Friday 2 January 2009

Jelly Karemel susu

caramel
Semenjak dua menjak ni, lepas makan anak-anak asyik mintak dessert jer lepas makan nasik...phewwww, letih tul makcik nak layan!!

Resipi Puan mahaguru Yani@myR
kopipes lagikkkk!!!

  • 2 1/2 cawan(500ml) susu segar
  • 115g gula
  • 10g gelatin
  • 6~7 biji walnut

Cara-cara

  1. Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
  2. Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
  3. Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
  4. Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
  5. Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
  6. Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
  7. Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi

1 comment:

lia said...

salam akak,sya nk minta kbenaran untuk meminjam imej dan rsepi ini untuk membuat projek dskolah saya..trima ksih krana blog akk dpt mmbn2 sya.skian trima ksih