Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Friday, 15 May 2009

Kerabu Soon

Photobucket

Yang ni pun ikut sukahati jer. Sumber rujukan adalah daripada resipi kerabu soon di Myresipi pas tu tambah tokok tambah skit2 ikut apa yang ada kat dalam Peti ais...

Kerabu Taugeh

Photobucket

Campur-campur ikut suka...kalau ada sotong lagi umpphhh!

Taugeh celur sedikit
belacan
bawang hiris
serai hiris
udang, rebus skit dan potong kecil
kerisik
cili api
perahan lemon
garam

Sunday, 26 April 2009

Kerabu Ikan Bilis dan Tomato

Tengah menggila makan kerabu sekarang ni...semua jenis kerabu nk di cuba, salah satunya ialah kerabu ini...best, ratah gitu jer. Makanan sihat tu!!!

Photobucket

Monday, 17 December 2007

Kerabu Epal Hijau 2


aku ambil resipi ni dari fotopages hanieliza, resipi yang di ceduk daripada blog penyulawa
simple dan sedap,ala-ala Jelatah Mat salleh gitu. Aku ikut apa yang ada dalam peti es(x letak daun pudina sbb tak ada dlm stok)

Bahan

1 biji epal hijau
1/2 biji carrot saiz kecil
1/2 labu bawang besar
1 camca besar jus lemon
cili api secukup rasa
1 tangkai cili merah
garam dan gula
daun pudina


Cara

Epal dan carrot dihiris memanjang
Bawang besar, cili merah dan cili api dihiris nipis
daun pudina dihiris kasar
gaulkan kesemuanya, sedia untuk dihidangkan

Sunday, 18 November 2007

Kerabu Epal Hijau


Idea asal daripada seorang kawan di Perlis, Fiza a.k.a Gaban...thanks Gaban for the resipi

Bahan

sebiji epal hijau
1/2 biji lobak merah
1 biji tomato
sejemput??(anggaran 10-15 ekor) udang kering/ikan bilis ~ disangai
1/2 inci belacan ~ dibakar
3 ulas bawang kecil ~ dimayang halus
10 tangkai cili api ~ hiris nipis
segenggam kacang tanah ~ goreng tanpa minyak
5 tangkai daun koriander ~ dimayang halus
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis
1 sudu besar sos ikan (optional)
garam dam gula secukup rasa
Cara

-Epal di racik memanjang, jangan terlalu nipis kerana epal mudah lembik.
-Lobak merah di racik memanjang , potong nipis
-Tomato di potong memanjang/potong kiub( ikut suka)
-Kacang tanah di tumbuk kasar
-Timbuk udang kering yang telah disangai bersama belacan yang telah dibakar
-Masukkan semua bahan di dalam satu bekas
-Gaul semua bahan di atas, sesuaikan rasa masam, masin dan manis
-mmmm...mak mertua lalu pun tak perasan!!!

Monday, 29 October 2007

Kerabu Mangga


Kombinasi kerabu mangga yang aku pernah makan...

Bahan:

2 biji buah mangga muda saiz kecil(cincang)
1 biji bawang besar (hiris)
5 ulas cili api (hiris)
3 tangkai daun ketumbar (hiris)
1/2 inci belacan(dibakar sedikit)
udang kering/ ikan bilis
sedikit kacang
garam dan gula secukup rasa

Cara:

-Gaulkan semua bahan hiris ke dalam satu bekas
-Sangai udang kering/ikan bilis, tumbuk bersama belacan yang telah di bakar.
Masukkan ke dalam bahan hiris.
-Kacang di goreng tanpa minyak, tumbuk sedikit. campurkan bersama kerabu tadi.
-Sesuaikan rasa garam dan gulanya.