Saturday, 29 September 2018

MASAK LEMAK CILI API

Hari ni balik kampung... mak sy buat Masak Lemak Daging Salai Dengan Rebung , yummy! Pure Negeri Sembilan air tangan ibu dengan curahan penuh kasih sayang 😊. Tak cukup dengan gulai daging salai, mak saya tambah lagi satu Gulai Tempoyak Daun kayu kesukaan saya. Tema hari ni , tiada yang lain selain dari Masak Lemak Cili Api 😊. Kalau orang Negeri Sembilan otai, mmg hari2 wajib masak lemak cili api ni.. tapi mak saya tak ler begitu sangat, hari- hari special jer dia masak macam tu. Lagi pun bukan elok makan mknn berlemak hari- hari...seram, byk kolestrol.

Sampai kampung tadi dalam  pukul 5 petang, pegi dapur dulu tengok ada apa dalam periuk hari ni😂. Ada lauk best pulak, apa lagi.. terus ambil pinggan 😘😘.

#RembauMostWanted

Tuesday, 25 September 2018

Kek Karet Majlis Persaraan

Sambutan majlis persaraan di sekolah, nak shortcut dan nk senang kek persaraan tu order jer kt aku dan tak perlu ke bakery..hihi. Order ini tak ada syarat, semuanya terserah, suka hati aku nk buat macam mana sekalipun, best..best!

Deco- deco syiok sendiri, bunga2 tu guna buttercream tapi lembik, kurang gula icing agaknya... so buat bunga byk2 kemudian freeze kan sblm transfer atas kek 😊



Kembali

Salam...
Rindunya nak ber blog
Im back selepas bertahun menghilang....

Hari ni letak gambar Popia Vietnam kat sini.. xpernah pun pergi Vietnam, tapi tengok popia ni mengiurkan jadi aku search di You Tube  dan blogger2 otai cara pembuatannya.. alhamdulillah menjadi, dalam popia ni aku letak Soon, daun salad,karet , timun  daun bawang dan daun ketumbar yang dipotong panjang kemudian ofcourse udang yang gemuk2 untuk menggoda.

Udang dicelur dalam air mendidih dahulu, letak garam sikit.
soon rendam dalam 15min dan kemudian celur dalam air didih pun letak di letak garam sikit.
Kulit Popian Vietnam beli kat Jaya Grocer, cari kat tempat jual mee kering seperti  mee  hoon, kue teow kering dan sewaktu dengannya...

Proses pembuatan kena cepat, bahan yang dah celur dan potong tadi kena susun depan papan melipat popia, letak air sebekas untuk celup kulit popia, dan  sebekas minyak.

caranyan, celup jari dengan minyak sedikit, sapu atas papan tempat melipat popia, basahkan papan dengan air. kemudian ambil sekeping kulit popia, celup dalam air sekejap dalam 10-15 saat, terus letak atas papan letak daun salad, soon,karet,timun,daun bawang dan akhirnya daun ketumbar kemudian lipatlah seperti popia, susn atas pinggan. proses kena cepat jika tidak kulit popia akan lembik terkulai dan susah nak melipatnya.