Sunday, 28 November 2010

Chocolate Cuppies with fondant deco


Sebelum Make over

Selepas


Yummm..yummmm...Mad about pink!! Sekarang ni warna pink sangat-sangat menjadi pujaan hati ku...tengok ler cuppies ku ini, terserlah ke Shabby chic nyerrr kan, I like!!

Satu lagi eksperiment cuppies untuk hantaran pertunangan...aku tersangatlah happy dengan hasilnya, tapi ada skit2 yang kecil-kecik yang perlu di alter. Fondant putih yang menutupi cup cake tu pada asalnya nak buat permukaan yang berteksture, tetapi disebabkan cup yang aku pilih kali ni bercorak polka dot putih atas dasar pink so aku rasa sudah cukup dan tak perlu terlalu sarat....

Resipi ulangan, di cedok dari MyR...aku pernah buat sebelum ni, tapi kali ni aku rasa lebih berjaya daripada hasil sebelum ni..texture cake sangat halus, gebu dan lembut.kurang manis...mungkin aku guna Icing sugar... First time membaking selepas balik dari UK, lama dah bercuti...lebih kurang setahun wooo!!!
A.

1 1/4 cwn tepung gandum(aku guna tepung super fine blue key)
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

B.
2 biji telur
1 biji kuning telur
3/4 cawan air

C.
157gm butter(aku guna jenama SCS)
1 cawan gula halus(aku guna gula icing)

Cara

1. Campur semua bahan A, ayak dan ketepikan
2. Campurkan semua bahan B, kocakkan sedikit
3. Pukul bahan C hingga kembang.
4.Bila bahan C dah kembang...perlahankan speed mixer, masukkan bahan A dan B sedikit demi sedikit berselang seli ke dalam adunan hingga habis. sebatikan.
5. Tuangkan ke dalam adunan 10" atau cup kertas.
6. Bakar 180C/1 jam @ hingga masak...kalau guna cup kertas jgn tunggu sampai sejam, agak2 dah masak boleh angkat>< 30min-45 min

kalau nak coklat topping>>>>>

125gm coklat masakan
68ml whipping cream
5 gm butter

1 .cairkan coklat, guna kaedah double boiler.
2. didihkan whipping cream dlm periuk, tutup api dapur.
3. Masukkan coklat, pukul sedikit hingga pekat.
masukkan butter, biarkan sejuk sebelum di letakkan di atas kek.

No comments: