Sunday 30 August 2009

Kek Anniversary(Black Forest)

black forest

Pelanggan setia yang tak jemu mengorder dari aku...Pada minggu pertama puasa yang lepas.
TQ very much kerana tak serik2 mengorder...
kek ni 1 1/2 tingkat...1/2 tingkat yg atas tu aku bagi free jer..

isi dalam- tingkat atas, kek coklat
tingkat bawah- kek span coklat..
keseluruhan kek aku lepa dengan whipping cream,
inti tengah aku letak buah Prune dan juice buah prune tu aku basahkan pada kek.
Finishing aku hias dengan buttercream untuk merealisasi kan permintaan tuan punya kek yang inginkan kek bertema warna ala2 kehijau-hijauan.
kes malas nk buat bunga ros, aku try buat rossette...tapi tak menjadi...ehehehe

Nasib baik dapat feedback yang positif, mereka seisi keluarga sangat menyukainya...lega rasa hati aku.

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 15 utk Pn Seri sekeluarga...ahaksss

Kerabu Ayam

Photobucket

Resipi Azie, ceduk dari MyR....
Errrmmmm...dari feedback yang aku tengok kat MyR, ramai yang sangat menyukai Kerabu Ayam ni,Antara resipi yang fofular dikalangan pengunjung MyR...

Tapi, sejujurnya tak kena dengan selera kami sekeluarga..mungkin cara aku buat tak berapa menjadi, kena import taukeh resipi kerabu ayam ni datang rumah tulun buatkan kot baru ada kick...ehehhe.

Anyway, TQ kerana sudi berkongsi resipi...

Friday 28 August 2009

Nasi Pulut

Photobucket

Tak sempat nak hidang...amik gambar dari dalam periuk jer, bila dah berbuka nnti sure tak sempat nk berposing2 sbb dah lapo giller...maklum ler berbuka puasa kat sini kul 8++pm...

Two tumb up!!...sedap giller nasi ni, haku suka banget...
anak aku yang tak suka makan nasi pun suka Nasi pulut ni...hb kata mcm nasi kenduri...baunya yang sangat harum dah bole agak betapa sedapnya nasi ni...Ala-ala Nasi kat The chicken Rice shop pun yer jugak...best!!.

TQ kepada penyumbang resipi ni, aku amik dari MyResipi
Bole makan dengan apa jua lauk...kali ni aku buat acar jelatah dan Kurma kambing.

2 1/2 pot beras
1 1/2 pot pulut
1/2 kiub pati ayam
1/2 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci halia-kisar
2-3 putik daun bawang...kolor keputih2an di bahagian bawah daun bawang, yang berakar tu.
2 sb mentega
1 sb sos tiram
1 sk garam
1 set rempah tumis(bunga cengkih, lawang, pelaga.bla..bla)
1 helai daun pandan
air secukupnya(4 1/2 pot beras)

**campurkan kedua-dua beras, cuci bersih dan toskan

Dalam sebuah kuali yang besa, panaskan mentega, masukkan rempah tumis.
tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan putik bawang, kacau hingga layu, masukkan kiub pati ayam, sos tiram dan beras yang sudah di cuci tadi.
kacau sebati dan masukkan daun pandan...tutup api.
Pindahkan beras dari kuali tadi ke dalam periuk Rice cooker, tambah air dan garam..sebatikan.
masak nasi macam biasa...

Soto Ayam Lagi...

Photobucket

untuk kesekian kalinya, maklum ler seisi rumah ni memang suka sgt soto...tapi yg ni pakai rempah khas untuk soto, MIL Bawa dari Malaysia jenama Mak Siti...

Thursday 27 August 2009

Apam pisang

Photobucket

Juadah berbuka puasa semalam...banyak jugak dapat satu adunan, agih2kan sikit pada jiran2 semelayu..
amik mana lagi kalau tak kat MyR...TQ kepada penyumbang...lupa sama yg sumbang resipi ni, nnti aku edit semula...

4 biji telo
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bika
1 sk baking powder
6 biji pisang di lenyek-saiz sedang
secubit garam

panaskan kukusan,
pukul telo dan gula hingga kembang dan pekat
masukkancampuran tepung dan gaul sebati.
masukkan pisang dan garam, gaul sebati.
lanser tin/loyang, tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit...
**aku guna acuan kecil2, sekali kukus lebih kuran 5-10 minit sahaja..

Tomyam tanpa pes

Photobucket

Ambil resipi dari Myr, aku alter skit ikut selera dan sukahati aku...
kalau buat tomyam, aku biasanya akan buat telo dadar...kalau makan tomyam kat kedai pun aku akan order telo dadar sekali...dah terbiasa...ehheee

2 ketul dada ayam- potong kecil
2 sb sos ikan

2 sb cili kisar
1/2 biji bawang besar- kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci lengkuas-kisar

4 helai daun limau purut
sebiji buah tomato- belah 8
sebatang serai

4 cawan air
sayur2 kesukaan
2 keping asam gelugur
perahan air limau, ikut selera masing2...kalau nk masam letak lebih
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar belah 4(potong baji)

Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ayam...kacau beberapa minit hingga ayam masak. Masukkan air, didihkan...
masukkan sos ikan, daun limau purut, serai yang telah di titik, tomato dan asam gelugor.
didihkan lagi..perahkan asam limau , perasakan garam dan gula.
akhir sekali masukkan bawang yang dipotong baji...didihkan hingga bawang agak layu...siap!

Tortilla wraps with mince

tortila

Aku masih tak fokus lagi ni, tapi sian pulak tgk blog yang dah bersawang...

sebagai warming up...

ambil resipi ni dari buku Sure Start Children Centre, Sheffield

Simple,makanan kegemaran kanak-kanak...


8 tortila wraps
sayur2 seperti kapsikum, mushroom atau lain2 yg menjadi feberet...potong kecil
1 cwn mince meat
parutan cheese
tomato d cincang
black paper
garam secukup rasa
1/2 biji bawang besar, potong dadu
1 ulas bawang putih

tumis bawang putih dan bawan besar,hingga layu
masukkan mince dan goreng hingga daging masak, renjiskan serbuk lada hitam
masukkan tomato cincang, goreng hingga layu...keringkan sedikit.
masukkan sayur2 tadi, goreng hingga layu..perasakan garamnya.

ambil sekeping tortila, letakkan inti daging di tengah2..taburkan cheese di atas daging, lipat tortila seperti lipat kain...then taburkan sedikit cheese lagi di atas permukaan tortila seperti dalam gambar...

bakar sekejap di dalam oven, agak2 cheese di bahagian dalam melt, bolehlah di angkat...jgn terlalu lama(aku agak2 dlm 10 min should be ok)
enak di makan panas2...

Thursday 20 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Dikesempatan untuk yang kesekian kalinya ini, sempena bulan yang mulia ini...
aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sepanjang perkenalan kita sesama blogger di alam maya ni kiranya ada salah silap atau apa-apa sahaja yang menginggung perasaan kalian sama ada sengaja mahupun tak disengajakan...

semoga ramadhan kali ini memberi peluang untuk kita gunakan sepenuhnya dengan amalan yang baik....

Insyallah, Dapur kayu akan beroperasi seperti dalam bulan Ramadhan ni...maaf di atas kekangan yang berlaku dan berterusan hinggakan aku tak mampu nak mengupdate Dapur Kayu secara konsistent...

kenapa aku menyepi..???

Family dari Malaysia dah selamat datang menziarahi kami di Sheffield dan sudah selamat pulang ke tanahair...

kami pun baru pulang dari holiday,

alhamdulillah sejak kebelakangan ini rezeki makin bertambah , aku buat macam2 kerja maka masa makin suntuk rasanya aku lewati dari sehari-kesehari...

dan aku juga sedang dalam "kebuyong"...alhamdulillah masalah "morning sickness " tidak aku lalui setakat ini...

Sunday 2 August 2009

Kek Lumut

Kek Lumut, aku amik resipi Dayang sifu kek lapis Sarawak tu...
Pendapat peribadi aku, rasa kek ni sama jer macam Kek Lapis Sarawak yang lain sebab ingredientnya hampir sama dengan ingredient kek-kek lapis...bezanya kek ni tak berlapis.

Aku tak terkejut sgt dengan kesedapan kek ni mungkin sebab aku dah biasa explore macam-macam rasa kek lapis..., (aku suka buat tapi tak suka makan...eheheh)

Ramai yang sangat menyukai kek ni. Aku buat ni khas untuk family inlaw, aku bekalkan sebagai jajan masa dia org ikuti rombongan tour Europe..blum bertolak tour lagi, kek dah abis sebelah...kata depa,kalau start makan, tak sedar makan dan terus makan non stop!! :)).

Thanks Dayang di atas kek yang best ni!
Lama dah simpan resipi ni, sekarang baru dapat buat sebab tunggu stok nestum terbang dari Malaysia...

Photobucket


1/2 adunan (loyang 6"x6")

*1 ketul butter
*3/4 cawan gula
*esen vanilla

(pukul hingga kembang)

*5 biji telo
(masukkan satu persatu dalam adunan butter, kacau sebati)

*1/2 tin susu pekat manis
(masukkan ke dalam adunan, kacau lagi)

*1 1/2 cawan tepung gandum
(masukkan ke dalam adunan, kacau sebati)

*1/2 cawan horlick/serbuk badam
(masukkan ke dalam adunan, sebatikan)

*1/2 cawan sekaya
(masukkan ke dalam adunan, kacau)

*1/2 cawan Nestum original
*1/2 botol kecil pandan paste
(masukkan ke dalam adunan, gaul sebati)

kukus selama 2 1/2 jam..

Kek Buah Sempoi

Org lain buat jadi...aku buat tak jadi...cehhh!!

Photobucket

Nasi Goreng Kerabu

Ramuan...

Daun kesum,bunga kantan,serai, cili merah, ~ kena hiris nipis

Dada ayam~potong kiub

Bawang besar dan bawang putih~ cincang
sos tiram
sayur ikut suka~ paling best kacang panjang yg di potong kecil2

**lain2 tu macam biasa kita goreng nasi...kita yg buat dia kan, no hal x ada salahnya!

Photobucket