Saturday, 6 October 2018

Nasi Minyak

Salam.. Sejak Ryan sambung study, aku memang jarang memasak.Hari kerja di waktu siang mmg x ada sapa2 di rumah manakala malam aku dan inchi suami tak makan, setakat nk bagi 2 mulut makan, aku biasanya beli jer dekat Kak Bie jiran selang beberapa rumah dari rumah aku. Mudah!

Hujung minggu macam ni pun jarang memasak, biasanya kami akan keluar berjalan- jalan bawa anak- anak. Hari2 kerja rutin nya membosankan, hujung minggu nak juga rasa happy2. Kerja rumah tolak tepi😁.

Semalam dah pegi tengok wayang dgn anak2 cerita Venom. Kemudian makan di Restoran Nando's , disebelah malamnya kami makan Chapathi di gerai  Pakistan yg terletak beberapa meter jer dari rumah.Layannn!

Selalu sangat makan di luar, bosan juga. Memandangkan Ryan pulang hujung minggu, keluarga kecilku lengkap hujung minggu ini, Bersemangat lah sedikit untuk aku memasak.

Masakkan yang aku anggap istimewa tetapi mudah , aku.memilih Nasi minyak , kurma daging, jelatah dan Papadom sebagai hidangan sepanjang hari ini.

Memasak dengan penuh kasih sayang tanpa gangguan didapur sangat menyenangkan dan menjadi terapi jiwa yang baik. Kali ini aku menggunakan beras terpilih "extra long parboiled basmathi rice", taburan kismis dan aku masukkan juga capsicum yang dipotong kiub untuk menaikkan aroma nasi minyak  dan warna agar membangkitkan selera, namun jika diletak kapsikum merah pasti lebih menarik. Tapi kali ni kurang bernasib baik, tiada kapsikum merah...

Ramuannya aku tumis dengan campuran 3 jenis minyak iaitu minyak sapi , butter dan minyak sawit biasa.

Kali ini nasi minyak aku gandingkan dengan Kurma Daging . Seperti nasi, aku pelbagaikan ramuan seperti Tomato, cili merah, bawang potong baji, kentang di dalam kurma daging untuk mendapatkan rasa yang pelbagai pada kuah kurma😊
Memasak pun kena ada seninya untuk membangkitkan selera dan menzahirkan perasaan kasih sayang kita untuk keluarga. Sangat berbeza hasilnya jika kita memasak dengan separuh hati, masa yang suntuk dan tertekan berbanding bila kita enjoy memasak, bersama keazaman dan kasih sayang .

Rasa tak lengkap pula jika nasi minyak tidak diserikan dengan acar jelatah, gabungan warna warni pada acar jelatah pastinya menarik tumpuan mata yang melihat. Setiap bahannya dihiris nipis dengan pisau tajam, menambahkan lagi serinya. Masa menghiris acar, berbayang penyediaan bahan masakkan orang Korea dan Jepun yang teliti , secara tidak langsung terpapar kesantunan situkang masak..aku memang sentiasa mengagumi mereka.
Alhamdulillah, sempurnalah hidangan makan tengahari aku untuk hari ini insyallah menu yang sama di bawa ke sesi makan malam 😁😁

Friday, 5 October 2018

Chia Seed Oat Porrige with Spinach and Mixed Salad

Menu diet hari ini.. 2 sudu besar oat masak dengan 1/2 cwn air, letak garam skit. Biar mendidih, lepas tu letak sayur bayam. Nak mkn tabur chia seed dan ikan bilis goreng.

Mixed salad tu daun salad + taufu + timun + karet + kacang walnut + ikan bilis goreng + tempe goreng, percikkan sikit minyak bijan. Mkn dgn sos coeslow ..sedap jugak 😁
Kononnya diet..sampai sekolah depa buat jamuan pulakkk, tangguh diet ke esok lah😥😥

Thursday, 4 October 2018

Petua Kesihatan

Setiap manusia ada sel kanser dalam tubuh, Dalaman kita ni tak siapa yang tahu..kadang-kadang kita rasa kita sangat sihat walhal ada sel kanser yg sedang aktif. Pasti menakutkan...Nauzubillah😌. Untuk memastikan sel kanser tersebut tidak aktif atau tidak merebak, hiris 3 potong lemon rendam ke dalam air panas.Jangan dicampur gula atau madu. Biarkan seketika. Minum air tersebut di awal pagi ketika perut kosong. Pastikan selepas 45min baru boleh makan breakfast .Amalkan setiap hari. Insyallah ia membantu mengecutkan sel kanser, semoga membantu menyelamatkan kita sebelum menjadi lebih parah. Tak salah kita berusaha untuk kekal sihat. Semoga kita semua sentiasa dilindungi allah SWT. Aamiin!

Wednesday, 3 October 2018

SAMBAL HITAM PAHANG

Sambal Hitam ku😊
Reneh belimbing, hingga airnya kering dengan api yang kecil.
Test

Ada lebih dari sekilo belimbing buloh dipetik oleh pekerja dari pokok yang ada di sekolah semalam. Bila tak ada sapa yg peduli, lalu aku ambil bawa pulang ke rumah. Belimbing buluh ni sifatnya mudah benyek dan membusuk jika disimpan lebih dari sehari. Untuk memastikan agar tidak membazir, muncul lah idea Sambal Hitam Pahang ini..malam itu juga google resepi nya. Pertama kali buat, syukur hasilnya mengembirakan. Tq kepada yg share resepi...

Semalam merebus semua belimbing selama lebih dari 3 jam, sehingga airnya kering. Selebihnya sambung pagi ini sambil melepa creamcheese di atas 3 biji kek karet😊 .Jom tengok resepi...( saya derhaka sedikit)

1 kilo belimbing buluh, bersihkan dam masuk dalam periuk lama(yg buruk), rebus tanpa air dengan api yang kecil letak garam sikit. Air belimbing akan keluar sendiri dan merebus bimbing. Jangan pandai2 letak air yer. Rebus lah hingga airnya kering dan belimbing lebam dan benyek.

Bahan A
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15-20ulas cili api- nak pedas tambah lagi
Masukkan ke dalam food prosesser, kisar kasar tanpa dicampur air.

Bahan B
Belimbing rebus- dikisar
1 mangkuk ikan bilis, digoreng garing dan
      dikisar kasar.
2 sudu kicap
Garam, gula- secukup rasa.
3/4 cawan Minyak untuk menumis

Cara- cara
Panaskan minyak, tumis bahan A hampir garing. Masukkan belimbing kisar, kacau rata, biarkan sekejap. Masukkan kicap, perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan ikan bilis, goreng hingga kering dengan api yang kecil...selalu di kacau yer. Siap untuk dihidangkan😊