Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Thursday, 4 June 2009

Laksa Sarawak

Photobucket

Dah buat pes kena lah buat laksa kan....

resipi ni pun ikut resipi Dayang Jack juga...TQ kerana bermurah hati share resipi ni, soooo yummy :). Aku buat 1/2 daripada sukatan di bawah...

150gm pes laksa
1 peket bee hoon , di celur
200 gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu..(tak letak, sbb tak ada)
100gm taugeh
3 ketul dada ayam(rebus dan racik, aku simpan air rebusan ayam tu)
11/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai(ketuk)
sedikit daun ketumbar/daun sup(racik)
1 helai daun limau purut(aku x ada ni)
4 biji limau kasturi(aku guna lemon)
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur di goreng dadar, nipis...dan hiris)

Panaskan air hingga mendidih(aku pakai air rebusan ayam), masukkan udang dan rebus sampai masak, keluarkan udang.
Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi bersama cili kisar dan serai..didihkan dengan api perlahan., masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula. siap!

sambalnya:-

tak ada sukatan, sukahati ler ekss sbb aku tak buat sambal ni..aku makan dengan sambal belacan biasa jer pun dah best!

Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering di kisar halus.
Tumis cili hingga pecah minyak,dan masukkan bahan kisar yang lain...dan masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa.

cara hidang Laksa:

masukkan bee hoon dalam mangkuk
letak bahan tabur iaitu:-

- daun ketumbar
-hirisan telur dadar
-taugeh celur
-isi ayam yang telah di racik
-Tauhu
-hirisan limau purut
-sambal/sambal beacan.

pas tu letak ler kuah, boleh ngap!

Pes Laksa

Pes Laksa Sarawak ni ikut resipi Dayang Jack@myr, TQ sooooo much!...errrmmm sedap, sama jer rasanya mcm laksa yg org buat guna pes ready made....masa proses pes ni pun boleh tahan jugak renyahnya, aku buat 1/2 daripada sukatan yang diberi....hasilnya boleh buat laksa 3 kali. Lagipun aku makan sorang jer sebab org dlm rumah ni alergik belacan dan udang...:)

Photobucket

*16 biji bwg merah
*8 ulas bawang putih
*20 tangkai cili kering(buang biji, rendam)
*7 biji buah keras
*5-6 batang serai
*1 inci lengkuas
*1 kuib belacan(bakar)
1 camca sederhana jintan manis(sangai)
1 camca sederhana jintan putih(sangai)
1 camca sederhana ketumbar(sangai)
1/2 cawan kacang tanah((goreng tanpa minyak)
1/2 cawan bijan(goreng tanpa minyak)

kisar lumat bahan bertanda *
kisar rempah yang telah di sangai dengan pengisar kering dan satukan dengan bahan*
kisar kacang tanah dan bijan dengan pengisar kering dan satukan dengan bahan *
siap untuk digunakan...
kalau nak simpan lama:-
tumis pes tadi dengan minyak, masukkan sedikit garam, gula dan perahan air asam jawa...masak lama sket.

Saturday, 20 December 2008

Laksa Beras

Dulu, masa mula-mula kenal laksa tak pernah pakai yang segera memang buat jer.

Sejak dah pandai pakai laksa segera langsung tak pernah buat laksa beras ni hinggalah suatu hari, masa aku buat open house hari tu terbeli laksa yang hampeh...kuah laksa dah buat seperiuk besar, tapi..terbeli laksa jenama cap "jamban" memang langsung tak boleh recycle yang terpaksa di 'tongsampahkan'...dalam waktu sangat singkat dan agak panic tu barulah teringat semula pasal Laksa Beras, stok tepung beras pun mantap dalam simpanan...Sib baik sempat jugak buat untuk menjamu para tetamu..Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya.

Sekarang ni dah tak beli Laksa segera, buat jer lagi senang! Resipi campak-campak tapi tak pernah tak jadi...cuba arr!!

laksa

Bahan

500gm tepung beras
air panas mendidih secukupnya
acuan maruku
Periuk pengukus

**Masukkan air panas mendidih secukupnya ke dalam tepung besar, gaul dengan senduk kayu sehingga adunan boleh di kepal-kepal.
Panaskan kukusan
Masukkan adunan ke dalam acuan maruku, tekan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Setelah masak, masukkan laksa tadi ke dalam air sejuk(air paip) sekejap sambil di kirai-kirai sedikit kemudian toskan airnya
sedia untuk dihidangkan

laksaaa

ini laksa malas!!...huhuhu

Saturday, 17 November 2007

Laksa Thai


Sedap...sekali makan kalu tak 3 mangkuk tak sah!!

tengok resipi