Wednesday 29 October 2008

Jalan-Jalan

Salam...

Mula-mula kena virus M, pas tu kena virus holiday plak..Esok tuan rumah ni pi jalan.sementara tuan rumah tak ada ni silalah self servis . Rasanya juadah yang tersaji ni cukup untuk layan tetamu yang datang, kita bertemu lagi hari isnin...Tuan rumah tgh dalam mood holiday , shopping dan mood melaram..ahaksss

Tuan Rumah nak jalan-jalan sampai ke hujung England...bye, jumpa di sana...di sana...di sana!!!!

Puding Lapis Jelly

Resipi kak Jun...


jelly

Cream Cheese Bun

Resipi yang di ambil dari rumah Rinchan, asalnya dari rumah Yochana..Adik beradik dengan Mexican Bun

Collage57

Bahan Bun

325 high protein flour
1 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam halus
1 1/2 sudu besar susu tepung
60gm gula caster
120ml air
10gm yis
1 biji telur
45gm margerin/butter

**masukkan dalam breadmaker..tunggu siap. tumbuk2 doh, biarkan 15-30min. Bahagi doh kepada saiz-saiz kecil( 10-12 biji bergantung kepada saiz). Masukkan inti cream cheese di tengah, bulat-bulatkan. Tunggu doh naik 2x ganda. Putarkan mexican topping(seperti dalam gambar) di atas bun sebelun di bakar. Bakar bun selama 5-10 min dengan suhu 200C.

Bahan Inti Cream Cheese

120gm cream cheese
30gm icing sugar
1/2 camca teh esen vanilla

**Putar hingga berkrim guna hand whisk.


Mexican Topping

75gm butter
60gm icing sugar
1/2 camca teh vanilla
1 biji telur, pukul sedikit
75gm tepung kek(aku guna self rising flour jer)
sedikit instant coffee

** Putar butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan putar lagi, masukkan esen vanilla dan instant coffee. Masukkan tepung dan putar lagi hingga sebati.

Gulai Tempoyak

Variasi daripada gulai tempoyak versi Negeri Sembilan...Daun pucuk ubi tak ada, aku gantikan dengan daun bayam jer, kira ok ler buat lepas rindu di perantauan.

Peberet aku yg tak terhingga...sebelum ke UK dulu aku sempat suh mak aku masakkan untuk aku seperiuk, masa balik bercuti aritu pun mula-mula sampai rumah mak aku dah hidangkan lauk gulai Tempoyak nih, sebelum berangkat pulang ke UK semula aku sempat merasa lagi satu round...ngeh,...ngeh..ngeh.

Sebenarnya tempoyak ni pun terjadi secara kebetulan je....

tempoyak

Kalau orang Perak buat tempoyak tak letak apa-apa, cuma biarkan jer durian tu masam sendiri. Kalau style mak aku buat tempoyak sama lah macam Shafidah buat tempoyak, letak garam dan skit gula.

Gulai dalam gambar ni:

daun bayam dihiris halus- (kat sini jual dlm paket, aku guna sepaket)
1-2 helai daun kunyit hiris halus
2 batang serai hiris halus, potong bulat.
segenggam ikan bilis
10 ulas cili api- blend halus
500ml santan sederhana pekat
2 sudu besar tempoyak
1 labu bawang besar- potong baji
sedikit serbuk kunyit
petai(kalu suka)- aku tak letak pun

**Santan, cili kisar,tempoyak, serai , ikan bilis, serbuk kunyit ,bawang besar dan daun kunyit di satukan dalam periuk dan letakkan di atas dapur. Biarkan mendidih, perasakan dengan garam. Letakkan sedikit gula jika perlu. Akhir skali masukkan hirisan daun bayam, agak2 dah layu trus angkat...

Friday 24 October 2008

Fish and Chip

Virus M masih melanda...
anyway soru mana leh miss, tengahari aku masakkan yang segera jer ala-ala western untuk anak-anak..chip, green peas, fish fingers dan fish cake. semuanya frozen food yang aku beli dari ASDA..ngeh..ngeh..ngeh.

malas

Wednesday 22 October 2008

Virus M

Raya dah lepas..open house dah abis, syawal pun dah sampai kehujung.
tapi mood untuk masuk dapur belum mari lagi, Virus M tengah melanda, kali ni memang teruk aku kena serang..napa tah rasa alergik jer tengok dapur, nak melintas pun haku tak sudi, ...tambahan pulak dah sejuk-sejuk nih, rasa nak berkelubung jer dalam selimut. Kalau ajak pi shopping no problem..ahakssss!!!

Friday 17 October 2008

Kek Lapis Strawberry Cheese

Resipi daripada blog seorang strawberry lover...lupa pulak kat blog mana

lapis cheese

Bahan
10bj telur
150gm gula halus(boleh dikurangkan)
2 gelas (250gm)tepung hong kong
1 sudu besar ovallete
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese

**Telur, tepung, horlick ,gula, ovallete di pukul hingga pekat dan kembang.
**Mentega, susu dan cream cheese di pukul hingga putih.
** satukan kedua-dua adunan hingga sebati, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-
i) Masukkan strawberry paste
ii) Biarkan dengan warna asal
Bakar selapis demi selapis adunan perisa strawberry (i) sebanyak 3 lapis diikuti dengan adunan warna asal(ii) 3 lapis lagi, ulang semula adunan (i)& (ii) berselang seli hingga selesai.

Tapi aku derhaka skit..cuma buat 2 lapis berselang seli, aiman tak kisah! rasanya takkan berubah..

Kek Lapis Fantasia

dah pernah buat 2 kali...
resipi Pn Rabiah Amit..try ler buat memang sedap, bahan pun senang!

Collage55

Bahan

A
12 biji kuning telur
5 biji putih telur
300gm gula halus(boleh kurangkan kepada 150gm)
150gm tepung gandum
1 camca besar ovelette
1 camca teh serbuk penaik

B
250gm mentega
8 camca teh susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

C
Pewarna kuning dan hijau
Buah-buahan campuran dan coklat chip atau coklat urai.

Cara

Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan.
Pukul bahan B hingga kembang
Satukan adunan A dan B, gaul sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian
i) 1 bahagian warnakan dengan warna kuning dan masukkan buah-buahan campuran
ii) 2 bahagian diwarnakan dengan warna hijau dan masukkan coklat chip/urai(utk lapisan atas dan bawah)
panaskan oven, api grill
Sediakan acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 4 inci.., grease dan alas dengan baking paper.
Bakar selapis demi selapis bahagian pertama adunan berwarna hijau hingga habis.
Diikuti dengan adunan berwarna kuning, bakar selapis demi selapis hingga selesai.
Dan akhirnya bakar selapis demi selapis adunan warna hijau bahagian ke dua..
sejukkan, barulah di keluarkan dari acuan.

Kek Lapis Coklat (dan Oren)

Resipi Pn Rabiah Amit buku jilid 1

Collage54

Bahan

A
20 biji kuning telur
8 biji putih telur
250gm gula halus (boleh kurangkan kepada 150gm)
200gm tepung hong kong
1 camca besar ovelette

B
450gm butter
6 camca susu pekat manis

C
2 biji oren, (parut kulitnya dan perah jusnya. masak dengan 2 sudu besar gula)
sedikit pewarna kuning
1 camca teh perasa kopi(aku x letak pun)
3 camca coklat masakan(cairkan dengan kaedah double boiler)

Cara

Pukul bahan A hingga kembang
Pukul bahan B hingga kembang
Satukan bahan A dan bahan B, gaul sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.
2 bahagian di masukkan perahan jus oren yang telah di masak tadi dan pewarna kuning. Gaul sebati
Bahagian yang ketiga di campurkan dengan coklat masakan dan perasa kopi, gaul sebati.
Sediakan acuan 8 1/2 x8 1/2 x 4 inci, greaskan dengan butter dan alas dengan baking paper dan grease sekali lagi dengan butter di atas baking paper.
Bakar selapis demi selapis bahagian pertama ber perisa oren menggunakan api atas, di ikuti dengan adunan perisa coklat dan kopi dan akhirnya bahagian terakhir berperisa oren.

Wednesday 15 October 2008

Tauhu Sumbat

Bulan Puasa yang lepas....

tauhusumbat

Kek Oren

Try resipi ni, tak silap aku di ambil daripada blog resipi ogy...rasanya ok bagi aku sbb aku ni kureng skit kek span selain dari perisa pandan, mungkin best untuk penggemar kek berperisa oren sebab bau orennya memang mengancam.


kekoren


300gm butter
300gm gula
5 biji telur (ambil 4 putih sahaja)
320gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick
1 sudu teh paste orange
setitik warna oren
parutan kulit limau secukup rasa

Cara

putar butter dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi
masukkan telur satu persatu
masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking pawder
gaul rata, masukkan juice, sunquick, paste orange, pewarna dan parutan kulit limau.
bakar 180C selama 1 jam/hingga masak

Kuih Semprit

Permintaan kak Ita....
Resipi ni aku ambil dari Myresipi.com

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 1/2 cwn tepung gandum * satukan bersama tepung kastad(ayak)
2 sudu mkn tepung kastard*
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven 180C
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanilla- gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit2 hingga boleh di uli menjadi doh.
Tekan dengan acuan semprit(acuan biskut dahlia pun boleh gak), bakar selama 20 mint/hingga masak.

Tuesday 14 October 2008

Kuih Raya

kuih raya

Antara kuih raya yang sempat aku buat tahun ini...ada beberapa lagi yang tak sempat aku amik gambar, semuanya dah selamat masuk perut aku, pelanggan dan tetamu...ekekek

Antara Kuih Raya tahun ini:-

Almond London
Mama Carrie
Semprit perantau
Marble cookies
Kuih Bahulu
Tart Nenas
Kuih Gunting
Rempeyek
Batang Buruk
Choc Chip cookies

Wish List aku lepas raya ni( yang tersenarai kat atas semua dah habis tinggal habuk):-

Biskut Badam CMG
Kuih Makmur Brunei resipi mak aku
Almond London - kes tak puas makan masa raya
Tat Gulung- kali ni nak cuba yang ada cheese pulak

Tuesday 7 October 2008

Kek

Buatkan kek ni untuk jiran sekampung sempena ulangtahun anaknya....
suka-suka jer nak tolong, bukan niat berbisness...budak mentah yang baru nak belajar...

Kek coklat yang aku lumurkan dengan butter icing

resipi dah pernah letak sebelum ini

kekhanif

yang ni kek yang aku buat pada hari raya ke 5. Untuk majlis rumah terbuka yang aku buat hari sabtu lepas...sayangnya gambar blur giller. frust menonggeng aku. Ini semua gara-gara inchik hb yang aku amanahkan sebagai cameraman memandangkan kesibukkan aku menyediakan juadah open house tersebut, masih terkial-kial menggunakan DLSR ! sedey tul ler..penat haku bertungkus lumus deco kek nih.

Death by Chocolate cake..2nd version, kondisinya much better daripada first version yg pernah aku hasilkan..permukaan atasnya dihiasi dengan tulisan Salam Aidilfitri yang berulang-ulang. Di bahagian tepinya dihiasi dengan ganache dan chocolate whipping cream dan taburan manik-manik gula berwarna merah jambu

kekrayablur

Dodol Microwave

Sebagai permulaan,
Dodol Microwave terhidang...

aa22

Tersangatlah senangnya buat dodol nih..hasil perbualan aku dengan Ina/Nas kegworth seminggu sebelum raya, maka terhasillah dodol mikrowave. Selama ni tak berani nak buat sebab mikrowave aku cuma cap ayam jer...rupanya mikrowave cap ayam pun boleh jugak buat dodol..kihkihkih
Thanks Nas kerana menyakinkan aku, resipi ni aku cilok dari blog Nas Kegworth dan aku sudah ubah suai sket ikut sukahati aku...

A
250gm tepung pulut
250gm gula merah
250gm gula pasir
1-2 sudu besar tepung beras

B
1/2 cwn minyak masak
1 pint santan pekat
3/4 pint santan cair/air

cara

Campur bahan A, gaul sebati hingga menjadi seperti bread crumb...campurkan bahan B, gaul sebati. Tapis adunan ke dalam bekas tahan panas bersesuaian untuk microwave. Masak selama 30-45minit pada setting high (microwave aku 700w)..tetapi, setiap 5 minit hendaklah di kacau.

Resipi asal boleh tengok di sini

Selamat Hari Raya Aidilfitri




**Pemberian Izzizwa, Terima Kasih

Sebagai permulaan...
Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung-pengunjung blog mamavogue..walaupun ucapan ni dah agak basi,harap-harap masih diterima oleh semua kawann-kawan. Sibuk sangat aku ni mengalahkan bini PM...ekekekeke. Sebabkan ramai kawan-kawan dah komplen blog aku yang tak hapdet sejak dua menjak ni, insyallah lepas ni Mamavogue akan beroperasi macam biasa

Alkisahnya...
Bermula 1st ramadhan aku dah mula buat operasi buat cookies raya sampailah lepas raya masih ada lagi yang meng order kuih raya aku...alhamdulillah, kata orang rezeki di bulan ramadhan. Satu permulaan yang baik untuk budak mentah macam aku yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes membisnes nih. Sibuk buat cookies untuk pelanggan, Kuih raya untuk rumah sendiri rupanya tak sempat aku buat..hari raya ke dua balang kuih cuma tinggal habuk jer...huhuhu, rasanya aku kena buat lagi lepas ni memandangkan aku sendiri pun tak puas makan.

Sekarang ni pulak sibuk dengan open house sana sini, bukan sahaja weekend , weekdays pun ada 2-3 jemputan open house sehari, seronokkk sebab 2-3 hari dapur tak berasap...memang meriah beraya di sini, tak ada masa ler nak termenung dan bersedih-sedih diperantauan nih..

Akhir Kalam...
Aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan batin dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki jika ada salah dan silap terlanjur kata dan terkasar bahasa semenjak kita kenal mengenali diantara satu sama lain di arena ini...

salam dari perantauan