Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Monday, 9 May 2011

Lontong Goreng


Aritu ada buat nasi impit untuk makan dengan kuah lontong...tiba-tiba mengidam nk makan kuah lontong, kes tak puas makan lontong masa jamuan majlis hari kecemerlangan kat sekolah bulan lepas...so, aku buat sendiri. Tapi macam biasa ler aku sorang jer yang makan..yang lain mmg tak suka nasi impit dengan kuah lontong. Lebih nasi impit tu aku try ler buat lontong goreng ni...
Goreng biasa-biasa jer...ala-ala goreng mee. Inchik hb setakat rasa-rasa jer, dia jenis orang yang lambat sikit nak menerima sesuatu yang luar biasa dalam rutin harian dia terutama bab makanan...anak-anak langsung tak pandang....ermmm, pening nak fikir nak masak apa hari-hari supaya kena dengan selera anak tekak diorang ni, kalau masak benda yang sama jer selalu pun bosan jugak kan!!

Wednesday, 29 December 2010

Mee Kari

Friday, 10 July 2009

Mee Tomato

Resipi kakasma...sedap!! aku guna daging dan Tulang rusuk...TQ kak Asma!
potong timun ala-ala curl...style laksa Johor tu masih blum pas!

Photobucket

Thursday, 2 July 2009

Bee Hoon Goreng Kampung

Masak cincai jer utk bekfas...

Rencah ikan bilis jer....

Photobucket

Wednesday, 24 June 2009

Mee Kari

Photobucket

Teringin nak makan mee kari...guna apa yang ada kat esbox jer pas tu tak berapa lengkap plak...huhuhuh

masa nak upload gambo ni baru perasan gambo mee kari haku tak ada kuah...ekekekeke
kes terlupa ler nih...:)..
mintak halal jer lah jer...resipi biasa2 jer, korang buat mee kari lagi best! so tak payah letak ler...

Tuesday, 9 June 2009

Beehoon Goreng

Photobucket

Thursday, 4 June 2009

Bila virus M datang...Maggie ler yang terhidang

tapi dalam malas tu ada skiiiittt rajin...so, tumis ler skit bawang, masukkan isi ayam, sayur dan telur buat rencah...:)).
Masa ni Inchik hb makan di luar dengan urusannya...layannn!

Photobucket

Wednesday, 25 March 2009

Rojak Mee

Rojak pasembor simple...

Photobucket

masing-masing ada style masing-masing dalam menyediakan rojak ni...
ini cara aku buat rojak...senang jer, ikut apa yang ada kat dalam peti sejuk...

biasanya aku akan sediakan:-

cucur bawang(tepung gandum, daun kucai,taugeh,bawang, garam, serbuk kunyit)
telur rebus
timun potong panjang(style batang mencis)
daun salad
sengkuang
tauhu
mee kuning
Kuah Passembor

** kali ni nak letak resipi kuah passembor yang aku selalu buat, aku ambil resipi Kak nis yang duk kat singapore tu...then aku alter skit ikut apa yang ada.

3 ulas bawang merah- kisar halus
2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan kacang tanah-goreng tanpa minyak, kisar kering
2 sudu besar bijan-goreng tanpa minyak
2 sudu besar air asam jawa
1 biji kentang saiz sederhana- buang kulit dan rebus hingga empuk, kisar halus dengan sedikit air.
1/2 cawan air
Sedikit Gula merah (2-3 sudu besar)
gula pasir secukup rasa(kalau dah cukup manis tak payah buh)
garam
minyak untuk menumis.

Tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan serbuk cili. goreng lagi(1 min)
masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air. didihkan
masukkan ubi kentang kisar, didihkan
masukkan gula merah
perasakan garam dan sesuaikan rasa gula.
masukkan kacang tanah yang telah di kisar tadi...didihkan dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan bijan...tinggalkan sedikit bijan tadi untuk tabur di atas kuah ketika dihidangkan!

Friday, 20 March 2009

Mee Segera Hailam

Celur mee segera, jgn lama2 sgt...kalu lembik tak sedap dah. pas tu buat kuah mee hailam. Masa nak makan baru curahkan kuah...yummy!! pada aku best daripada guna mee kuning...pas tu pulak mkn dengan cili jeruk...perghhhh!!

Photobucket

Saturday, 7 February 2009

Mee Goreng

Arini breakfast mee goreng jer...Lunch pun makan mee goreng jugak!!
mee kuning tak ada dalam stok, aku guna spagethi jer...!

Friday, 5 December 2008

Beehoon Sup

2 minggu lepas aku ke Manchester..ada jamuan makan-makan, salah satu hidangannya ialah beehoon sup...

hoosup

Kes tak puas makan, balik rumah aku buat pulak...
Resipi biasa-biasa jer, tak ada yang luar biasa!
Tengok gambar jer lah key..

Sunday, 14 September 2008

Mee Hailam

meehailam


mee hailam sempoi..cuma letak daging dan telur

Wednesday, 13 August 2008

Mee Goreng

Mee Goreng untuk breakfast..2 hari lepas aku beli egg noodles kat Tesco, semalam baru bercadang nak goreng. Semasa nak menggoreng baru terperasan egg noodles tu dah expired, adeeehhh...macam dah terasa kat tekak ni, bahan-bahan nak goreng mee pun semua dah tersedia. Nasib baiklah ada spagethi kat dalam almari doraemon..dapat jugak ler aku makan mee goreng. Resipi biasa-biasa saja. Korang masak pun lagi sedap, layan gambar jer lah ekss

mee

Saturday, 17 November 2007

Laksa Thai


Sedap...sekali makan kalu tak 3 mangkuk tak sah!!

tengok resipi

Tuesday, 16 October 2007

Mee Rebus

Resipi kawan aku, Syafiza dari Perlis...

Bahan
  • 10 ulas bawang putih- kisar
  • 15 ulas bawang kecil- kisar
  • 1/2 inci halia- kisar
  • 1/2 kilo daging- dadu kecil
  • 1/2 kilo ubi kentang - Rebus dan kisar
  • 200gm udang kering
  • 4-5 sudu cili kisar
  • 4-5 sudu cili sos
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit, myk masak utk menumis
************
  • mee kuning( spagethi pun bole la )
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
Cara
  1. Tumis bawang putih, bwg kecil dan halia.
  2. Masukkan cili dan cili sos, goreng lagi
  3. masukkan udang kering kisar, kacau lagi
  4. masukkan daging, kacau 5 minit
  5. masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
  6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  7. Bolehlah dihidangkan...isikan didalam sebuah mangkuk dengan mee, taugeh, telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi...
  8. kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah ditambahkan air.


Friday, 5 October 2007

Nasi Kerabu vs Mee Goreng

mmmmm....yummy...yummy


Nasi Kerabu

Resipi koleksi Mesra.net dan teratak chetam

Nasi Kuning

4 cawan air
kunyit di tumbuk
5 1/2 cawan air
serai

-Tumbuk kunyit, tapis ambil airnya
-masak nasi seperti biasa, masukkan air kunyit tadi bersama serai yang di ketuk

Ulam

Bunga kantan
serai
kobis
daun kesum
kacang panjang
batang timun
taugeh

- Diracik halus

Kuah Tumis

5 ulas bawang merah
6-7 tangkai cili kering
satu tin(400ml) santan pekat
Manisan (gula melaka) secukupnya
sedikit halia
sesenduk budu/30 gm belacan* salah satu
Air asam jawa

-Kisar cili kering,bawang merah dan halia.
-Didihkan santan, masukkan bahan kisar
-masukkan serai yang di ketuk dan budu/ belacan
-perasakan dengan garam dan gula.
-didihkan hingga pekat dan pecah minyak

Sambal Kelapa

200gm kelapa parut
3 ulas bawang merah
ikan kembung yang telah dipanggang
sedikit lada hitam
sedikit halia
garam dan gula secukupnya

-Ambil isi ikan, tumbuk lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut.
-masukkan garam dan gula
-goreng tanpa minyak hingga kering dan nampak berderai

Cili jeruk

10 tangkai cili api
2 sudu kecil cuka makan
sedikit air masak
garam
gula

-hiris cili kecil-kecil, campurkan cuka , air, garam dan gula
-perap sekurang-kurangnya 2 jam.
-kisar kasar


* hidangkan bersama keropok ikan