Seronoknya dapat daun pisang ni...Kali ni aku buat kuih tepung bungkus tapi dalam keadaan bahan yang serba kekurangan...ada org panggil kuih ni dengan nama "2 dara sebilik", eh, betul ker??? klasik nama tu, hihhi.
Kurang kick tepung bungkus aku ni sebab aku guna inti kacang merah,kalau ikut tekak aku... guna inti kelapa muda lebih yummy...
Resipi ni di ambil daripada Blog Jurnal Rasa kepunyaan Zaliana...Thanks sbb share resipi ni...
di bawah ini resipi asalnya...
**Kepala Santan
1 biji kelapa parut(ambil 3 cawan santan)
1 cawan tepun beras
sedikit garam
>>campur santan dan tepung beras serta garam, kacau sebati hingga pekat dan naik wap.
**Doh tepung pulut
1 cawan tepung pulut
air secukupnya
>>uli hingga menjadi doh lembut, bulat2kan sama jumlah dengan bebola inti
**Inti
2 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka
1 sb tepung pulut
air
>>Masak air dan gula hingga larut, masukkan kelapa parut,
masak sampai pekat, taburkan tepung pulut, gaul hingga mesra~sejukkan.
Bulat2kan ikut saiz yang disukai...sama banyak dengan bebola doh tepung pulut
**daun pisang yang telah di layur dan di bersihkan
Cara2nya
Ambil sebiji bebola tepung pulut, leperkan dan letak inti kelapa di dlmnya~ lakukan hingga selesai semuanya.
Ambil sehelai daun pisang, letakkan sesudu adunan tepung beras di atas daun pisang tersebut, diikuti dengan 2 biji bebola tepung pulut dan inti tadi dan kemudian adunan tepung beras semula... lipat kemas.
Cara lipatanya juga simple sahaja((nk terangkan x reti, tgk kat gambar mungkin bole faham))...
kukus hingga masak(5-10 minit ).
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment