tambah), goreng sedikit minyak & tumbuk lumat
15 biji bawang kecil, tumbuk lumat
4 cawan air asam jawa dari segenggam asam
2 tbsp bijan, sangar
3 tbsp gula melaka, tambah jika perlu
4 tbsp minyak
Garam secukupnya

Cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis lada kering & bawang kecil hingga wangi.
2. Masukkan air asam dan keledek lalu kacau hingga rata. Tutup periuk.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam.
4. Jika terlalu pekat, tambahkan air.
5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga semua bahan sebati. Tambahkan garam dan gula melaka jika kekurangan. Tutup api apabila mendidih.

Cheesecake ala Tiramisu


Nak habiskan stok barang-barang baking, bahan-bahan bergantung apa yang terdapat dalam simpanan. Resipi aku gunakan Best no bake cheesecake, cuma aku tambah sahaja cooking chocolate dalan adunan cheese. Bahagian dasarnya aku gunakan chocolate sponge cake dari resipi ini dan topping aku cuma gunakan cocoa powder.

Monday 18 February 2008

Kerabu Daging


Berkenan betul tengok kerabu daging kat Rumah kak Jun..Memang sedap, aku makan bertambah-tambah. Lain kali boleh buat lagi. Resipi asal adalah daripada Kak Hanieliza, TQ banyak-banyak kerana sudi share resipi ini.
resipi ini aku kopipes daripada blog kak Jun...mintak halal eksss, ekekekeke

Bahan

500 gm daging tenderloin
3 biji limau nipis [ambil jus]
3 cm halia [ketuk]
1 batang serai [ketuk]
1 s/b lada hitam [mesin]
garam
gula

Bahan Hiris
7 tangkai cili merah [boleh tambah jika nak pedas]
1 labu bawang besar [bawang holland]
3 batang serai
2 pokok daun ketumbar

Cara
  • Daging dibasuh dan rebuskan dengan halia, serai, lada hitam dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Sejukkan.
  • Daging dihiriskan nipis dan kecil.
  • Gaulkan semua bahan hiris dan daging.
  • Rasakan masam dan manisnya.
  • Hidangkan.

Pisang Goreng


Saja nak tayang gambar Pisang Goreng, Resipi tak payah ler semua orang dah tau....

Saturday 16 February 2008

Harum Manis


Aku buat setengah adunan jer, sepatutnya gebu, montok dan gendut...tapi aku tak ada acuan kecil yang sesuai, ala2 cawan2 kecil nyonya tuh... so aku guna casing tart jer, jadi tak berapa nak gendutttt..., ahakkksss!!!...tapi tetap lembut dan gebu..
Resipi di cedok daripada Resipi.net

Bahan

  • 300gm gula melaka - aku guna gula merah sahaja
  • 350ml air
  • 3 biji telur
  • 200gm gula pasir
  • 350gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder(ayak bersama tepung)
  • 1 sudu teh soda bicarbonate(ayak bersama tepung)
  • 1/4 sudu garam
  • 1 sudu sen vanilla
  • 50gm mentega yang di cairkan
  • 8-9 biji pisang raja(hiris bulat, nipis)

Cara
  • Masak air dan gula melaka hingga larut dan tapis- biarkan sejuk
  • pukul telur dan gula hingga kembang
  • masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bicarbonate sedikit demi sedikit, gaul rata dengan spatula.
  • masukkan esen vanilla dan mentega cair, gaul sebati.
  • sapu acuan kecil dengan mentega.
  • Tuang adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan letakkan hirisan pisang di atasnya.
  • kukus selama 15-20 minit dan sejukkan- sedia untuk di makan...

Daging Merah Ala Thai

Lama dah teringin buat lauk ni, sejak aku tgk dalam blog tuan shekh
Resipi in diambil daripada Mesra.net dan aku bega sikit-sikit...tapi secara keseluruhannya aku kopipes dari mesra.net.

BAHAN A

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 cm halia

Bahan A dihiris untuk bahan tumis.

2 helai daun limau purut (wangi)

Perisa :

Dua sudu besar sos tomato
Empat sudu besar kicap manis
satu sudu basar sos tiram
Dua sudu besar pewarna merah (cecair)
Garam sesedap rasa.

BAHAN B

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air dan pewarna merah sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.

Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusan daging. Tambah sos tomato dan kicap manis . Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam 1 sudu kecil. Perisakan sesedap rasa.


Piping Gel


Ambil resipi daripada blog Sofieyya...TQ

Bahan
1/3 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan jus lemon
1 sudu besar tepung jagung

Cara
Campurkan semua bahan, masak hingga pekat dan jernih berkilat, sejukkan sebelum digunakan . Campurkan sedikit pewarna yang diingini mengikut kuantiti yang diperlukan. Tahan selama seminggu.

Kek Birthday



semalam birthday anak aku Rissa Nadia kali ke dua...ini ler kek yang mampu aku persembahkan untuk dia...sentuhan pertama kek berkarektor,teknik transfering image...
mula-mula tu stress jugak sebab bc yang aku sapu tak rata-rata, so aku create rumput2 untuk menutup permukaan yang tak rata tu, coklat leleh kat tepi-tepi tu kurang menjadi tapi tak kisah lah sebab tak begitu mencacatkan kek. Warna-warna pada mini mouse aku gunakan piping gel... alalalalalalalal....!!!

Thursday 14 February 2008

Roti Sosej

Resipi Yani@myresipi..TQ

dah selalu buat...
Lagi satu kes malas, kopipes jer...ekekekek


Bahan
  • 175g tepung roti(white flour)
  • 25g whole-wheat flour(brown color)- aku guna tepung roti biasa
  • 10g gula halus
  • 3g dry yeast
  • 12g butter
  • 130ml air/fresh milk
  • 6 batang sosej
  • telur untuk sapu
  • 3g garam
Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Setkan untuk buat doh. ON!.
  2. Keluarkan angin dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10~15 minit.
  3. Sementara tu, rebus sekejap sosej dan sejatkan.. atau boleh bakar sekejap dgn toaster
  4. Ambik satu doh roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 20~30cm. Lilitkan pada sosej. Buatlah sampai habis.
  5. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda sebelum dibakar.
  6. Sapukan roti dgn telur. Bakar pada suhu 180C selama 12~15 minit.
  7. Sejukkan roti di atas radar kek

Tuesday 12 February 2008

Cheesecake n Flowers



Dapat Cheesecake yang mengiurkan ni dan jambangan bunga yang putih bersih ini daripada CTNik...TQ de beri-beri muc!!! macam tau-tau jer aku suka fresh flowers...Atas penghargaan ini, aku pun nak share juga kek dan bunga-bunga ni pada kengkawan semua...nak makan sengsorang mesti tak abis punya, dengan seikhlas hati aku nak bagi bunga ni kepada..., lepas ni boleh ler share dengan kawan-kawan lain pulak

Kakpah
Kak_E
Nita
Noreen
Sweetilly

Monday 11 February 2008

Kuih Bakar/Kemboja

sebelum....

Kopipes dari blog JoAyee

Bahan:
1 cup gula
1 cup juice pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
1 can santan-450ml (2 1/4 cup santan)
2 tbs butter-cairkan
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
C:
bijan

cara-cara:
  • campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  • masukkan dlm bekas yg di sapu minyak. tabur bijan. bakar @180 sampai brown.

selepas...

Marshmallow


Ambil resipi kat sini
mencabar betul proses membuatnya, aku cuba 1/2 adunan sahaja...Menjadi juga walaupun rupa outttt!!!!

Croisant

Kopipes dari Myresipi.com, sumbangan S_Shamen

Bahan
  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting

Cara
  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu kedalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
  2. P1010001
    Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit
  3. P1010002_1_
    Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.
  4. 04042007_001_
    Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.
  6. 05042007
    Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.
  7. 05042007_002_
    Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
  8. 05042007_003_
    Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

Thursday 7 February 2008

Assignment..

start copy here -



Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.


So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!

1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will 10- Michelle’s Small World 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- http://umi-e.blogspot.com 18- http://bahandapur.blogspot.com 19- http://tiffinbiru.blogspot.com 20 - http://sudipkayu.blogspot.com... 21. http://vanillaesen.blogspot.com

assignment cik Nita aku dah buat, so lepas ni calon-calon yang kena sambung...
sapa yang belum buat assignment tulun sambung key...!!!

Wednesday 6 February 2008

Ala-ala Kampung


Lauk makan tengahari semalam..

Award yang seterusnya


kussss semangat, dapat lagi award ni daripada Nita dan Kak Ummie. Terima kasih banyak-banyak di atas penghargaan ini dan ingatan kawan-kawan semua..bertambahlah lagi hiasan di dinding rumah aku ni..TQ(100x)
aku nak anugerahkan award ni kepada...

KakPah dan rumah barunya
kak Ummie sekali lagi
Nita sekali lagi
anyone???sapa yang belum dapat lagik angkat kaki...

Monday 4 February 2008

Cereal Bar



Bahan

*2 cawan Rice crispy
*2 cawan corn flake
*1 cawan oat
*badam secukupya, panggang dan pecah-pecahkan-Aku tak letak
buah-buahan kering seperti aprikot, apple atau strawberry- aku guna buah kurma
kismis secukupnya
1 sudu besar brown sugar - aku guna mascovado sugar(gula Merah)
1 1/2 sudu besar golden syrup
30gm butter

Cara

Pecah-pecahkan corn flake, dan gaulkan semua yang bertanda *
Alas loyang leper dengan baking paper atau aluminium foil
Panaskan oven 180C
Panaskan butter di dalam periuk agak-agak muat satu adunan, masukkan kismis dan buat-buahan kering.
Masukkan golden syrup dan brown sugar. gaul sebati dan gula cair.
Akhir sekali masukkan campuran bahan bertanda * tadi..
Gaul sebati, pastikan semua cereal tersalut dengan adunan butter.
Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan dan tekan, pastikan betul-betul padat.
masukkan ke dalam oven, bakar selama 5-10 minit.
sejukkan, barulah di potong.

Mash Potato & Gravy

Makan dengan ayam panggang...perghhhhh!!!

Bahan

2 biji kentang
1 1/2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar
seubit parsley(optional)

Cara

Rebus kentang hingga empuk...toskan airnya
Lenyek kentang dengan Masher ketika masih panas bersama dengan butter, sebatikan.
Masukkan susu, gaul sebati.


Gravy( sukatan ini cuma anggaran penulis semata-mata)

Bahan

1/2 liter air rebusan tulang lembu/ (aku guna beef stock ready made + 1/2 liter air)
1 sudu besar butter
1/2 labu bawang besar - cincang
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil mixed herb
1 1/2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air

Cara

Cairkan butter, tumis bawang besar hingga naik bau
masukkan air rebusan tulang, lada hitam dan mixed herb.
didihkan, masukkan tepung jagung. Kacau dengan menggunakan whisk hingga kuah pekat.
Tutup api...
Masukkan gravy yang telah siap ke dalam pengisar, kisar gravy beberapa minit.
Sedia untuk dihidangkan bersama Mash potato

Ayam Panggang


Baru keluar dari oven...sluuurrrrpp!!!


Lepas buat post moterm...ekekekeke

Masa mula-mula tengok ayam panggang Noreen, aku teringat ngan Kenny Roger Roosted Chicken...aku jadi ngiller, adeh, mandi tak basah tido pun tak lena...nak jugak-jugak ayam KR, so aku terjumpa resipi ni kat satu blog mat salleh dan aku ubahsuai sikit, tapi sikit lebih kurang macam resipi Noreen...Sodap, makan dengan Nasi butter , Mash potato dan salad campur... Terubat ler jugak rindu aku kat Ayam panggang KR tuh...jom layan resipi

Bahan
1 ekor Ayam
1 sudu besar garam halus
3 sudu besar olive oil
lada hitam secukupnya
thyme secukupnya

Cara
Basuh ayam bersih, keringkan, lap dengan paper towel hingga kering.
Ikat ayam di bahagian peha dan dada dengan tali parcel yang telah dibasahkan dengan air untuk memdapatkan bentuk ayam panggang yang cantik selepas di bakar.
Garam halus di bancuh sebati bersama dengan olive oil , oleskan ke atas ayam tadi dengan menggunakan berus di bahagian luar dan dalam ayam.Taburkan lada hitam keseluruh permukakan ayam, Biarkan seketika.
Panaskan oven suhu 450F/ berapa?C
Taburkan dengan thyme di permukaan ayam tadi, masukkan ke ddalam oven bakar selama 50-60 minint atau hingga ayam masak.

***enak di makan bersama gravy yummy..yummy

Coklat Rollcake


Resipi daripada Yani @myresipi.. anak-anak memang suka sangat, tapi dah berbulan-bulan aku tak buat. Thanks Yani,sebab share resipi ni...malas nak tulis balik, so aku kopipes jer!!

Bahan
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • >>krim
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  7. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

***1 sudu kecil halal gelatin dibancuh bersama 1/4 cawan air panas, aku campurkan ke dalam balance krim rollcake tadi... tadaaaa, jadi lah Simple Plain cheesecake...enak di makan bersama fruit sauce (aku cuma pakai jem strawberry...kuikuikui)


Spagethi Ayam

Kes tak ada mince meat kat rumah.yang ada cuma ayam...ayam pun ayam ler, janji soru tak miss..
Resipi biasa-biasa saja, cincai lorr. Untuk kuah spangethi aku cuma menggunakan...

Fresh Tomato
Tomato puree
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Chicken minced
sedikit air
Oregano
garam dan gula secukupnya
olive oil untuk menumis bawang putih

Sambal Tumis Ikan Bilis


Sedap di makan bersama nasi lemak ataupun nasi biasa...Kalau kat Negeri Sembilan, makan bersama pulut kuning...uikksss sukanyerrrr!! Aku baru dapat ikan bilis fresh dari Malaysia, masa baru terima parcel ni jantung aku dag dig duk you!!! ikan bilis kat sini tak best, mcm hampehhhh,...kuikuikui!!! Resipi campak-campak juga, semua orang dah tau ..tapi tempek jugak di sini aku cuba buh sukatan key!!


Bahan

Segenggam Ikan bilis
1 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar-potong baji
1 ulas bawang putih- hiris nipis
garam secukup rasa
1 sudu besar gula/secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar santan pekat
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis(optional)
minyak masak

Cara

Goreng Ikan bilis separa masak, sebelum diangkat masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sekejap biarkan bawang layu sedikit, angkat dan ketepikan sekejap.
Minyak yang sama, tumis cili kisar bersama sedikit garam hingga garing dan terbit minyak- lama skit pun tak apa.
masukkan ikan bilis , kacau
Masukkan Air asam jawa, kacau lagi
Tambah santan pekat , gula dan serbuk pati ikan bilis, sesuaikan rasa.
Selalu dikacau hingga sambal agak pekat.
Angkat dan hidangkan

Award??? macam tak caya

Aku dapat Award lagik??? huhuhu...macam tak percaya, siapa sangka Kak Hanieliza yang terkenal dan vogue dengan masakan-masakan dia bagi aku award...Toche...toche...toche..Macam biasa aku nak paskan pada kawan-kawan lain juga yang masih belum terima...errmmmm, minggu ni minggu award gilang gemilang sedunia ker???

calon-calonnya ialah....

Shamen
Shiela
KakNis
Nita
Noreen
Zaliana
kakMon
Faizal-Erin

Sunday 3 February 2008

Anugerah lagi

Orang duk sibuk usung award sana-sini, aku pun tak ketinggalan jugak...dapat award ni daripada kak E, TQ very much...ampunnn kak e, sebab lambat amik award tu...sampai kak E mcm nak merajuk jer kat aku, mintak mahap bebanyak ekss..nnti aku belanja D'Limau Nipis special kt seksyen 7, BBB eksss... 2-3 hari ni penyakit M saiz medium dah serang aku, pas tu aku pulak concentrated kat shopping moping sejak jumaat aritu lepas...maklum ler nak balik mesia...lalalalala.
Tak sangka sudi jugak kak e anugerah award kat aku yang malas-malas kucing ni, patutnya tak layak kot...anyway aku hargai niat suci murni kak e...moga-moga lepas ni aku lagi bersemangat dalam arena masak-memasak yang memang dah jadi minat aku sejak kecik lagi...(terharu, berderai air mata dipipi gebu ku ini...ekekekekek).
Aku nak share ngan sapa pulak anugerah ni? rasanya semua dah dapat anugerah ni
mmm... aku anugerahkan pada Nita,Mika dan DK ler, kalu korang dah dapat aku bagi sekali lagi jugakkkkk!!!!