5 julai lepas Birthday anakanda sulung aku Ryan Ikmal, atas permintaan birthday boy aku buatkan untuk dia Lasagne ni..itupun beberapa hari selepas birthdaynya, maklum ler masa tu aku sibuk berpindah, nak buatkan kek Birthday untuk dia pun tak sempat, cuma beli jer...Kesian dia!!
Resipi ini yang biasa aku buat, filling ikut selera aku... Biasanya ada filling tuna, bayam, mushroom, ayam, daging atau apa-apa saja yang kita suka...letak jer, kita yang buat dia kannnn!!! kali ni aku buat menggunakan filling bolognese (ala..yg sos spagethi tu ler), daging kisar aku gantikan dengan ayam. Filling ni tak perlu letak garam pun tak apa sebab white sauce dan cheese dah cukup masin, kalau nak letak jugak kena hati-hati dan jangan overdose!!!
white sos biasanya aku buat sendiri(ada dalam resipi yang lepas) kali ni aku beli jer yang dah siap dalam botol....kes nak jimat masa.
Bahan
kepingan lasagne secukupnya
Kuah spagethi ayam - (pekat)
white sauce(sos putih)
Mozarella cheese
cheddar cheese
Oregano atau mixed herb
Cara
Lanser caserol yang berbentuk segi empat dengan sedikit butter.
*Susun kepingan lasagne(satu lapisan) di dasar caserol.
*Letakkan kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kepingan lasagne tadi.
*Letakkan pula sos putih di atas kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kuah tadi
*Taburkan campuran mozarella dan cheddar cheese di atasnya
Ulang proses (*) hingga selesai, taburkan di bahagian atas sekali dengan cheese menutupi semua permukaan, jangan lupa taburkan oregano atau mixed herb.
Kes kalau terlebih rajin, boleh lah try buat white sause sendiri....
White sauce/Sos putih
Bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 1/2 cawan susu
segenggam parutan cheddar/mozarella cheese
Cara
-Panaskan butter dalam periuk
-Masukkan tepung , biarkan seketika~ sentiasa di kacau agar tidak hangus
-Masukkan susu, kacau hingga adunan pekat.
-Campurkan cheese, kacau sebati hingga cheese larut.
-sejukkan
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment