Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Monday, 23 November 2009

Milky fruit coaktail


Tak sure betul ker tidak nama air ni...tapi resipi ni aku amik dari blogger Hasue yang tinggal kat Sarawak nuuu...

1 tin fruit coaktail
gula secukup rasa
1.5 liter air
1 tin susu sejat
ketulan ais

Campurkan semua bahan ikut urutan di atas, kacau sebati...sedia untuk dihidangkan

Friday, 31 July 2009

Rasberry Juice

Juice biasa2 jer...buah rasberry, gula dan air
mood nak membaking dah kurang skrg ni, badan pulak rasa cepat letih..

Photobucket

Wednesday, 24 June 2009

Strawberry iced blend/Strawberry slurpee

Photobucket

Lagi pasal strawberry...ehheheh

buat iced blend plak kali ni...
aku bersihkan buah strawberry tu...pas tu simpan dalam freezer semalaman.
esoknya aku blend buah strawberry frozen tu dengan air,gula dan ice cream vanilla...
guna blender yang boleh buat ice blend yer..kalau blender biasa no komen!

yummy...yummy....bila cuaca panas macam hari ni, teringan semula strawberry slurpee!

Friday, 19 June 2009

Strawberry + Banana smoothie

Salam pagi jumaat semua...
Adusss...terasa badan letih jer harini.
Plan nk baking sket pas tu nk landing layan mata...
tapi sampai ke skrg blum gak start2 lagi projek baking...montot melekat kat kerusi ni
leka menyelak laman tenet ni lepas satu-satu...errrmmm!

Last sunday pi Strawberry Picking...haku petik buah strawberry dapat ler sebakul(dlm 2.5kg), tak ler beso mana bakul tu..buah kat farm tu pun tak berapa meriah. Dah balik rumah baru ler terasa manyak rupanya buah yang sebakul ni..muahahha

Photobucket

**yang ni dah amik 15 bijik untuk buat strawberry+banana Juice...

Photobucket

yummy...yummy...

15-20 biji buah strawberry
2 biji pisang
3 sudu beso eskrim vanila
1 gelas(250ml) air masak
3 sudu beso gula

**blend semua....

Monday, 15 June 2009

Juice strawberry + kiwi

Photobucket
eksperiment...

strawbery + kiwi + gula= slurrrppp, yummy,yummy

Monday, 30 March 2009

Lemon Juice

Sesekali matahari dan keluar ni, mula lah tekak terasa nak minum yang segar-segar...sejak kebelakangan ni aku suka plak yang masam2(ehem...ehem, tak ada makna tau!!)...so, arini buat Lemon juice! simple jer mcm orange juice...

Photobucket

500ml air masak
1 biji lemon saiz sederhana
4-5 sudu besar gula

** buang kulit lemon, amik isi shj...blend skali ngan air dan gula...siap!!

Sunday, 16 November 2008

Honey Dew Juice

honey

Berkenalan ngan air ni masa zaman jadi student kampus..huhuhu, windu!

Bahan

Sepotong buah honey dew
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
secawan air

** blend kesemua bahan, tapis airnya..yummy!! letas ais sket, marbeles!!!

Saturday, 2 August 2008

Jus Celeri & Epal hijau

Sesuai untuk menurunkan darah tinggi bagi mereka yang berpotensi nak kena penyakit darah tinggi

jus

Bahan

4 tangkai batang celery
sebiji epal hijau
gula secukup rasa
1 cawan air

Cara
Blend semua bahan di atas, tapis dan sedia untuk di minum

Thursday, 3 July 2008

Air Soya

Tengah dalam mood berpindah rumah...tengok-tengok gambar dulu eksss, nak kemas dapur jap!!!


soybean

Saturday, 10 November 2007

Cendol


Thursday, 1 November 2007

Jus Strawberry


Bahan

20 biji buah strawberry saiz sederhana
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
5 sudu besar gula
ais secukupnya
Cara

Blendkan kesemua bahan kecuali ais..bolehlah di hidangkan!!