Wednesday, 22 April 2009

Kek Birthday..(Chocolate Buttercream)

Photobucket

Kek Birthday untuk anak kepada seorang kawan...ex jiran semukim aku sebelum ni...tak sangka dah duduk jauh-jauh ni, dia cari aku lagi...thanks kepada Puan Seri A***n, kerana rajin bagi aku assignment. Dia ni customer tetap aku kat sini...muahahahah.

Sebelum tu rasa gatal tangan nak mendeko kek, tapi fikir 100 kali sebab tak der sapa yg nak tulun makankan...bagai orang mengantuk disorongkan bantal, puan seri datang rumah aku mintak aku tulun decokan kek sempena Birthday anaknya... Beso tapak tangan nyiru aku tadahkan, dapat juga aku praktis idea-idea yang bermain-main kat dalam kepala ni...Tapi kali ni aku tak dapat ler nak main-main BC roses sgt..sbb "Birthday Boy" yang celebrate.

Kali ni aku buat Chocolate BC, memandangkan anak-anak puan seri mmg suka sgt mkn kek berasaskan coklat...

Bahagian dalam aku guna "Kek Span Coklat", resipi SL blogger yang pemes kat Pasir Gudang tu...thanks for the resipi...menjadi kek span aku kali ni selepas aku tiru bulat2 dari resipi SL. Lembut dan gebu.
Selama ni memang tak pernah jadi kalu buat kek span...TQ SL, walaupun buat bisnes dalam bidang ni, tapi tak lokek nak share ilmu..semoga bertambah-tambah rezeki SL dan family...

kat tepi2 kek tu aku hias dengan coklat smarties, aritu masa jln2 blog kengkawan, aku tertengok idea ni dan terpikat, eheheh

Kek Span Coklat Sweetlily

4 biji telo
120gm gula kaster(aku guna icing sugar)
1 camca besar Ovalatte
80gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung/minyak masak/butter cair.

telur, ovalette dan gula di pukul dengan kelajuan maksimum hingga kembang putih, pekat dan kembang...bila diangkat adunan tak jatuh menitik kebawah.
Ayak tepung gadum, baking powder, serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan dan diikuti dengan minyak.
putar perlahan hingga adunan sebati.
Tuang kedalam acuan 8".
Bakar dengan suhu 170C selama 30 minit.
Lepas masak terus hentakkan loyang dan keluarkan kek. Sejukkan atas redai kek.

** Coklat BC ni best, tak menjemukan
~ resipi ni sukahati aku jer...

Coklat BC
250gm butter
250 shortening
1 tin susu pekat manis
80gm plain/dark cooking chocolate

Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boiler- sejukkan sebentar.

Pukul Butter dan shortening hingga lembut, masukkan susu pekat manis. Pukul hingga licin dan berkrim dengan kelajuan tinggi.
Akhir sekali masukkan cooking chocolate, pukul lagi hingga sebati.
sedia untuk di gunakan...

7 comments:

Zakiyah said...

bday sape ni? cantiknye kek. terliur ai. heheh..

Rozie said...

kiyah...itu teman sekampung awak ler, tak perasan ker??

Haniff Hanzah said...

suka sgt deco utk kek nih,sbb warna choc tuh ada shade, so nampak classy sgt, pastu candy m&m dengan dark background nampak cam retro.menarik idea utk kek nih walaupun simple.

Rozie said...

TQ haniff for the comment...

idea tu ada cuma skill jer yg tak mantap... maklum ler explore sendiri dunia cake decoration ni...

mommy AISY dan RAFAEL said...

cantik...nanti bleh tempahkekkawen ek..hehehe

Rozie said...

salam NURUL...
Buat kek ni syiok2 sendiri jer..masih di bawah paras ISO..

Rozie said...
This comment has been removed by the author.