Saturday 14 February 2009

Valentine Day

Hari ini Valentine day...esok birthday my lovely Icha!!
Happy Birthday Icha(in Advance)...sayang anak mama, muacch!!muacch!!muacch!!
kek tarakkk...sbb actually masa ni aku sepatutnya kalut buat bekal untuk kami pi "cuti-cuti Europe"(Berlin saja), tiba2 aku leh cilok ker blog pulak...muahahaha...
Lepas balik dari sana baru plan something special for my girl...
Sibuk sangat sejak semalam kat dapur sampai dah nak kebas jari jemari ni...pagi ni aku nak buat Bee hoon Goreng, Rendang Ayam dan saki baki brg2 yg blum siap di pack nak kena settlekan, kek coklat ada buat semalam, kalau sempat kang aku deko skit utk bawak pi rumah kawan..Sekarang dah pukul 8.15am nk btolak pukul 12pm...sempat ker?? belasah jer labuuuuu!!!

Meh singgah tgk Icha sejak 3 tahun lepas kat sini

** Berita terkini...masa aku tgh menaip ni, Anak aku Ryan trun lalu kat sini pas tu tiba-tiba dia kata..."wow, kedekut Ryan!!" kikikiki sebenarnya nak cakap terkejut....
kacau btul anak teruna anak aku ni, mis vocab Melayu...hahahahhahha

Friday 13 February 2009

Pulut Kuning

rior (10)

Pulut yang ada skit2 dalam simpanan aku satukan...dapat ler untuk kami anak beranak makan untuk breakfast sorang sikit(x bole tambah...ahahha)
ikut selera hb, makan dengan kari daging dan telur dadar...

Sayur Bendi Goreng

rior (8)

Peberet aku...mkn ngan nasi panassss

Ramuannya...

bawang merah*
bawang putih*
ikan bilis*
cili merah di hiris
sayur bendi...potong serong

tumbuk kasar bahan bertanda *


bawang dan ikan bilis tu goreng sampai agak2 garing skit, lepas tu masukkan cili merah dan sayur bendi...goreng macam goreng sayur biasa...siap!!

Pajeri Nenas

rior (15)

Masih berasap...panas-panas!
Kesukaan Inchik hb...

Cilok resipi MIL...katanya nak buat ni senang jer...ikut resipi Kari daging, lepas tu nanti bila dah hampir-hampir masak masukkan kerisik dan gula merah/gula melaka ikut citarasa...kalau nak kuah pekat letak ler kerisik tu lebih skit...Biasanya Pajeri ni rasanya manis-manis, sblm kawin ngan inchik hb aku mmg tak pernah teringin nk mkn Pajeri..sejak kawin ngan dia baru ler belajar makan skit-skit...

Siakap Kukus

rior (5)

Resipi yang diambil daripada MyR oleh CMG..Merupakan himpunan resipi Chef Florence Tan...
aku kopipes jer...Ini adalah kali kedua aku buat ikan kukus resipi ni, yang mula-mula aritu tak sempat nak amik gambar kluar jer dari kukusan trus gone!! mmg yummy
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Saturday 7 February 2009

Kuih Bakar/Kemboja- Aku nak oven plzzzzz

Baru nak warm up...arini aku try oven kat rumah sewa yang baru ni. Untuk tidak terlalu mengharap aku try buat kuih bakar kemboja untuk projek mengetes ni...hasilnya sangat mendukacitakan, menci!!!

Oven tu dah tua, aritu masa mula2 nk masuk rumah ni aku dah suh landlord tukar oven baru tapi katanya oven yang ni masih boleh guna...aku diam jerlah!! sekarang dah ternyata oven ni hampehhh, sebelum bakar kuih ni aku panaskan oven 1jam lepas tu try bakar kuih ni sampai berjanggut tak masak-masak...biasanya aku bakar kuih ni 30min jer tapi bila guna oven hampeh ni makan masa sampai 2 jam lebih baru terhegeh-hegeh nak masak, itupun macam padat jer texture kuih bakar aku..Kena komplen kat landlord,aku tak kira.. aku nak oven baru...nak jugak..nak jugakk!!!

Hidup tak bermakna tanpa oven!!...cooker landlord ni dah memang buruk ok, memang layak di tukar baru! Tak kuasa aku nk berbelanja beli oven semata2 nk pakai kat sini sekadar sementara sebab aku berangan nk beli oven besar yang 'build in' kat kabinet rumah aku kat Bangi nuuuu...Aku dah ushar dah kat sini jenama Zanussi, dah berkenan habiss!!

uikssss...boring betul ler nk membaking terbantut jer!!!

Mee Goreng

Arini breakfast mee goreng jer...Lunch pun makan mee goreng jugak!!
mee kuning tak ada dalam stok, aku guna spagethi jer...!

Wednesday 4 February 2009

Anak Sakit

Salam...Rindu nak beraksi di sini...
Tapi...
Lepas pindah rumah.. Icha pulak sakit, masuk hospital 6 hari kerana 'Kawasaki Disease'...Penyakit yang jarang jarang berlaku. Kalau tengok kat internet, penyakit ni menyerang 8 orang diantara 100,000 orang kanak-kanak yang berumur antara 0-5 tahun...
Rentetan lanjut akan menyusul di Coretan Hati bila ada kelapangan nanti...Nampaknya dapur tak berasap untuk beberapa waktu lagi sebab aku baru jer pulang dari hospital hari ni, Perlu memberikan perhatian lebih sikit kepada Icha.