Roti Arab kakFiza yang pemes kat MyR...
terangkat makan dengan kari daging, kari ayam atau sardin...
kali ni aku cicah dengan kari ayam...sekali ngap 4 ketul...pas tu kenyang sampai malam, memang berbaloi!!!
resipi jap agi ler...
Bahan A
5gm yis kering
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
Bahan B
250gm tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu margerin/butter
100 ml susu cair/ aku guna susu segar
Minyak untuk menggoreng(deep fry)
Cara
Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang
Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis(bahan A)..gaul rata.
maskkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.
Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.
Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...
siap!
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
1 comment:
Salam Rozie,
Jumpa ur blog kat rumah dr. ina. Bestnya tengok resepi kat sini.. gigih betul memasak ye!
-dhill-
Post a Comment