Showing posts with label Mendeco kek. Show all posts
Showing posts with label Mendeco kek. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

Chocolate Cake again



Buat kek ni atas permintaan anak teruna aku yang satu...untuk majlis pot luck sambutan hari guru,kali ni untuk sekolah agama beliau...Design yang tah hapa-hapa!

Best no bake cheese cake again(mango topping)





Buat cheesecake ni untuk besday anak Kak Zu, rakan sekerja...happy birthday Syahirah!
aku dah stick dengan resipi ni sebab rasanya yang memang best...kali ni buat guna topping mango pulak. Hiasan pun ikut apa yang terdapat dalam lemari Doraemon ku!

Untuk kawan-kawaan yang tercari resipi cheese cake....aku retype semula.

200gm biskut digestif yang telah dihancurkan
100gm butter cair
2 cwn whipping cream
2/3 cwn gula
250gm cream cheese
topping manggo
1/2 cwn air panas
2 sudu besar gelatin
2 sudu besar lemon juice

1)Gaulkan biskut dengan butter cair hingga sebati, masukkan ke dalam loyang spring foam...tekan dan padat-padatkan biskut tadi. masukkan ke dalam peti air selama selama 10-15 min...lama skit pun tak per...
2)Bancuh air panas dengan gelatin..biarkan larut
3)pukul whipping cream hingga bertanduk, ketepikan.
4)pukul cream cheese bersama gula dan lemon juice hingga adunan sebati, masukkan larutan gelatin tadi, kacau hingga sebati.
5)masukkan whipping cream yang telah di pukul tadi ke dalam adunan cream cheese, kacau sebati.
6)masukkan adunan cheese ke atas adunan biskut yang telah dipadatkan tadi. Hentak loyang supaya adunan cheese sekata dan tiada lubang udara yang terperangkap. tutup permukaan atas loyang dengan aluminium foli.
7)Simpan di dalam peti sejuk semalaman
8) Letakkan toping mango di permukaan atas kek.Hias ikut kreativiti masing-masing...sedia untuk di makan!

Monday, 9 May 2011

Kek Coklat



Kek untuk anakanda Kak Wa...harap-harap keknya ok, kalu ada mana-mana yang memuaskan hati tu maaf banyak-banyak yer

Thursday, 28 April 2011

Kek Coklat



First time amik order kek kat sini...perasaan yang mula-mula aku rasa ialah gemuruh dalam masa yang sama excited sebab peluang-peluang yang macam ni jer baru dapat nak mencuba atau nak try skill yang tak berapa ni hebat ni...maklum ler, Amatur yang premature
hekhekhek!!
Malam tadi mata tak berapa nak lelap, risau rasanya hati kalau terjadi apa-apa yang tak diingini pada kek tu dan terfikir-fikir juga apa akan jadi kalau apa yang aku plan tak menjadi...phewww takuttt, walaupun setakat projek puluh henggit tapi risaunya mcm buat projek mega juta-juta gitew!
Kalut sikit, maklum ler buat kek weekdays ni, masa sangat cemburu,..kek dah masuk kotak baru teringat nak amik gambar...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ini ialah first step aku, next week ada lagi satu asignment..mudah-mudahan allah permudahkan segala urusan dan impian aku. aminnn!!

Kek coklat ni kawan sekerja yang minta untuk majlis besday anaknya yang akan di buat di Nursery esok....Design lebih kurang macam kek birthday Icha yang pernah aku buat dulu-dulu...

p/s: tak sabarnya nak pegi kelas baking pada 1 mei ni...

Sunday, 27 February 2011

Belanja kengkawan kat tempat kerja....

Devil choco cake
puff sardin

Tak sempat nak celoteh panjang-panjang...bb dah marah nak tido!

Happy Birthday Rissa Nadia


Kejadian dah lama berlaku...tapi baru berkesempatan nak update dekat Blog...Tanggal 15 febuary 2011, genaplah usia Icha yang ke lima tahun...semoga anakanda dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki...kejap jer Icha dah 5 tahun...menandakan maknyer pun dah makin tue!

Black Forest Cake...ermmm, seronok sangat-sangat sebab kek Black Forest aku ni sangat menjadi seperti yang jual kat Bakery tu...lalalalala.

Actually nak buat kek yang ada karekter, aku nak buatkan kek princess seperti yang pernah aku buat untuk dia 2 tahun lepas...tapi tuan punya badan tak nak sebab malu ngan kawan-kawan katanya, dia nak kek yang ada flower atau buah-buahan sahaja...mamanya yang terlebih excited ni terpaksa ler akur jer dengan permintaan tuan puteri...pas tu, masa aku sibuk-sibuk mendeko kek ni, besday girl datang wat lawatan follow up progress...pas tu dia cakap kat aku macam ni.."errmmm, ok ler mama.... Icha nak kek princess lah", boleh gitu!!!

Terlajak perahu boleh ler di undur, terlajak kata mana bole nak suka-suka hati nak tukar-tukar kan...so, dengan rasminya kek besday Icha tahun ni ialah Kek Black Forest yang dipenuhi dengan ceri ni...

lolli chocolate tu ialah jajan utk kawan-kawan dia yang hadir pada hari tersebut, mula-mula nak buat coklat yang berkaler-kaler...tapi masa tak mengizinkan, cuma itu jer yang termampu aku buat, jajan yang lain cuma tunjuk jer kat Giant...,Kebetulan Birthday Icha tu jatuh pada hari Selasa bersamaan 12 rabiulawal, iaitu cuti umum aku pun buat ler jamuan serba ringkas...jemputan tak ramai...cuma jiran sebelah menyebelah rumah, jiran depan rumah dan jiran sebelah taman perumahan aku...4 keluarga semuanya!Antara menu express yang terhidang...Scallop ayam(mydin mari), passembor, mee goreng dan donut....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar!

Berbalik kepada cerita Kek Black Forest aku tadi...aku adun 2 adunan kek span coklat.resipinya dah banyak kali letak kat blog ni Lapisan di antara 2 kek tersebut aku letak dengan black cherry filling(blueberry filling pun ok) kemudian aku lepa dengan non dairy whip cream. Permukaan atas kek juga begitu..aku letak black cherry filling dulu sebelum aku lepa keseluruhan permukaan kek dengan non dairy whip cream...
Bila dah siap , terasa macam besar sangat pulak kek tu..tengok jer lah gambar masa Icha tiup lilin kat atas...errmmmm, aku agak-agak dlm 3-4 kilo gak saiz berat kek ni...sib baik habis, bila tetamu dah balik tinggal kat kami anak beranak 1/4 bahagian kek jer...esok pagi nyer selesai semua kek tersebut di ngap!!

Tuesday, 15 February 2011

Devil Choc cake





Idea kombinasi cream cheese dan chocolate yang sememangnya yummy...tapi sayang sekali keknya tak berapa kick pada aku, hasil kek yang agak kering dan sedikit keras...errrmmm atau aku yang buat kesilapan??...next time nk guna resipi kek coklat yang lain...

C & P dr blog kak Nor ganu kiter
sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8"

Saturday, 12 February 2011

Chilled Mango Cheesecake

Kes teruja tengok cheesecake terposing kat DTS CMG, so aku pun terus pi shopping beli manggo ...cheesecake ni senang jer tapi aku susahkan diri aku dengan menambah sana sini serba sedikit seperti tambahan susunan buah mangga kat atas tu then aku lapiskan dengan lapisan agar2 di bahagian atas sekali..mango emulco mmg lama dah ada dlm simpanan, so aku letak skit bg wangi...bahan lain aku tiru sebijik2....

next time aku nk letak gula lebih skit sbb aku rasa cheesecake ni kurang manis sbb aku guna icing sugar...lagi satu, air suam yg 125ml tu aku rasa next time aku nk kurangkan kpd 60-70ml jer sbb mcm lembik sket

resepi ni aku kopipes dr blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie aku guna biskut digestive
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk

Tuesday, 21 December 2010

Fruit Cake Kak Hamsini


amik resipi ni kat blog kak Hamsini , bahan-bahan pun tak banyak dan cara pembuatannya pun senang...Aku kukus selama 4jam, dan aku balut dengan fondant icing, satu lagi projek utk hantaran pertunangan adik aku minggu lepas...first time balut kek buah dgn fondant.., sblm balut tu sapu seluruh permukaan kek ngan apricot glaze .mencabar jugak, hasilnya deconya so-so jer mana leh lawan geng2 yg dah pro...

Kak Ham...mintak Izin C&P yer...

Kek Buah Kukus

Bahan2


1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*


4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.


2.Panaskan pengukus


3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.


4.Masukkan ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser.


5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je


6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.


Selamat mencuba....

Sunday, 28 November 2010

Chocolate Cuppies with fondant deco


Sebelum Make over

Selepas


Yummm..yummmm...Mad about pink!! Sekarang ni warna pink sangat-sangat menjadi pujaan hati ku...tengok ler cuppies ku ini, terserlah ke Shabby chic nyerrr kan, I like!!

Satu lagi eksperiment cuppies untuk hantaran pertunangan...aku tersangatlah happy dengan hasilnya, tapi ada skit2 yang kecil-kecik yang perlu di alter. Fondant putih yang menutupi cup cake tu pada asalnya nak buat permukaan yang berteksture, tetapi disebabkan cup yang aku pilih kali ni bercorak polka dot putih atas dasar pink so aku rasa sudah cukup dan tak perlu terlalu sarat....

Resipi ulangan, di cedok dari MyR...aku pernah buat sebelum ni, tapi kali ni aku rasa lebih berjaya daripada hasil sebelum ni..texture cake sangat halus, gebu dan lembut.kurang manis...mungkin aku guna Icing sugar... First time membaking selepas balik dari UK, lama dah bercuti...lebih kurang setahun wooo!!!
A.

1 1/4 cwn tepung gandum(aku guna tepung super fine blue key)
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

B.
2 biji telur
1 biji kuning telur
3/4 cawan air

C.
157gm butter(aku guna jenama SCS)
1 cawan gula halus(aku guna gula icing)

Cara

1. Campur semua bahan A, ayak dan ketepikan
2. Campurkan semua bahan B, kocakkan sedikit
3. Pukul bahan C hingga kembang.
4.Bila bahan C dah kembang...perlahankan speed mixer, masukkan bahan A dan B sedikit demi sedikit berselang seli ke dalam adunan hingga habis. sebatikan.
5. Tuangkan ke dalam adunan 10" atau cup kertas.
6. Bakar 180C/1 jam @ hingga masak...kalau guna cup kertas jgn tunggu sampai sejam, agak2 dah masak boleh angkat>< 30min-45 min

kalau nak coklat topping>>>>>

125gm coklat masakan
68ml whipping cream
5 gm butter

1 .cairkan coklat, guna kaedah double boiler.
2. didihkan whipping cream dlm periuk, tutup api dapur.
3. Masukkan coklat, pukul sedikit hingga pekat.
masukkan butter, biarkan sejuk sebelum di letakkan di atas kek.

Friday, 19 February 2010

Kek Birthday


Last cake before pack all the baking stuff...
Happy Birthday to my daughter Rissa Nadia..
15 Feb 2010~ 4 years old.

Kek ni dah selalu buat...resipi ada dalam blog ini...
cuma kali ni aku buat kek coklat kukus sebab oven aku dah gol,
api bawah oven dah tak berfungsi..yg tinggal cuma api grill shj.
Untuk topping ganache ,aku guna milk cooking chocolate..
so kolornya agak pudar dan kurang menyerlah..
kalau pakai dark cooking chocolate baru nampak lebih umph kan!

Atas permintaan my doter, kek coklat ni aku hias dengan gambar princes edible image dan sedikit hiasan bunga ala2 sun flower tapi kolor pink...

Actually image princess tu aku beli dr Ebay, aku ingatkan ready to use...
tapi rupanya image princes tu cuma di print pada rice paper shj...
so, tak sesuai utk terus letak atas coklat kek tu...
terpaksa lah aku alter skit dengan menampal image tu atas fondant yg aku gelek nipis.
aku gunakan golden sirap sebagai agen pelekat...lepas tu baru ler boleh hias atas kek..

ni Resipi kek coklat yag aku ambil dari MyR..
kopipes sj...
  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam

Friday, 18 December 2009

Death by Chocolate cake for hari raya aidil adha


Dah banyak kali buat kek ni, mmg sedap...macam biasa bahagian dalam cuma kek span coklat

Wednesday, 18 November 2009

Black Forest

Atas permintaan kawan yang tetap setia order kek aku...
suka sgt depa ni ngan Ala-ala kek Black Forest aku ni...

Photobucket

**Kek Span Coklat yang sudah di belah 2, lapis bawahnya aku aku siram sedikit dengan juice prune dalam tin...kemudian aku susun buah prune di atasnya, aku lapiskan dengan whipping cream, aku tutup dengan kek span yang sebahagian lagi di atasnya. lepas tu aku siramkan dengan lebihan juice prune yang tinggal di bahagian atas kek span...tutup seluruh permukaan dengan whipping cream, Hias ikut selera...

resipi dah pernah letak :))

Birthday Mr hb

Photobucket

Resipi Death by Chocolate cake...dah ada kat dalam blog ni...empunya resipinya ialah Cik Puan Nanee Hamid yang duduk kat Sg Petani nuuu...Aku ganti kek coklat kat dalam tu kepada kek span coklat supaya tak ler berat sangat rasa coklatnya...Anak-anak aku suka kek ni, kata Ryan macam makan kek ice-cream..ehehehe, aku pun suka tapi tak bole makan selalu bahayaaaaaaa!!!

Happy Birthday darling!!

Thursday, 22 October 2009

Birthday kek

Baru nak terrajin sket nak upload gambo, broadband plak lembab! adeyyy, memang saja jer tau x nak sokong aku dlm usaha murni aku nak membersihkan sawang2 ni...cehh!!

Namun demi kawan2 aku yang kat sini....
Sekali lagi kek birthday setelah sekian lama aku berselimut dalam kepongpong batu!





Hasil macam biasa ler...tetap maintain comot :))
kek Coklat dengan Butter Icing dan sedikit fondant, Nama tuan punya kek terpaksa dirahsiakan.

Sunday, 30 August 2009

Kek Anniversary(Black Forest)

black forest

Pelanggan setia yang tak jemu mengorder dari aku...Pada minggu pertama puasa yang lepas.
TQ very much kerana tak serik2 mengorder...
kek ni 1 1/2 tingkat...1/2 tingkat yg atas tu aku bagi free jer..

isi dalam- tingkat atas, kek coklat
tingkat bawah- kek span coklat..
keseluruhan kek aku lepa dengan whipping cream,
inti tengah aku letak buah Prune dan juice buah prune tu aku basahkan pada kek.
Finishing aku hias dengan buttercream untuk merealisasi kan permintaan tuan punya kek yang inginkan kek bertema warna ala2 kehijau-hijauan.
kes malas nk buat bunga ros, aku try buat rossette...tapi tak menjadi...ehehehe

Nasib baik dapat feedback yang positif, mereka seisi keluarga sangat menyukainya...lega rasa hati aku.

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 15 utk Pn Seri sekeluarga...ahaksss

Tuesday, 7 July 2009

Mari Main Fondant...

Meh kita main fondant...
Masa buat image Autobot sign, Transformer...
asalnya nak buat image transfer,
fikir punya fikir tak berani plak takut herot sana sini...
maklum ler aku ni bukan sabar sangat orangnya...:D

Dah puas fikir dan tak nak amik banyak risiko...
so, aku pilih guna fondant jer.
Yang best sekali kat sini sekarang ni dah ada jual readymade fondant khas utk "suitable for vegetarian"....
dengan harga yang murah...sukaaaaaaaa!!
Selamat pound aku dan
selamat aku satu proses,
tak payah susah-susah nak menguli...best...best...best!!
Tapi bole tahan gak menguji kesabaran sebab fondant tu lembik, shape yang aku dah potong cantik2 bila tersilap skit jer bole senget...
dah ler pakai pisau potong bawang jer..
lama jugak aku menggodam!...

Photobucket

Bila dah siap Autobot sign...banyak lebih fondant lagi.
So masa yang teramat sesuai untuk aku main-main lagi... :))
aritu aku ada tertengok kat satu blog seorang minah salleh dari US buat roses dari clay...
dia tunjuk satu persatu...
nampak macam senang jer...
so, aku try menggunakan fondant...
alhamdulillah menjadi, tapi masih belum cantik lagi macam minah salleh tu buat...
but the point is the idea how to make it...org kata practice make perfact...
so kat sini aku nak share ngan kawan-kawan semua....
ada banyak lagi yang aku dah buat selain roses aku ada buat daun,
butterfly ngan tiny bear...saja buat then keringkan...
bila dah tiba masanya nnti aku letak kat atas kek...(entah bila ler tu...)

Photobucket

Penerangan untuk gambar 1 dan gambar 2 yang kurang jelas...
yang lain rasanya tgk gambar dah bole faham kot...

a. buat 7 bebola kecil..
b. Leperkan setiap bebola tu...lonjongkan sedikit.

Monday, 6 July 2009

Kek Birthday

Semalam Birthday anakandaku Ryan yang ke 9 tahun...
Permintaan tuan punya badan...dia nak 2 kek.
satu kek Tranformer warna biru untuk celebrate kat rumah jer...
satu lagi kek biasa-biasa jer yang ada buah strawberry dan coklat...aku nak buatkan gambar stranformer jugak, tapi dia tak mau sebab malu nnti kawan-kawan ejek...huhuhu.

Photobucket

Photobucket

isi dalam seperti biasa, kek span pandan yang di salut dengan buttericing..hiasan aku buat pakai Fondant

Happy Birthday untuk anakanda tersayang...semoga menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat...

Photobucket

**bawak pi skolah...isi dalam, kek span coklat yang di lepa dengan whipping cream dan di hias dengan strawberry...bahagian tepi tu aku letak parutan dark coklat

Photobucket

ready to go...

Pejam celik , sedar-sedar anak aku dah 9 tahun...rasa baru jer semalam bercouple ngan inchik hb...huhuhu
**alhamdulillah kek yang di bawak ke sekolah selesai...kek pandan jer yang masih ada blum abis...sapa nak angkat kaki!

Thursday, 25 June 2009

Death by Chocolate cake

Photobucket

Kek ni dah buat untuk sekian kalinya....
tapi kali ni kek coklat tu aku ganti dengan kek span coklat so tak ler meriah sgt kecoklatannya...huhuhu
kalau sini coklat sana coklat risau gak kan..kan..kan

Kali ni kiter tukar tajuk kepada Faint by Chocolate Cake....
Actually haku yang mengidam nak makan kek ni...sebab tetiba jer macam teringat kat Chocolate Indulgence kat Secret Recipe nuuu...

Masa berangan2 nak buat kek ni, kami dapat pulak jemputan ke Birthday party...terfikir2 nak bawak apa ke majlis tu nanti kan...last2 haku buat kek ni jer sebab semua bahan dah ada tak payah nak kluar kedai cari2 lagi....

So, aku hadiahkan sebijik kek ni untuk majlis makan-makan tu...so,sambil2 tu bole ler aku try wat roses guna coklat ganache..
Ni ler hasilnya...macam biasa senget sana sini,dan banyak kelemahan... almaklum ler bukan pro, terimalah seadanya...eheheh.

Kes aku yang mengidam nak makan Chocolate inguldence tu blum tertunai lagi...nk kena buat di lain waktu plak nampaknya....

sila click utk Death by Chocolate cake, resipi asal oleh Nanee hamid

Thursday, 4 June 2009

Kek Birthday

Tah apa ler rasanya kek ni sbb first time buat, tapi luarannya kek ni mmg nampak basah jer aku ambil kat blog http://damiacyan.multiply.com skali lagi untuk family puan seri A*n**.
Deco kali ni sangat memalukan...tapi aku letak gak kat sini sebagai reference sendiri. taksub sgt mendeko sampai jadi semak samun...muahahahah.

Photobucket

Gara-gara banyak sgt tip dan teknik yg nak di cuba kat atas sebijik kek yang comel ni...dah siap baru perasan yg kek aku dah sarat sgt dgn dekorasi...Harap puan seri tak pengsan bila dapat kek ni...

kek Coklat Moist

*1 3/4 cawan tepung gandum
*3/4 cawan serbuk koko
*1 1/2 sk baking powder
*1/2 sk soda bicarbonate
*1 sk garam
2 cawan gula(aku kurangkan kepada 1 3/4 cawan)
2 biji telo
1/2 cwn minyak masak
1 cwn susu segar

ayak bahan *
asingkan putih dan kuning telur.
putar putih telo hingga kembang...masukkan gula.
kemudian masukkan kuning telo, susu segar dan minyak.
masukkan bahan yang di ayak, kaup balik rata.
bakar180C selama 60 min atau kukus selama 1 1/2 jam

** kali ni aku buat kukus.