Monday 5 November 2012

Dragon Fruit Juice

 Taraaa...my dragon fruit juice was here!!! sejak tengok dragon fruit juice kumpulan Che Lah "masterchef 2" buat terasa teringin pulak nak  rasa Dragon Fruit Juice ni... Sejak buah dragon fruit tu transit kat fridge anak-anak tak jemu-jemu bertanya bilalah dragon fruit nak bertukar jadi juice...huhuhu
Kaler buah ni tersangat mengancam..kalau pegang-pegang isi buah ni lama sikit warna purple buah tu akan melekat kat tangan macam terkena pati sirap...lepas minum/ makan ,bahan buangan pun bole jadi ala-ala warna purple jugak...iskkk serammm you!!

Dragon Fruit Juice

2 biji buah Dragon Fruit
air 1 liter
gula secukup rasa
juice dari 2 biji buah limau nipis

** blend kesemuanya, tak perlu tapis...masukkan ice dan bole di minum...
**

Sunday 21 October 2012

Almond Tiramisu Ala Beryl's

Taraaa...akhirnya berjaya juga buat Almond Tiramisu ni selepas lama bermain-main di minda  mencari idea-idea yang sesuai
 Luaran nampak mcm jadi jer...Rasa dah sama, tapi....
Salutan White chocolate tak sekata ada bahagian yang nipis dan ada bahagian yang tebal...masih tercari2 bagaimana cara nak dapatkan ketebalan salutan white chocolate yang seragam tu yer... ??..errrmmm...
  
Bahan-bahannya Senang sgt..cuma kena ada skill bermain coklat baru dpt shape yg perfect!...

Bake almond
White chocolate compound
Cocoa powder


Melt white chocolate dgn teknik double boiling, agak2 dh melt angkat biarkan suhu bilik, lebih kurang 1 jam..agak2 coklat dah pekat, Masukkan semua almond dlm white chocolate, sudukan satu2 almond yg dh bersalut tu ke dlm cocoa powder yg kita dh ayak dlm tray...pas tu ayak lg cocoa powder utk tutup permukaan atas, pas tu gelek2 tray utk shapekan coklat...(mencabar skit part nk sudukan almond kt cocoa powder sampai part menggelek tray tu)...tp sy belasah je, sib baik jadi...phewww

konon-konon nak tiru coklat ni(gambar di atas)....rasanya sama tapi shape tak mampu nk buat se perfect  seperti mereka....aku buat ikut sesedap rasa dan logik sahaja tanpa ada ilmu atau sijil dari pakar coklat...:)

Monday 2 July 2012

Kerabu Ulam Raja

Sedapnya kerabu ni..., baik untuk kesihatan terutama untuk kaum wanita...satu mangkuk ni aku bole makan sendiri, anak2 mmg reject sayur2..kalau yang mentah mcm ni lagi lerrrr depa tak mau...

1 ikat Ulam Raja ~ hiris kasar
1 mangkuk serunding kelapa
segengam ikan bilis ~ goreng garing, kisar hingga hancur dengan pengisar kering
6 ulas bawang kecil ~ hiris
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
2 batang serai ~ hiris
1 sudu besar perahan limau nipis

**gaulkan semua ramuan hingga rata...sesuaikan rasanya

Serunding kelapa
1 mangkuk kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit
garam dan gula secukup rasa

**tumbuk bawang , kunyit garam dan gula hingga lumat, masukkan kelapa tumbuh dan gaulkan sebati.
masukkan ke dalam kuali dan sangai sebentar tetapi jangan terlalu lama kerana kalau serunding kering sgt tak sedap ....sejukkan sebelum diguna.

Wednesday 6 June 2012

Blueberry CheeseTart


2nd round for this week meng "tart"...1st round aku buat untuk majlis kenduri sepupu hby di Kluang, ada lebihan cheese, aku sambung meng"tart" lepas makan tghari tadi untuk makan sendiri-sendiri..dapatlah dalam 30 biji saiz yang comel-comel...

 Kulit tart:
160gm butter
1 biji telur
250gm tepung gandum
80gm gula icing
esen vanilla
secubit garam
2 sudu susu tepung

Gaul butter dengan gula icing hingga sebati, masukkan telur , garam dan esen vanilla..gaul lagi.
masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan boleh di kepal dan tidak melekat di tangan. Simpan dalam  fridge sekurang-kurangnya 2 jam...tekankan ke dalam acuan. cucuk dengan garfu di beberapa bahagian pada adunan, bakar setengah masak.

250gm cream cheese
1/2 cwn whipping cream
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
?? gula ising(gonna update soon)
blueberry filling secukupnya

pukul cream cheese dengan gula hingga kembang
masukkan telur, pukul lagi kemudian masukkan whipping cream pukul hingga kembang.
**paipkan blueberry filling ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi, kemudian paipkan adunan creamcheese di atasnya. titiskan sedikit blueberry filling di atas adunan creamcheese dan lorekkan dengan menggunakan toothpick untuk menghasilkan corak...bakar sekali lagi dengan suhu 180C sehingga masak dan kekuningan.

Tuesday 5 June 2012

Ikan Siakap ala Thai

Yum..yum, ikan fav anakanda ku...masak macam ner pun(bergoreng) dia akan kata sedap, seekor utk dia hadap sorang pun selesai...
masakan biasa-biasa sahaja...ikan tu aku lumur dengan garam dan tepung jagung, kemudia di goreng dengan minyak panas hingga masak..
Kuahnya aku buat ala-ala tomyam...tumis bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas serta sedikit cili merah, kemudian masukkan sos tiram dan nampla sos serta air secukupnya. masukkan serai, buah tomato dan daun limau purut dan perahan asam limau...perasakan dengan garam dan gula...bole pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung..sedia untuk di hidang!

Sunday 3 June 2012

Cucur udang bersama kuah kacang segera


Cucur Udang
Tepung gandum
Udang secukupnya
daun kucai
hirisan bawang
Taugeh
garam dan serbuk kunyit
air

**gaul semua bahan dan bancuhkan dengan air, kepekatan aduanan ala-ala mcm kuih cekodok...baha-bahan seperti taugeh, daun kucai dan bawang lagi banyak lagi meriah!
**Rendam senduk dalam minyak panas sekejap, kemudian sudukan adunan ke dalam senduk tadi. masukkan adunan bersama senduk2 tersebut ke dalam minyak panas tersebut, biarkan seketika sebelum keluarkan cucur udang dari senduk tersebut dengan garpu. goreng hingga kekuningan..

Kuah Kacang Express

2 cawan kacang tanah
4 tangkai cili kering
gula sesedap  rasa
garam secukup rasa

*Goreng kacang dengan cili kering hingga garing dan kemudian blend dengan menggunakan blender kering bersama garam dan gula.

bancuh bersama air panas, tambah gula dan garam jika perlu...Siap!



Bergedil Ikan


2 biji Ubi kentang di rebus dan lenyek
5 ekor ikan kembung di rebus  dan lenyek
hirisan cili merah sesedap ramuan
hirisan bawang dan daun bawang sesedap hati...
garam secukup rasa
telur di kocok.

gaulkan semua kecuali telur, gentel bentuk begedil.
celup ke dalam telur, goreng dengan minyak yang sederhana banyak hingga kekuning-kuningan...



Roti Telur Berkentang

Kulit: Roti Canai...
Inti: Telur, kentang rebus yang di lenyek, hirisan bawang, hirisan cili merah..
Pencicah: Kari Ikan Tenggiri..

Jom makan...my hby fav nih!

Wednesday 29 February 2012

Sukatan dari cawan ke gram/liter

Sumber: Saya kopipes dari blog RIKHA

Untuk rujukan sendiri di masa akan datang...


Ilmu ini RIKHA ambil dari sini

TQ for sharing...:)

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Sunday 19 February 2012

Mee Rebus Pak Ajis

Salam, Bertemu kembali... Hidangan Minum petang kami arini, tiba-tiba angin kus-kus rajin melanda...maklum ler, melalui hari2 semput di hujung bulan ni kami tak kemana-mana. Memasaklah menjadi terapi yang berkesan menghilangkan kebosanan.



Hari ni tuan-tuan/puan-puan ada baca paper ni tak??

Punya lah berkenan tengok Mee Rebus Singapura family Pak Ajis Sattar ni, Lebih-lebih lagi pujian tentang kesedapan mee rebus ni...lagi lah bersemangat achik!

Makanya tanpa berlengah lagi tengahari tadi aku pun zass ke pasar beli segala keperluan dapur untuk stok minggu depan termasuklah list bahan nak membuat mee rebus ni.

Kebetulan Resipinya ada di sertakan sekali....



Jom try...testmoni dr huby aku kata sedap, aku pun setuju dengan pendapat dia..

Tuesday 14 February 2012

Birthday Icha


Birthday Icha datang lagi, Icha dah 6 tahun, dah pandai melaram dan control cun

...Perangai macam tu jugak tak berubah, suka buli abang...Nasib baik abang dah besar beza 6 tahun dari Icha dan sabar jer melayan karenah Icha. kalau abang beza setahun dua jer mungkin asyik nangis jer bila kena buli..

Birthday kali ni buat simple party di sekolah sahaja memandangkan tahun ni tahun akhir Icha di Tadika ABC, tahun depan Icha nak Darjah 1...



Plan asal nak buat kek princess, memandangkan edible image yg di jual tak banyak pilihan sebab tu aku tukar plan.

Kali pertama buat kek bertema sebegini tapi kartun dan rumah tu beli jer...maklum lah weekdays masa sangat suntuk...kek coklat dah buat hari isnin lepas balik kerja, semalam lepas balik kerja juga, dah selesai masak dinner dan solat maghrib sambung lagi untuk deco kek. pukul 8.30pm mula mendeko dan hampir kul 10pm baru selesai...itu pun buat cepat-cepat sebab badan dah letih,hasilnya... finishing kurang kemas.!

Topping kek ialah 1 1/2 cwn Non Dairy Whipping cream yang di pukul kental di campur dengan chocolate ganache.( tak faham sila tanya).

kemudian curahkan chocolate ganache di atas topping whipping cream tu...then hias dengan butter cream...

Monday 6 February 2012

Laksa



Salam bertemu kembali...pecah rekod hari ni meng"Update" sampai 2x..:))

Balik dari tengok Movie Chronicle perut mula minta diisi...Roti telur brunch tadi masih ada tapi tekak minta Laksa. Bukan sebarang laksa tapi, Tekakku mintak laksa tepung beras...huhuhuh.

Balik daripada Alamanda, aku terus ke kedai membeli segala bahan...Kul 5pm sampai rumah, pukul 6.30 selesai semuanya...siap mengukus laksa beras sekali..ehehehFresh from my kitchen dari laksa sampailah ke kuahnya, cuma tak letak telur sebab masih mrebus dalam periuk...yummm...yummm!

Sunday 5 February 2012

Roti Canai Telur



Ini ialah Breakfast pagi ni...tapi bukan lah pagi sangat, bole ler di kira BRUNCH. Aku kureng suka buat roti telur ni as a breakfast sebab melecehkan, lebih-lebih pagi ketika Virus M melanda.

Tapi disebabkan permintaan baby besar, nak tak nak kena buat juga, lagi pun upahnya ialah Menonton Movie di GSC Alamanda, Putrajaya ...kwang...kwang...!


Dah ada entry roti telur ni..tapi sebabkan cuti arini, so terajin skit nk mengupdate blog arini..ehehe

Dohnya menggunakan doh Roti Canai yang telah di buat malam tadi:-

550gm tepung gandum
230gm air
3 sudu susu pekat manis
garam
1 sudu besar butter yang di cairkan
1 biji telur
margerin untuk melumur doh

Cara:
Bancuh bahan-bahan air,susu,garam,butter dan telur di dalam satu bekas.
Dalam bekas lain(loyang menguli), masukkan tepung gandum.
tuang bancuhan air tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit hingga habis, uli menjadi doh selama 15 minit.
Rehatkan doh 5 minit. kemudian uli semula selama 10-15 minit dan rehatkan semula doh lagi 5 minit kemudian uli semula lagi 10-15 minit.Pastikan doh di uli selama 3 kali di selangkan dengan 2 kali rehat. .Doh akan menjadi liut dan tak mudah terkoyak.Jangan terlebih uli nanti doh menjadi terlalu lembik atau keras.
Bahagikan doh kepada 10-11 bahagian, kemudian bulat-bulatkan doh. Setiap doh di lumurkan dengan margerin kemudian simpan dalam suhu bilik semalaman.

Inti Roti:-
4 biji telur + secubit garam~ kocakkan kemudian goreng sambil dikacau seperti membuat scremble egg, jangan terlalu masak/kering...biarkan seperti scremble egg yang basah-basah/lembab.
2 ulas cili merah~ hiris halus
1 labu bawang besar~ hiris halus
2 biji kentang yang di rebus~ pecah-pecahkan kentang tersebut, jangan di lecek.
****Gaulkan semua bahan-bahan di atas menjadi satu.

Tebarkan doh roti canai, masukkan inti telur dan lipat seperti membuat mertabak..goreng hingga kekuning-kuningan. Bolehlah di hidangkan..
Enak di makan dengan Kari Ikan@kari ayam...

Anak-anak aku kurang suka makan roti telur ni sebab intinya ada bawang dan cili..so, aku buat roti telur style mamak KL untuk mereka...kami suami isteri makan versi yang berbawang, rasanya tengahari ni sebelum keluar makan roti telur juga..tak payah masak dah..ehehe

Minced beef Pinwheel





Cuti Tahun Baru Cina yang lepas aku ada buat Apple Pie, untuk menjamu Uncle n Family yang datang bertandang...Tapi, biasa lah dalam kesibukan melayan tetamu tak rasa nak makan, lepas 2-3 hari baru lah rasa teringin ...

Pagi tadi aku shopping puff pastry di Yummie, plannya nak buat Apple Pie...tapi bila tengok belakang packaging puffpastry tu ada resipi Bolognese Pinwheel...nampak gambar macam best jer..eheheh. So, tukar plan dari Apple Pie jadiler Pinwheel...anyway ada lagi balance 2 keping puff pastry tu, nanti bila free akan aku jadikan Apple Pie jua...

Sebabkan bahan-bahan tak lengkap aku tukar daripada Bolognese Pinwheel kepada Minced Beef Pinwheel...

Bahan yang diperlukan:

Puff Pastry ready made
cheese(saya guna cheddar cheese)
kuning telur ~ untuk sapu di atas permukaan)


Bahan Inti:-

500gm minced beef(daging cincang)
2 ulas bawang putih(cincang)
1 labu bawang bombay(cincang)
2 sudu besar double cream(boleh tukar kepada susu@ tomato puree)
2 biji buah tomato di cincang
sedikit mixed herb
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Panaskan minyak zaiton, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga kekuningan..masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak. Masukkan buat tomato cincang, kacau lagi hingga tomato masak. Masukkan double cream, kemudian mixed herb dan lada hitam. Perasakan dengan garam. masak hingga kering. sejukkan.

Penyediaan pinwheel:

Ambil sekeping puff pastry, alaskan dengan baking paper.



kemudian, letakkan inti daging cincang tadi di atas permukaan puffpastry. sapu rata...tinggalkan sedikit ruang kosong di bahagian tepi untuk seal di bahagian tepi agar inti tidak mudah keluar.
Taburkan cheese di atas inti daging, gulung dengan menggunakan baking paper seperti menggulung swiss roll.
Kelar di permukaan atas pinwheel tadi mengikut besar saiz pinwheel yang ingin kita potong nanti..sapu permuakaan atas pinwheel dengan kuning telur. Bakar 200C-220C sehingga puff masak/ kekunin-kuningan. Apabila sudah masak, potong mengikut saiz yang telah kita kelar tadi..dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan ketika panas.

Saturday 4 February 2012

Kek Pisang


Salam sayang untuk semua...
Minggu lepas, hari selasa tiba-tiba rasa rajin nak buat kek...pulang dari sekolah pukul 7.10pm, mandi...pas tu solat pas tu siapkan makan malam lepas tu makan sama family pas tu terus membaking kek pisang memandangkan ada sesisir pisang montel yang dah masak ranum di dapur...errrmm, kalau buat kek dari pisang yang dah ranum memang harum sungguh baunya...semerbak memenuhi segenap ruang...
keesokkan harinya, aku potong setengah biji kek tersebut dan bawa ke sekolah untuk santapan kawan-kawan...ramai yang suka, kata mereka mcm kat kedai. makan punya makan sampai terlupa nak amik gambar...iskkk,..Pulang ke rumah, rupanya kek pisang dah clear, bekas pun dah bersih dicuci...ermmm.
sebabkan dah janji dengan kawan-kawan nak share resepi kek pisang ni, so aku buat juga entry ni walaupun tanpa gambar...actually dah pernah masukkan entry kek pisang ni dalam entry yang lepas, tapi mungkin leceh sikit nk selongkar entry yang sebelum ni so di sini aku highlight kan semuala..
Actually resipi ni asalnya resipi Yani@myresipi, tapi bila aku cari semula di MYR resipi asal tu dah tak ada.. Di sini aku dah ubahsuai sikit mengikut Vit R yang ada dalam badan dan kelengkapan bahan yang terdapat dalam simpanan...

harap dapat membantu...

  • 2 biji pisang(aku guna 3 bijik, kalau saiz kecik letak 4 /5biji)
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream( aku pakai fresh milk jer)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang,Masukkan telur sebiji demi sebiji

  2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  4. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  5. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit
Selamat mencuba...

Wednesday 25 January 2012

Pembuka Tirai 2012~ Bubur Mee Siput


Salam 2012, Lama menyepi bukan bermaksud tak masak...masak tetap masak tapi yang biasa-biasa sahaja sekadar melunaskan permintaan si perut, sesekali masak jugak makanan yang special tapi semuanya yang sudah diabadikan di dalam blog ni...sebabkan aku spesis yang dah tak rajin, maka aku tak buat ulang tayang.
Hari ni tiba-tiba nak masak bubur mee siput ni, rasa rindu sangat. Mee ni bukanlah makanan kegemaran aku sangat tetapi ia adalah nostalgia ketika kecil. sebenarnya masa kecil, Mak aku jarang-jarang masak mee ni....ermmmm , mungkin dalam setahun tu adalah sekali dua..tapi disebabkan jarang-jarang tu lah menjadikannya special di mata aku dan kenangan yang sentiasa tersemat di dalam hati. kalau ia tidak special masakan aku rindu...huhuhu, Aku rindu sangat zaman ketika menjadi anak-anak kecil yang jauh daripada teknologi canggih seperti kini...teringat TV hitam putih,mandi sungai, main tanah, batu seremban, terompah tempurung,main masak-masak bawah pokok, masak dengan api sebenar lagik..huhuhu.

Buat Mee Siput ni senang jer macam kita masak bubur lain...

Bahan:
70gm mee siput
1 cwn santan pekat
1/4 cwn gula merah + 1/4 cwn air(masak hingga gula larut kemudia tapis)
2 sudu besar biji sagoo
1/2 cwn air
secubt garam
daun pandan.

Cara:
Air+ daun pandan+ mee siput didihkan.
Bila mee siput sudah lembut, masukkan bancuhan gula merah.
masukkan santan, didihkan sekejap dan masukkan biji sagoo yang telah dicuci
kacau bubur, letakkan secubit garam, kacau lagi bila dah mendidih ,
jika kurang manis tambahlah gula mengkut citarasa anda kemudian ... tutup api.
sedia untuk dihidangkan. Bubur akan menjadi sedikit pekat apabila sejuk.