Buat semalam untuk hidangan majlis berbuka puasa(pot Luck) di rumah kakpah sherry
Resipi kulit murtabak aku guna resipi roti canai JoAyee(mekarmewangi.blogspot)...dan intinya sukahati aku sahaja...eheheheh
Kulit Murtabak550gm tepung gandum
3 sudu besar susu pekat manis
sedikit garam
1 sudu besar mentega
1 biji telur
250gm air
(bergantung kepada kualiti tepung aku guna 236gm air sahaja, just nice untuk buat kulit murtabak)Cara
Campurkan air, susu pekat manis, garam, telur dan butter dalam satu bekas..kacau sebatikan.
campurkan ke dalam tepung, uli 10 minit. rehatkan doh selama 5-10 minit.
Ulang proses selama 3 kali menguli.
(aku campak dalam breadmaker jer, pas tu waktu menguli tu aku kurangkan kepada 7 minit )Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian sama saiz, kalau nak kecil skit bahagikan kepada 18 bahagian.
Lumurkan dengan butter setiap satu. Perap sekurang-kurangnya 3jam.
Intiini resipi campak!. di bawah ni aku tulis anggaran sahaja...tapi memang tak cukup untuk cover semua 18 biji murtabak...kalian kena tambah sendiri eksss, agak-agak ler!
1 cawan ayam cincang
1 ulas bawag putih- tumbuk
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
1 biji kentang saiz kecil- cincang(optional)
sedikit minyak
2 biji telur
1/2 cawan air
1 labu bawang besar- cincang
Cara
Gaulkan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam bersama ayam cincang - ketepikan
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau..masukkan ayam cincang. goreng hingga ayam separuh masak, masukkan kentang. kacau...
masukkan air, sebatikan. tunggu hingga kentang empuk dan air kering.
angkat, biarkan sejuk.( suam-suam kuku pun bole daaa)
masukkan telur ke dalam inti tadi bersama bawang cincang, kacau sebati.
Penyediaan Murtabak(khas untuk yang bukan pro)Panaskan kuali dengan minyak yang sedikit dan api yang kecil.
Sedianan dulang/ pinggan besar, lumurkan dengan minyak di atas pinggan.
ambil sebiji doh roti canai, leper-leperkan di atas permukaan pinggan yang berminyak tadi dengan menggunakan tapak tangan senipis yang boleh.
Kemudian tarik tepi-tepi doh roti canai perlahan-lahan untuk mendapatkan permukaan yang nipis dan rata, pastikan jangan koyak.(dah jadi kulit mertabak)
Letak inti di tengah-tengahnya, dan lipat kulit murtabak tadi menutupi inti( macam lipat kain, inti ada di dalam).
Terlangkupkan pinggan sambil tangan yang satu lagi menadah murtabak yang baru siap di lipat tadi, terus masukkan ke dalam kuali..goreng dengan api yang kecil, pastikan bahagian dalam inti betul-betul masak..
** faham kaa?? bab meng"explain" mmg aku fail sket...ehhe
Jeruk Bawang
Tak pernah makan, kalau di Malaysia bila beli murtabak aku abaikan jer jeruk bawang ni...rasa pun tak pernah. Bila dah sampai UK ni, Inchik HB suh buat terpaksalah aku buat...aku buat mengikut pengamatan Inchik hb, melalui apa yang dia rasa. Bila aku tgk dia makan berselera jer..kira pas ler tuh...ekeke
1 labu bawang besar, hiris nipis
sedikit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
sedikit pewarna merah
gaulkan jer semua...