Saturday, 31 December 2011

2 tier wedding cake

Happy new year untuk semua..semoga tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan manis kepada semua, dan semoga tahun 2012 menjadi tahun bertuah kalian.
Banyak kenangan suka duka yang aku dah lalui di 2011, dan aku mengharapkan 2012 adalah lebih baik dari 2011. Cabaran demi cabaran dah aku lalui dalam suka ada ada juga dukanya..kegembiraan dan kenangaan manis 4 majlis perkahwinan dan 3 kehilangan saudara mara tersayang akan aku ingati sampai bila-bila. Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku dan aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif...
Sebagai pembuka tirai 2012, aku dapat merasakan cabaran yang hebat bakal aku lalui nanti terutamanya dalam profession aku sebagai guru...sekali lagi aku cuba berfikiran positif. semoga dipermudahkan oleh yang maha Esa, insyallah.
Bercakap tentang perkahwinan, cuti sekolah baru-baru ni adik bongsu aku melangsungkan perkahwinannya. aku mengambil kesempatan ini untuk try skill aku yang dah tumpul ni..


Dah lama berangan nak buat kek 2 tingkat ni...sempena perkahwinan adinda tersayang, aku sponserlah kek ni untuk menyerikan lagi majlis beliau pada 24dec2011 yang lalu...tingkat atas ialah kek coklat dan di bahagian bawah ialah kek kukus lumut..deconya mmg aku suka, tapi rasa kek biasa-biasa jer kot!

Aku salutkan kek ni dengan fondant icing dan aku deco sikit-sikit dengan royal icing...cuma ada sedikit tak puas hati. Aku biarkan kek ni betul-betul sejuk(suhu bilik)sebelum mendeko.bila dah siap kek ni di deko elok jer cantiknya tapi keesokkannya fondant icing tu menjadi semakin lembik dan sedikit cair padahal aku simpan kek tu dalam suhu bilik jer...sapa-sapa yang berpengalaman bole jawab tak apa masalahnya??tqSelamat pengantin baru untuk adinda tersayang Mohd Fiqry bin Mohamad Sharif dan pasangannya Norhana Johari..semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Thursday, 8 December 2011

Pulut Kuning~ 3 tier pulut kuning




Salam, bertemu kembali...cuti sekolah seperti sekarang ni adalah masa-masa yang indah untuk aku,kalau diikutkan macam-macam projek bole buat..tapi tahun ni cuti sekolah hujung tahun ni jadual hujung minggu agak penuh dengan majlis kenduri kawin adik beradik dan sanak saudara. Pulut kuning ni projek hujung minggu lepas(Dec 3rd 2011)...Maklum ler pengantinnya mat salleh, so banyak benda tradisi yang diketengahkan dalam majlis ni, lagipun parent pengantin lelaki pun turut hadir datangnya dari Aberdeen, Scotland. Bapa saudara pengantin pun turut hadir yang terbang jauh dari Texas, USA.

Dalam serba kekurangan ni jer deko yang sempat aku buat untuk acara potong pulut kuning majlis perkahwinan adik sepupu sebelah En.hubby memandangkan ianya adalah kerja last minit. Aku dapat pulut ni sekitar pukul 4pm, dalam pukul 4.30pm acara potong pulut kuning dah bermula.

Pulut kuning ni cuma dihias dengan keledek lenyek dan sedikit cili serta telur burung puyuh~ settle!

Hujung minggu ni baru berkesempatan nak balik kampung jenguk parent yang dah seminggu pulang dari Mekah, sambil tu nak spend beberapa hari kat kampung untuk bantu serba sedikit persiapan perkahwinan adik lelaki bongsu aku yang akan berkahwin 2 minggu lagi~ mood happy

Wednesday, 9 November 2011

Roll Mozek


Hantaran perkahwinan hubby's cousin...sesiapa yang berminat untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan, atau sebarang acara boleh buat tempahan pada saya..

Rozie~ 0135151138

Roll Santubong


dah lama tak buat roll, tak rajin sbb prosesnya yang makan masa agak lama...kali ni aku try buat bentuk triangle...mmg rumit sikit, nak dapatkan sharpe triangle lecehnyaaa, ni jer yang termampu aku buat....Resipi Puan Rabiah Amit, dah lama peram gambar ni baru nak tayang.

Wednesday, 17 August 2011

Kek Lapis Coklat Pandan


Juga dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran September, alhamdulillah resepi ni mmg menjadi, ada sikit sahaja pengubahsuaian...Cuma teknik/ Cara mengadun aku ikut cara yang selalu Pn Rabiah Amit buat, iaitu masukkan semua adunan kedalam mixer(selain pewarna) dan pukul hingga gebu..senang, cepat dan tak perlu membasuh banyak bekas mengadun...

Bahan

12 biji kuning telur
6 biji putih telur
280gm gula(aku kurangkan menjadi 220gm)
250 tepung gandum(aku tukar kepada tepung superfine )
1 camca teh vanilla
1 camca makan ovalette
500gm mentega
6 camca makan susu pekat manis

Bahan B
2 camca makan pandan pes
100gm coklat masakan(warna coklat pudar jer, so aku tambah lagi sket aku rasa 150-200gm lebih baik)

* Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiling, bahagi dua bahagian.
**Bila adunan siap, bahagikan kepada 3 bahagian yang sama rata, bahagian pertama dan kedua masukkan setengah coklat masakan tadi, bahagian ke tiga masukkan pes pandan.
*** Bakar selapis demi selapis mengikut susunan warna kesukaan masing-masing hingga selesai kesemuanya menggunakan api grill...





Tuesday, 16 August 2011

Kek Lapis Strawberry Prune


Sumber: Majalah Seri Dewi dan KELUARGA edisi Semarak Lebaran/September 2011
Ubah suai sikit kut kesesuaian..cara mengadun pun dah diubahsuai..

Bahan:

14 biji telur gred A
6 biji putih telur
200gm gula(resipi asal 250gm)
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 camca makan ovalette
1 camca teh vanila
450gm butter(suhu bilik)
5 camca besar susu pekat manis
3 camca besar horlick
pewarna merah dan pes strawberry
20gm buah prune tanpa biji.- lenyek sedikit dan gunting kecil-kecil

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali pewarna dan prune. pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
Satu bahagian diwarnakan dengan warna merah dan pes strawberry manakala satu bahagian dibiarkan dengan warna asal.
Bakar warna asal 2 lapisan diikuti dengan 2 lapisan strawberry , kemudian susun buah prune. ulang sehingga selesai..




Oat Cookies


Resipi lama yang di ulang tayang tiap-tiap tahun....Resipinya sangat senang

3 cawan oat segera- di blend halus
1 1/2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
secubit garam
ghee butter(minyak sapi) secukupnya
kuning telur untuk di sapu di atas cookies sebelum membakar

**cairkan ghee butter
gaulkan kesemua oat, gula, tepung dah garam rata...masukkan sedikit demi sedikit ghee butter ke dalam adunan hingga adunan boleh dikepal-kepal..Canai dan bentukkan cookies dengan menggunakan cookie cutter, sapukan kuning telur di atas cookies sebelum di bakar hingga kekuningan.

Gulai Tempoyak


Salam bertemu kembali....
lama dah menyepi..mood tak mari, ampun banyak-banyak kepada semua...
Update ni pun sebab teruja dengan masakan berbuka hari ni...lama sangat tak masak sendiri makanan tradisi ni, selalunya bila nak makan aku akan roger mak kat kampung mintak buatkan. Tapi kali ni dek kerana keinginan yang menggunung, aku gagahkan jugak diri untuk buat sendiri walaupun hanya aku sorang jer yang beriya makan gulai tempoyak ni kat rumah . Encik hubby tak makan sangat dia hanya sekadar rasa-rasa jer. Maklum ler dia bukan orang N9, amik masa ler sikit untuk mencintai gulai tempoyak..huhuhu.

secekak daun pucuk labu- racik halus seperti bunga rampai
secekak daun pucuk ubi - "
4 batang serai- racik halus
4 helai daun kunyit- racik halus seperti bunga rampai
1 cawan tempoyak
20 tangkai cili padi(bole tambah atau kurangkan)- tumbuk halus
1 labu bawang besar(potong 8 menegak)
4 cawan santan
serbuk kunyit
petai
segenggam ikan bilis(bole di tukar dengan udang)
garam secukup rasa

Daun pucuk ubi yang telah di racik halus tadi di letakkan ke dalam bekas, letakkan sedikit air dan ramas daun tersebut, kemudian toskan airnya...ulang proses tersebut beberapa kali untuk menghilangkan pahit pada daun.

Masukkan kesemua bahan di atas dalam periuk, masak dengan api yang sederhana, sentiasa kacau agar tidak pecah minyak...Siap
** kalau tempoyak agak lama dan masam, bole loer letak gula sikit...kalau tempoyak baru tak letak gula pun tak per...

Thursday, 2 June 2011

Balik Kampung


Gambar ihsan~ Google Images

Cuti sekolah dah nak abis seminggu,melayan kerenah si kecik yang dah seminggu demam... esok nak balik kampung...pas tu nak jalan-jalan ke Melaka...Balik dari Melaka projek meng"khatankan" si anak teruna...Gambar ihsan~Google images

pas tu nak menyiapkan menanda kertas exam anak-anak murid...Kena gantung periuk sepanjang cuti ni nampak gayanya. Jumpa lagi, taraaaa!!

Wednesday, 25 May 2011

Sup kentang + Ayam + brokoli + pasta




Pening kepala memikirkan makanan untuk si kecil ku yang sorang ni...selalunya aku buat bubur nasi dengan ayam+kentang+carrot . Kadang-kadang aku letak ikan bilis, sesekali aku letak isi ikan tenggiri...tapi lately dia dah macam boring dengan makanan dia tu. makan setakat 2-3 sudu jer.Pada hal kalau biarkan dia bermain sendiri, abis semua benda sampah sarap dia nak kutip masuk mulut .Puas memerah otak nak masak apa untuk dia. Aritu aku rajin jugak bagi dia makan Nestum Cereal, tapi bila kerap bagi dia makan cereal poo-poo dia keras...tiap kali nak poo-poo mesti menangis...sian kat dia.

Kali ni aku try masak sup kentang dengan pasta spagethi...semangat aku masak tadi tapi nampak gaya macam dia tak suka :(..makan 3-4 sudu dah rasa macam nak muntah. Kalau kawan-kawan ada idea yang menarik bole ler syer dengan saya yang kebuntuan ni...:(

Ni yang aku masak hari ni...
1/2 sudu olive oil
satu ulas bawang kecil cincang
1 sudu besar ayam cincang
1 biji kentang potong 4
1 sudu brokoli
5-6 tangkai spagethi- patahkan pendek-pendek
2 cwn air

**tumis bawang cincang dengan olive oil, masukkan ayam...masak >< seminit. masukkan air, masukkan kentang dan spagethi..renih hingga lembut dengan api yang kecil. pas tu masukkan sayur brokoli, renih lagi. agak-agak dah masak tutup apiblend atau lenyek semua bahan-bahan dalam sup...


***my sweetheart~ Aleeya***

Coklat






Last week buat coklat untuk cikgu si Abang sempena hari guru peringkat sekolah, kali ni untuk si Kakak pulak...Majlis hari guru di sekolah tadika ABC, cikgunya tak ramai so bolehlah buat coklat sorang 4 ketul..eheheh

Sebabkan milk coklat dah nak abis, so aku gabungkan milk choc dengan white choc...maka jadik ler coklat berjalur ala zebra...teknik senang jer kalu yang basic kita dah tau..bole tinjau sini

Monday, 23 May 2011

Nasi Goreng Pattaya


Melayan kerenah anak-anak...kalau time free mintak jer lah nak makan apa, mama depa akan layan jer..tapi bila tengah sibuk tahap gaban, cepat jer mama depa naik hangin nak-nak bila makanan dah sedia ada kat ataih meja, tapi depa mintak menu yang lain..grrr

Mango Tiramisu


Hasil skodeng blog kaknor dah lama dah, cuma sekarang jer baru berkesempatan nak buat
kak nor amik resipi dari blog Rabiatun...aku tukar toppingnya sahaja, kalau tun buat blueberry tiramisu, kak norr buat strawberry tiramisu...aku plak Mango tiramisu...

Resipi di bawah aku kopipes jer dari blog kak nor...tak rajin nak salin semula :)

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)

*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

Saturday, 21 May 2011

Puding Tembikai




Tengok resipi ni di Blog cendana kasih, terpikat kerana kecantikannya...eheheh. Rupa puding ni betul-betul membuatkan hati aku rasa tenang. Rasanya lebih kurang Puding Pelangi, cuma puding ni sedikit beza kerana adunannya dicampur dengan 2 keping roti gardinea... First time aku tengok inchik hubby makan puding 3-4 potong sekali hadap. Biasanya dia tak suka makanan yang manis-manis ni.

Lapisan tu kurang ketara sikit sebab masa buat ni dah pukul 9.30pm, nak lapis satu layer ke satu layer tu kena tunggu lapisan mula-mula keras sikit baru ler letak lapisan seterusnya..letih aihhh nak tunggu sebab bantal pun dah memanggil-manggil,aku buat 2 adunan pulak tu. lapisan mula-mula tu belum firm lagi aku dah letak lapisan seterusnya so, ada ler yang terbocor sana sini...walau macamana pun masih sedap mata memandang, nak mengaburi mata-mata yang memandang, aku posing ler puding ni atas Pinggan Royal, ala-ala posing atas karpet merah gitu...ahaksss!...eheheh

Jom try....(aku copy-paste dari blog cendana kasih)

( Resepi Kak Long Lyn)
BAHAN-BAHAN

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) tp kalo guna agar2 tali pun xde masalah, cuma kena pandai agak air le
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis)
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)

kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2

Cara-cara
-rebus agar2 ngan air..
-bila sudah larut masukkan gula..
-apabila mendidih masukkan mentega..
-kemudian masukkan susu..
-ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
-kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...

-dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
-lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
-kemudian letak adunan warna merah pulak...
-tabur cincau untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....




Chocolate Cake again



Buat kek ni atas permintaan anak teruna aku yang satu...untuk majlis pot luck sambutan hari guru,kali ni untuk sekolah agama beliau...Design yang tah hapa-hapa!

Best no bake cheese cake again(mango topping)





Buat cheesecake ni untuk besday anak Kak Zu, rakan sekerja...happy birthday Syahirah!
aku dah stick dengan resipi ni sebab rasanya yang memang best...kali ni buat guna topping mango pulak. Hiasan pun ikut apa yang terdapat dalam lemari Doraemon ku!

Untuk kawan-kawaan yang tercari resipi cheese cake....aku retype semula.

200gm biskut digestif yang telah dihancurkan
100gm butter cair
2 cwn whipping cream
2/3 cwn gula
250gm cream cheese
topping manggo
1/2 cwn air panas
2 sudu besar gelatin
2 sudu besar lemon juice

1)Gaulkan biskut dengan butter cair hingga sebati, masukkan ke dalam loyang spring foam...tekan dan padat-padatkan biskut tadi. masukkan ke dalam peti air selama selama 10-15 min...lama skit pun tak per...
2)Bancuh air panas dengan gelatin..biarkan larut
3)pukul whipping cream hingga bertanduk, ketepikan.
4)pukul cream cheese bersama gula dan lemon juice hingga adunan sebati, masukkan larutan gelatin tadi, kacau hingga sebati.
5)masukkan whipping cream yang telah di pukul tadi ke dalam adunan cream cheese, kacau sebati.
6)masukkan adunan cheese ke atas adunan biskut yang telah dipadatkan tadi. Hentak loyang supaya adunan cheese sekata dan tiada lubang udara yang terperangkap. tutup permukaan atas loyang dengan aluminium foli.
7)Simpan di dalam peti sejuk semalaman
8) Letakkan toping mango di permukaan atas kek.Hias ikut kreativiti masing-masing...sedia untuk di makan!

Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Guru



Buat coklat sempena hari guru ni untuk guru-guru anakanda aku Ryan Ikmal di SK Sek.7.BBB.

Monday, 9 May 2011

Kek Coklat



Kek untuk anakanda Kak Wa...harap-harap keknya ok, kalu ada mana-mana yang memuaskan hati tu maaf banyak-banyak yer

Konyaku Jelly

Cak!!! ada nampak apa-apa tak??? kalau tak nampak maknanya you all kena buat sesuatu...huhuhu
Tinjau kat blog kak nor...kali ni baru dapat cuba, aku ikut jer arahan kat luar pack konyaku jelly tu. alhamdulillah!
Rasa konyaku jelly ni bergantung kepada buah yang kita letak kat tegah-tengah jelly tu,teksturnya liat dan kenyal...fresh in yr mouth!!...kali ni aku letak buah mangga dan kiwi, next time bole cuba letak buah strawberry plak

Lontong Goreng


Aritu ada buat nasi impit untuk makan dengan kuah lontong...tiba-tiba mengidam nk makan kuah lontong, kes tak puas makan lontong masa jamuan majlis hari kecemerlangan kat sekolah bulan lepas...so, aku buat sendiri. Tapi macam biasa ler aku sorang jer yang makan..yang lain mmg tak suka nasi impit dengan kuah lontong. Lebih nasi impit tu aku try ler buat lontong goreng ni...
Goreng biasa-biasa jer...ala-ala goreng mee. Inchik hb setakat rasa-rasa jer, dia jenis orang yang lambat sikit nak menerima sesuatu yang luar biasa dalam rutin harian dia terutama bab makanan...anak-anak langsung tak pandang....ermmm, pening nak fikir nak masak apa hari-hari supaya kena dengan selera anak tekak diorang ni, kalau masak benda yang sama jer selalu pun bosan jugak kan!!

No bake cheese cake


Order dari kawan-kawan, kali ni letak topping mango....Resepi ada kat dalam dapur kayu, kena kerja keras skit selongkar...eheheh

Thursday, 28 April 2011

Kek Coklat



First time amik order kek kat sini...perasaan yang mula-mula aku rasa ialah gemuruh dalam masa yang sama excited sebab peluang-peluang yang macam ni jer baru dapat nak mencuba atau nak try skill yang tak berapa ni hebat ni...maklum ler, Amatur yang premature
hekhekhek!!
Malam tadi mata tak berapa nak lelap, risau rasanya hati kalau terjadi apa-apa yang tak diingini pada kek tu dan terfikir-fikir juga apa akan jadi kalau apa yang aku plan tak menjadi...phewww takuttt, walaupun setakat projek puluh henggit tapi risaunya mcm buat projek mega juta-juta gitew!
Kalut sikit, maklum ler buat kek weekdays ni, masa sangat cemburu,..kek dah masuk kotak baru teringat nak amik gambar...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ini ialah first step aku, next week ada lagi satu asignment..mudah-mudahan allah permudahkan segala urusan dan impian aku. aminnn!!

Kek coklat ni kawan sekerja yang minta untuk majlis besday anaknya yang akan di buat di Nursery esok....Design lebih kurang macam kek birthday Icha yang pernah aku buat dulu-dulu...

p/s: tak sabarnya nak pegi kelas baking pada 1 mei ni...