Sunday, 26 April 2009

Kerabu Ikan Bilis dan Tomato

Tengah menggila makan kerabu sekarang ni...semua jenis kerabu nk di cuba, salah satunya ialah kerabu ini...best, ratah gitu jer. Makanan sihat tu!!!

Photobucket

Rendang Hati Ayam

Photobucket

Resipi S_Shamen

Wednesday, 22 April 2009

Kek Birthday..(Chocolate Buttercream)

Photobucket

Kek Birthday untuk anak kepada seorang kawan...ex jiran semukim aku sebelum ni...tak sangka dah duduk jauh-jauh ni, dia cari aku lagi...thanks kepada Puan Seri A***n, kerana rajin bagi aku assignment. Dia ni customer tetap aku kat sini...muahahahah.

Sebelum tu rasa gatal tangan nak mendeko kek, tapi fikir 100 kali sebab tak der sapa yg nak tulun makankan...bagai orang mengantuk disorongkan bantal, puan seri datang rumah aku mintak aku tulun decokan kek sempena Birthday anaknya... Beso tapak tangan nyiru aku tadahkan, dapat juga aku praktis idea-idea yang bermain-main kat dalam kepala ni...Tapi kali ni aku tak dapat ler nak main-main BC roses sgt..sbb "Birthday Boy" yang celebrate.

Kali ni aku buat Chocolate BC, memandangkan anak-anak puan seri mmg suka sgt mkn kek berasaskan coklat...

Bahagian dalam aku guna "Kek Span Coklat", resipi SL blogger yang pemes kat Pasir Gudang tu...thanks for the resipi...menjadi kek span aku kali ni selepas aku tiru bulat2 dari resipi SL. Lembut dan gebu.
Selama ni memang tak pernah jadi kalu buat kek span...TQ SL, walaupun buat bisnes dalam bidang ni, tapi tak lokek nak share ilmu..semoga bertambah-tambah rezeki SL dan family...

kat tepi2 kek tu aku hias dengan coklat smarties, aritu masa jln2 blog kengkawan, aku tertengok idea ni dan terpikat, eheheh

Kek Span Coklat Sweetlily

4 biji telo
120gm gula kaster(aku guna icing sugar)
1 camca besar Ovalatte
80gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung/minyak masak/butter cair.

telur, ovalette dan gula di pukul dengan kelajuan maksimum hingga kembang putih, pekat dan kembang...bila diangkat adunan tak jatuh menitik kebawah.
Ayak tepung gadum, baking powder, serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan dan diikuti dengan minyak.
putar perlahan hingga adunan sebati.
Tuang kedalam acuan 8".
Bakar dengan suhu 170C selama 30 minit.
Lepas masak terus hentakkan loyang dan keluarkan kek. Sejukkan atas redai kek.

** Coklat BC ni best, tak menjemukan
~ resipi ni sukahati aku jer...

Coklat BC
250gm butter
250 shortening
1 tin susu pekat manis
80gm plain/dark cooking chocolate

Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boiler- sejukkan sebentar.

Pukul Butter dan shortening hingga lembut, masukkan susu pekat manis. Pukul hingga licin dan berkrim dengan kelajuan tinggi.
Akhir sekali masukkan cooking chocolate, pukul lagi hingga sebati.
sedia untuk di gunakan...

Homemade Chocolate((again))

Photobucket

Actually bukan ler 'homemade' sangat...cuma campur-campur dan godak2 jer, pas tu tukar tukar shape cekelat untuk nampak lebih umphhhh!!

macam yang aku cakap aritu...idea yang terdapat dalam gambar ni aku ikut dari sebuah blog yg memang sifu bab baking membaking ni..tapi aku lupa yang mana...kalu sifu tu terjengah ke blog aku ni, jangan ler kecik hati pulak sebab aku tak dapat nk bagi kredit utk blog dia(kalu ingat sure aku bg kredit kat sini)...puas ku cari tapi tak ketemu...maaf banyak-banyak...dan terima kasih kerana sudi share idea ni...

Tapi, resipi ni aku belasah jer...sambil menggodek semalam sambil catit resipi, sebab ada yang pernah tanya macam mana nak buat, so aku letak ler resipi dan cara-cara kat sini..apa-apa pun resipi kat bawah adalah sukahati aku semata-mata tak diperakui oleh mana2 chef/pakar yang bertauliah...kalu tak sedap kat tekak ngkorang, jgn salahkan aku keyyyy!!

**kes nak abiskan cadbury milk chocolate....

A)150gm cadbury milk chocolate
30gm plain cooking chocolate
25gm shortening(vege fat)
badam(panggang) atau kismis
peanut butter(kalu pakai kismis x payah ler buh ni)

B) 20gm white chocolate

***Cairkan (B) dgn kaedah double boiler,
sapu sedikit ke bahagian dasar chocolate mould dengan berus. ...(sikit shj)
sejukkan...
***Cairkan (A) kecuali peanut butter dan badam dgn kaedah double boiler jugak, angkat..
biarkan sejuk skit dan coklat agak pekat,sapu pada chocolate mould yg sama(tgk gambar).
pastikan lapisan white chocolate dah betul2 sejuk/keras.(masuk peti sejuk kejap)
Paipkan peanut butter kat bhgn dalam...
pastikan peanut butter tu sudah dilembutkan skit(guna microwave)
Letak kacang badam kat atas peanut butter, tutup semula dgn coklat.sejukkan!
hias ikut suka...

Kek Lapis Blueberry

Buat 2 minggu lepas gak...
resipi yang sedia ada tak dlm blog ni, cuma aku tukar perisa jer...

Photobucket

kolor purplenya hodoh ler skit, sbb faham2 jer lah food kolor yg jual kt sini sumer mcm hampeh!

Agar/Puding (?)

Photobucket

buat dah lama...2 minggu lepas

Saturday, 18 April 2009

Homemade Chocolate

Guna Cadbury milk chocolate yang lama dah tersadai kat rumah...bahagian dalam aku letak inti peanut butter dan almond, lupa plak kat mana aku tertengok idea ni...Best! habis kena ngap dalam sehari tu jer...(Awas!!bahaya utk mereka2 yang tengah diet)
Sambil2 tu tayang sekali silicon mould yang baru beli...muahahaha.
kt sini tak jumpa ler chocolate mould yang fancy macam kat Malaysia...

Egg Tart

Buat ni utk bawak kenduri ke rumah kawan...

resipi dah pernah letak sini...

Sunday, 5 April 2009

Puding Sumi

Photobucket

Last 2 weeks, dapat Parcel dari Malaysia...dalam tu selain stok makanan kami, tok mama selitkan sebungkus sumi untuk cucu-cucu depa, sekali hadap jer dah selesai...sempat ler aku sorokkan 10-15 bijik untuk buat puding agar-agar ni...tapi tak cukup jugak, so tak berapa cantik ler puding ni sebab suminya jarang-jarang...rasanya macam agar-agar susu biasa jer...cuma nampak cantik sebab ada sumi yg disusun kat dalam...heheheh.

aku buat macam ni....

8gm serbuk agar-agar
750ml air
250ml susu cair
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad
secubit garam
Jelly(sumi) secukupnya(bentuk yang rendah)

Didihkan air bersama agar-agar dan gula,
bila gula dah larut masukkan susu cair dan garam.kecilkan api.
larutkan tepung kastad dengan sedikit susu/air.
masukkan kuning telur dalam larutan tepung kastad tadi, sebatikan.
masukkan adunan tepung kastad kedalam adunan agar-agar,
kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana. tutup api.
kacau adunan agar-agar , biarkan sekejap untuk turunkan suhu menjadi sedikit suam.

Tapis dantuangkan adunan ke dalam loyang/acuan. Buka sumi satu persatu dan susun mengikut selera masing-masing... Pastikan tinggi agar-agar sama paras dengan ketinggian sumi supaya sumi terletak elok/cantik kat dalam loyang/acuan bila disusun...

**Jika paras agar-agar susu melebihi paras ketinggian sumi, sumi akan terapung atau tertonggeng ....harap maklum!! kena cari acuan yang sesuai...

Fruit Tart

Photobucket

Balance pastry cheese tart 2-3 minggu lepas...baru dapat seru nk letak kastard dan buah kat atasnya...ekekkek. Buah2 tu aku buh jer apa yang ada kat dlm simpanan ..sebab dah 2-3 kali beli buah strawberry habis kena ngap ...ada yang dah berkulat sebab lama sangat seru nak sampai...huhuhu...sib baik buah kiwi tu tahan lama skit, so boleh guna...

Resipi Pastry dah ada kat sini...

Inti Kastad

250ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 sudu besar gula
sedikit garam...

**buah-buahan kesukaan

Campurkan semua bahan kastad, kacau atas api sederhana hingga pekat...tutup api.

***cairkan cooking chocolate dgn kaedah double boiler, sapu pada permukaan dalam pastry sebelum letakkan kastad tadi untuk mengelakkan pastry lembik dah basah bila kita letak kastad tu...lepas tu letak ler kastad yg masih panas tu, then diikuti dengan buah2an kesukaan...susun ikut selera masing-masing...
kalau nak nampak cantik dan berkilat, letak ler glaze pada permukaan buah sama ada guna jem aprikot ataupun agar-agar/jelly yang warna clear...