Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, 13 July 2009

Ikan Sardin Masak Asam Pedas

Lagi layan gamboooooo.....

Photobucket

Tuesday, 2 June 2009

Sambal Ikan Bilis dan Kentang

Photobucket

amik resipi ni kat MyR...aku suka sgt...tapi hb tak suka pulak :(.

segenggam ikan bilis
1 biji kentang saiz sederhana - potong baji
3 ulas bawang merah- kisar
1 bawang putih-kisar
2 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1 sb madu
garam secukup rasa

goreng kentang hingga empuk dan kekuning-kuningan-ketepikan
goreng ikan bilis hingga garing - ketepikan
panaskan minyak...tumis bawang kisar bersama cili. hingga naik bau dan garing sket...
masukkan sos tiram dan madu...kacau rata.
tutup api. masukkan ikan bilis dan kentang. gaul sebati.
hidangkan.

Friday, 15 May 2009

Kari Ikan Masin dengan Nenas

Photobucket

Monday, 30 March 2009

Sambal Goreng Kering Berapi

Ikan Bilis dan cili api....

Photobucket

5-6 tangkai cili api( bole tambah atau kurangkan)
segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula

goreng ikan bilis hingga garing- ketepikan
kisar bawang, garam dan cili api
panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga garing...lama2 skit kat atas api dgn api kecil.
masukkan air asam jawa...goreng lagi hingga kering.
perasakan gula dan sesuaikan rasa garam.
last sekali masukkan ikan bilis...tutup api, gaul sebati ikan bilis dan sambal cili api...

**tahan lama...pedas berapi, boleh menitiskan air mata...muahahahah

Friday, 13 February 2009

Siakap Kukus

rior (5)

Resipi yang diambil daripada MyR oleh CMG..Merupakan himpunan resipi Chef Florence Tan...
aku kopipes jer...Ini adalah kali kedua aku buat ikan kukus resipi ni, yang mula-mula aritu tak sempat nak amik gambar kluar jer dari kukusan trus gone!! mmg yummy
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Tuesday, 20 January 2009

Keropok Lekor Perantau Style Aku

Collage83

Teringin nak makan keropok Lekor, tapi sebelum ni tak dapat seperti yang aku inginkan...
dah lama buat xperiment ni, kali ni rasanya dah berjaya...

Kat UK ni tak pernah jumpa tepung sago kat kedai, tepung ubi tu ada ler...kalau ikut tekak aku ni , tak sempurna kalau buat kropok lekor tanpa tepung sago.

Dah habis fikir, akhirnya timbul idea nak buat keropok lekor pakai bijik sagoo...
jom tengok macam mana aku buat...

Bahan

320gm isi ikan ~ aku guna ikan tenggiri frozen jer
250gm biji sagoo ~ rendam 30min atau lebih dan toskan airnya
garam secukup rasa
1/2 sudu teh baking powder- optional
1 sudu teh kiub pati ikan bilis~ optional
1 sudu teh serbuk lada sulah~ optional
tepung ubi secukupnya untuk tabur di papan canai supaya tidak melekat pada tangan ketika menggentel

Cara

**pastikan biji sagoo di toskan betul2 untuk pastikan adunan lembik...less water much better!
-Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
-Masukkan semua bahan kecuali tepung ubi ke dalam food prosessor/blender, kisar hingga
hancur dan sebati~ kalau ada biji sagoo yang tak hancur biarkan jer.
-Lumurkan tangan dengan tepung ubi dan taburkan papan canai dengan tepung ubi juga.
-Ambil sedikit adunan sebesar 2x bola pingpong, gentel memanjang(ikut saiz sendiri pun tak
per) dan terus masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
-Sambil menggentel sambil merebus buat hingga semua adunan habis.
-Mana-mana terapung maknanya dah masak ler, angkat dan toskan.
-Potong dan boleh lah di goreng

Thursday, 11 December 2008

Kari Ikan Tenggiri ala utara

ikantenggiri

Style my MIL..

Orang utara memang buat style cenggini..betulkan kalau aku salah key...Sedap sebab rasanya masak-masam sket dan tahan lama.. Lebih kuah kari ni leh cicah ngan jemput-jemput bawang atau roti canai untuk breakfast keesokkan harinya.
Berbeza dngan style mak aku buat kari ikan( org N9)..Orang N9 pakai banyak santan dan tak letak halba campur...tak pakai asam jawa, letak asam keping jer...
Meh ler tengok orang Penang punya kari ikan...ini ikut style aku mengikut pemerhatian aku masa MIL aku memasak..
Sorry...sukatan ni biasanya aku belasah jer, kali ni aku cuba sukat..so adjust ler mana-mana ikut selera masing-masing.

Bahan

3-4 potong ikan tenggiri
2-3 sudu Rempah kari ikan- Biasanya aku guna Jenama Babas
1 sudu besar halba campur
beberapa tangkai daun kari
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air suam
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan cair
1/3 cawan minyak masak
Sayur Bendi secukupnya

Panaskan Minyak
Tumis daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah. Biarkan kekuning-kuningan.
Campurkan rempah kari bersama dengan air suam, masukkan ke dalam bahan tumis tadi..biarkan 5-10 minit, selalu di kacau.
Masukkan air asam jawa, didihkan lagi..
Masukkan santan cair, didihkan.



Masukkan ikan, didihkan 5-10 minit dengan api yang kecil.
Akhir sekali masukkan sayur bendi, renih lagi hingga bendi masak...
bolehlah dihidangkan..

Friday, 28 November 2008

Ayam Golek sukahatiku

Collage69

layan gambar lagik..

Wednesday, 26 November 2008

Kobis Gulung

kobisglg

Resipi Kak Ringo@ Hani yang duk kat jepun nuuu...aku rasa ini mungkin makan orang Jepun, sedap ngko!! Aku makan gitu jer , nak buat pun senang. Aku peram resipi ni dah hampir 2 tahun, kali ni baru sampai seru nak buat...Thanks pada empunya resipi.

Resipi kejap2 lagi ler, aku nk pi mandi jap..ahakksss
kalau nak cepat pi cari kat myresipi nu, aku pun korek dari situ gak

Friday, 7 November 2008

Ikan Kembung Kukus

kembung

Bersihkan ikan, lumurkan dengan garam kemudian kukus sehingga masak..Makan dengan Air asam ketika panas-panas, terangkat gitu!! selama ni tak pernah buat sendiri pun, masa di Malaysia dulu Kantin sekolah tempat aku mengajar tu ada lah jual lauk nih. Memang aku akan book awal-awal kat pakcik kantin tu supaya simpankan untuk aku lauk ni, kalau tak pesan memang tak merasa...waduhh, rindu plak lauk ni dari air tangan makcik kantin !

Monday, 4 February 2008

Sambal Tumis Ikan Bilis


Sedap di makan bersama nasi lemak ataupun nasi biasa...Kalau kat Negeri Sembilan, makan bersama pulut kuning...uikksss sukanyerrrr!! Aku baru dapat ikan bilis fresh dari Malaysia, masa baru terima parcel ni jantung aku dag dig duk you!!! ikan bilis kat sini tak best, mcm hampehhhh,...kuikuikui!!! Resipi campak-campak juga, semua orang dah tau ..tapi tempek jugak di sini aku cuba buh sukatan key!!


Bahan

Segenggam Ikan bilis
1 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar-potong baji
1 ulas bawang putih- hiris nipis
garam secukup rasa
1 sudu besar gula/secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar santan pekat
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis(optional)
minyak masak

Cara

Goreng Ikan bilis separa masak, sebelum diangkat masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sekejap biarkan bawang layu sedikit, angkat dan ketepikan sekejap.
Minyak yang sama, tumis cili kisar bersama sedikit garam hingga garing dan terbit minyak- lama skit pun tak apa.
masukkan ikan bilis , kacau
Masukkan Air asam jawa, kacau lagi
Tambah santan pekat , gula dan serbuk pati ikan bilis, sesuaikan rasa.
Selalu dikacau hingga sambal agak pekat.
Angkat dan hidangkan

Friday, 18 January 2008

Masak Lemak Cili Api

Kisah dah basi...hari isnin lepas hari masak lomak sedunia!!!

1 liter Santan
4 sudu besar cili api di kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 keping ikan tenggiri/salmon / 25 ekor udang saiz sederhana
Tomato/kacang panjang/kacang Buncis
1 keping asam gelugor

Cara

Satukan santan, cili api, sebuk kunyit, asam keping dan garam- didihkan dan sentiasa di kacau
masukkan ikan/udang, didihkan lagi dan kacau sedikit.
masukkan tomato/kacang panjang/kacang buncis, biarkan 2-3 minit. sesuaikan rasa garam.
Angkat dan hidangkan

Wednesday, 9 January 2008

Ikan Bakar Sonang


Time malas-malas ni, ikan bakar ler yang paling senang nak buat...dapur pun tak berminyak!! kita cuma perlukan ikan secukupnya(aku guna ikan Meckerel), serbuk kunyit/sedikit rempah kari dan garam secukup rasa...Lumurkan ikan dengan bahan tadi, pas tu bakar, senang jer kan!!! sedap di makan dengan air asam atau sambal kicap ketika masih panas. Kali ini aku buat pencicah sambal kicap, lately hb aku "tersuka" pulak makan sambal kicap..kalau dulu tengok pun tak mahu! sayur campur malazzz, campak-campak jer!!!

Thursday, 1 November 2007

Ikan masin oh ikan masin

Makanan favorite hb, sejak aku kawin dengan dia aku pun dah tersuka pulak makan ikan masin stail macam ni...

Ikan masin Talang di goreng garing bersama bawang, ala - ala makanan orang berpantang selepas bersalin...rasa-rasa ikan masin meresap ke dalam bawang, hidangkan bersama-sama minyak gorengan ikan masin tadi lepas tu makan nasi panas-panas....ummmmpppphhh sodap!!!