Tuesday 16 October 2007

Almond London


Selama ini aku memang tak pernah terfikir nak buat Almond London, Di Malaysia aku tak pernah teringin nak buat mahupun beli biskut ini..Tapi, semenjak duduk di Sheffield, aku seperti terpanggil untuk mencuba..Aku buat 1/2 adunan sahaja, lagipun ini adalah pengalaman pertama, aku tak berani nak buat banyak-banyak. Tak sangka pulak masa aku buat rumah terbuka pada 2nd Hari Raya, Almond London aku ni yang habis dulu!!!
Resipi ini aku ambil dari Fotopages Hanieliza, bahan-bahannya pun senang saja...

Bahan

250gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum}
1/2 cawan tepung jagung} di ayak
1/2 cawan tepung naik sendiri}
1 sudu kecil Emplex ~ aku tak letakpun, sebab tak ada dalam simpanan
Badam yang telah di panggang
coklat masakkan secukupnya

Cara

-Pukul gula dan mentega hingga kembang
-Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata
-Masukkan campuran tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
-Bentukkan adunan membulat dan lonjongkan sedikit, letakkan badam di tengah-tengah.
-Bakar dengan 180C hingga masak ~ sejukkan.
-Sediakan dulang yang beralas dengan kertas minyak
-Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler,
-Campurkan sedikit mentega atau shortening ke dalam coklat untuk mendapatkan permukaan
biskut Almond London yang cantik.
-Celupkan biskut yang telah sejuk tadi ke dalam coklat dan susun di atas dulang yang beralas
tadi. Buat hingga habis.
-Masukkan biskut yang telah di celup ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
-Keluarkan daripada peti sejuk, masukkan biskut yang telah siap ke dalam paper cup.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

No comments: