Thursday, 15 January 2009

Kek Pilih Kasih

Lepas siap buat browning sugar, terus buat kek pilih kasih ni..Lain dari yang lain...sedap, dalam satu gigitan macam-macam ada!! Lembut dan gebusss,

Sifat aku yang sememangnya kalut, bila dah sampai seru vitamin R tak sabar-sabar nak membaking...makanya butter yang baru keluar fridge aku terus pukul dengan KA...ahaksss. so...permukaan atas kek aku tu tak smooth, lubang-lubang udaranya besar-besar!, sib baik bahagian dalamnya menjadi...!!

pilihkasih

Resipi daripada Pn Maryam81@myr..TQ kepada tuan punya resipi kerana sudi kongsi resipi ni.
aku buat 1/2 adunan sahaja...dapat kek sebesar 6"x6"x 2", puas jugak makan. Masa mengukus aku kurangkan kepada 2 1/2 jam..

kopipes jugakkkk labuu!!!

  • 10 Biji telur
  • 2 gelas tepung gandum(250gm)
  • 1 gelas gula(125gm)
  • 450gm Butter
  • 1 gelas horlicks(125gm)
  • 1 tin susu pekat / krimer
  • 5 sudu makan milo
  • 1 gelas bijan - di sangai dulu(125gm)
  • 2 gelas kacang tanah -(125gm) disangai + dikisar
  • 2 sudu makan browning sugar

Cara-cara

  1. Gula dan butter di pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan tepung. dan gaul rata.
  4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata.
  5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam 1/2

No comments: