Resipi asal diambil dari buku resipi Pn Rabiah Amit...jilid 2
Resipi nnti jap ekss...nk pi masak dulu...huhuhu
sila layan gambar...eheheh
salam kembali....
gambar kat atas tu lepas kek baru jer masak..
kek tengah lembut dan gebu...pas tu haku potong so nampak macam berderai plak..., sedap! modal pun sikit jer kalau dibandingkan dengan kek lapis yang lain...huhuhuh.
kalau biar semalaman baru di potong baru leh nampak keanggunannya
Sedap kek ni sebab ada campuran buah-buahan kering...
Pi rumah kawan kat Birm...
Aku melawat 2 family...so, sebijik kek ni haku potong dua.
Kek ni aku jadikan sebagai buah tangan...alasan yg kukuh untuk aku melepaskan gian untuk melapis ni, org kat dalam rumah ni dah jemu mkn kek lapis...
Asalnya nak try kek lapis roll...tapi macam tak sampai hati jer nak pecahkan 20-30 biji telor :(
450gm mentega
250gm gula halus-(aku cuma buh 230gm jer)
7 bii telur
300gm tepung hong kong(tepung gandum pun ok)
1/2 botol (100gm) horlick
1/2 tin susu pekat manis(tin pendek)
1 sudu teh esen vanilla
1 kotak buah-buahan campuran(aku letak 150gm jer)
2 sudu besar serbuk koko.
sedikit pewarna kesukaan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu, gaul sebati
masukkan tepung,horlck,susu dan vanilla, gaul rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian...
1 bahagian campurkan dengan buah2an campuran
1 bahagian dicampur dengan serbuk koko
1 bahagian di letakkan warna kesukaan
Bakar selapis demi selapis mengikut urutan sendiri...
lapisan pertama di bakar dengan menggunakan oven api atas (grill) dan bawah
dan lapisan seterusnya hingga akhir menggunakan api atas(grill) sahaja...
siap!