Friday 17 October 2008

Kek Lapis Strawberry Cheese

Resipi daripada blog seorang strawberry lover...lupa pulak kat blog mana

lapis cheese

Bahan
10bj telur
150gm gula halus(boleh dikurangkan)
2 gelas (250gm)tepung hong kong
1 sudu besar ovallete
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese

**Telur, tepung, horlick ,gula, ovallete di pukul hingga pekat dan kembang.
**Mentega, susu dan cream cheese di pukul hingga putih.
** satukan kedua-dua adunan hingga sebati, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-
i) Masukkan strawberry paste
ii) Biarkan dengan warna asal
Bakar selapis demi selapis adunan perisa strawberry (i) sebanyak 3 lapis diikuti dengan adunan warna asal(ii) 3 lapis lagi, ulang semula adunan (i)& (ii) berselang seli hingga selesai.

Tapi aku derhaka skit..cuma buat 2 lapis berselang seli, aiman tak kisah! rasanya takkan berubah..

4 comments:

syazwaniadnan said...

k.rozzie, sedapnye tgk..
akk guna recipe dr mad about strawberry ke?

kalau betul, boleh x akk bg sukatan yg betul (metric) utk '2 gelas' tu?
wani xde gelas yg org biz kek lapis guna tu.. hehe

ok k.rozie, time kaceh.

Rozie said...

salam Wani
a'ah ler wani, amik dari situ

1 gelas= 125gm

nina mahdar said...

bestnya tengok kek lapis ni.. macam sedap lerrr.. ishh ni yang berkobar2 nak melapis ni..

Unknown said...

Salam kenalan, sedapnya nampak.... kemput ya gunakan serbuk cheeze maz... boleh dapati di blog akak