Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Tuesday, 10 March 2009

Cold Pasta Salad coaktail

Photobucket

Belasah jer ni...tgk kat supermarket tu macam best jer

Pasta
salad lettuce
udang celur
tauhu ketam celur
mayonis
lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Sunday, 4 January 2009

Fusili Goreng

fusilisosej

Fusili goreng salami/sosej....idea dah terbantut sekarang nih, dah tak tau nak masak bekfas apa lagi...last2 terfikir nk combine belen sosej ngan pasta fusili....
Tapi anak aku tak berkenan pun...last-last aku jugak yang makan sendiri, sib baik buat skit jer! almaklum ler anak aku ni bukan jenis pemakan orangnya..lebih2 lagi makanan yang ikut sukahati aku jer...
Minggu lepas aku wat scrumble eggs, saja ler campur ngan sosej cincang...cehhh, sorang pun tak berkenan! last2 makan roti sapu butter gak...

lepas ni hari-hari bekpes makan jer lah roti nokkkk...cereal lagi bagus, tak payah susah-susah nak prepare pagi-pagi kann!!!

Monday, 21 July 2008

Lasagne

5 julai lepas Birthday anakanda sulung aku Ryan Ikmal, atas permintaan birthday boy aku buatkan untuk dia Lasagne ni..itupun beberapa hari selepas birthdaynya, maklum ler masa tu aku sibuk berpindah, nak buatkan kek Birthday untuk dia pun tak sempat, cuma beli jer...Kesian dia!!

Resipi ini yang biasa aku buat, filling ikut selera aku... Biasanya ada filling tuna, bayam, mushroom, ayam, daging atau apa-apa saja yang kita suka...letak jer, kita yang buat dia kannnn!!! kali ni aku buat menggunakan filling bolognese (ala..yg sos spagethi tu ler), daging kisar aku gantikan dengan ayam. Filling ni tak perlu letak garam pun tak apa sebab white sauce dan cheese dah cukup masin, kalau nak letak jugak kena hati-hati dan jangan overdose!!!

white sos biasanya aku buat sendiri(ada dalam resipi yang lepas) kali ni aku beli jer yang dah siap dalam botol....kes nak jimat masa.

DSC_1180

Bahan

kepingan lasagne secukupnya
Kuah spagethi ayam - (pekat)
white sauce(sos putih)
Mozarella cheese
cheddar cheese
Oregano atau mixed herb

Cara

Lanser caserol yang berbentuk segi empat dengan sedikit butter.
*Susun kepingan lasagne(satu lapisan) di dasar caserol.
*Letakkan kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kepingan lasagne tadi.
*Letakkan pula sos putih di atas kuah spagethi ayam, cukup sekadar menutupi kuah tadi
*Taburkan campuran mozarella dan cheddar cheese di atasnya
Ulang proses (*) hingga selesai, taburkan di bahagian atas sekali dengan cheese menutupi semua permukaan, jangan lupa taburkan oregano atau mixed herb.

Kes kalau terlebih rajin, boleh lah try buat white sause sendiri....


White sauce/Sos putih

Bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter

1 1/2 cawan susu
segenggam parutan cheddar/mozarella cheese

Cara
-Panaskan butter dalam periuk
-Masukkan tepung , biarkan seketika~ sentiasa di kacau agar tidak hangus

-Masukkan susu, kacau hingga adunan pekat.
-Campurkan cheese, kacau sebati hingga cheese larut.
-sejukkan

Monday, 4 February 2008

Spagethi Ayam

Kes tak ada mince meat kat rumah.yang ada cuma ayam...ayam pun ayam ler, janji soru tak miss..
Resipi biasa-biasa saja, cincai lorr. Untuk kuah spangethi aku cuma menggunakan...

Fresh Tomato
Tomato puree
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Chicken minced
sedikit air
Oregano
garam dan gula secukupnya
olive oil untuk menumis bawang putih