Wednesday, 31 October 2007

Kudap-kudapan

Hari ni masuk hari dah 20 syawal...kuih raya kat rumah aku dah tinggal serdak sejak Hari Raya ketiga. Bila dah time-time macam ni aku mula ler teringatkan kuih raya hari tu, yea la...bila ada masa-masa senggang tak ada benda yang boleh di kudap, tak sempat aku nak sit down properly and enjoy with my cookies....
Hari ni aku dengan rela hatinya membuat Almond London sekali lagi, Bahan- bahan baki projek Raya pun masih ada lagi...aku buat 1/2 adunan saja!!!!




yummy...yummy...

Kaya


Kegemaran anak-anak....
Resipi Haziq@myresipi

Bahan

500gm santan pekat
2 cawan gula
1/2 cawan air
5 biji kuning telur
2 helai daun pandan
2 sudu tepung kastad(dibancuh dengan sedikit air)

Cara

-Masak gula, jadikan gula hangus
-masukkan 1/2 cawan air, larutkan.
-Masukkan santan pekat, didihkan. Tutup api, biarkan sejuk.
-Setelah betul-betul sejuk masukkan kuning telur, tepung kastad dan simpulan daun pandan.
-Masak sekali lagi hingga adunan agak pekat
-Sejukkan, simpan di dalam peti sejuk atau boleh lah di ngapppp!!!

Tuesday, 30 October 2007

Best No Bake Strawberry Cheesecake


Resipi asalnya daripada DianA. Aku olah sedikit mengikut apa yang ada dalam kabinet...Best giller bagi penggemar Cheesecake!!!

Bahan

1 1/2 cawan biskut digestive ~ hancurkan
1 1/2 cawan biskut cream cracker ~hancurkan
2/3 cawan gula kastor
2/3 cawan mentega~ cairkan
300gm soft cream cheese
2 sudu kecil jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
500ml whipping cream
2/3 cawan gula
1 botol sos/topping/filling strawberry

Cara

-Gaul sebati biskut digestive, biskut cream cracker dan gula kastor bersama mentega cair .
-Tekan adunan ke dasar springfoam hingga padat dan rata, simpan di dalam peti sejuk.
-Pukul whipping cream menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga kental~ ketepikan.
-Campurkan serbuk gelatin bersama air panas, kacau hingga larut~ ketepikan
-Pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon hingga sebati, masukkan larutan gelatin.
Pukul lagi .
-Masukkan whipping cream, gaulkan adunan hingga sebati dan rata.
-Tuang adunan ke dalam springfoam yang mengandungi biskut tadi.
-Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan, seelok-eloknya biarkan
semalaman.
-Ketika hendak menghidang tuangkan sos strawberry di atasnya, barulah dipotong...

Monday, 29 October 2007

Bombay Biryani


Masakan kegemaran Hubby....

Bahan:

400gm daging kambing/lembu
3 biji buah tomato ~ potong kiub
3 biji bawang besar ~ cincang/potong kiub
2 ulas bawang putih ~ kisar
1/2 inci halia~ kisar
150ml yogurt ~ di pukul sedikit
2 biji ubi kentang dipotong 4 (optional)
kismis(optional)
2 cawan air
beberapa tangkai daun ketumbar
1 paket rempah Bombay Biryani
1/2 cawan minyak sapi~ minyak masak pun boleh daaaa
Pewarna kuning (optional)

Nasi

3 cawan besar Basmathi
air secukupnya
garam


Cara

Penyediaan Kari

-Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan/layu.
-Masukkan daging, kacau dan biarkan seketika.
-Masukkan buah tomato, kacau lagi.
-Masukkan rempah biryani, biarkan seketika , kacau sekali-sekala.
-Masukkan bawang putih dan halia yang telah di kisar tadi, biarkan 1-2 minit.
-Masukkan air,kecilkan api, reneh sehingga daging empuk. (ambil masa 1-2 jam bergantung
kepada daging))
-Tambah kentang jika suka.
-Bila daging telah empuk, masukkan yogurt.Masak hingga kuah agak pekat dan terbit minyak.
~ pastikan kuah dalam anggaran 1 cawan.tutup api, ketepikan.

Penyediaan Nasi

-Rendam beras selama 1/2 jam.
-Rebus 2/3 periuk air , masukkan garam.
-Setelah air menggelegak, masukkan beras...rebus beras sehingga 3/4 masak.
-toskan.

Penyediaan Nasi Biryani

-Masukkan sebahagian nasi tadi ke dalam periuk bersih.
-Masukkan kari daging di atas nasi tadi.
-Tutup kari daging dengan nasi yang sebahagian lagi, bermaksud kari berada di tengah-tengah
nasi.
-Taburkan sedikit pewarna kuning, kismis dan daun ketumbar.
-Tutup periuk, wapkan dengan api yang kecil hingga nasi betul-betul masak.
-Gaul nasi apabila hendak di hidangkan.


Rempah biryani yang selalu aku guna di Malaysia

Rempah Biryani yang aku guna di UK

Kerabu Mangga


Kombinasi kerabu mangga yang aku pernah makan...

Bahan:

2 biji buah mangga muda saiz kecil(cincang)
1 biji bawang besar (hiris)
5 ulas cili api (hiris)
3 tangkai daun ketumbar (hiris)
1/2 inci belacan(dibakar sedikit)
udang kering/ ikan bilis
sedikit kacang
garam dan gula secukup rasa

Cara:

-Gaulkan semua bahan hiris ke dalam satu bekas
-Sangai udang kering/ikan bilis, tumbuk bersama belacan yang telah di bakar.
Masukkan ke dalam bahan hiris.
-Kacang di goreng tanpa minyak, tumbuk sedikit. campurkan bersama kerabu tadi.
-Sesuaikan rasa garam dan gulanya.

Friday, 26 October 2007

Kek Mekar Melata

Lalalalala...seronok nya hati aku hari ini sebab berjaya mendeko sebijik lagi kek , walaupun hasilnya tak lah secantik dan sehebat yang di jual di kedai...namun aku tetap happy, kepuasan yang aku tak dapat nak bayangkan...Sebelum ini aku pernah mendeko dan meniru design yang pernah aku tengok di kedai, namun design kali ini aku rasa lebih mencabar...aku yakin, aku telah
melangkah setapak lagi! Aku namakan Kek ini sebagai "Kek Mekar Melata" ~ memandangkan konsep design pohon menjalar. kehkehkehkeh(semangat gitu!!!)
Aku menggunakan whipping cream, kerana anak-anak aku lebih sukakan whipping cream daripada butter icing.


Kek di bahagian ialah kek span pandan aku cilok resipi Mat Gebu, amponnnn Mat, Akakkk mintak mahappp!!!

mmmm, yummy...yummy, Ryan suka sangat...sekali makan habis setengah biji kek!!!

Kek Span Pandan ~ Resipi mat gebu

Bahan

5 biji telur gred A
125gm gula
160gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pes pandan
2 sudu besar susu segar
75ml minyak jagung
15gm ovellate

Cara

-Masukkan telur, gula,pes pandan dan ovellate ke dalam mixer, pukul hingga kembang(gebu)
-Satukan tepung gandum dengan baking powder(ayak)...masukkan sedikit demi sedikit
kedalam adunan telur tadi. gaul hingga sebati.
-Masukkan susu segar, kacau sedikit.
-Masukkan minyak jagung, gaul sebati.
-Bakar dengan suhu 160C selama 45min atau hingga masak.
-Biarkan sejuk.


Whipping cream

Bahan

200ml UHT whipping cream
2 sudu besar gula icing
secubit garam
1/2 sudu teh perahan lemon

Cara

-Pukul whipping cream seketika(1 min), masukkan gula icing...pukul lagi
-Masukkan perahan lemon dan garam.
-Pukul dengan kelajuan minima sehingga adunan bertanduk.
-Bolehlah menghias kek mengikut citarasa.



Wednesday, 24 October 2007

Menu Dinner malam ini ~Chapati

Capati bersama Kari daging semalam....sejak semalam aku berhajat nak makan capati buatan sendiri...First time buat...(((keras sikit, belum mencapai tahap ISO ))) huhuhuhu...

Tuesday, 23 October 2007

Sambal Telur Mak

Bahan
1 cawan cili kering yang di kisar
1 labu bawang besar~ di potong menegak
2 biji telur
1/2 cawan air asam jawa(bancuhan cair)
10-15 ekor ikan bilis~ aku guna kiub pati ikan bilis
minyak untuk menumis secukupnya
garam dan secukupnya
gula (optional)
1/4 cawan santan(optional)

Cara
-Panaskan minyak, tumis cili kisar bersama garam hingga terbit minyak(agak-agak garing)
-masukkan ikan bilis dan bawang besar, kacau..biarkan 1-2 minit.
-Masukkan santan(optional) dan air asam jawa, kacau...biarkan 1-2 minit.
-Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuali, tak perlu di kacau...biarkan seketika.
-Kecilkan api dan tutup kuali, biarkan beberapa minit hingga telur masak dan sambal agak-agak
kering. Kacau sedikit supaya telur tidak melekat pada dasar kuali.
-Tambah garam dan gula jika perlu.
-Hidangkan.

* tips mak~ tumis cili bersama garam untuk mengurangkan rasa pahit pada cili

Friday, 19 October 2007

Kek Kukus Buah-buahan Basah DianA




Ini adalah resipi DianA. Pertama kali mencuba keknya hasilnya memang tidak mengecewakan, keknya lembut , lembab dan buah-buahannya cantik merata tidak mendak ke bawah..Cuma, pada pendapat aku kek ini terlalu manis...Lain kali aku akan kurangkan sedikit kemanisannya!
aku cuma buat 1/2 adunan sahaja.

Bahan
600gm tepung gandum
300gm gula halus
5 biji telur gred A(gred B guna 8 biji)
2 1/2 buku pure butter
1 kotak(500gm) buah-buahan campuran
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna coklat( aku x letak )
2 cawan gula untuk buat gula hangus
kertas minyak~ untuk mengalas loyang
aluminium foil

Cara
-Panaskan kukusan
-Ambil sedikit tepung gandum, gaulkan dengan buah-buahan campuran.
-Ayak tepung dengan soda bicarbonat~ ketepikan
-Gunakan whisk tangan, pukul mentega dengan gula hingga kembang dan sebati
-masukkan esen vanilla dan perwarna coklat, kacau hingga sebati
-Masukkan telur satu persatu, kacau hingga sebati, tak perlu terlalu di pukul.
-Masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan, kaup balik dengan menggunakan
spatula hingga sebati dengan satu arah sahaja. ( jangan terlalu menggaul)~ ketepikan
-Masakkan 2 cawan gula dengan api yang kecil hingga cair dan bertikar warna(menjadi gula
hangus)
-Masukkan gula hangus yang panas-panas tadi terus ke dalam adunan dengan menggunakan
senduk kayu, kacau dengan cepat hingga sebati.
-Akhir sekali, masukkan buat-buahan. Gaul rata.
-Alas kertas kuih dalam loyang,sapukan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil.
-Kukus selam 4 jam( 2 jam dengan api yang kuat,1 1/2 jam dengan api yang sederhana dan 1/2
jam lagi dengan api perlahan)
-Kek ini boleh tahan selama 6 bulan jika di simpan di dalam peti sejuk, pastikan kek di balut
dengan aluminium foil sebelum di simpan.

-

Tuesday, 16 October 2007

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Lagi Resipi Kak Alma..

Best, sekali hadap dah habis....

Bahan A
250gm cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung

Bahan B
140gm gula
6 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tar tar ~ aku gantikan dengan 3/4 sudu teh jus lemon

Cara
-Cairkan crean cheese , butter dan susu menggunakan kaedah double boiler~ sejukkan.
-Campurkan tepunggandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam
adunan crean cheese, gaul sebati.
-Dalam bekas lain, pukul putih telur barsama cream of tar tar hingga berbuih, kemudian campurkan gula. Pukul hingga bertanduk(soft peak).
-Campurkan adunan A ke dalam adunan B, kacau sebati
-sediakan loyang yang telah di griss, masukkan adunan ke dalam loyang.
-bakar adunan selama sejam/160C dengan cara * au bain-marie(water bath)

*Loyang di balut dengan aluminium foil, letakkan loyang dalam dulang pembakar yang berisi air suam lebih kurang 1/2 tinggi loyang kek.

Kek Lapis Pandan



Lagi Resipi kek Lapis Sarawak, Ihsan daripada Kakpah

Bahan
10 biji telur
500gm butter
190gm gula halus
200gm horlick
1 ting susu pekat manis
1 botol pandan paste
250gm tepung gamdum
1 sudu vanilla esen

Cara
-Pukul mentega dan gula hingga kembang
-Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
-Masukkan susu pekat manis, horlick dan esen vanilla, gaul rata.
-Masukkan tepung gandum, gaul sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian biarkan warna asal,manakala yang satu
bahagian lagi dicampurkan dengan pandan paste.
-Bakar selapis demi selapis berselang seli warnanya.(anggaran dalam 4 sudu makan setiap lapis, lagi nipis lagi cantik keknya.

*aku kurangkan sedikit jumlah gulanya

Mee Rebus

Resipi kawan aku, Syafiza dari Perlis...

Bahan
  • 10 ulas bawang putih- kisar
  • 15 ulas bawang kecil- kisar
  • 1/2 inci halia- kisar
  • 1/2 kilo daging- dadu kecil
  • 1/2 kilo ubi kentang - Rebus dan kisar
  • 200gm udang kering
  • 4-5 sudu cili kisar
  • 4-5 sudu cili sos
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit, myk masak utk menumis
************
  • mee kuning( spagethi pun bole la )
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
Cara
  1. Tumis bawang putih, bwg kecil dan halia.
  2. Masukkan cili dan cili sos, goreng lagi
  3. masukkan udang kering kisar, kacau lagi
  4. masukkan daging, kacau 5 minit
  5. masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
  6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  7. Bolehlah dihidangkan...isikan didalam sebuah mangkuk dengan mee, taugeh, telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi...
  8. kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah ditambahkan air.


Fruit Tart


Aku memang penggemar fruit tart..

Bahan

Pastri ~ resipi Mat Gebu
113gm mentega
75gm gula halus
1 biji telur gred A + 1 kuning telur
250gm tepung superfine/gandum
1 sudu teh esen vanilla (optional)


Dalam tart~ ikut suka hati aku

coklat masakan secukupnya untuk mengalas tarlet di bahagian dalam~cairkan menggunakan kaedah double boiler
200ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
secubit garam
Buah-buahan ikut selera~ peach dalam tin, strawbery, anggur, kiwi, mangga dan lain-lain.

Cara
Pastri

-Satukan mentega dan gula, kacau hingga gula hancur
-masukkan telur dan terus kacau hingga berkrim.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di adun hingga doh menjadi lembut
-bungkus denga plastik/cling film, dinginkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
-canaikan adunan, terap menggunakan pastri cutter dan masukkan ke dalam bekas
tartlet.(masukkan dalan muffin tray pun bole aje!!) cucuk sedikit dengan garfu.
-Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20 minit/hingga masak, biarkan sejuk.
-Sapukan dengan coklat masakan.

Dalam

-Putar whipping cream hingga kembang
-masukkan garam, putar lagi
-masukkan gula, putar hingga bertanduk
-Letak krim yang telah siap ke dalam piping bag
-paipkan krim ke dalam tart, susun buah-buahan kesukaan.
-Sapukan permukaan buah-buahan di atas tart tadi dengan jem aprikot untuk mendapatkan
kesan berkilat.

Mama Carrie

Resipi dari lilyvalley...
Aku buat 1/2 adunan saja untuk Hari Raya, tak sangka ramai pulak peminatnya...petang raya ke dua masa aku buat open house tu dah tinggal serdak!!!

Bahan
300gm mntega
275gm tepung gandum
130gm tepung jagung
100gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla

Hiasan
1 biji putih telur
100gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Cara
Dough
-Ayak tepung gandum dan tepung jagung, ketepikan
-Pukul mentega bersama gula icing hingga kembang
-Masukkan esen vanilla
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut
-Canaikan dan terap bentuk hati atau bentuk yang disukai
-Sapukan hiasan di atasnya
*untuk melorek warna gunakan pencungkil gigi

Hiasan
-Pukul putih telur hingga gebu
-Masukkan gula dan tepung jagung, kacau sebati
-Ambil satu sudu besar adunan, titikkan dengan pewarna kesukaan

Almond London


Selama ini aku memang tak pernah terfikir nak buat Almond London, Di Malaysia aku tak pernah teringin nak buat mahupun beli biskut ini..Tapi, semenjak duduk di Sheffield, aku seperti terpanggil untuk mencuba..Aku buat 1/2 adunan sahaja, lagipun ini adalah pengalaman pertama, aku tak berani nak buat banyak-banyak. Tak sangka pulak masa aku buat rumah terbuka pada 2nd Hari Raya, Almond London aku ni yang habis dulu!!!
Resipi ini aku ambil dari Fotopages Hanieliza, bahan-bahannya pun senang saja...

Bahan

250gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum}
1/2 cawan tepung jagung} di ayak
1/2 cawan tepung naik sendiri}
1 sudu kecil Emplex ~ aku tak letakpun, sebab tak ada dalam simpanan
Badam yang telah di panggang
coklat masakkan secukupnya

Cara

-Pukul gula dan mentega hingga kembang
-Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata
-Masukkan campuran tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
-Bentukkan adunan membulat dan lonjongkan sedikit, letakkan badam di tengah-tengah.
-Bakar dengan 180C hingga masak ~ sejukkan.
-Sediakan dulang yang beralas dengan kertas minyak
-Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler,
-Campurkan sedikit mentega atau shortening ke dalam coklat untuk mendapatkan permukaan
biskut Almond London yang cantik.
-Celupkan biskut yang telah sejuk tadi ke dalam coklat dan susun di atas dulang yang beralas
tadi. Buat hingga habis.
-Masukkan biskut yang telah di celup ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
-Keluarkan daripada peti sejuk, masukkan biskut yang telah siap ke dalam paper cup.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Kuih Lapis Kacang Hijau


Kali pertama aku buat, hasilnya memang tidak mengecewakan!! Resipi ini aku ambil dari Fotopages Hanieliza.

Bahan-bahan
A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung

B
1/2 cawan kacang hijau(rebus hingga kembang)
1/2 cawan air
Pewarna hijau

C
1/2 cawan air

Cara

- Sediakan periuk kukus
- Gaul semua bahan A hingga sebati, tapis@ blend.
- Bahagikan kepada 2 bahagian.
- Campukan bahan B ke dalam satu bahagian di atas, kacau rata.
- Campurkan bahan C kedalam satu bahagian lagi, kacau rata.
- Tuangkan satu senduk adunan bahan B ke dalam loyang kukusan~ kukus selama 7 minit
- Tuang 1 senduk campuran adunan bahan C ke dalam loyang untuk lapisan kedua, kukus lagi
selama 7 minit, ulang proses berselang seli hingga habis.

Kek Lapis Batik Sutera



Resipi Kak Alma...
Aku dah buat 2-3 kali...hasilnya memang best...tak caya, cubalah.
Untuk menghasilkan kek ini , memang memerlukan kesabaran yang tinggi...
Tapi, bila dah siap memang berbaloi!!!!

Bahan..

Bahan A
10 biji telur
200gm gula kastor
1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
450gm pure butter
380gm susu pekat manis

Bahan C
150gm kaya
100gm horlick
250 tepuing hong kong/tepung gandum
1.3 cawan air ais

Cara...
-Pukul bahan A sampai gebu(macam nak buat adunan bahulu)
-Campurkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga habis.
-Dalam bekas lain, gaul sebati bahan B
-Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati dan campurkan bahan C.
-Bahagikan adunan kepada 3 warna~ 4-5 sudu besar warna merah, 4-5 sudu besar warna hijau dan selebihnya biarkan warna asal.
-Panaskan oven api bawah sahaja(250C). Griss loyang bersaiz 8x8x4".
-Masukkan setiap satu adunan warna merah dan hijau di dalam bekas sos/piping bag berasingan.
-Tukar api oven kepada api atas sahaja (grill)
-Tuangkan satu senduk/3-4 sudu besar dalam loyang adunan warna asal untuk lapisan pertama~ bakar hingga kekuningan, keluarkan daripada oven tekan sedikit dengan belakang senduk atau sudu untuk meratakannya...(ulang proses hingga mendapat 4 lapisan warna asal)
-Untuk lapisan berwarna-warni, paipkan warna hijau dan merah secara melintang berselang seli untuk setiap lapisan. Jika lapisan warna-warni pertama dimulai dengan hijau, maka lapisan warna-warni kedua mestilah dimulai dengan warna merah. ulang lapis hingga adunan berwarna habis.
-Akhir sekali buat 4 lapisan warna asal..
-setap lapis cuma memerlukan lebih kurang 5 minit masa membakar
-kalu blur...boleh lah rujuk kepada sini


Sunday, 7 October 2007

Biskut Oat



Antara biskut yang selalu di buat untuk hidangan Hari Raya

Bahan-bahan

200gm Oat(kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
180gm minyak sapi
secubit garam
kuning telur untuk sapuan di atas biskut
kepingan oat untuk hiasan(optional)
Cara-cara

-Gaul sebati semua bahan
-Terap bentuk mengikut selera masing-masing
-Sapukan kuning telur di atas biskut
-Taburkan kepingan oat di atas biskut(optional)
-Bakar dengan suhu 160c selama 20-25 minit atau sehingga biskut masak

Saturday, 6 October 2007

Bun Inti Kelapa


Bahan-bahan untuk Doh ni aku cilok mat gebu punya dalam MyR ...Ampoooonnn mat!!!!

Bahan untuk Doh

120ml Air
30gm telur
10gm susu tepung
40gm mentega/ shortening
40gm gula kastor
250gm tepung roti
1/2 camca teh garam
1 camca teh yis kering
inti kelapa secukupnya- di bulat-bulatkan
telur(pukul sedikit) bersama sedikit susu segar serta bijan(hiasan)

Cara

-Masukkan bahan-bahan ke dalam breadmaker mengikut mana yang terdahulu di dalam senarai bahan-bahan, pilih setting untuk doh...tunggu hingga selesai.
-keluarkan doh yang siap dicanai, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan anginnya.
-Bahagikan doh kepada 6-8 bahagian, bulat-bulatkan. Rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda.
-Canai setiap doh,letakkan inti kelapa di tengah , bulatkan semula. letak di atas dulang pembakar. Biarkan naik 2 kali ganda.
-Sapukan permukaan roti dengan telur yang dicampur dengan susu tadi, taburkan sedikit bijan
-Bakar 160c selama 10 minit atau hingga roti masak.

Apam Comel Inti Kelapa


Resipi sumbangan Lilyvalley

Antara resipi kesukaan aku. lepas masak terus ngap, memang terangkat!

Bahan
3 biji telur
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallate
i sudu kecik esen Vanila(optional)
Mangkuk kertas secukupnya

Bahan inti kelapa
kelapa parut
gula merah
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan 1 sudu air
2 helai daun pandan
-Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali bancuhan tepung jagung,
-Masukkan sedikit air jika perlu.Masak hingga kering dengan api perlahan. sejukkan
-Bulat-bulatkan sebesar biji guli.

Cara penyediaan apam

-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk, pukul dengan kelajuan tinggi selama6-8 minit.
- Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan titiskan dengan pewarna kesukaan anda.
-Masukkan setiap adunan kedalam piping bag/plastik berasingan.
-Paipkan 1/2 adunan ke dalam mangkuk kertas
-masukkan inti kelapa yang telah dibulat-bulatkan tadi di tengah-tengah
-Paipkan lagi adunan yang berwarna tadi ke dalam papercup 3/4 penuh
kukus selama 10-15 minit..

*Untuk mendapatkan bentuk apam yang kemas, masukkan paper cup kedalam acuan tart atau acuan muffin atau apa sahaja bekas yang boleh menyokong kertas paper cup berdiri tegak...

Friday, 5 October 2007

Nasi Kerabu vs Mee Goreng

mmmmm....yummy...yummy


Nasi Kerabu

Resipi koleksi Mesra.net dan teratak chetam

Nasi Kuning

4 cawan air
kunyit di tumbuk
5 1/2 cawan air
serai

-Tumbuk kunyit, tapis ambil airnya
-masak nasi seperti biasa, masukkan air kunyit tadi bersama serai yang di ketuk

Ulam

Bunga kantan
serai
kobis
daun kesum
kacang panjang
batang timun
taugeh

- Diracik halus

Kuah Tumis

5 ulas bawang merah
6-7 tangkai cili kering
satu tin(400ml) santan pekat
Manisan (gula melaka) secukupnya
sedikit halia
sesenduk budu/30 gm belacan* salah satu
Air asam jawa

-Kisar cili kering,bawang merah dan halia.
-Didihkan santan, masukkan bahan kisar
-masukkan serai yang di ketuk dan budu/ belacan
-perasakan dengan garam dan gula.
-didihkan hingga pekat dan pecah minyak

Sambal Kelapa

200gm kelapa parut
3 ulas bawang merah
ikan kembung yang telah dipanggang
sedikit lada hitam
sedikit halia
garam dan gula secukupnya

-Ambil isi ikan, tumbuk lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut.
-masukkan garam dan gula
-goreng tanpa minyak hingga kering dan nampak berderai

Cili jeruk

10 tangkai cili api
2 sudu kecil cuka makan
sedikit air masak
garam
gula

-hiris cili kecil-kecil, campurkan cuka , air, garam dan gula
-perap sekurang-kurangnya 2 jam.
-kisar kasar


* hidangkan bersama keropok ikan



Sekapur Sireh

Tengok orang lain ada blog masak-masak sendiri seperti mat gebu, noreen,sky, princess, zaliana, checkie dan ramai lagi ...aku pun teringin sama, sebelum ini aku selit-selitkan saja entry masak-masak ni di dalam TINTA AZIMAT ...Tapi kali ini aku berazam untuk abadikan hasil kerjatangan aku yang tak seberapa ni ke dalam ruangan khas ini...Sekadar suka-suka untuk tatapan kami sekeluarga dan sahabat handai...Harapanku moga-moga ada improvement sepanjang aku melibatkan diri di dunia masak-memasak ini ... Meh ler kita layannnnzzz!