Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, 18 December 2009

Bubur Lambuk


Salam Maal Hijrah untuk semua...
menyepi untuk sekian kalinya, puas aku cari semangat duk di dapur,
entah mana menghilangnya sekejap tenggelam dan sekejap timbul...
ampun untuk semua, Raya Haji pun aku tak wish kat sini...Ampunnnn!!

Mood nak balik kian terasa...baking tool kebanyakkannya dan masuk kotak, bila sesekali mood membaking datang, tiba2 jadi tumpul sebab bercinta sesangat nak selongkar kotak2 nak cari baking tools yang dah di simpan...

Kali ni teringin sangat nak makan bubur lambuk, kesnya sebab tak puas makan kat rumah orang...kalau buat sendiri puas hati kan...sekali masak satu periuk oleh ulang nak makan berkali2...:)

3 ulas Bawang merah ~kisar
2 bawang putih~kisar
1/2 inci halia ~kisar
1/2 sudu teh halba
11/2 sudu besar rempah kurma(bancuh dengan air)
1 biji kentang-potong 8
1/2 batang carrot- potong kiub/memanjang
2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1/2 kilo daging/tulang lembu
rempah tumis(kulit kayu manis, cengkih,bunga lawang)
3 sudu besar minyak masak
air secukupya
garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam, di tumbuk.


panaskan minyak..tumis rempah tumis sekejap..
masukkan bahan2 yang di kisar, biarkan hingga wangi.
masukkan rempah kurma, kacau beberapa minit hingga terbit minyak.
masukkan daging/tulang~ rebus hingga daging empuk dengan api yang kecil.
Bila daging dah empuk masukkan beras, renih lagi hingga nasi menjadi bubur.
Masukkan lada hitam dan halba campur...
masukkan kentang dan carrot.
kemudian masukkan santan, didihkan lagi.
masukkan kerisik pulak. kacau sebati.
bila kentang dan carrot dah empuk, bolehlah tutup api,
dan hidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang.

**jgn lupa perasakan dengan garam

Thursday, 27 August 2009

Tortilla wraps with mince

tortila

Aku masih tak fokus lagi ni, tapi sian pulak tgk blog yang dah bersawang...

sebagai warming up...

ambil resipi ni dari buku Sure Start Children Centre, Sheffield

Simple,makanan kegemaran kanak-kanak...


8 tortila wraps
sayur2 seperti kapsikum, mushroom atau lain2 yg menjadi feberet...potong kecil
1 cwn mince meat
parutan cheese
tomato d cincang
black paper
garam secukup rasa
1/2 biji bawang besar, potong dadu
1 ulas bawang putih

tumis bawang putih dan bawan besar,hingga layu
masukkan mince dan goreng hingga daging masak, renjiskan serbuk lada hitam
masukkan tomato cincang, goreng hingga layu...keringkan sedikit.
masukkan sayur2 tadi, goreng hingga layu..perasakan garamnya.

ambil sekeping tortila, letakkan inti daging di tengah2..taburkan cheese di atas daging, lipat tortila seperti lipat kain...then taburkan sedikit cheese lagi di atas permukaan tortila seperti dalam gambar...

bakar sekejap di dalam oven, agak2 cheese di bahagian dalam melt, bolehlah di angkat...jgn terlalu lama(aku agak2 dlm 10 min should be ok)
enak di makan panas2...

Friday, 22 May 2009

Daging Kandar

Photobucket

Resipi Kakasma kat MyR
aku pakai tulang kambing...sedap!
gambar ni aku amik masa mkn mlm...tgh mkn2 tiba2 teringat gambo lauk daging kandar ni blum snap...hihihi

Friday, 15 May 2009

Black Pepper Beef

Photobucket

Thursday, 12 March 2009

Meatball Bolognese

Photobucket

Try meatball bolognese plak...tapi hb aku prefer spagethi Bolognese yang biasa tu!
Ryan pulak suka giller ngan meatball bolognese ni....

bahan belasah jer...

1/2 kilo mince meat
2 keping Weetabix cereal (bole guna biskut cream cracker)-hancurkan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil parsley kering
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

**gaulkan semua, bulat2kan...goreng hingga masak

pas tu buat sos spagethi macam biasa tanpa letak daging cincang...bila kuah dah nk masak, leburkan jer meatball tu dlm periuk...siap!!!

Wednesday, 24 December 2008

Daging Masak Hitam


Resipi ibu mertuaku...Penang Mari!

Semenjak 2 menjak ni terabai ler skit Dapur aku nih...sebabnya...

1. CPU dah nazak..nk safe gambar kt hard disk pun tak berani sebab takut makin berat..
2. Hb balik Malaysia, so layan feeling kat Coretan Hati...sedikit sebanyak terabai ler dapur nih.

ampunnnn...lepas CPU dah pulih baru ler rakus balik mengemas dapur ni, byk koleksi dan laporan yg nk di tayang sebenarnya....tapi apa kan daya! setakat tengok-tengok jer atau taip-taip boleh ler..nk upload gambar x berani sgt takut KO terus PC nih nangis plak aku nnti tak leh surf tenet..Apape pun kena tunggu Hb balik sini dulu baru leh bawak CPU ni pi spital...

ini resipi Daging masak hitam yang MIL aku dapat dari seorang makcik keturunan mamak Penang..., So resepi pun ada skit-skit unsur-unsur purba...eheheheh..layan!!

1/2 kati daging
4 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan manis
1/2 cawan kicap
garam dan gula
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar di potong bulat
3 tangkai daun kari
Minyak masak

* tumbuk halus bawang merah, halia, cili kering, dan jintan manis.
-Daging ,kicap, garam,gula dan bahan tumbuk digaul sebati dan perap selama 1/2 jam.
-Masukkan daging yang di perap tadi ke dalam periuk, rebus hingga empuk dengan api yang kecil..tambah air jika perlu.
-Bila daging dah empuk, masukkan air asam jawa...biarkan mendidih
- Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan daun kari dan bawang besar hingga layu dan wangi,masukkan ke dalam periuk daging tadi bersama minyaknya sekali.
- Bolehlah dihidangkan...

Monday, 10 November 2008

Daging Biryani

biryani

Resipi aku selongkar di Almari Resipi

Bahan

1 kg kambing
5 sudu minyak sapi
2 sudu minyak bawang goreng
4 sudu rempah biryani
2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu tomato puree
2 biji tomato
1 cekak daun ketumbar
5 biji cili hijau/merah
3-4 sudu madu
garam dan gula secukupnya
bawang goreng

Cara
Kisar semua bahan kecuali Daging,madu, garam , gula dan bawang goreng.
Masukkan semua bahan kisar dan sedikit air bersama daging ke dalam periuk, masak dengan api yg sederhana hingga daging empuk dan kuah agak-agak pekat...kalau daging belum empuk, tetapi kuah sudah memekat bolehlah tambah sedikit lagi air.
Jika sekiranya daging biryani nampak kering dan kurang berminyak, tambahkan sedikit lagi minyak bawang goreng.
Perasakan dengan madu, garam dan gula.
Akhir sekali taburkan dengan bawang goreng, siap!

sedapnya di makan dengan nasi biryani....yum..yum

Monday, 18 February 2008

Kerabu Daging


Berkenan betul tengok kerabu daging kat Rumah kak Jun..Memang sedap, aku makan bertambah-tambah. Lain kali boleh buat lagi. Resipi asal adalah daripada Kak Hanieliza, TQ banyak-banyak kerana sudi share resipi ini.
resipi ini aku kopipes daripada blog kak Jun...mintak halal eksss, ekekekeke

Bahan

500 gm daging tenderloin
3 biji limau nipis [ambil jus]
3 cm halia [ketuk]
1 batang serai [ketuk]
1 s/b lada hitam [mesin]
garam
gula

Bahan Hiris
7 tangkai cili merah [boleh tambah jika nak pedas]
1 labu bawang besar [bawang holland]
3 batang serai
2 pokok daun ketumbar

Cara
  • Daging dibasuh dan rebuskan dengan halia, serai, lada hitam dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Sejukkan.
  • Daging dihiriskan nipis dan kecil.
  • Gaulkan semua bahan hiris dan daging.
  • Rasakan masam dan manisnya.
  • Hidangkan.

Saturday, 16 February 2008

Daging Merah Ala Thai

Lama dah teringin buat lauk ni, sejak aku tgk dalam blog tuan shekh
Resipi in diambil daripada Mesra.net dan aku bega sikit-sikit...tapi secara keseluruhannya aku kopipes dari mesra.net.

BAHAN A

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 cm halia

Bahan A dihiris untuk bahan tumis.

2 helai daun limau purut (wangi)

Perisa :

Dua sudu besar sos tomato
Empat sudu besar kicap manis
satu sudu basar sos tiram
Dua sudu besar pewarna merah (cecair)
Garam sesedap rasa.

BAHAN B

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air dan pewarna merah sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.

Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusan daging. Tambah sos tomato dan kicap manis . Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam 1 sudu kecil. Perisakan sesedap rasa.


Thursday, 24 January 2008

Rendang Mak


Satu lagi masakan ibu...Rendang N.Sembilan cara mak aku,tapi aku dah adjust santan dia untuk kesihatan. Rendang ini ler akan terhidang tiap kali hari raya di rumah aku ...tidak menggunakan Kerisik.

Bahan

1 kilo daging/ayam
400ml santan pekat
4 sudu besar cili kisar
*3 sudu besar ketumbar
*2 sudu besar jintan manis
*1 1/2 sudu besar jintan putih
3 biji bawang besar/10-15 biji bawang kecil
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
2 batang serai
daun kunyit(optional)
1 inci kunyit hidup/1 sudu besar kunyit serbuk
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara

Sangai bahan bertanda * hingga wangi, kisar dengan mengisak kering, ketepikan.

Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas hingga halus
Ketuk serai pecah-pecahkan.

Masukkan semua bahan ke dalam kuali yg besar, agak2 boleh muat sekilo daging dan mudah di kacau.

Masak dengan api yang sederhana supaya daging sempat empuk sepanjang proses merendang, dan selalulah di kacau supaya tidak melekat di bahagian dasar kuali.

Masak hingga rendang mula terbit minyak dan kuah pekat.

Sedia dihidangkan bersama nasi ataupun pulut kuning

* Untuk perantau2 macam aku ni, tak jumpa santan pure, cuma guna santan kotak/tin ..panaskan kuali dengan 1/2 cawan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas sekejap barulah dituruti dengan bahan-bahan lain dan ikut proses seterusnya, boleh juga ditambah 1 sudu besar gula.

Monday, 31 December 2007

Dendeng


Resipi Kak Ummi...Sedap, ratah mcm tu jer pun dah sedap!!! mmmm, yummy!!
TQ, kak ummi

Friday, 7 December 2007

Nasi Daging ala Mamavogue

Hari ni ada sikit rajin melanda, Hubby aku lunch kat rumah...so, seronok ler sikit nak masak spesel. Biasanya dia asyik keluar rumah pukul 9am dan balik pukul 7pm. Weekend pulak hari jalan-jalan aku, dapur tak bukak...ngeh...ngeh...ngeh!!!
Awal-awal lagi aku dah plan nak buat nasi daging, pukul 9am aku dah merebus daging...Resipinya pulak aku plan nak mintak dari mak mertua aku sbb dia pernah ajar aku buat nasi daging ni dulu, tapi dah lupa...
Aku pun telefon ler mak mertua aku di Penang...Ring...ring...ring tapi tak ada orang angkat, baru aku teringat diaorg sumer pi Phuket hari ni , hari ahad baru balik!! abih cam no...??? daging dah rebus, nak tak nak aku pandai2 ler meng"adjust" supaya dapat merealisasikannya!!!



Bahan

500gm daging~ potong kiub saiz besar
3 1/2 pot beras Basmathi~ rendam 30 min
4 pot air rebusan daging
1/2 pot susu segar
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu teh rempah kari daging
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kentang saiz besar di potong 8
1/2 batang lobak merah di potong bulat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 senduk minyak sapi ( boleh guna butter + minyak masak )
bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis secukupnya
daun pandan
garam secukup rasa
Bawang goreng Zaliana untuk hiasan

Cara

-Rebus daging dengan api yang kecil hingga daging empuk ~ ketepikan( pastikan air rebusan daging tersebut cukup dalam anggaran 4 pot)
-Toskan beras ~ ketepikan
-Kisar bawang merah,bawang putih dan halia
-Panaskan minyak sapi, goreng bunga lawang, pelaga,cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan seketika
-Tumis bahan kisar hingga naik bau
-Masukkan daging dan air rebusannya, biarkan mendidih.
-Masukkan rempah kurma , rempah kari dan lada hitam
-Masukkan ubi kentang dan lobak merah~ biarkan empuk.
-Masukkan susu segar, tunggu hingga mendidih.
-Sesuaikan rasa garam.
-Masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa
-Taburkan bawang goreng Zaliana ketika hendak di hidangkan...

Enak di makan bersama Air Asam

Bahan

1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
5 tangkai cili api
1/2 inci belacan bakar
beberapa tangkai daun koriander(optional)
air asam jawa secukupnya(bancuh guna air masak)
1 sudu besar perahan lemon
garam dan gula secukup rasa

Cara

-Tomato di potong dadu
-Bawang, cili api, cili merah dan daun koriander dihiris halus
-Tumbuk belacan, campurkan bersama air asam jawa tadi.
-Gaul semua bahan di dalam sebuah mangkuk, campurkan dengan perahan lemon
-Sesuaikan rasa garam dan gula
-Siap!!!

Saturday, 17 November 2007

Kebab -e-koobideh


Resipi ni aku ambil daripada Resipi.net
Bahan-bahan:

500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat

2 biji bawang besar, dipotong dadu

1 labu bawang putih ~ kisar halus

1 biji telur, dipukul terlebih dulu

4 biji tomato, sederhana besar

Garam secukup rasa

10g lada hitam, dicincang kasar

1 camca kecil serbuk kunyit


Cara membuatnya:


1. Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata.
2. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.

3. Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab ( aku guna pencucuk sate jer). Cucuk selang seli daging dengan tomato.

4. Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.

5. Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.


* bakar jangan terlalu garing, sebab daging akan menjadi keras

Friday, 2 November 2007

Kari Daging Mama Vogue


Masakan kegemaran HB...

Bahan

300gm daging ~ potong kiub
4 biji bawang besar ~ cincang
3 biji tomato ~ potong kiub
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cawan air
1/2 cawan yogurt ~ pukul sedikit
2 sudu besar rempah kari
secekak daun koriander
minyak sapi untuk menumis


Cara

-Panaskan minyak sapi(boleh dicampurkan dengan minyak masak)
-Tumis bawang besar hingga kekuning-kuningan
-Masukkan daging, kacau sebentar selama 2-3 minit. Biar danging mengecut.
-masukkan buah tomato, biarkan layu
-Bawang putih dan halia di tumbuk jadikan paste, masukkan ke dalam daging
-Masukkan 2 sudu besar rempah kari, gaul sebati selama 2-3 minit.
-Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih.
-Kecilkan air dan tutup periuk, renihkan sehingga daging empuk dan kuah agak
pekat.
-Jika sekiranya kuah sudah pekat, tapi daging masih tidak empuk bolehlah di tambah 1/2 cawan
air lagi dan renih lagi.
-Bila daging sudah empuk masukkan yogurt, renih hingga terbit minyak. Bolehlah di tutup api.
-Taburkan daun koriander yang telah di mayang ~ hidangkan.