Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sunday, 7 December 2008

Selamat HAri Raya Aidil Adha


Salam Aidiladha untuk semua pengunjung Blog ini...kali ni tuan rumah tak ada juadah istimewa untuk hari raya.life macam biasa jer kat sini..pi skolah..pi kerja...macam ni ler hidup merantau...

Indahnya suasana di Masjidil Haram tu kan...insyallah suatu hari nanti aku juga akan ke sana...aminnn

Friday, 17 October 2008

Kek Lapis Strawberry Cheese

Resipi daripada blog seorang strawberry lover...lupa pulak kat blog mana

lapis cheese

Bahan
10bj telur
150gm gula halus(boleh dikurangkan)
2 gelas (250gm)tepung hong kong
1 sudu besar ovallete
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese

**Telur, tepung, horlick ,gula, ovallete di pukul hingga pekat dan kembang.
**Mentega, susu dan cream cheese di pukul hingga putih.
** satukan kedua-dua adunan hingga sebati, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-
i) Masukkan strawberry paste
ii) Biarkan dengan warna asal
Bakar selapis demi selapis adunan perisa strawberry (i) sebanyak 3 lapis diikuti dengan adunan warna asal(ii) 3 lapis lagi, ulang semula adunan (i)& (ii) berselang seli hingga selesai.

Tapi aku derhaka skit..cuma buat 2 lapis berselang seli, aiman tak kisah! rasanya takkan berubah..

Kek Lapis Fantasia

dah pernah buat 2 kali...
resipi Pn Rabiah Amit..try ler buat memang sedap, bahan pun senang!

Collage55

Bahan

A
12 biji kuning telur
5 biji putih telur
300gm gula halus(boleh kurangkan kepada 150gm)
150gm tepung gandum
1 camca besar ovelette
1 camca teh serbuk penaik

B
250gm mentega
8 camca teh susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

C
Pewarna kuning dan hijau
Buah-buahan campuran dan coklat chip atau coklat urai.

Cara

Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan.
Pukul bahan B hingga kembang
Satukan adunan A dan B, gaul sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian
i) 1 bahagian warnakan dengan warna kuning dan masukkan buah-buahan campuran
ii) 2 bahagian diwarnakan dengan warna hijau dan masukkan coklat chip/urai(utk lapisan atas dan bawah)
panaskan oven, api grill
Sediakan acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 4 inci.., grease dan alas dengan baking paper.
Bakar selapis demi selapis bahagian pertama adunan berwarna hijau hingga habis.
Diikuti dengan adunan berwarna kuning, bakar selapis demi selapis hingga selesai.
Dan akhirnya bakar selapis demi selapis adunan warna hijau bahagian ke dua..
sejukkan, barulah di keluarkan dari acuan.

Kek Lapis Coklat (dan Oren)

Resipi Pn Rabiah Amit buku jilid 1

Collage54

Bahan

A
20 biji kuning telur
8 biji putih telur
250gm gula halus (boleh kurangkan kepada 150gm)
200gm tepung hong kong
1 camca besar ovelette

B
450gm butter
6 camca susu pekat manis

C
2 biji oren, (parut kulitnya dan perah jusnya. masak dengan 2 sudu besar gula)
sedikit pewarna kuning
1 camca teh perasa kopi(aku x letak pun)
3 camca coklat masakan(cairkan dengan kaedah double boiler)

Cara

Pukul bahan A hingga kembang
Pukul bahan B hingga kembang
Satukan bahan A dan bahan B, gaul sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.
2 bahagian di masukkan perahan jus oren yang telah di masak tadi dan pewarna kuning. Gaul sebati
Bahagian yang ketiga di campurkan dengan coklat masakan dan perasa kopi, gaul sebati.
Sediakan acuan 8 1/2 x8 1/2 x 4 inci, greaskan dengan butter dan alas dengan baking paper dan grease sekali lagi dengan butter di atas baking paper.
Bakar selapis demi selapis bahagian pertama ber perisa oren menggunakan api atas, di ikuti dengan adunan perisa coklat dan kopi dan akhirnya bahagian terakhir berperisa oren.

Wednesday, 15 October 2008

Kek Oren

Try resipi ni, tak silap aku di ambil daripada blog resipi ogy...rasanya ok bagi aku sbb aku ni kureng skit kek span selain dari perisa pandan, mungkin best untuk penggemar kek berperisa oren sebab bau orennya memang mengancam.


kekoren


300gm butter
300gm gula
5 biji telur (ambil 4 putih sahaja)
320gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick
1 sudu teh paste orange
setitik warna oren
parutan kulit limau secukup rasa

Cara

putar butter dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi
masukkan telur satu persatu
masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking pawder
gaul rata, masukkan juice, sunquick, paste orange, pewarna dan parutan kulit limau.
bakar 180C selama 1 jam/hingga masak

Kuih Semprit

Permintaan kak Ita....
Resipi ni aku ambil dari Myresipi.com

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 1/2 cwn tepung gandum * satukan bersama tepung kastad(ayak)
2 sudu mkn tepung kastard*
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven 180C
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanilla- gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit2 hingga boleh di uli menjadi doh.
Tekan dengan acuan semprit(acuan biskut dahlia pun boleh gak), bakar selama 20 mint/hingga masak.

Tuesday, 14 October 2008

Kuih Raya

kuih raya

Antara kuih raya yang sempat aku buat tahun ini...ada beberapa lagi yang tak sempat aku amik gambar, semuanya dah selamat masuk perut aku, pelanggan dan tetamu...ekekek

Antara Kuih Raya tahun ini:-

Almond London
Mama Carrie
Semprit perantau
Marble cookies
Kuih Bahulu
Tart Nenas
Kuih Gunting
Rempeyek
Batang Buruk
Choc Chip cookies

Wish List aku lepas raya ni( yang tersenarai kat atas semua dah habis tinggal habuk):-

Biskut Badam CMG
Kuih Makmur Brunei resipi mak aku
Almond London - kes tak puas makan masa raya
Tat Gulung- kali ni nak cuba yang ada cheese pulak

Tuesday, 7 October 2008

Dodol Microwave

Sebagai permulaan,
Dodol Microwave terhidang...

aa22

Tersangatlah senangnya buat dodol nih..hasil perbualan aku dengan Ina/Nas kegworth seminggu sebelum raya, maka terhasillah dodol mikrowave. Selama ni tak berani nak buat sebab mikrowave aku cuma cap ayam jer...rupanya mikrowave cap ayam pun boleh jugak buat dodol..kihkihkih
Thanks Nas kerana menyakinkan aku, resipi ni aku cilok dari blog Nas Kegworth dan aku sudah ubah suai sket ikut sukahati aku...

A
250gm tepung pulut
250gm gula merah
250gm gula pasir
1-2 sudu besar tepung beras

B
1/2 cwn minyak masak
1 pint santan pekat
3/4 pint santan cair/air

cara

Campur bahan A, gaul sebati hingga menjadi seperti bread crumb...campurkan bahan B, gaul sebati. Tapis adunan ke dalam bekas tahan panas bersesuaian untuk microwave. Masak selama 30-45minit pada setting high (microwave aku 700w)..tetapi, setiap 5 minit hendaklah di kacau.

Resipi asal boleh tengok di sini

Selamat Hari Raya Aidilfitri




**Pemberian Izzizwa, Terima Kasih

Sebagai permulaan...
Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung-pengunjung blog mamavogue..walaupun ucapan ni dah agak basi,harap-harap masih diterima oleh semua kawann-kawan. Sibuk sangat aku ni mengalahkan bini PM...ekekekeke. Sebabkan ramai kawan-kawan dah komplen blog aku yang tak hapdet sejak dua menjak ni, insyallah lepas ni Mamavogue akan beroperasi macam biasa

Alkisahnya...
Bermula 1st ramadhan aku dah mula buat operasi buat cookies raya sampailah lepas raya masih ada lagi yang meng order kuih raya aku...alhamdulillah, kata orang rezeki di bulan ramadhan. Satu permulaan yang baik untuk budak mentah macam aku yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes membisnes nih. Sibuk buat cookies untuk pelanggan, Kuih raya untuk rumah sendiri rupanya tak sempat aku buat..hari raya ke dua balang kuih cuma tinggal habuk jer...huhuhu, rasanya aku kena buat lagi lepas ni memandangkan aku sendiri pun tak puas makan.

Sekarang ni pulak sibuk dengan open house sana sini, bukan sahaja weekend , weekdays pun ada 2-3 jemputan open house sehari, seronokkk sebab 2-3 hari dapur tak berasap...memang meriah beraya di sini, tak ada masa ler nak termenung dan bersedih-sedih diperantauan nih..

Akhir Kalam...
Aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan batin dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki jika ada salah dan silap terlanjur kata dan terkasar bahasa semenjak kita kenal mengenali diantara satu sama lain di arena ini...

salam dari perantauan

Tuesday, 23 September 2008

Kad Raya Kak Lin


Dapat kad raya ni daripada kak Lin TQVM di atas ingatan kaklin pada diriku...terharu sangat!

Tag dari Nas

Kena tag plak daripada Nas kegworth...
sibuk-sibuk pun layan jugak ler...kang merajuk plak Nas jenuh plak aku nak kena pujuk...ekekek

meh ler tgk apa yang Nas nak tanya kat aku...

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Sama macam Nas, duk di perantauan ni aku bersyukur ada gak sepasang baju raya tahun ni aku buat masa kami pulang bercuti baru-baru ni...kali ni kami pilih warna hijau daun pandan.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Orang Negeri Sembilan biasanya di hari raya Lemang dan rendanglah juadah yang spesel ...
kalau dapat Tapai pulut best gak!!
Kat sini tak merasalah lemang buluh, lemang dlm aluminium foil jerlah!
tapai..tak reti nak buat maaaa, ragi pun aku tak kenal.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Batang buruk is number one in my heart, tapi tak tau buat...ehehe, sejak duk di perantauan ni, berjaya gak aku buat batang buruk sendiri guna kulit popia..best sesgt!!!

aku suka buat kuih raya tapi tak suka makan..kalau kat kampung dulu, aku biasa buat sampai 10-15 jenis cookies then tersadai jer kat dalam balang..parent aku ler yang tulun abiskan sikit-sikit, kadang-kadang sampai raya haji pun duk ada lagi...ekekek


4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Sama macam Nas,...beberapa tahun ni tak memberi ataupun terima duit raya...budaya duit raya tak di amalkan kat UK ..
Masa kecik-kecik dulu biasanya aku dapat kumpul sampai RM150, pemberian saudara mara

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Kat Sheffield ni, malam Raya biasanya kami buat tadbir raya rumah ke rumah memakmurkan budaya orang Malaysia di UK...kalau raya jatuh pada hari biasa(weekdays), malam raya kami simple jer sebab pada hari raya keesokkannya aktiviti harian tetap diteruskan seperti biasa..raya sakan kami adalah pada hujung minggu sejak pagi hingga lewat malam (kadang-kadang sampai pukul 2 am)...open house pulak tiap kali hujung minggu selama sebulan syawal.

wokeh...dah buat homework!!

Wednesday, 17 September 2008

Gift

Daripada Nas


Daripada SuhanaDaripada Kak Azah~ kad raya dah Duit raya, wow!! manyak tu RM1000..boleh beli baju raya.

Dapat tiga-tiga pemberian ni daripada kawan kawan maya, Terima kasih yang tak terhingga..lately memang agak sibuk sikit, rasanya ada lagi pemberian daripada kawan-kawan yang belum di tempelkan di sini..insyallah kena selongkar letak kat mana dulu sebab dah lupa sapa yang bermurah hati memberi kat raya dan anugerah. Sementara tu tempek tiga ni dulu sementara ingat nih, Terima kasih banyak-banyak...aku terima kad raya pertama daripada Nas, TQ kerana ingat kat aku...!!