Monday, 31 December 2007

Dendeng


Resipi Kak Ummi...Sedap, ratah mcm tu jer pun dah sedap!!! mmmm, yummy!!
TQ, kak ummi

Kek Coklat


Bab mendeco cekelat yang aku fail skalik....bersememeh, menciiiiiii!!!!!

Wednesday, 26 December 2007

Agar-Agar Semangka


Resipi kak zara kelate@myresipi

mcm real you!!! sekali pandang tak sangka agar-agar, dulu-dulu masa-aku kecik-kecik..zaman mak sedara aku kawin (tahun 80an)pernah ler jumpa agar-agar ni...

Tuesday, 25 December 2007

Vanilla Cuppies


Resipi KakJun

Lepas selesai buat adunan, masa sedang membakar baru aku teringat yang aku terlupa letak baking powder...tapi sib baik cuppies aku ni mengembang jugak, kalu aku buh baking powder mesti jadi ala-ala volcano...cupcakes yang sesuai untuk di deko.

Salad Oren



Pencuci mulut

3 biji buah oren
kacang walnut secukupnya
10-15 biji buah anggur merah
2 sudu besar madu
1 sudu besar jus lemon

Cara..
-Buah oren di hiris ikut selera
-Susun di dalam mangkuk
-letakkan madu dan jus lemon dan kacang walnu
-Gaul sebaik sahaja hendak dihidangkan

Ayam Golek Cili api




Resipi kakpah Sherry
kamera kaput...amik gambar pulak time hari dah gelap, so gambar ala-ala candle light. Tapi aku bersyukur sib baik ada gak kamera kan...kan...kan..!!

Tiramisu


Resipi kakE@myresipi.com

Wednesday, 19 December 2007

Chiffon Pandan



Rasa-rasa ikan tuna masih melekat kt anak tekak...so, arini nak makan yg manis pulak nk hilangkan bau-bau ikan..ala-ala pencuci mulut, ahakkksss!!!!

Hari ni aku buat Chiffon pandan, resipi aku amik daripada FP che de sam...Ramuannya sikit jer, tapi memang mengancam...best...lembut.dan kurang manis .Anak-anak aku pun suka banget. Lepas Ryan balik skola habis 3/4 biji kek kena ngap. Sekarang ni dah tinggal 1/4 jer itupun aku sorokkan untuk incik Hubby, dia pun suka kek Chiffon ni.



Bahan
A
6 biji putih telur
3/4 sk cream of tar-tar ~ aku guna 1/4 sk lemon juice
B
6 biji kuning telur
100gm gula
120gm selfrising flour
8 sb air pandan(1 sudu pandan paste + 7 sudu air biasa)
5 sb minyak jagung(aku guna vege oil)

Cara
A
-Pukul telur dengan cream of tar-tar hingga bertanduk(bila diterbalikkan adunan telur tak tumpah)
B
-Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan gula hingga sebati dan gula hancur
-masukkan air pandan
-masukkan minyak,gaul sebati
-masukkan selfrising flour yang telah diayak. gaul sebati

Campurkan adunan B ke dalam adunan A, gaul sebati(kaup balik) dengan menggunakan spatula
Tuang ke dalam Chiffon mould dan bakar dengan suhu 160C-170C selama 45-50 minit.

Penting: Apabila kek dah masak, terbalikkan kek sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven dan biarkan sejuk.

* kek aku merekah di bahagian atasnya semasa membakar...kenapa eksss??? oven aku panas sgt ker? next time aku kena turunkan suhu kot!!


Tuesday, 18 December 2007

Tuna Salad Sushi Roll


First time buat sushi dan first time rasa...aku konfuse, apakah begini rasanya sushi???
aku jumpa resipi ni kt dalam blog Mykoreakitchen yg aku curi2 tgk dari blog Alis@ sukamakanjer...

Bahan


Beras Jepun(steam/masak macam biasa)
1 tin tuna
1/4 labu bawang besar
3 batang tauhu ketam
1 biji timun
Dashi secukupnya (1 sb cuka,2 sk gula, 1sk garam)
sos salad secukupnya(3 sb mayonis, lada sulah, garam)

Cara

Sejukkan nasi dlm 10 min~ketepikan
cincang bawang dan tauhu ketam gaulkan bersama tuna
campurkan bersama sos salad~ ketepikan
bersihkan timun, buang kulitnya , hiris nipis memanjang dengan menggunakan peeler(ketebalan 0.2cm), bentukkan bulat dan berongga di tengah(bentuk gelang).
Panaskan Dashi dengan pan untuk 15-20 saat ~ masukkan ke dalam nasi, gaul sebati.
Basahkan tangan, ambil sedikit nasi kepal-kepalkan sedikit, sumbat di dalam gelang timun tadi memenuhi 1/2 paras tinggi...Kemudian letakkan inti tuna di atasnya,
Hias ikut selera
siap untuk di santap!!!


Lepas tu aku modify skit jadi macam ni...Sengaja aku tak guna seaweed, sebab anak aku Ryan alergi seafood so aku tak berani nak gatai2 cari masalah...aku gantikan seaweed dengan telur dadar yang di goreng nipis.
Lepas tu ada lebih lagi tuna aku pun buat yang ni pulak....

telur rebus yang dibuang kuningnya dan diganti dengan tuna dan kemudian di hias dengan timun, aku pernah makan di rumah kawan hubby, namanya Red orang Taiwan..Sesuai dijadikan snack!

Monday, 17 December 2007

Bebola Rangup Badam



Resipi ni aku ambil daripada Majalah Wanita (Okt 2006)
Bahan-Bahan

A
125gm butter
125gm peanut butter
50gm coklat masakan(cairkan)
60gm gula icing
100gm Bertih Beras
60gm badam cincang(panggang)

B
250gm coklat masakan
C
badam cincang secukupnya(panggang)


Cara

Gaulkan Bahan A hingga rata
bentukkan menjadi bebola
simpan sebentar dalam peti sejuk
celupkan coklat
golekkan dalam badam panggang, biarkan keras

Apa yang aku buat ialah:
-Cairkan coklat masakan,gula icing,butter dan peanut butter dengan kaedah double boiler kemudian gaulkan dengan bahan-bahan A yang lain -Sediakan paper cup, sudukan adunan ke dalam paper cup~ sejukkan dlm fridge dan celupkan dengan coklat masakan yang bercampur dengan sedikit butter -Taburkan bahan C, hidangkan.

Kerabu Epal Hijau 2


aku ambil resipi ni dari fotopages hanieliza, resipi yang di ceduk daripada blog penyulawa
simple dan sedap,ala-ala Jelatah Mat salleh gitu. Aku ikut apa yang ada dalam peti es(x letak daun pudina sbb tak ada dlm stok)

Bahan

1 biji epal hijau
1/2 biji carrot saiz kecil
1/2 labu bawang besar
1 camca besar jus lemon
cili api secukup rasa
1 tangkai cili merah
garam dan gula
daun pudina


Cara

Epal dan carrot dihiris memanjang
Bawang besar, cili merah dan cili api dihiris nipis
daun pudina dihiris kasar
gaulkan kesemuanya, sedia untuk dihidangkan

Friday, 14 December 2007

Serawa Pisang


Kegemaran Ryan...simple, siap tak sampai 15 minit...yg color-color kat atas tu gula2 smarties, saja nk goda bebudak makan lebey...kehkehkeh


Bahan

5 biji pisang saiz 4 inci panjang(potong 2)
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
3/4 cawan air
1 cawan santan
2 sudu sago
1 helai daun pandan di simpul
1/2 sudu teh garam

Cara

Didihkan air, masukkan daun pandan
masukkan pisang, biarkan layu sedikit
masukkan garam dan gula, biarkan seketika agar gula hancur
masukkan santan, didihkan sekejap.
masukkan sago, kacau
tutup periuk dan tutup api supaya sago benar-benar masak.
bolehlah dihidangkan

Devil cupcakes dan Butter cream


Dah seminggu peram gambar dan resipi ni, hari ni baru ler dapat uploadkan ke Blog..Minggu lepas memikir-mikir apa buah tangan yang sesuai untuk di bawa ke rumah Nita untuk birthday anaknya Iman...akhirnya aku putuskan untuk mencuba cupcakes yang resipinya aku cilok dari blog kakjun...Hasilnya memang memuaskan hati, lembut dan gebu!!!
mmm...memang berbaloi(ala-ala kamdar)... Penyakit M dah mula nak meresap dalam tubuh aku ni, so amponnn kakjun sebab aku copy paste jer resipi ni dari blog kak jun

Bahan

2 cawan tepung
2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan butter
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur

Cara

campur aje sume2 kecuali telur dalam mixer, pada kelajuan rendah hingga bercampur rata. pastu pada hi speed selama 2 min. masukkan telur n pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 2 min. masukkan dalam papercup n bakar selama 15-20 min. sejukkan n hias.

Buttercream

Resipi diambil daripada dapur Almarhum Bunda Zidan&syifa, resipi ni memang praktikal bagi aku

bahan-bahan adalah berdasarkan 1:1:1

contoh:

Bahan
250gm butter
250gm shortening
250gm/1 tin susu pekat manis

Cara
Pukul butter dan shortening hingga lembut, masukkan susu pekat manis pukul hingga adunan menjadi putih sedia untuk digunakan.
Cara menyimpan ~Letak di dalam bekas tertutup dan simpan di dalam fridge jika tidak digunakan, ia boleh tahan selama 6 bulan.

Friday, 7 December 2007

Blog of the Month


Toce...toce!!!
Aku pun dapat anugerah Blog of the month, patut ler malam tadi aku rasa aku tido sambil tersenyum!!!...TQ kepada peminat extream aku ...CMG dan KPah(ngeh...ngeh...ngeh, jgn mare!!) yang bertungkus lumus mencalonkan aku...kehkehkeh!!!

so, aku pun nak mencalonkan kengkawan aku yang lain untuk bersama-sama sandang title Blog of the Month...Berat wooo!! tak larat nak ampu sengsorang nih!!

1. Nita Epol
2. JoAyee
3. Kaknis

4.Kak Umie


Kalu korang dah dapat award ni amik jer lah lagi, bukan senang org nak bagi 3-4 kali!!!

Nasi Daging ala Mamavogue

Hari ni ada sikit rajin melanda, Hubby aku lunch kat rumah...so, seronok ler sikit nak masak spesel. Biasanya dia asyik keluar rumah pukul 9am dan balik pukul 7pm. Weekend pulak hari jalan-jalan aku, dapur tak bukak...ngeh...ngeh...ngeh!!!
Awal-awal lagi aku dah plan nak buat nasi daging, pukul 9am aku dah merebus daging...Resipinya pulak aku plan nak mintak dari mak mertua aku sbb dia pernah ajar aku buat nasi daging ni dulu, tapi dah lupa...
Aku pun telefon ler mak mertua aku di Penang...Ring...ring...ring tapi tak ada orang angkat, baru aku teringat diaorg sumer pi Phuket hari ni , hari ahad baru balik!! abih cam no...??? daging dah rebus, nak tak nak aku pandai2 ler meng"adjust" supaya dapat merealisasikannya!!!



Bahan

500gm daging~ potong kiub saiz besar
3 1/2 pot beras Basmathi~ rendam 30 min
4 pot air rebusan daging
1/2 pot susu segar
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu teh rempah kari daging
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kentang saiz besar di potong 8
1/2 batang lobak merah di potong bulat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 senduk minyak sapi ( boleh guna butter + minyak masak )
bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis secukupnya
daun pandan
garam secukup rasa
Bawang goreng Zaliana untuk hiasan

Cara

-Rebus daging dengan api yang kecil hingga daging empuk ~ ketepikan( pastikan air rebusan daging tersebut cukup dalam anggaran 4 pot)
-Toskan beras ~ ketepikan
-Kisar bawang merah,bawang putih dan halia
-Panaskan minyak sapi, goreng bunga lawang, pelaga,cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan seketika
-Tumis bahan kisar hingga naik bau
-Masukkan daging dan air rebusannya, biarkan mendidih.
-Masukkan rempah kurma , rempah kari dan lada hitam
-Masukkan ubi kentang dan lobak merah~ biarkan empuk.
-Masukkan susu segar, tunggu hingga mendidih.
-Sesuaikan rasa garam.
-Masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa
-Taburkan bawang goreng Zaliana ketika hendak di hidangkan...

Enak di makan bersama Air Asam

Bahan

1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
5 tangkai cili api
1/2 inci belacan bakar
beberapa tangkai daun koriander(optional)
air asam jawa secukupnya(bancuh guna air masak)
1 sudu besar perahan lemon
garam dan gula secukup rasa

Cara

-Tomato di potong dadu
-Bawang, cili api, cili merah dan daun koriander dihiris halus
-Tumbuk belacan, campurkan bersama air asam jawa tadi.
-Gaul semua bahan di dalam sebuah mangkuk, campurkan dengan perahan lemon
-Sesuaikan rasa garam dan gula
-Siap!!!

Salad Telur

Family aku mmg kureng sikit makan sayur-sayur yang di masak ni...asyik2 muka aku jer yang kena menghabiskannya...Tapi kalau salad mentah mereka ni memag suka, anak aku suka makan dengan mayonis...Yang ini style Ibu mertuaku...biasanya aku tak letak sosej, tapi kali ini kebetulan ada 3 ketul sosej kt dlm fridge...so, "terpaksalah" aku letak . Kalau ikutkan mak mertua aku letak nugget dan mixed vege skali selain sosej, tapi aku kureng rajin sikit nak buh banyak sangat mende-mende remeh ni.

Bahan

2 biji telur rebus
1 biji buah tomato
timun
1 batang sosej di rebus
daun salad( lettuce?)
sos cili secukupnya

Cara

-Potong buah tomato ikut sesuka hati mu~ aku potong baji, nipis
-Potong timun membulat
-Potong telur rebus ikut sesuka hati mu ~ aku potong bulat guna egg cutter, potong baji pun OK
-Hiris sosej membulat
-Kopek daun salad sehelai demi sehelai~ cuci
-Susun ikut kretiviti, dan hias sesuka hatimu
-Bubuh sos cili diatasnya sebaik sahaja hendak di hidangkan...walllaaahhhh!!!

Mixed Cornflake Cookies

Semalam, awal-awal aku dah masak nasi dengan lauk pauk, kononnya nak rest awal skit... sambil-sambil main tenet, lepak lama-lama skit...Siap masak aku pun kemas dapur, lepas tu jalan-jalan jamu mata ke blog kawan-kawan, sempat YM ngan kak Pah sat...Tapi, hati aku ni mcm dengki jer tgk dapur aku yang dah bersih kena tenyeh tu...tak boleh tahan!!! rasa macam nak baking sesuatu.
Jam masa tu dah hampir pukul 2pm, jap lagi pukul 3pm dah nak amik Ryan dari sekolah. mulut aku kata "sabarrrr, lepas ambil Ryan balik sekolah baking ler!"...tapi tangan aku mula merayap mencari-cari bahan-bahan dalam kabinet, akhirnya aku 'ter' buat cornflake cookies resipi koleksi KakJun tapi aku bega-bega sikit mengikut apa yang ada dalam kabinet... Pukul 2pm aku start mengadun bahan-bahan, pukul 2.30pm aku dah siap bulat-bulatkan adunan dan susun dalam tray. Kelam kabut jugak dibuatnya,aku tinggalkan jer dapur yang berselerak lepas balik dari sekolah Ryan baru ler aku start bakar cookies dan mengemas semula dapur...!!! orang kata tak do kojo cari kojo!!!

Meh ler tengok apa yang aku buat semalam!


Bahan

1/2 kotak Honey & Nut cornflake~ Diramas sedikit
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
250gm mentega
1/2 cawan mixed fruit
coklat masakan untuk hiasan (jika suka)

Cara

Gaulkan cornflake bersama tepung naik sendiri
Pukul mentega bersama gula hingga kembang
Masukkan mixed fruit, gaul sebati
Masukkan campuran tepung gandum dan cornflake tadi kedalam adunan, gaul hingga sebati
bentukkan mengikut kesukaan
bakar hingga masak

Wednesday, 5 December 2007

Pancakes Tuna

Jalan2 dari benua ke benua , aku terjumpa ler resipi ni...Sesuai dengan tekak orang melayu

Bahan

2 biji telur
1 tin(180gm) tuna
2 tangkai daun bawang
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
2 sudu teh(membumbung) tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 biji bawang besar
minyak secukupnya

Cara

Cincang halus bawang besar, cili dan daun bawang
Pecahkan telur, pukul sedikit
Ambil isi tuna, lecek sedikit
Gaulkan semua bahan hingga sebati
panaskan 1 sudu besar minyak di atas pan
ceduk sesudu adunan, masukkan ke dalam pan sambil meleper-leperkannya
goreng hingga kekuning-kuningan
Hidangkan bersama colek kicap

colek kicap

bahan
3 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan gula
2 sudu makan cuka
3 sudu makan air
bawang yang dihiris lebar

Cara
campurkan kesemua bahan dan sedia untuk dihidangkan


Salad Buah-buahan


Resipi yang di ceduk dari Hanieliza Fotopages, hidangan pencuci mulut...warnanya mengancam, sesuai dihidangkan untuk parti
Bahan

2 biji buah apple merah
2 biji buah pear
20 biji buah anggur merah
3 biji buah kiwi
10 biji buah strawbery
sebiji buah tembikai susu saiz kecil
450ml yogurt buah
segenggam kismis hitam
agar-agar merah secukupnya

Cara

-Potong kiub buah epal, pear, tembikai susu dan agar-agar merah
-Buang tangkai buah anggur merah, cuci bersih
-Buah strawberry dibelah dua
-buah kiwi di hiris bulat
-campurkan semua buah buahan bersama agar-agar merah di dalam satu bekas hidangan
-tuang yogurt buah di atasnya dan taburkan kismis hitam
-sedia untuk dihidangkan..