Friday 2 January 2009

Apam Mentega

buuterapam

Resipi kakfiza@myresipi...sedap apam ni lebih-lebih lagi makan ketika panas-panas.
aku buat 1/2 daripada adunan di bawah, puas jugak makannya walaupun 1/2 adunan...lebihnya aku panaskan untuk breakfast keesokkan harinya...

malas nak menaip...kopipes lagikkkk!!!
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

No comments: