Happy new year untuk semua..semoga tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan manis kepada semua, dan semoga tahun 2012 menjadi tahun bertuah kalian.
Banyak kenangan suka duka yang aku dah lalui di 2011, dan aku mengharapkan 2012 adalah lebih baik dari 2011. Cabaran demi cabaran dah aku lalui dalam suka ada ada juga dukanya..kegembiraan dan kenangaan manis 4 majlis perkahwinan dan 3 kehilangan saudara mara tersayang akan aku ingati sampai bila-bila. Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku dan aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif...
Sebagai pembuka tirai 2012, aku dapat merasakan cabaran yang hebat bakal aku lalui nanti terutamanya dalam profession aku sebagai guru...sekali lagi aku cuba berfikiran positif. semoga dipermudahkan oleh yang maha Esa, insyallah.
Bercakap tentang perkahwinan, cuti sekolah baru-baru ni adik bongsu aku melangsungkan perkahwinannya. aku mengambil kesempatan ini untuk try skill aku yang dah tumpul ni..
Dah lama berangan nak buat kek 2 tingkat ni...sempena perkahwinan adinda tersayang, aku sponserlah kek ni untuk menyerikan lagi majlis beliau pada 24dec2011 yang lalu...tingkat atas ialah kek coklat dan di bahagian bawah ialah kek kukus lumut..deconya mmg aku suka, tapi rasa kek biasa-biasa jer kot!
Aku salutkan kek ni dengan fondant icing dan aku deco sikit-sikit dengan royal icing...cuma ada sedikit tak puas hati. Aku biarkan kek ni betul-betul sejuk(suhu bilik)sebelum mendeko.bila dah siap kek ni di deko elok jer cantiknya tapi keesokkannya fondant icing tu menjadi semakin lembik dan sedikit cair padahal aku simpan kek tu dalam suhu bilik jer...sapa-sapa yang berpengalaman bole jawab tak apa masalahnya??tqSelamat pengantin baru untuk adinda tersayang Mohd Fiqry bin Mohamad Sharif dan pasangannya Norhana Johari..semoga berkekalan hingga akhir hayat...
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
2 comments:
salam rozie,
i'm a silent reader yg sesekali menjengah dr blog salam2benua.
tgk wedding kek tu mula2 igtkan buttercream, so smooth!
sy bake juga sesekali... x pernah pula fondant mencair. cuma dr pengalaman in wet weather fondant mudah berpeluh n jd lembap... biasanya klu buat kek fondant musim hujan sy pastikan kipas dipsg sepjg masa spy fondant betul2 kering ataupun simpan dlm bilik ber aircon. fondant ni cuaca panas dia OK tp klu cuaca sejuk dia mudah berpeluh n cair.
ke 2, kena check kot adunan fondant masih melekit2 masa uli.
wallau'alam
Salam Lia, TQ for yr comment...
saya memang selalu menghadapi masalah seperti ni..masa di UK dulu, tak pernah pulak jadi macam ni...tapi mungkin spt yg Lia ckp...kek tu berpeluh atau mungkin jugak kelembapan pada kek tu meresap pada fondant kerana saya biarkan sahaja kek tu di dalam kotak sehari semalam sebelum majlis berlangsung..mmg tak terdedah pada angin atau cahaya kebetulan masa sebelum dan ketika majlis tu cuaca lembap kerana hujan..lain kali try cara Lia biarkan terbuka then letakkan dlm suhu bilik/aircon...TQ dear!
Post a Comment