Tuesday, 10 March 2009

Homemade Tauhu

Salam kawan-kawan...sorry lama menyepi!

Lepas balik dari German aritu liat betul rasa nk memblog lebih-lebih lagi oven tak ada.
Pas tu pulak sejak 2 menjak ni boleh dikatakan tiap minggu wat makan-makan kat rumah atas macam-macam sebab sama ada sengaja mahupun tidak sengaja....

Flickr pun dah expired, kena amik yang Flickr pro pulak...so aku abaikan jer!

Hujung minggu lepas baru sahaja jalan-jalan ke Hull...2 minggu lagi nak ke Aberdeen pulak dan selang seminggu lepas tu nak ke Disneyland. Ini semua alasan yang menjadikan aku bertambah liat dan penyakit M pun semakin membesar...

Ampunnnnn!!!

Mari ler layan gambo ni...

Homemade Tauhu

Photobucket

Photobucket

2 kilo soya, perah amik 10 liter airnya...dapat banyak jugak!, buat untuk ramuan Bee Hooh Sup Utara masa majlis kesyukuran dan majlis Birthday Icha 3 minggu lepas..Resipi dah ada.

6 comments:

Shafidah Shamen said...

rozie,

u buat taufu ni..lepas tapi dengan kain tu..u letak dalam bekas apa eekk? kena letak dlam bekas yang boleh turas air ke?

Rozie said...

shamen, cara I...

Lepas godek2 n susu soya jadi mcm susu basi tu I letak atas kain yang beralas dengan raga buah kat bawahnya yg buat daripada buluh atau jerami(raga plastik tapis sayur pun ok) then i letak dlm singki sambil padat2kan dan toskan airnya.kemaskan permukaan lebihan kain.
Pas tu i tindihkan dengan periuk yg berisi air kat bhgn atasnya kain yg dah dikemaskan sebagai pemberat dlm lebih kurang 10-15 min...siap!

faham ker?

Rozie said...

bawah raga buah tu i alas ngan pinggan...

budin said...

Rozie,

nak tanya sket bleh? awak guna bahan apa sebagai coagulant tuk buat tauhu ni?

Rozie said...

sorry budin...x perasan komen awak ni...

i guna gypsum powder...kedai cina ada jual menda ni...kalau x ada bole guna lemon juice tapi rasa x berapa sedap sbb masam2 skit...

Unknown said...

Rajinnya...buat tauhu....

Jom lawat.blog saya...

www.sihatnatural.blogspot.com