Actually aku tak rekomen resipi ni sebab aku dah try buat 2 kali namun...Kali pertama memang hampehh, kali kedua aku buat semalam(Gambar) kira ok ler skit tapi masih hampa. Oleh kerana permintaan orang mengidam, aku tak sampai hati untuk menolak...Tapi biasanya orang mengidam ni tahap kreativitinya dan semangat wajanya memang tinggikan, sanggup buat apa saja untuk melunaskan apa yang dihajati...Bak kata pepatah, tak dapat Gading.. tanduk berguna juga...ahaksss
Pesanan buat Nas,
Inilah resipinya yang aku dah cuba..so pandai-pandailah mengadjustnya, kalau eksperiment Nas berjaya jgn lupa bagi tau dan tempek kat Blog..kalau senang-senang nanti boleh aku try pulak. Lagi satu jangan tiru bulat-bulat sangat resipi nih, kalau rasa kurang logik tu pandai2lah ubah sendiri..kalau ikut resipi di bawah aku dah adjust sukatan airnya, tapi kalau rasa agak kering lagi tambahlah airnya.
Teknik yang aku guna pakai remekin masa bulan puasa yang lepas rasanya tak praktikal sebab wap air kukusan tak sampai pada putu bambu especially bahagian dasar putu bambu..cubalah teknik lain pulak, semalam aku cuma tempek2 jer adunan tu atas baking paper/kalau ada daun pisang lagi best kot..!! Good Luck Nas, kalau tuan hamba berjaya maka bolehlah hamba tumpang sekaki...ekekkeke
PUTU BAMBU
Bahanbahan :
180 gram tepung beras(goreng tanpa minyak)
160ml air
1/2 sudu tehgaram
½ cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
Buluh bergaris pusat 8cm atau acuan bulat.
Cara :
Renjiskan sedikit garam ke atas tepung, masukkan air dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan 1/2 cawankelapaparutdangaulrata.
Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan.
Masukkan sedikit gula merah/melaka
Kukus
selama 10 minit,
atau hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan.
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment