Friday 23 January 2009

Pindah Rumah

Pindah rumah lagi daaaaa...jgn terperanjat, bagi sapa-sapa yg selalu mengikuti blog ni mesti tau berapa kali aku pindah rumah kikikiki...dah macam Nomad gayanya. ahakssss....

So, Dapur tetap berasap macam biasa, tapi tak dapat ler nk buat tayangan macam selalu sebab nak kena tunggu pemindahan internet pulak...rasanya dalam seminggu dua ni Dapur Kayu akan sepi jer, rindu-rinduan ler lepas ni....hikhik.

Sementara tu, layan jer hidangan yang di Upload kat bawah ni, rasanya cukup untuk seminggu dua, harap-harap tak ada yang kelaparan...ehehehe

Kek Pisang

Collage85

Resipi Yani@myr...selalu buat kek pisang memang guna resipi ni jer...tak tukar dah!
kopipes jer...tuan rumah cbuk skit nih

  • 2 biji pisang(aku guna 3 bijik)
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream( aku pakai fresh milk jer)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

Kek Puteri Dangdut

kkekk (7)

Kek Kukus sarawak...Seisi menghabiskan Browning yang aku buat 2 minggu lepas. Sedap kek ni, Texture ala-ala kuih bingka tetapi lebih lembut. Aku buat setengah daripada adunan di bawah, dan kukus selama 1 1/2 jam..tahan sehari jer dalam simpanan sebelum selesai semuanya!
Resipi Hasue@ Myr...TQ sudi kongsi resipi ni.

kopipes jer...


  • 450g mentega
  • 1 gelas gula halus(125gm)
  • 10 biji telur
  • 1 gelas tepung gandum(125gm)
  • 2 gelas horlicks(250gm)
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 botol browning sugar - (120ml)

Cara-cara

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama

Biskut Mazola

DSC_0066

Sejak Hari Raya Puasa teringin nak buat, tapi masa tak mengizinkan...semalam baru dapat seru(semangat) untuk kudap-kudapan masa santai. Lembut dan rapuh luar dan dalam, kalau tekan kuat skit mudah pecah...Sedap, sekali makan macam makan kuih kacang tumbuk yang jual kat kedai 10sen sebijik tu(masa zaman kecik-kecik dulu)

Bahan

280gm kacang tanah
250gm tepung gandum
115gm gula pasir
sedikit garam
Minyak Jagung Mazola secukupnya
Kuning telur untuk menyapu permukaan atas biskut.

- Kacang di goreng tanpa minyak, buang kulitnya dan kisar halus.
-Gula pasir di kisar halus
-Campurkan Kacang, Tepung, gula dan garam- gaul sebati
-Masukkan minyak sedikit-sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
bentukkan ikut sukahati kita, sapukan kuning telur di atas biskut dan bakar 160C hingga
masak

Dadih

kkekk (3)

resipi dah ada...

Tuesday 20 January 2009

Keropok Lekor Perantau Style Aku

Collage83

Teringin nak makan keropok Lekor, tapi sebelum ni tak dapat seperti yang aku inginkan...
dah lama buat xperiment ni, kali ni rasanya dah berjaya...

Kat UK ni tak pernah jumpa tepung sago kat kedai, tepung ubi tu ada ler...kalau ikut tekak aku ni , tak sempurna kalau buat kropok lekor tanpa tepung sago.

Dah habis fikir, akhirnya timbul idea nak buat keropok lekor pakai bijik sagoo...
jom tengok macam mana aku buat...

Bahan

320gm isi ikan ~ aku guna ikan tenggiri frozen jer
250gm biji sagoo ~ rendam 30min atau lebih dan toskan airnya
garam secukup rasa
1/2 sudu teh baking powder- optional
1 sudu teh kiub pati ikan bilis~ optional
1 sudu teh serbuk lada sulah~ optional
tepung ubi secukupnya untuk tabur di papan canai supaya tidak melekat pada tangan ketika menggentel

Cara

**pastikan biji sagoo di toskan betul2 untuk pastikan adunan lembik...less water much better!
-Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
-Masukkan semua bahan kecuali tepung ubi ke dalam food prosessor/blender, kisar hingga
hancur dan sebati~ kalau ada biji sagoo yang tak hancur biarkan jer.
-Lumurkan tangan dengan tepung ubi dan taburkan papan canai dengan tepung ubi juga.
-Ambil sedikit adunan sebesar 2x bola pingpong, gentel memanjang(ikut saiz sendiri pun tak
per) dan terus masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
-Sambil menggentel sambil merebus buat hingga semua adunan habis.
-Mana-mana terapung maknanya dah masak ler, angkat dan toskan.
-Potong dan boleh lah di goreng

Monday 19 January 2009

Award dan Tag pulak..

Dah lambat sesangat dah ni...
actually kena tag daripada ziehelmy pasal 'my work station'..tangguh punya tangguh punya tangguh sampai terlupa plak...bila sampai masa nk buat pulak skrg ni dah mula sibuk nak pindah rumah baru, pindah lagi daaaa, tak sempat nk amik gambar...berpindah kali ni untuk keselesaan dan ketenangan hati dan perasaan, ahaksss terjiwang ler pulak. Zie, haku masih berhutang lagi dengan mu!

Lepas tu dapat award frm Ana Batu Pahat dan Ziehelmy...toche...toche!! terharu atas ingatan nkorang kat haku,layak ker?? lagipun blog aku ni seperti hidup segan mati tak mau jer gayanya. Walaubagaimanapun aku berharap semoga persahabatan ini sentiasa berkekalan dan tidak dicalari..muachahhh!!


aku pun nak share award ni pada semua sahabat yang selalu datang ke sini dan memberi sokongan pada aku dalam segala situasi yang pernah aku lalui...datanglah amik sesiapa sahaja dah bila-bila masa..sayang sangat kat you all yang sentiasa membuat aku tersenyum sorang-sorang dikala aku mengadap tenet...

pas tu Zie bagi aku award bukan bagi free jer, kena wat kerja lak...adoiii, memang ler ngkorang ni...grrrrr!!

Ada syarat pulak tu...

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.~ done!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -

Dapat award ni daripada
Ziehelmy ~ kenal kat dalam alam cyber ni jer, belum pernah bertemu.teringin jugak nak gader-gader , sabar jer nih!!! pas tu pulak, Zie ni ala-ala warikh aku jugak, orang kampung sebab aku dari Rembau dan dia dari Tampin..Negeri Sembilan!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


1. Suka jalan-jalan, letih macammana pun aku sanggup. kalau pi holiday lagi ler aku melompat!!

2. Suka masak..lebih-lebih lagi benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan yang pelik-pelik pada aku..

3. Suka amik gambar...kalau boleh semua benda nak dirakam dalam lensa kamera, tapi blum gak pandai-pandai lagi!

4. Suka bunga hidup, tak suka bunga yang plastik..lebih rela tak letak bunga kat dalam rumah daripada letak bunga plastik.

5.Anak sulung daripada 5 beradik, satu-satunya anak perempuan dalam family.

6. Suka shopping...biasa ler orang pompuan.

7. Suka make over, samada pada diri sendiri atau orang lain..kengkadang terasa nak jadi mak andam..hikhik.Suka melaram sebab tu ler suka shopping!

8. Banyak kali dah cakap benda ni...tak suka sgt2 pada KATAK, geli gelemannn!!

9. Semua orang tak suka kalau ada orang khianati kita kan...aku pun sama!!

10. Sesekali terasa angau nak melukis...


Mangsa seterusnya...

1. Kak Azah KK
2. Azreen Aussie
3. Ein
4. Nas Kegworth

selesaiii!!!!

Thursday 15 January 2009

Chiffon Milo

Collage82

Amik resipi dari rumah Noreen home cooking...milo tak ada aku ganti dengan serbuk koko, air panas aku tukar dengan susu segar yang dipanaskan sedikit.

Kek ni sangat lembut dan gendut, tapi melekat skit kat acuan silicon aku...

Comel jer rupanya kek ni,sekali anak aku ngap dah lesap... lenkali kena double kan bahan...

Noreen, haku mintak ijin kopipes, malas tul nk ngadap PC ni lama-lama...tukar sikit-sikit jer haaa, tak marah kan..kan...kan...

Bahan2 A:
1 camb serbuk koko
20ml susu segar-panaskan sedikit
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt lemon juice
50gm gula kastor

cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

Kek Pilih Kasih

Lepas siap buat browning sugar, terus buat kek pilih kasih ni..Lain dari yang lain...sedap, dalam satu gigitan macam-macam ada!! Lembut dan gebusss,

Sifat aku yang sememangnya kalut, bila dah sampai seru vitamin R tak sabar-sabar nak membaking...makanya butter yang baru keluar fridge aku terus pukul dengan KA...ahaksss. so...permukaan atas kek aku tu tak smooth, lubang-lubang udaranya besar-besar!, sib baik bahagian dalamnya menjadi...!!

pilihkasih

Resipi daripada Pn Maryam81@myr..TQ kepada tuan punya resipi kerana sudi kongsi resipi ni.
aku buat 1/2 adunan sahaja...dapat kek sebesar 6"x6"x 2", puas jugak makan. Masa mengukus aku kurangkan kepada 2 1/2 jam..

kopipes jugakkkk labuu!!!

  • 10 Biji telur
  • 2 gelas tepung gandum(250gm)
  • 1 gelas gula(125gm)
  • 450gm Butter
  • 1 gelas horlicks(125gm)
  • 1 tin susu pekat / krimer
  • 5 sudu makan milo
  • 1 gelas bijan - di sangai dulu(125gm)
  • 2 gelas kacang tanah -(125gm) disangai + dikisar
  • 2 sudu makan browning sugar

Cara-cara

  1. Gula dan butter di pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan tepung. dan gaul rata.
  4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata.
  5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam 1/2

Browning sugar

Jumpa Resipi Browning sugar ni daru Hasue @myr...sangat-sangat berguna untuk membuat kek, terutama kek Sarawak. Thanks sebab hasue sudi berkongsi resipi.

browning

kopipes jer...malassss nak menaip.

  • 1 Cawan Gula Pasir
  • 2/3 Cawan Air Panas Mendidih

  1. Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.
  2. Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat.
  3. Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee)
  4. Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
  5. Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.

Roti Cincin

Collage84

Idea asalnya adalah daripada kak Umi_e@myr...pernah buat sebelum ni, kali ni aku ikut idea kak Umie tapi menggunakan resipi belasah jer., kes malas nak belek buku resipi..hikhik. aku ubah suai sket, shape pun aku tak buat shape cincin sebab tembam sangat..kikikiki

Senang jer...cari ler apa-apa resipi roti yang ada dalam simpanan, (resipi donut pun bole)..
canai nipis, taburkan gula pasir mengikut paras kemanisan masing-masing. Taburkan kismis dan gulung..kelar permukaan atas roti dengan pisau/ gunting.Biarkan naik 2x ganda. Sapukan bahagian atas roti dengan campuran telur dan susu. Taburkan bijan. Bakar dengan suhu 200C hingga kekuningan...

siap!!

Monday 12 January 2009

Kuih Sagoo

kuihsagoo

Betul ker nama dia kuih sagoo? aku pun tak sure..
cara buatnya senang jer

1 cwn biji sagoo
1 cwn gula
2 cwn air
pewarna
Kelapa parut muda + sedikit garam

Didihkan air bersama gula, titiskan pewarna.
Cuci biji sagoo, toskan airnya. Masukkan ke dalam air gula yang mendidih tadi. kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan ke dalam loyang acuan. Sejukkan sebelum dipotong.
Salutkan dengan kelapa parut sebelum dihidangkan
Siap!

Thursday 8 January 2009

Jelly Susu

jellysusu

jelly susu resepi Yani...makan dengan Jem

Roti Arab

Roti Arab kakFiza yang pemes kat MyR...
terangkat makan dengan kari daging, kari ayam atau sardin...
kali ni aku cicah dengan kari ayam...sekali ngap 4 ketul...pas tu kenyang sampai malam, memang berbaloi!!!

arab

resipi jap agi ler...

Bahan A

5gm yis kering
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air

Bahan B

250gm tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu margerin/butter
100 ml susu cair/ aku guna susu segar
Minyak untuk menggoreng(deep fry)

Cara

Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang

Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis(bahan A)..gaul rata.
maskkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.

Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.

Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.

Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...

siap!

Sunday 4 January 2009

Fusili Goreng

fusilisosej

Fusili goreng salami/sosej....idea dah terbantut sekarang nih, dah tak tau nak masak bekfas apa lagi...last2 terfikir nk combine belen sosej ngan pasta fusili....
Tapi anak aku tak berkenan pun...last-last aku jugak yang makan sendiri, sib baik buat skit jer! almaklum ler anak aku ni bukan jenis pemakan orangnya..lebih2 lagi makanan yang ikut sukahati aku jer...
Minggu lepas aku wat scrumble eggs, saja ler campur ngan sosej cincang...cehhh, sorang pun tak berkenan! last2 makan roti sapu butter gak...

lepas ni hari-hari bekpes makan jer lah roti nokkkk...cereal lagi bagus, tak payah susah-susah nak prepare pagi-pagi kann!!!

Friday 2 January 2009

Jelly Karemel susu

caramel
Semenjak dua menjak ni, lepas makan anak-anak asyik mintak dessert jer lepas makan nasik...phewwww, letih tul makcik nak layan!!

Resipi Puan mahaguru Yani@myR
kopipes lagikkkk!!!

  • 2 1/2 cawan(500ml) susu segar
  • 115g gula
  • 10g gelatin
  • 6~7 biji walnut

Cara-cara

  1. Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
  2. Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
  3. Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
  4. Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
  5. Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
  6. Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
  7. Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi

Mango Yogurt Puding

mangoyogurt

1 cawan yogurt tanpa perisa
1 tin buah mangga dalam tin
1 cawan juice mangga dari dalam tin
100ml susu segar
30gm gula
5 gm gelatin
1 sudu besar air panas

Gelatin dan air panas di satukan,ketepikan.
masukkan semua bahan lain ke dalam blender...kisar halus.
Didihkan air dalam periuk, letakkan bancuhan gelatin tadi ke dalam bekas tahan panas, masak diatas air mendidih tadi (kaedah double boiler)..biarkan larut.
Campurkan bahan kisar ke dalam bancuhan gelatin tadi, kacau sebati.
masukkan kedalam bekas-bekas kecil.sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
hias dengan hirisan buah mangga di atasnya sebelum dihidangkan.

Apam Mentega

buuterapam

Resipi kakfiza@myresipi...sedap apam ni lebih-lebih lagi makan ketika panas-panas.
aku buat 1/2 daripada adunan di bawah, puas jugak makannya walaupun 1/2 adunan...lebihnya aku panaskan untuk breakfast keesokkan harinya...

malas nak menaip...kopipes lagikkkk!!!
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Marble Marshmallow

marsh

Ambil resipi daripada MyR.com
gambar di atas semasa marshmallow belum sempat di potong lagi...lepas potong aku lumurkan dengan icing sugar...habis anak-anak ngap semua, aku pun tak ketinggalan jugak!!

**Kopipes sebijik-sebijik daripada MyR, resipi aeeda78, thanks sudi share resipi...
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air - utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air - utk buat liquid glucose

Cara-cara

  1. griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
  2. utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  3. Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  4. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  5. Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  6. Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit.
  7. *Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.

Roti Jala

jala

Sorry tak ada resipi yg specifik...belasah jer, campak-campak!!

3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu minyak masak
air secukupnya~ tak dapat bg sukatan sebab main bedal jer!!

**masukkan semua ke dalam blender...kisar halus.
pakai acuan untuk menjalakannya...best makan dengan kari ayam!
kegemaran anakku!!