Wednesday 25 January 2012

Pembuka Tirai 2012~ Bubur Mee Siput


Salam 2012, Lama menyepi bukan bermaksud tak masak...masak tetap masak tapi yang biasa-biasa sahaja sekadar melunaskan permintaan si perut, sesekali masak jugak makanan yang special tapi semuanya yang sudah diabadikan di dalam blog ni...sebabkan aku spesis yang dah tak rajin, maka aku tak buat ulang tayang.
Hari ni tiba-tiba nak masak bubur mee siput ni, rasa rindu sangat. Mee ni bukanlah makanan kegemaran aku sangat tetapi ia adalah nostalgia ketika kecil. sebenarnya masa kecil, Mak aku jarang-jarang masak mee ni....ermmmm , mungkin dalam setahun tu adalah sekali dua..tapi disebabkan jarang-jarang tu lah menjadikannya special di mata aku dan kenangan yang sentiasa tersemat di dalam hati. kalau ia tidak special masakan aku rindu...huhuhu, Aku rindu sangat zaman ketika menjadi anak-anak kecil yang jauh daripada teknologi canggih seperti kini...teringat TV hitam putih,mandi sungai, main tanah, batu seremban, terompah tempurung,main masak-masak bawah pokok, masak dengan api sebenar lagik..huhuhu.

Buat Mee Siput ni senang jer macam kita masak bubur lain...

Bahan:
70gm mee siput
1 cwn santan pekat
1/4 cwn gula merah + 1/4 cwn air(masak hingga gula larut kemudia tapis)
2 sudu besar biji sagoo
1/2 cwn air
secubt garam
daun pandan.

Cara:
Air+ daun pandan+ mee siput didihkan.
Bila mee siput sudah lembut, masukkan bancuhan gula merah.
masukkan santan, didihkan sekejap dan masukkan biji sagoo yang telah dicuci
kacau bubur, letakkan secubit garam, kacau lagi bila dah mendidih ,
jika kurang manis tambahlah gula mengkut citarasa anda kemudian ... tutup api.
sedia untuk dihidangkan. Bubur akan menjadi sedikit pekat apabila sejuk.